Trip ni sebenarnya lebih pada nak sambut org baru dalam famili ktrg & nak rest after penat menjayakan majlis adik sebelum ni. So, emak,ayah & kakak dah mula datang ke Bangi jumaat malam & tido satu malam sebelum ktrg bergerak ke Cameron Highland pagi Sabtu. Seronok tau bila jalan dgn parents ni, sbb keperluan asas utk bercuti takyah kita nak risau sangat..hihi. Pagi2 sabtu mak dah siap2 masak nasik lemak utk buat bekal makan waktu singgah ke rumah adik. Perjalanan ke Cameron tu just gunakan 2 kereta. Ok, sebelum tuh ade cerita sedih sikit happens pada aku & hasben seminggu sebelum trip ni. Ktrg terlibat dgn accident waktu otw nak ofis. Tp alhamdullillah, aku just cedera luar & hanya MC seminggu. hasben plak dia patah tangan & terpaksa operate dan dapat MC 2 bulan. Tapi disebabkan trip ni mmg dah plan awal & apartment dah booking ktrg teruskan jugak la dgn percutian ni.
Actually, ktrg bukan la terus ke CH tapi singgah kejap kat Perak utk attend wedding sepupu. Once dah jumpa sedara & pengantin, barulah ktrg turun semula ke Cameron meneruskan trip ni. Sampai Cameron dalam petang jugak & waktu tgh hujan. sejuk giler aku rasa time tu. ktrg stay kat Desa Authurium sepanjang kat sana. Apartment 3 bilik & rumah tu kat LG floor so kena turun 1 tangga jer la.
DAY 1 ( Desa Authurium Apartment)
baru bangun tido. so moody sikit
disbbkan sampai pon dah petang & hujan mmg lebat sgt turun, ktrg xde pon g mana2. cuma akak, ila, farid & wife dia jer yang keluar malam2 gi market sambil meround2.. Alya & Amir plak disbbkan dah puas tido sepanjang perjalanan ke Cameron so malam tu dorang sangat cergas. kejenya asik nak meround je setiap bilik buat spot check. pastu amik penyapu sibuk duk menyapu2 hall.. sabo je la...
malam tu, once dorang berempat balik jer, banyak jugakla makanan yang dorang beli. ada starwberry coklat, keledek rebus & jagung. erm best la pulak bila teringat balik keledek rebus tu..huhu.. dorang pon siap belikan jugak gloves utk alya & amir. comel jer.. suhu waktu malam ni aku tak pasti tp mmg sejuk weiii... tak boleh nak pijak lantai langsung sbb sejuk. ni nasib baik mmg takde kipas dalam umah, kalau ade kipas ni tak tau la camne.. tido pon siap berjacket &selebung dgn selimut.
DAY 2 (Cactus Point, Market, Mardi, BOH teh Plantation)
Hari kedua ni baru semangat sikit nak jalan2 sbb semua dalam mood nak petik strawberry..hehe.. so pagi2 after breakfast dalam kul 9 ktrg bergerak keluar utk misi jalan-jalan cari barang.. tp disebabkan hari ni adalah Ahad & merupakan last day cuti sekolah, jalan mmg sangat jem...stress betul. so ktrg pakai singgah jer tempat yang x sesak & agak2 parking banyak...hehe
Tempat pertama yang disinggah adalah Cactus Point. Kat sini masing2 membeli cactus. Memula aku macam x de keiginan pon sgt nak beli, tp disebabkan mcm best plak tgk yang lain tu membelek2 satu2 kaktus, terpengaruh jugak la daku... tapi alhamdullillah, 4 dari 6 kaktus yang aku beli tu sampai sekarang masih dalam keadaan baik. siap dah bertunas lagi. hasben ada cadangkan utk tukar ke pot besar plak memandangkan pot yg lama tu dah kecik..
ecececeh..pengantin baru..
amir yang tgh tido. angkut jugek masuk kereta.
sampai tersenget2 kepala amir..
First destinasi: Cactus Point
Gemuk2 kaktus dia.. eiii picit kang!!
ada jugak strawberry & tumbuh tumbuhan lain
hasben yang berbalut tangan.
6 ketul 10 ringgit... status terkini kaktus tu, 4 lagi masih hidup & sedar mekar.
kemain makan eskrem
After dah puas abiskan duit kat Cactus point, ktrg bergerak plak ke Market. kat market ni banyak jugak barang yang dibeli utk bagi buah tangan kat Family Mertua. Alya plak seronok betul bila dapat habuan dgn Bantal Strawbery kaler Pink...hehehe
tak lama pun kat Market, dah dapat makan strawberi cicah cokat puas2 & beli barang2 ktrg bergerak pulak ke MARDI. Kat Mardi ni banyak jugak pokok2 yang dia jual utk public. tp strawberry tak byk pon dijual. Mak mmg suka la sampai kat sini. nampak teruja betul tgk pokok2 yang ada tu..hehe.
photographer : hasben ku
damai jer rasa kalau duduk dikelilingi pokok camni
rumah ni jugak yang amir suka..hehe
akak & ila in-charge Alya. aku jaga amir.
beza betul gamba atas & bawah..hehe
amir sudah mula busan... so mari la kita tunggu di kereta.. alya plak nak join lagi yang lain
lama jugak kat MARDI ni sbb tempat dia mmg besar. after dah puas cuci2 mata, ktrg ke BOH Teh Plantation pulak. jarak antara MARDI dengan TEH Boh dekat jer tak sampai setengah jam perjalanan. waktu kat sini, aku tak turun pon kereta sbb Amir tido. Jalan2 sini pon sekejap jer memandangkan hujan plak tetiba turun. so, after semua dah berkumpul ktrg terus balik semula ke Apartment disebabkan dah pon ptg.. malam tu tak de gi mana2 just rehar2 jer tgk TV ramai2.
DAY 3 (Strawberry Park, Lata Kijang Waterfall)
Yay dah sampai last day entry nih. penat jugak nak mengarang kali ni.. huhu..
so pagi2 after sume dah siap, masukkan barg dalam kereta then terus check out. Plan hari ni just nak gi strawberry park & gi ladang teh. Tapi sebab x masa tak mengizinkan, ktrg sempat singgah ke Strawberry Park aje..
gambar sebelum kita callooo...
besar betul Strawberry park ni. dah lah tinggi nak menapak sampai ke puncak. so ktrg mmg takde la pon gi petik strawberry. Just amik2 gamba & gi ke Cafe jer beli makanan & beli buah tangan. Farid & wife dia banyak la petik strawberry.
after dah puas jejalan kat sini, ktrg terus bergerak turun & singgah kejap kat Lata Kijang Waterfall. Kat sini aku, hasben & anak2 tak turun pon sbb masing2 dok berpangku alya & amir tido... so layan je la gamba yang dorang amikkan masa kat waterfall ni. nice jugak tmpt dia. kejap jer rest kat sini then dah siap terus jer gerak balik ke KL...
No comments:
Post a Comment