Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, November 29, 2012

Tahniah Harimau Malaya

Tahniah Harimau Malaya!!! auumm... hehe. semangat giler aku tgk bola semalam. walaupun sedekit keciwa sbb banyak giler kot peluang Malaysia utk tambah gol, tp masih terubat jugak la dgn kemenangan 4-1.

disebabkan en hasben yg sememangnye bukan kaki bola, terpaksa la haku mengangkut sekali si kecik tu utk teman kan aku tgk bola sama2..haha. siap terjerit2 YEAY!!! bile first goal tu. tp utk first goal je la dia excited. pastu terus alya bolayan aku sbb dok sibuk main ngn mainan dia & sibuk memunggah barang. huhu..




sian alya, disbbkan bola habis dlm kul 10.30mlm, sampai tertido2 la dia kat depan TV..hehe. sorry la sayang...sabtu ni kt repeat lagi yer tgk bola.. bukan slalu pon.... :)

Tuesday, November 20, 2012

Check up at 35w for the 2nd baby

19-Nov-2012 : checkup day for 35w. Memandangkan doc hanya available sebelah ptg, so ktrg terpaksa menunggu beberapa jam sebelum sampai ke giliran berjumpa dgn doc. Pagi2 tu still lagi ke ofis nak settlekan semua kerja & kul 1 dah bergerak keluar dari ofis utk amik alya dulu sebelum ke Annur. Sampai je kat Annur, amik dulu no giliran & ktrg gi makan2 dulu & balik umah utk solat & berehat2...hehe.

Dalam kul 2.30 after dah selesai solat ktrg terus ke Annur. Fuhh!! ikut no giliran, aku dpat turn yang ke-21. pergh! pergh! pergh!.. dah la patient ramai, Doc plak tgh2 buat checkup kena plak mintak excuse sbb nak menyambut kelahiran baby. so terpaksa la sesi checkup tu tergendala selama sejam...huhu. Alya plak skg ni, dah makin aku nak due, makin manja plak perangai dia. asik2 nak berdukung. tak dapat berdukung tunjuk protes dpn org. huhu. Sabo je la...

At last, aku dapat masuk utk jumpa dgn doc dalam kul 530 camtuh. terpaksa masuk sorang2 dalam bilik doc memandangkan hasben pi kedai makan utk menghiburkan hati Alya. So result utk minggu ke 35:

Berat aku: 59.1kg (naik 1kg dr berat 2 minggu lps)
BP: 111/71
Urine: OK :)
Berat baby: 2.998 kg

Alhamdulillah semua result dalam keadaan yang normal & baby pon sangat aktif dalam perut ni.

Nak crita jugak, barang2 baby & aku semua dah dikemas & dah disimpan siap2 dalam bonet kereta. Cuma nyer barang2 alya jer belum berpacking lg. huhu. kalau mengikut hajat di hati, after deliver & berehat 1-2 hari kat bangi, nak balik berpantang kat ayer keroh mcm first delivery dulu...

Wednesday, November 7, 2012

Between 33w to 34 w

Teruja sungguh nak update blog kali ni.. hehe. sebabnya hari ni aku nak bercerita pasal perkembangan baby dalam perut ni yang dah memasuki minggu ke 33++. Kalau ikut experience melahirkan kakaknyer, seawal minggu ke 38 dia dah selamat dilahirkan. erm...nerveous sgt rasa. Barang2 baby pon banyak lg yg tak lengkap. huhu. InsyaAllah ptg ni aku & hasben plan nak mencarik barang2 baby & muktamad beg utk ke hospital kena disiapkan weekend ni jgk. tak boleh dah bertangguh2....

Insyallah, kalau ikut perancangan kami ,anak kedua ni bakal dilahirkan di Annur Specialist Bangi dgn bantuan Dr Khamsiah. Setelah sebulan bertangguh utk checkup dgn Dr Khamsiah, akhirnye berjaya jgk ktrg mencurik masa utk buat first visit ke Annur semalam. Sepatutnya minggu ke 28 dah kena buat lawatan pertama tp disbbkan terlampau bizi & byk perkara yg perlu diuruskan, di minggu ke 33 lah kami berjaya ke sana. hehe.

Utk checkup semalam, seawal jam 730 ktrg dah kuar dr rumah & terus ke klinik. Breakfast kat sekitar klinik supaya senang nak chop nombor bila kaunter dibuka. Sbb berdasarkan pembacaan aku kat internet, utk buat checkup kat sana at least kena tunggu 2-3 jam utk smpai ke turn kita kalau kt terlewat smapai utk ambik no. cuba bayangkan, sorang patient at least akan amik masa 10-15 minit utk jumpa dgn doktor. Alhamdulillah, aku dapat turn yang ke 4. Doc smapai jam 9 & turun aku dalam kul 9 lebih camtu.

Result utk tekanan darah & urine adalah normal. Berat baby 2.6kg & doc expect berat baby adalah 3.5kg jika baby dilahirkan spt due date. hohoho. lebih berat dr berat si kakak masa dilahirkan. Erm, telan air liur jugak bila dgr doc ckp cmtu. Tp, tak kesah la berapa berat baby dalam perut ni, asalkan aku selamat melahirkan & baby sihat sempurna , aku dah cukup bersyukur. Alhamdulillah baby dalam perut ni juga sgt healthy dan kepala dah berada di posisi yang betul.

Masa checkup jgk, ade jgk soklan yang sempat aku tanya kat doc. disbbkan alya yg masih lg menyusu badan, kekadang risau jugak kalau2 terjadinya early delivery disbbkan contraction masa dia tgh menyusu. Jawapan doc, boleh jer menyusukan sampai kelahiran kedua asalkan si ibu tak de mengalami bleeding & contraction tp perlu diceraikan susu secara total ke atas anak pertama sebaik anak kedua dilahirkan. Maybe ada logiknya dgn alasan yang doc bagi iaitu susu tu sepatutnya menjadi hak anak yang baru dilahirkan sedangkan anak yang dah besar ni dah boleh makan & minum bermcm2 dan tak perlu bergantung lagi ke atas susu badan semata2. sob2.. terus teremosi bile dgr camtu. Rasa mcm tak sampai hati sgt nak berceraikan susu ke atas alya.

Erm disbbakan aku terbuka jgk cerita ttg masih lagi menyusukan alya, dan2 tu jugak doc suruh ambil darah dgn nurse kat kaunter utk check HB. huhu.. masa pertengahan pregnancy, HB aku doc kata sgt cantik, 12.4. tp dia suspect mesti ade penurunan kat HB skg disbbkan aku menyusu anak & tak makan sgt obimin yang doc bekalkan. After amik darah & tunggu result dalam 10 minit, dan seperti dijangka nama aku naik balik utk kena lecture dgn doc. hehe. terus dibagi nya aku 3 jenis ubat dan tak boleh pon skip2... erm takpelah, nak buat mcm mana. Dah mmg salah sendiri. Ubat dah la x mkn, makan & minum hari2 pon kekadang x terjaga. So, start semalam, hasben dah mula monitor ubat2 yg doc bg tu utk pastikan mmg aku x skip langsung mkn ubat. ^_^

Next visit adalah 2 minggu kemudiannya & waktu tu aku dah dalam minggu ke 35++. So far, pengalaman checkup dgn Dr khamsiah adalah best. Dia banyak bg nasihat & sangat soft spoken. aku yang pakai tudung selimpang masa pi check up semalam rasa mcm segan bila tgk penampilan doc tu. hehe...