Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, June 16, 2014

Trip Ke Beijing China 280514

nampaknya semua entry dalam blog ni semua pasal aktiviti2 yang dah lepas sebulan dua.. hehe. awal tahun mmg bizi. x sempat nak update blog. & kdg2 bila dah free sikit mood pulak takde. huhu. acaner? so disbbkan last week cuti sekolah, ramai yang cuti & kerja x banyak, gigih la aku transfer gamba2 lama utk buat entry dalam blog. sayang jugak kalau tak simpan kenangan kat sini.

so, ni last entry pasal vacation yang dah pon berlalu end of May. Alah, tak la lama sgt pon, baru jer lepas beberapa minggu. hehe. Percutian dgn famili mertua ni ktrg ke Beijing china.


DAY 1 :280514 - Berkumpul di KLIA2, Taishun Business Hotel, Beijing.

Flight dari Malaysia kul 630pm. Mak ayah sampai dari Melaka plak dalam tghari. So, cab dtg kul 2 after solat Zuhur. Before cab sampai sempat jugakla amir membuta sesiap kat umah. so, mood dia dkt airport sgt baik. Agak huru hara masa nak check in sbb ktrg menggunakan tour. huhu. penat beb!! kelam kabut & ktrg check in pon lambat sbb nak bergerak beramai2. entahlah aku macam tak galakkan orang yang bawak baby & budak kecik menggunakan tourist guide ni kalau nak pi bercuti beramai2. penat dia akan jadi berkali2 ganda dari yang lain... kena ikut timing, bersesak2 & tak berapa nak enjoy sikit sbbnya kena ikut jadual.





So, after masuk kapal terbang & makan malam amir berjaya ditidurkan. Alya plak, sepanjang 6 jam perjalanan ke Beijing mmg tak tidur langsung. tapi nasib baik dia tak meragam... Touch Beijing dalam jam 1 lebih pagi & terus check in Hotel. Alhamdulillah hotel selesa. Disebabkan ktrg berempat, bilik pon agak besar. 2 katil queen & 1 katil single. Tp katil single tak guna pon, ktrg just rapatkan 2 katil queen pon dah selesa & cukup.


DAY 2: 290514- Tianmen Square, Forbidden City, Silk house, Acrobatic Show

Pagi2 dah kena gerakkan budak2 bangun. sian dorang.. huhu. kol 9 kalau ikut plan dah nak kena berkumpul. cer bayangkan  malam tu check in hotel dalam kul 4 pagi. so dalam 5 jam jela ktrg sempat tido. kita yang dewasa ni takpela jugak nak kena paksa bangun. tp budak2 la sian.. huhu.

so after breakfast, ktrg ke first destination Tianmen Square & Forbidden City menggunakan Bas pelancong. dalam bas, ktrg duduk tempat yg paling hujung sekali. so agak selesa la jugak utk amir & tido sambil baring. Suhu kat Beijing first day tu 41 degree. sumpah panas yang sangat terik...

Nak berjalan dgn suhu panas ni tak berapa best pon. just amik2 gamba & selebihnya just ikut jer tourist guide utk lengkapkan jadual. Alya & amir plak first day ni meragam plak. maybe disbbkan perubahan cuaca & tak berapa selesa dgn aktivity ni.

umat manusia yang berjuta2 kat beijing.. 


amir & alya masuk jer dalam bas terus tido. makanan plak dah siap2 tapau dari hotel


at Tianmen Square. Panasnya Ya Allah mencucuk2..


moody alya. 


monyok jer muka.


nasib baik bawak stroller. mmg membantu sangat2 kat sana..


amir berteduh di sebalik stroller.


amir membontoti photographer plak.. hehe


kejap je jangka hayat payung ni..


alya banyak menghabiskan masa dalam stroller..hehe


masing2 carik tempat berteduh.. panas hoii




After dah complete round kat Tianmen Square & Forbidden City, ktrg terus ke Restoren utk lunch. Tapi mak aihh jauh tu perjalanan nak ke Restoren. Banyak juga nak kena merentas jalan, kedai & mcm2 la.. sampai restoren banyak betul lauk yang dia hidangkan. Tp first day ni balun jer la apa yang ade. after dah mkn & kenyang terus naik bas & bergerak plak Silk House.

Sepanjang kat Silk House ni, amir tido jer dalam stroller. Nak ke kedai dia plak nak kena menapak anak tangga. so aku berganti2 dgn hasben utk tgkkan amir. takde beli apa pon kat sini sbb rasanya kat Malaysia lagi cantik kain2 dia. ada certain2 barang tuh rasa mcm tak logik plak dgn price dia. siap boleh turun lagi harga smapi 70 percent.. yelah tuh..





lama jugak la kat Silk House ni memandangkan ramai jugak yg membeli belah kat situ. after semua dah puas bershopping ktrg terus bergerak ke Acrobatic Show Theater. yang kat sini aku enjoy especially show motosikal dalam gelung. pergh!! kecut perut tgk aksi dorang. amir sian sangat tak selesa dlm theater ni sbb dia baru lepas "melepaskan hajat". hehe. so asik berbunyik je la dia sbb nak soh tukar pampers. show ni dalam sejam jugak & keluar theater pon dah malam.. so dlm kul 8 jugak sampai hotel then terus berehat2 & tidor.





DAY 3: 300514- Jade Museum, Great Wall of China, Crystal Shop, Burning Cream Center

hari ni dah x berapa liat sgt alya & amir bangun. semalam balik hotel , mandi2 dorang terus masuk tido. so after breakfast, dalam kol 9 dah kena berkumpul depan lobi hotel.

tempat pertama yang ktrg singgah adalah Jade Museum. Kat sini, aku tak keluar bas disbbkan amir & alya tido. so hasben je la keluar dgn yang lain2.. kalau kat china ni dia punya minyak kereta adalah 2 kali ganda dgn harga kat mesia. so kalau berenti even sekejap jer mmg dorang akan tutup enjin & aircond. so, bahang giler dok dalam bas tu. dahla sambil berpangku amir. so, sambil berpangku, sambil mengipas dorang.

setiap pagi apek ni ada dpn hotel. hari ni beg kecik yang dia pegang tu dia jual 20 keping 100 yuen. aku rembat. tp besoknya plak dia jual 25 keping 100 yuen plak..cissss!!



nama lain hotel tuh








dalam sejam jugak kat Jade Museum. so after dah siap, terus ke Great Wall of China. disebbkan baru bangun tido, mood alya & amir sgt tak baik.. dua2 mintak aku berdukung. huwargh!!! patah pinggang..amik gambar ramai2 pon aku x join sekali sbb dua2 melalak. apatah lagi nak menapak naik Great Wall. so kejap je la naik, then cepat2 turun cari tempat teduh

kuat angin. sampai berterbangan topi amir


panas tp angin kuat


nak mintak berdukung. ayah dia offer nak mendukung tanak..


dua2 mencebik





last2 ayah dia belikan belon terus hepi




alhamdulillah sepanjang kat Beijing, kesihatan budak dorang ni sgt baik. aku noticed dorang pon byk minum air putih. satu hari bape kali kena tukarkan baju amir tu sbb basah



dah selesai kat sini, ktrg terus bergerak ke restoren utk makan tghari. masing2 dah kepenatan & alya amir pon mkn sikit jer. restoren muslim ni ada jugak disediakan ruang solat. after solat sesiap, masing2 terus ke kedai2 cenderahati yg terletak kat tempat laluan utk pergi ke bas. tp ktrg x de membeli apa2 pon. just cuci2 mata jer.

After semua dah berkumpul, ktrg ke Crystal Shop plak. Nasib tak menyebelahi ktrg jugak sbb mood budak 2 org ni tak OK jugak. so, turun je bas, terpaksalah ktrg berempat berehat2 di depan shop tu. tp sempat jugak masuk ke dalam shop utk tgk crystal. tp satu pon aku x berminat.

Lepas ke Crystal shop, ktrg ke Burning Cream Center plak. Tp aku x turun rasanya sbb amir tido. alya, hasben & lain turun ikut tour tu. Sebelum balik ke hotel, ktrg singgah lagi ke restoren yang lain utk makan dinner. then terus balik ke hotel. Kat hotel plak, tourist guide tu dah bawak penjual yang jual baju, cenderahati, sarung bantal, alas meja kat hotel. so malam tu aku just ke bilik tu utk shopping jer. rasanaya berbaloi jugak membeli dgn dia..


DAY 4: 310514- Pearl center, Bird Nest, Muslim Supermarket, Foot Massage, Shopping Market

Hari ke 4 ni badan dah start lemau2.. rasa mcm tak sabar nyer nak balik malaysia. disbbkan cuaca panas yang amat kat Beijing, ruam amir banyak betul timbul kat muka. sian dia..





Tempat first today adalah ke Pearl Center. Tapi macam biasa dekat sini pon, aku just cuci2 mata je. membelinya idok la.. mmg tak berminat. dalam 2 jam kot kat Pearl Center sbb ramai jugak yg tertarik utk membeli & after semua dah puas bershopping barulah ktrg ke tempat seterusnya.

next destination adalah Stadium Sarang Burung. Cantik sgt stadium tuh. tapi ktrg x sanggup nak menapak dekat dgn stadium sbb panas terik. amir & alya pon gembira je sepanjang kat Bird Nest ni. kemain sgt alya bila asik bergamba dgn maskot2 kat situ..












Dah puas bergamba kat sini, ktrg lunch dulu ke restoren. sblum ke restoren singgah dulu kat Muslim supermarket. sempat jugak la alya pow mainan kat situ..hehe. after dah lunch ktrg ke Foot Massage plak. kat sini around sejam & pas dah setel ke tempat shopping pulak. hehe.

Kat market ni, mmg kaw2 dia letak harga barangan tuh. hasben beli seluar jeans sbb dah tak cukup seluar. harga first yang dia letak mmg mahal bebenor siap beribu riban. so tips utk membeli, kita terus letak harga yang kita nak (yang pling rendah & lagi rendah dr harga kat M'sia). kalau dia tak setuju, kita jalan jer buat tak tau smapai dia setuju ngan harga tuh. Tp agak dasyat jugak cara dorang ni berniaga. sbb kasar & terlalu memaksa2 org membeli. tak berkenan betul aku. Dekat Markat ni, just membeli seluar jeans hasben & mainan utk alya & amir jer.

Habis jer shopping dah nak dekat malam. so naik je bas, & terus balik ke hotel.


DAY 5: 010614- Tea House, Summer Palace, Bamboo Carbon Shop, Market.

Pagi2 berkumpul & terus ke Tea House. Kat sini, aku tak turun sebab menemankan amir tido.. nasib badan!!hehe... tapi sekali sekala best jugak bila dapat rest waktu dorang semua takde dlm bas. aku boleh membongkang tido skali dlm bas...hehe.. Kat Tea House ni, hasben ade la jugak membeli teh2 tu share dgn famili. so kiranya, masing2 dpat la merasa sikit2 bbrp jenis teh tu.



tempat seterusnya adalah ke Summer Palace. Again aku x turun sbb amir masih lagi tido. tp kali ni hasben pon join sekali sbb alya tido berpangkukan dia.. hehe. so adelah peneman dalam bas. dah settel urusan kat sini, ktrg ke Bamboo Carbon Shop plak. Dah namanya pon Bamboo Carbon, so barang2 yang dijual kat sini semuanya berkaitan dgn bamboo ajer. pon tak berminat nak membeli. Kejap jer ktrg berempat shopping kat sini. 1 kali round kat shop & terus tunggu kat luar ..haha.

biskut tiger yang rasa berkali2 ganda sedapnya bila kat Beijing.. hehe

Disebabkan dah hujung2 trip nih, aktivity seterusnya banyak dihabiskan dgn shopping. seronok jugak bila bershopping ni. takde la tensen dgn masa sgt. so after Bamboo Carbon Shop, ktrg terus ke Market 1. actually today ktrg di bawa ke 2 tempat Market. Tp sbb lupa nama Market tu aku just name it as Market 1 jer.. kat Market 1 ni lagi best dari Market semalam. Penjual dia agak OK & barang dia aku tgk lebih banyak pilihan. Kat sini, hasben beli jacket moto & aku pon ade jugak membeli blouse, baju cheongsam utk alya & amir. Ktrg diberi masa 2 jam utk shopping kat sini & then terus pulak ke Market 2. 
Kat Market 2, penjual dia pulak kasar bebenor. once ko dah masuk kat shoplot dorang & dah start tanya2 harga, jgn harapla boleh lepaskan diri sesajer jer..huhu. nasib baik kat Market 2 ni ktrg just makan angin jer. Siap ade plak adegan kejar mengejar between penjual dgn mat salleh. takut den.

banyak betul yang lain bershopping kat 2 tempat nih. after dah siap bershopping, ktrg singgah ke 1 restoren utk dinner sebelum balik hotel.




DAY 6: 020614- Tianjin, Cultural Street, Market 1, Beijing Airport

Hari ni last day ktrg kat Beijing. Flight balik ke KL adalah jam 1 malam 3 hb. So pagi2, dah siap kemas2 barang & check out. Semua barang simpan dulu dalam bas & after dah habis jalan2 terus transfer ke Airport. Tempat yang ktrg pergi adalah ke Tianjin. Jarak antara Tianjin & Beijing dalam 3 jam lebih. Cuaca kat sana lebih sejuk dari Beijing. So nyaman jer rasa. Kat tianjin, ktrg just lunch & ke Cultural Street. Cultural Street ni konsep dia lebih kurang macam Jonker Walk Street kat Melaka. So takde pon membeli ape2 kat sini.

Dah selesai ke Tianjin, ktrg balik semula ke Beijing sbb masing2 tak puas bersopping kat Market 1, termasuklah ktrg sekali..hehe. so sampai Beijing pon dah dalam kul 3 pm. ktrg diberi masa 2 jam setengah utk shopping sebelum semua kena berkumpul kat food court utk dinner sebelum ke Airport.










Kat Market 1, aku beli beg utk kakak & emak, Souvenier, beg utk diri sendiri & hasben beli helikopter mainan utk diri sendiri..hehe.. utk budak2 takde sbb dah beli mainan utk dia sbelum nih.. cepat2 shopping then terus ke food court & calloo ke Airport...


beradu waktu ktrg bershopping.










No comments:

Post a Comment