Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, December 26, 2012

Second Baby - Amir Safwan-

Alhamdulillah, sudah keluar anak yang dikandung selama 37w ++ pada 051212. Hari ni genap usia si anak  21 hari. Next entry nak cerita plak pengalaman bersalin kali kedua. Seriusly sangat berlainan perasaan, kesakitan & pengalaman kali ni.

Nama: Amir Safwan bin Fairudin
DOB: 05.12.12 @ Hosp Pakar Annur Bangi
Weight/ Height/ Head : 3.55kg / 54cm / 35cm
Mode Delivery: Normal

Tuesday, December 4, 2012

Check up at 37w

checkup kali ni ktrg dah decide utk buat setiap weekend jer. sonang citer. Alya x de la meragam sgt sbb masa utk ke klinik ktrg boleh aturkan sesiap. kalau amik weekdays, takut terkejar2 dgn waktu ofis hour & terpaksa bersesak2 dgn umat yg ramai. rimas tau alya ..:)

so sabtu lepas, kul 730pg ktrg dah keluar rumah & terus pi breakfast kat kedai makan sekitar annur. kalau ikut appointment, doc available dr kul 8.00-12.00tgh. after berakfast kenyang2, kul 8 ktrg dah terpacak dpn annur utk berebut nombor. Tp, disebabkan klinik bukak kol 8.30, terpaksa la ktrg duduk melepak2 kat depan klinik bersama2 beberapa org yg dah sampai awal gak. Alhamdulillah, dapat turn yang ke 4 utk hari tu.

Doc samapi x lama selepas tu & turn utk masuk jumpa doc 9.05 pg. Result semua Ok & dalam keadaan normal.

Berat aku: 59.1 kg (tak naik..padahal mkn mcm2..)
BP: 121/81
Urine test: OK
Air ketuban: OK :)
EFW : 3.29kg
Tinggi Rahim: 38w

ok, next story pulak pasal kedatangan mak ayah ke bangi. Sabtu ptg after dah habis checkup & sempat masak tghari, MIL & FIL dtg ke rumah & bermalam sehari sbb ade wedding kat bangi. Ade suprise dr anak2 dia utk celebrate birthday FIL memandangkan birthday FIL jatuh 6 Dec. Along & ateh dtg pepagi Ahad & bwk kek coklat..yummmy,sedap! (ade lg baki kek tu dalam peti ais..tetibe rs teringin nak mkn kek tu bile blk umah nnti..hehe.) & mak pulak siap2 masak mee bandung pepagi ahad tu after breakfast....

PIL balik petang ahad & petang tu plak mak ngan ayah aku plak dtg umah..hehe. murah rezeki bila org x putus2 dtg, AMIN..... mak ngn ayah plan nak ke MAHA memandangkan hari Ahad tu adalah last day & pak anjang pon ade bukak booth kat MAHA. mak ngn ayah bermalam 2 hari kat bangi & baru je balik pagi td. Semalam jugak aku hanya work from home memandangkan alya yang kurang sihat & sedikit meragam...

Semalam , pak uda pon ade dtg ke rumah utk hantar 1 kotak durian fresh.. pergh! best giler bile dapat makan durian yang br je dikopek.. terasa kenikmatan durian tu. tp aku just dapat makan 3 ulas je la sbb mak tak pg mkn byk2...hehe...takpe2, dpt makan sikit tu jer dah rasa puas giler...

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, November 29, 2012

Tahniah Harimau Malaya

Tahniah Harimau Malaya!!! auumm... hehe. semangat giler aku tgk bola semalam. walaupun sedekit keciwa sbb banyak giler kot peluang Malaysia utk tambah gol, tp masih terubat jugak la dgn kemenangan 4-1.

disebabkan en hasben yg sememangnye bukan kaki bola, terpaksa la haku mengangkut sekali si kecik tu utk teman kan aku tgk bola sama2..haha. siap terjerit2 YEAY!!! bile first goal tu. tp utk first goal je la dia excited. pastu terus alya bolayan aku sbb dok sibuk main ngn mainan dia & sibuk memunggah barang. huhu..




sian alya, disbbkan bola habis dlm kul 10.30mlm, sampai tertido2 la dia kat depan TV..hehe. sorry la sayang...sabtu ni kt repeat lagi yer tgk bola.. bukan slalu pon.... :)

Tuesday, November 20, 2012

Check up at 35w for the 2nd baby

19-Nov-2012 : checkup day for 35w. Memandangkan doc hanya available sebelah ptg, so ktrg terpaksa menunggu beberapa jam sebelum sampai ke giliran berjumpa dgn doc. Pagi2 tu still lagi ke ofis nak settlekan semua kerja & kul 1 dah bergerak keluar dari ofis utk amik alya dulu sebelum ke Annur. Sampai je kat Annur, amik dulu no giliran & ktrg gi makan2 dulu & balik umah utk solat & berehat2...hehe.

Dalam kul 2.30 after dah selesai solat ktrg terus ke Annur. Fuhh!! ikut no giliran, aku dpat turn yang ke-21. pergh! pergh! pergh!.. dah la patient ramai, Doc plak tgh2 buat checkup kena plak mintak excuse sbb nak menyambut kelahiran baby. so terpaksa la sesi checkup tu tergendala selama sejam...huhu. Alya plak skg ni, dah makin aku nak due, makin manja plak perangai dia. asik2 nak berdukung. tak dapat berdukung tunjuk protes dpn org. huhu. Sabo je la...

At last, aku dapat masuk utk jumpa dgn doc dalam kul 530 camtuh. terpaksa masuk sorang2 dalam bilik doc memandangkan hasben pi kedai makan utk menghiburkan hati Alya. So result utk minggu ke 35:

Berat aku: 59.1kg (naik 1kg dr berat 2 minggu lps)
BP: 111/71
Urine: OK :)
Berat baby: 2.998 kg

Alhamdulillah semua result dalam keadaan yang normal & baby pon sangat aktif dalam perut ni.

Nak crita jugak, barang2 baby & aku semua dah dikemas & dah disimpan siap2 dalam bonet kereta. Cuma nyer barang2 alya jer belum berpacking lg. huhu. kalau mengikut hajat di hati, after deliver & berehat 1-2 hari kat bangi, nak balik berpantang kat ayer keroh mcm first delivery dulu...

Wednesday, November 7, 2012

Between 33w to 34 w

Teruja sungguh nak update blog kali ni.. hehe. sebabnya hari ni aku nak bercerita pasal perkembangan baby dalam perut ni yang dah memasuki minggu ke 33++. Kalau ikut experience melahirkan kakaknyer, seawal minggu ke 38 dia dah selamat dilahirkan. erm...nerveous sgt rasa. Barang2 baby pon banyak lg yg tak lengkap. huhu. InsyaAllah ptg ni aku & hasben plan nak mencarik barang2 baby & muktamad beg utk ke hospital kena disiapkan weekend ni jgk. tak boleh dah bertangguh2....

Insyallah, kalau ikut perancangan kami ,anak kedua ni bakal dilahirkan di Annur Specialist Bangi dgn bantuan Dr Khamsiah. Setelah sebulan bertangguh utk checkup dgn Dr Khamsiah, akhirnye berjaya jgk ktrg mencurik masa utk buat first visit ke Annur semalam. Sepatutnya minggu ke 28 dah kena buat lawatan pertama tp disbbkan terlampau bizi & byk perkara yg perlu diuruskan, di minggu ke 33 lah kami berjaya ke sana. hehe.

Utk checkup semalam, seawal jam 730 ktrg dah kuar dr rumah & terus ke klinik. Breakfast kat sekitar klinik supaya senang nak chop nombor bila kaunter dibuka. Sbb berdasarkan pembacaan aku kat internet, utk buat checkup kat sana at least kena tunggu 2-3 jam utk smpai ke turn kita kalau kt terlewat smapai utk ambik no. cuba bayangkan, sorang patient at least akan amik masa 10-15 minit utk jumpa dgn doktor. Alhamdulillah, aku dapat turn yang ke 4. Doc smapai jam 9 & turun aku dalam kul 9 lebih camtu.

Result utk tekanan darah & urine adalah normal. Berat baby 2.6kg & doc expect berat baby adalah 3.5kg jika baby dilahirkan spt due date. hohoho. lebih berat dr berat si kakak masa dilahirkan. Erm, telan air liur jugak bila dgr doc ckp cmtu. Tp, tak kesah la berapa berat baby dalam perut ni, asalkan aku selamat melahirkan & baby sihat sempurna , aku dah cukup bersyukur. Alhamdulillah baby dalam perut ni juga sgt healthy dan kepala dah berada di posisi yang betul.

Masa checkup jgk, ade jgk soklan yang sempat aku tanya kat doc. disbbkan alya yg masih lg menyusu badan, kekadang risau jugak kalau2 terjadinya early delivery disbbkan contraction masa dia tgh menyusu. Jawapan doc, boleh jer menyusukan sampai kelahiran kedua asalkan si ibu tak de mengalami bleeding & contraction tp perlu diceraikan susu secara total ke atas anak pertama sebaik anak kedua dilahirkan. Maybe ada logiknya dgn alasan yang doc bagi iaitu susu tu sepatutnya menjadi hak anak yang baru dilahirkan sedangkan anak yang dah besar ni dah boleh makan & minum bermcm2 dan tak perlu bergantung lagi ke atas susu badan semata2. sob2.. terus teremosi bile dgr camtu. Rasa mcm tak sampai hati sgt nak berceraikan susu ke atas alya.

Erm disbbakan aku terbuka jgk cerita ttg masih lagi menyusukan alya, dan2 tu jugak doc suruh ambil darah dgn nurse kat kaunter utk check HB. huhu.. masa pertengahan pregnancy, HB aku doc kata sgt cantik, 12.4. tp dia suspect mesti ade penurunan kat HB skg disbbkan aku menyusu anak & tak makan sgt obimin yang doc bekalkan. After amik darah & tunggu result dalam 10 minit, dan seperti dijangka nama aku naik balik utk kena lecture dgn doc. hehe. terus dibagi nya aku 3 jenis ubat dan tak boleh pon skip2... erm takpelah, nak buat mcm mana. Dah mmg salah sendiri. Ubat dah la x mkn, makan & minum hari2 pon kekadang x terjaga. So, start semalam, hasben dah mula monitor ubat2 yg doc bg tu utk pastikan mmg aku x skip langsung mkn ubat. ^_^

Next visit adalah 2 minggu kemudiannya & waktu tu aku dah dalam minggu ke 35++. So far, pengalaman checkup dgn Dr khamsiah adalah best. Dia banyak bg nasihat & sangat soft spoken. aku yang pakai tudung selimpang masa pi check up semalam rasa mcm segan bila tgk penampilan doc tu. hehe...

Friday, October 5, 2012

Cerita minggu ni pulak.. hehe

Alhamdulillah, semalam adalah hari ke-9 ktrg tidur di rumah baru. Emak, Ayah & Adik jugak telah selamat tiba di Mekah bagi urusan Haji. Semoga semua jemaah haji akan mendapat haji yang Mabrur & selamat pulang ke Malaysia seperti yang telah dijadualkan.

Ok, berbalik pada cerita rumah baru pulak. Masih ada lagi 50% lagi kerja2 pemunggahan barang2 dari dalam kotak yang perlu dibuat. Buat masa ni, area yang sudah berjaya dikemas adalah dapur kering, dapur basah, bilik tetamu tingkat bawah, master bedroom & ruang menonton di tingkat atas. Even area2 tu dah berjaya dikemas, still ade lagi kerja2 pengubahsuaian & ruang2 yang masih lagi kosong disebabkan barang2 yang sepatutnya disimpan kat ruangan tu masih berada dalam kotak. hihi.

Kerja2 mengemas rumah baru ni byk sangat dibantu mak & ayah mertua yang sanggup bermalam selama 3 malam kat rumah ktrg semata2 nak menolong mengemas & men decorate rumah...sob2~~. terharu sangat!. Ila & munira pon byk menolong dgn mencuci & mengelap rumah sehari sebelum ktrg berpindah masuk hari Rabu lepas.. TQ all... TQ!!!....

Misi utk weekend ni plak, aku & hasben akan meneruskan lagi  perjuangan mengemas rumah & cuba sedaya upaya utk clearkan segala kotak2 yang still byk kat ruang tamu. Pagi2 Sabtu ni dah plan nak keluar gi bandar nak carik tangga utk tujuan memasang langsir.. huhu.. ada 6 tingkap yang still togel x berlangsir.
Insyallah, kena kuatkan semangat utk pasang langsir, clearkan kotak2 yang byk2 tu, & mengemas rumah hujung minggu ni.. Harap2 semuanya berjalan lancar & alya boleh bertoleransi dan tak buat perangai. amin...

Seterusnya nak bercerita plak pasal second pregnancy. Alhamdulillah, aku dah pon memasuki bulan ke-7 pregnancy & trimester terakhir. Dah dapat surat refer utk ke specialist & insyallah aku akan buat buat follow up check up selepas ni dgn doc khamsiah dari hospital An-Nur Bangi. Pregnancy kali ni agak mendukacitakan la jgk bila ramai yang tegur berat aku makin susut & susut. kekadang tu ade gak yang bgtahu dia x noticed pon aku tgh pregnant kalau tgk dr sisi belakang. bila dia tgk dr sisi depan br dia tau aku tgh preggy..hehe... oh yer, berat aku baru jer naik 1.4 kg dr berat asal sepanjang 7 bulan mengandung ni.. tapi, alhamdulillah, berat baby makin lama makin naik & agak montel la jugak doctor ckp kalau nak dibandingkan dgn usia dia ketika dalam perut... Insyaallah, jika dilihat pada scanner, dah jelas "bird" timbul pada bhg kemaluan since dia masih 4 bln lagi..hehe.

Alya plak ktrg tgh ade harapan utk menjadi kakak yang baik & penyayang pada adik dia. Suka tau dia usap perut2 aku sambil kiss2 & sebut baby kat perut aku ni... hehe. So far, perkembangan alya sangat OK & memuaskan utk usia 1 thn 6 bln. Dah boleh paham arahan yang ktrg bagi & kuat membebel. Tp ade 1 benda yang plg dirisaukan pasal alya sejak akhir2 ni. Berat dia ktrg tgk makin susut semenjak dia demam last week. & skg ni la dia baru berselera makan & minum. kdg2, tak cukup 1 botol susu, kena topup lagi dgn mknan lain....:)

Tuesday, September 25, 2012

Setiap kejadian pasti ada hikmah nya :)

Minggu lepas banyak betul peristiwa yang berlaku kat familiy kecik aku:

18.09 (Selasa)
Aku & hasben accident! alhamdulillah sumenya selamat & alya x berada bersama2 time tu. 3 kereta terlibat & kereta ktrg adalah mangsa yang ditengah2. kejadian berlaku di highway Bukit Jalil-Puchong & masa tu ktrg otw nak ke Bangi utk berjumpa dgn kontraktor. Serius after kejadian tu, terus life aku rasa mcm agak hectic sikit. Maybe sebab dok memikir pasal accident & tetibe plak bile balik umah tgk rumah berserabut dgn segala bagai kotak dari Movers yang baru jugak sampai waktu lunch hour betul2 sebelum kejadian accident tu :( . Plan asal hasben nak amik kereta backup (pinjam kereta MyV akak) kat Melaka malam tu jugak, tp setelah berfikir2 semula, adalah better dia balik ke Melaka pagi2 Rabu after berehat puas2 malam tu..


19.09 (Rabu)
Malam tu badan Alya panas.

20.09 (Khamis)
Aku EL sbb alya demam, batuk & selsema. 1 hari dia meragam tanak berenggang ngan aku. makan tanak, minum pon kurang.. sangat2 risau dgn condition alya. End up aku pon demam skali sbb berjangkit dgn alya. & first time jugak tidur alya yang sangat2 mendukacitakan..start pukul 8.30 mlm dia masuk tido, dia akan menangis dlm 5-10 minit after tertido dalam 15 minit cmtu smpai ke pagi. & for the first time jugak, aku rasa terlampau STRESS sgt disbbkan tu!!... sgt jahat & menyesal kalau diingat2 kan balik kejadian malam tu, aku asyik la marah kat dia disbbkan dia asyik menangis jer... sian alya ;(..... ntahla maybe aku stress disbbkan aku pon demam gak malam tu , pastu tgh preggy & perut lapa sbb x lalu nak makan...

21.09 (Jumaat)
Memula ingat nak EL lagik, tp tak boleh sbb hari ni adalah last day bos aku kerja sblm pegi Haji. Berat sangat rasa hati nak tinggalkan alya kat rumah babysitter tp alhamdulillah bos bg kelonggaran utk aku amik half day hari tu memandangkan keje2 handover dah selesai pg tu jugak.



Weekend tu plak, after demam aku ngan alya dah kebah, berjangkit plak demam tu ke hasben.. huhu..  Alhamdulillah, demam dia dah beransur2 kurang & skrg ni ktrg sedang dalam process mempacking barang2 utk berpindah rumah Bangi esok.. :)




                                                   sindrom budak nak dapat adik :).... cian dia.

Monday, September 10, 2012

Update utk bulan September

Bulan sept yg agak bizi, agak kelam kabut & sedikit memenatkan. Alhamdulillah, kunci rumah Bangi ktrg dah terima 1 sept hari tu. notis utk keluar rumah puchong dah di inform ke owner & insyallah bulan 10 kami sekeluarga akan mula menjadi penduduk Bangi sehingga ke masa yang x dapat dikenal pasti...hehehe. So dalam masa sebulan ni la ktrg memulun mencarik kontraktor utk buat minor renovation & insyallah dalam minggu ni kerja2 mengecat umah, membetulkan parkir serta tiles & buat semula bilik bawah akan bermula. Semoga semua urusan boleh diselesaikan seperti yang dah dijadualkan.. :)

Selain sibuk menguruskan rumah baru kat Bangi, urusan lain yang sama penting jgk adalah mencarik Movers. hehe.. dgn keadaan aku yg tgh sarat ni & alya yang dah semakin nakal memunggah & 'mengemas', rasanya mcm x berdaya plak utk menguruskan aktivity mempacking barang yang super duper banyak tu.. so apalagi, meng goggle la kami laki binik mencarik movers yang paling murah & berbaloi last week. after dapat 4 quotation dr 4 movers, kami sepakat utk memilih service dari Global Van Lines company. so segala urusan mempacking, memunggah , mengangkat & menyusun semula barang ke rumah baru bakal dibereskan oleh diorang. :)

Insyaallah jika ikut perancangan, renovation rumah akan memakan masa 2 minggu. so expected dalam hujung bulan urusan movers plak akan mengambil alih sejurus selepas kerja renovation & membasuh rumah selesai.. ermm, serius tak sabar rasanyer nak tunggu saat2 tuh. oh yer, sofa jugak dah direquest di kedai utk penukaran fabrik & sarung..hehe. walaupun bukan sofa baru, tp tetap la terasa baru dgn penukaran tu. dah tak sanggup nak menghadap serbuk2 itam dari pvc sofa  yg byk berterabur kat rumah. Even dalam toilet & atas katil pon boleh jumpa serbuk2 hitam tu..hihi... letih!!

Bulan ni jugak, mak, ayah & adik akan menunaikan ibadat Haji. Semoga urusan mereka semua akan dipermudahkan & mendapat Haji Mabrur. AMIN.  Akak plak 17 hb ni akan fly ke UK utk menyambung pengajian ke peringkat Master. Pengajian selama setahun & insyallah akan tamat bulan 10 tahun hadapan. Semoga jugak urusan akak di sana akan dipermudahkan & dapat berjumpa jodoh yang secocok..hehehe....

Adik baby plak skg ni dah memasuki bulan ke-6. Alhamdulillah, setelah beberapa bulan berat yang menurun akibat kurang selera makan, kini berat aku menaik sebanyak 2.1 kg dalam masa sebulan..hehe. mana taknyer selera syawal. Asyik makan makanan yang sedap, kuih raya & kerepek2.. Baby juga alhamdulillah sihat walafiat. Berat & panjang adalah normal bg janin seusianyer.

Si kakak baby plak, semakin lama semakin banyak akal. Dahla makin manja. huhu. kekadang tu asyik nak berdukung jer. kekadang jugak suka menangis x tentu pasal. cthnye, kalau dia nampak 1 barang tu, dia akan merengek2..."nakk...nakkk...", bile dah dibg barang tu, nangis plak tanak. pastu die beralih plak ke barang lain dgn sama peel nyer. pening kepala ktrg dikerjakan si kakak baby tu. Tp, buat la apa2 pon alya, still sayang aku & hasben kat alya x pernah menurun, malah semakin menebal & menebal. :) 

Tuesday, August 14, 2012

@ 21++ weeks for the 2nd

lately ni kerap sgt rasa nak terkencing akibat tendangan si baby dalam perut..hehe. actually aku dah rasa pergerakan baby ni since die 4 bln. lebih awal dr masa aku prgnant kan alya sbb maybe masa alya dah ade kot rasa pergerakan tp aku jer lambat nak noticed.

last checkup masa last week, alhamdulillah baby gain a weight & healthy. Gender? hehe. dah nampak dah memandangkan posisi si kecik tu yang terkangkang baik punyerrr masa tgh scan...hahaa...tp tanak awal sgt rasa gembira, so gendernya aku nak confirmkan lg masa next checkup. tp kan, gender baby ni takla ktrg kisahkan sgt, Boy or girl, ktrg akan terima dengan hati terbuka dgn gembira.

Alhamdulillah, puasa kali ni aku dapat laksanakan dgn gembira. hehe.. syukur sgt ramadhan yang berlangsung tanpa morning sickness.Thank you ALLAH. tp still ade lompong 2 hari sbb ade 1 hari tu  aku  tersilap makan yang menyebabkan aku muntah & cirit birit..huhu.. 

Kali ni nafsu makan masih lagi biasa2 & sometimes tu rasa tak de selera sgt nak mkn.so check up hr tu bila check berat mmg menurun dr yang lepas2..  nasib baik doc tak bising sbb baby still in normal condition. hopefully, after ramadhan ni selera makan aku bertambah & bertambah. hehe.


 

Monday, August 13, 2012

Persiapan raya

sronok nyer minggu terakhir bekerja sblm cuti beraya.. pagi td dah plan dah, sambil wat  kejer sambil nak dgr lagu raya dr hardisk . tp, sedey.... hardisk simpan lagu2 raya tu rosak..huhu.. so, skg ni dgr radio HOT FM jer. ok la jugak, lagu raya kat radio pon byk kali dorng main kan.. hehe. terubat sket perasaan :)

pagi td bersahur adalah sangat simple. bangun jer 440 pg terus wat jemput2 tepung & masak air. so, keadaan hari ni adalah agak longlai skit. sbb tak makan nasik time bersahur & berbuka semalam. asik rasa nak termuntah jer, tp masih boleh lagi bertahan...

last weekend lepas, dah setelkan sume baju2 raya. dah siap berbasuh & jugak berpacking dalam beg.insyallah khamis malam tu ktrg akan berangkat ke alor gajah.. hopefully jalan masih tak jem & perjalanan balik ke kampung selamat.

kuih raya plak macam biasa, adalah kuih tunjuk2.. hehe. still x lengkap lagi & kena pulun mencari sebelum cuti beraya ni. dah ade 2 keluarga ni, budget pon kena la dibahagikan sama rata.. :)

Wednesday, July 25, 2012

Sayang Alya.....

Rindu giler kat budak manja, masam, & comel ni... makin besar, makin makin byk kerenah.. sometimes boleh menggelakkan ktrg & sometimes mampu menggelegakkan ati ktrg....huhu. tp adatlah, setiap ibu bapa mesti melalui saat2 ni.. depends pada ibu bapa tu sendirik jer macamana nak handle anak masing2...





Monday, July 23, 2012

Roti Gardenia

aritu pas keje singgah la kedai jap nak beli roti. so, aku bagi alya kat hasben nak soh pegang kan & aku turun kete pi kedai... first time ni masuk kedai tu sbnarnye after kedai tu dah ditukar milik ke owner baru. design pon lain dr dulu.

so, tempat yang aku tuju after masuk situ mestilah kat depan2 kedai kan memandangkan aku nak beli roti je pon.. tp agak hampa bile rak roti tu pon x nampak bayang... Ok, xpe xpe, teruskan usaha lagi & aku carik plak smapai ke dalam2 kedai. kali ni tempat aku tuju adalah ke rak2 makanan plak.. tp still gak x jumpe...

so, bile dah x jumpa gak, barula aku pergi kat salah sorang pekerja dia nak tanye pasal roti tu.

Pencarik yang x jumpe2 : Dik, roti kat mane ek?
Penjual yg konfident: Ade kak, kat row ujung tu pastu ade kat belakang2..

(sambil2 ni aku dah jeling2 gak kat row ujung tu, tp cam suspicious lak tmpat tu)

Pencarik yang x jumpe2: Kat sini? (sambil nak masuk kat bhg tuh)
Penjual yang konfident: Aah kak, kat belakang2 ek..

Tapi, jeng2.. aku dah hagak dah, mesti budak laki tu paham bende lain bile aku cakap nak beli roti.. Ade ke patut, dia bagi direction ke area Pads.. huhu... masa sampai kat situ, aku tak tau nak gelak ke atau nak nangis..rasanye macam dah jelas kot tujuan aku just "nak carik roti'..

Pencarik yang x jumpe2: Dik, bukan roti tu la, roti gardenia ade jual x?
Penjual yang konfident : (muka malu2) ehehehe...oo, roti tu xde jual kak..hehehe


SEKIAN....  >_<
---------------------------------------------------------------------------------------

Friday, July 20, 2012

Cerita rawak

Alhamdulillah, besok umat islam akan mula berpuasa di bulan Ramadhan. Time ni kandungan aku dah pon mencecah 4 bulan setengah & hopefully aku akan mampu utk completekan misi puasa penuh utk kali ni memandangkan first trimester yang penuh liku & ranjau dah pon berlalu...hehe. First ramadhan utk kali ni disambut dgn hasben & anak jer. Insyallah next week or next 2 week barulah ktrg akan balik menyambut bulan puasa dgn famili kat melaka.

Alya buat masa skg dah  berusia 1 tahun 3 bln ++ ketika & saat ni. Sgt progressing well & dah boleh accept formula milk after bertarung selama sebulan lebih nak mengajar minum susu formula. 1 pencapaian yang agak mengujakan bagi aku & hasben even ramai yang ckp, formula milk ni bukan la satu keperluan pon tp still aku rasa x lengkap utk perkembangan dia memandangkan aku dah x bekalkan pon EBM kat dia since dia berusia setaun setengah. Tp, syukur sangat sbb susu aku tak la terus xde wat masa ni. Masih lagi ada walaupun x semeriah dulu & keterujaan alya pada original milk ni pon masih blom surut..hehehe...

senang ati tgk TV sambil berbantalkan patung kesayangan..


sambil membaca sambil membebel

Budak bertuah tu jgk dah semakinnnn manja ngn ayah dia skg ni. kemain tau kekadang tu dia tanak pon ngn aku.. huhu. eskyen sgt..  tp bile dah ngantuk barula dia akan dtg balik merayu2 kat aku nak soh tidokan dia.. itupon sbb dia masih lagi ketagihan utk menyoyot sambil terlena. saboo je la..  wakto tido alya alhamdulillah sgt teratur. setiap hari sebelum pukul 10mlm dah pon terlelap & dia akan bangun semula dalam kul 7 atau 8 pg. Tp dr kol 10mlm hingga 8 pg, still dia akan bangun 2 atau 3 kali utk menyusu & menyoyot ataupon ade gak dia akan terlenaaa smapai la ke pagi.. yeay!!! I suka! I suka!....



Alya jgk dah makin boleh diharap. Kalau kt nak mintak tolong dia amikkan sesuatu tu, mesti dia akan tolong. hehe.. dah boleh sebut ayah dgn jelas, tp masih lagi x boleh sebut IBU.. geram, geram.. selalu tau dia akan sebut mama..mama.. Mama tu merujuk pada babysitter dia la. even dah berkali2 aku bahasakan Ibu, still dia akan sebut mama.. huhu...

Ade 1 crita yang klaka sgt pasal alya. tatau nape alya takut sgt kat vacum cleaner umah ktrg. kekadang tu sampai nangis2 bile tgk benda alah tu ade dekat2 dgn dia..kalau dia x nangis, 1 tabiat dia bile dia x suka sesuatu tu dia akan goyang goyangkan badan dia macam reaksi org geli geleman tu..hehehe so, bile dah takut cmtu, ktrg pon amik kesempatan la jgk. memandangkan dia ni suka sgt memunggah barang2 dapo & masuk dapo time ktrg masak, apa yang ktrg buat adalah letakkan vacum tu betul2 kat tempat memasak & rak2 dapur..hehe...


mainan yang bakal di recycle oleh adiknyer..ahaks  ^_^


Okla, ni je la crita buat masa ni.. ade lagi 1 crita best yang aku nak catatkan lagi next2 time. Masanyer blom tiba & insyaallah bakal tiba x lama lg.



Thursday, July 5, 2012

cerita yang sedey...

terbaca 1 citer ni, terus wat bergenang air mata.. nasib baik orang sebelah aku x perasan perasaan sayu aku skgn ni..hehe


When I got home that night as my wife served dinner, I held her hand and said, I’ve got something to tell you. She sat down and ate quietly. Again I observed the hurt in her eyes.
Suddenly I didn’t know how to open my mouth. But I had to let her know what I was thinking. I want a divorce. I raised the topic calmly.
She didn’t seem to be annoyed by my words, instead she asked me softly, why? I avoided her question. This made her angry. She threw away the chopsticks and shouted at me, you are not a man! That night, we didn’t talk to each other. She was weeping. I knew she wanted to find out what had happened to our marriage. But I could hardly give her a satisfactory answer; she had lost my heart to Dew. I didn’t love her anymore. I just pitied her!
With a deep sense of guilt, I drafted a divorce agreement which stated that she could own our house, our car, and 30% stake of my company.
She glanced at it and then tore it into pieces. The woman who had spent ten years of her life with me had become a stranger. I felt sorry for her wasted time, resources and energy but I could not take back what I had said for I loved Dew so dearly. Finally she cried loudly in front of me, which was what I had expected to see. To me her cry was actually a kind of release. The idea of divorce which had obsessed me for several weeks seemed to be firmer and clearer now.
The next day, I came back home very late and found her writing something at the table. I didn’t have supper but went straight to sleep and fell asleep very fast because I was tired after an eventful day with Dew.
When I woke up, she was still there at the table writing. I just did not care so I turned over and was asleep again.
In the morning she presented her divorce conditions: she didn’t want anything from me, but needed a month’s notice before the divorce. She requested that in that one month we both struggle to live as normal a life as possible. Her reasons were simple: our son had his exams in a month’s time and she didn’t want to disrupt him with our broken marriage.
This was agreeable to me. But she had something more, she asked me to recall how I had carried her into out bridal room on our wedding day.


She requested that everyday for the month’s duration I carry her out of our bedroom to the front door ever morning. I thought she was going crazy. Just to make our last days together bearable I accepted her odd request.
I told Dew about my wife’s divorce conditions… She laughed loudly and thought it was absurd. No matter what tricks she applies, she has to face the divorce, she said scornfully.


My wife and I hadn’t had any body contact since my divorce intention was explicitly expressed. So when I carried her out on the first day, we both appeared clumsy. Our son clapped behind us, daddy is holding mummy in his arms. His words brought me a sense of pain. From the bedroom to the sitting room, then to the door, I walked over ten meters with her in my arms. She closed her eyes and said softly; don’t tell our son about the divorce. I nodded, feeling somewhat upset. I put her down outside the door. She went to wait for the bus to work. I drove alone to the office.


On the second day, both of us acted much more easily. She leaned on my chest. I could smell the fragrance of her blouse. I realized that I hadn’t looked at this woman carefully for a long time.. I realized she was not young any more. There were fine wrinkles on her face, her hair was graying! Our marriage had taken its toll on her. For a minute I wondered what I had done to her.
On the fourth day, when I lifted her up, I felt a sense of intimacy returning. This was the woman who had given ten years of her life to me.


On the fifth and sixth day, I realized that our sense of intimacy was growing again. I didn’t tell Dew about this. It became easier to carry her as the month slipped by. Perhaps the everyday workout made me stronger.


She was choosing what to wear one morning. She tried on quite a few dresses but could not find a suitable one. Then she sighed, all my dresses have grown bigger. I suddenly realized that she had grown so thin, that was the reason why I could carry her more easily.

Suddenly it hit me… she had buried so much pain and bitterness in her heart. Subconsciously I reached out and touched her head.


Our son came in at the moment and said, Dad, it’s time to carry mum out. To him, seeing his father carrying his mother out had become an essential part of his life. My wife gestured to our son to come closer and hugged him tightly. I turned my face away because I was afraid I might change my mind at this last minute. I then held her in my arms, walking from the bedroom, through the sitting room, to the hallway. Her hand surrounded my neck softly and naturally. I held her body tightly; it was just like our wedding day.


But her much lighter weight made me sad. On the last day, when I held her in my arms I could hardly move a step. Our son had gone to school. I held her tightly and said, I hadn’t noticed that our life lacked intimacy.


I drove to office…. jumped out of the car swiftly without locking the door. I was afraid any delay would make me change my mind… I walked upstairs. Dew opened the door and I said to her, Sorry, Dew, I do not want the divorce anymore.


She looked at me, astonished, and then touched my forehead. Do you have a fever? She said. I moved her hand off my head. Sorry, Dew, I said, I won’t divorce. My marriage life was boring probably because she and I didn’t value the details of our lives, not because we didn’t love each other any more. Now I realize that since I carried her into my home on our wedding day I am supposed to hold her until deaths do us apart.


Dew seemed to suddenly wake up. She gave me a loud slap and then slammed the door and burst into tears. I walked downstairs and drove away.


At the floral shop on the way, I ordered a bouquet of flowers for my wife. The salesgirl asked me what to write on the card. I smiled and wrote, I’ll carry you out every morning until death do us apart.


That evening I arrived home, flowers in my hands, a smile on my face, I run up stairs, only to find my wife in the bed - dead.

Tuesday, June 26, 2012

Doa kesejahteraan diri

takutnyer bile baca paper sejak kebelakangan ni. manusia makin lama jadik makin giler, makin bernafsu & makin x bertamadun. actually aku baru je baca 1 citer pasal seorang bapak yang sanggup bunuh anak kandung sendiri yang ade sakit mental sebab anak tu sering berbogel. aduyaiii aku rasa la bapak die yang sebenarnye mental. dah la bunuh secara kejam..  die pi tusuk dua2 mata, mulut & kat beberapa anggota muka budak tu dgn batang penyapu..hoihhhh, giler mental bapak tuhh... aku yang baca citer tuh sampai menggigil2 sebab geram. pastu bile die dah bunuh budak tu, dia boleh la dgn takde rasa bersalahnye mandikan budak tu & letak 2 bijik pisang kat sebelah budak tu. gilerrrr...

kisah kedua plak pasal seorang emak yang sanggup menjadi ganti anak2 die utk dirogol.. sedih sgt aku baca kisah emak tu. org jahat yang giler tu dah la merompak rumah org pastu die leh pulak request nak rogol salah sorang anak2 die utk lepaskan nafsu giler die..bengongg..sian emak dia sanggup jadi pendalang ganti utk pertahankan anak2 die, sampai die kurung anak2 die dalam bilik utk selamatkan budak2 tu..huhu..

tu baru 2 kisah, banyak jer lagi sebnarnye tp gerun aku nak citer satu2.. kekadang  rasa cam x selamat jer bile nak keluar mane2.. tp kan, sometimes bende yang buruk pon boleh jer berlaku dalam umah kt sendiri. so, apepon yang paling penting adalah doa. kt kena la sentiasa berdoa utk kesejahteraan diri sendiri, org2 tersayang & org 2 sekeliling kt..

so kat bawah ni, aku selitkan 2 doa utk elakkan perkara2 buruk yang berlaku. doa yang simple tp insyaAllah bayk kelebihan dia...



Friday, June 8, 2012

adik & kakak


Alhamdulillah, dah memasuki bulan ke -3 pregnancy aku hari ni. Pengalaman yang tak jauh berbeza dgn pregnancy pertama bile aku still rasa mual & loya tapi still in control lg. hehe. pagi td masa wat checkup, rasa cam nak menjerit bile tgk reaksi si kecik dalam perut tu yang kdg2 menendang, tompang dagu, & tersedu2...mcm la ni first time wat checkup pregnancy .. hehe ..honestly masa 1st pregnancy dulu, aku x brp clear pon dgn gambar 2d time doc scan  even time tu doc siap terangkan kali kedudukan kepala, badan, tangan & kaki baby. tp maybe disbbkan past experience, gambaran scan utk 2nd baby ni aku rasa jelas sgt & boleh tau mane satu kepala, tangan, badan, mata & hidung baby..  notti tau die bile asik2 nak tendang jer masa tgh scan td.. ^_^

Si kakak plak macam tau2 jer nak dapat adik tak lama lagi. kemain la lagi skg ni manja dia ngn aku.. mengempeng tu jgn ckp la. asal nampak je aku terbaring , laju jer dia dtg kat aku sambil tarik2 baju.. huhu, sabo je la. gaya mengempeng pon dah makin ganazzzzz.. boleh plak die melayan negempeng tu sambil meniarap atas badan aku,  sambil menonggeng & mcm2 la.. erm, setakat ni aku masih lagi breastfeed dia. rasa kesian plak sbb dia still lagi mintak2 sambil wat muka kesian .. :(. takpela, selagi susu masih ade, insyaAllah aku akan terus menyusukan dia..

Monday, May 28, 2012

Entry khas buat En Fairudin

Khas buat suami ku, Fairudin bin Borhan.

Happy anniversary yang ke-2 abg!!!!!...terima kasih kerana sudi utk menjadi pendamping saya selama ini, menjadi bahu utk saya tumpang menangis (sob sob), menjadi imam kepada keluarga & menjadi hero kepada saya & anak anak.. :) walaupun usia perkahwinan yang boleh diumpamakan sperti anak yang baru bertatih, doa & harapan saya semoga kita berdua akan terus saling percaya menpercayai antara satu sama lain dalam membina keluarga yang semakin bercambah & mencambah ini..

Alhamdulillah, masuk tahun ke dua perkahwinan, anak yang sulung kita dah pun berusia setahun sebulan & Insha Allah adiknya pula bakal melihat dunia tahun ini jugak. Betul la seperti yang orang tua-tua ckp, kahwin itu ada rezekinya. walaupun rezeki itu tak dapat dilihat dgn mata kasar, tp cukuplah kalau kita tak pernah merasa kehidupan terlalu sempit after kita berkahwin. Dgn mempuyai anak di usia perkahwinan yang muda, merasai utk makan minum yang cukup, mempunyai tempat berteduh yang sangat selesa malah berpeluang utk bercuti ke sana sini dgn duit yang ada, syukur sangat saya dgn kehidupan yang kita dah lalui sepanjang 2 tahun ni.

Walaupun kehidupan kita as suami isteri ni ade jugak pasang surutnya, dimana kita pernah melalui fasa2 yang gembira, fasa sedih, fasa kecewa, marah dsb. Tapi biasa la, dgn adenya fasa2 tu semua la yang dapat mematangkan kita dari hari ke hari. & dari situ la jugak kita dapat mengenali dgn lebih mendalam diri masing2 & cuba utk memperbaiki kelemahan sendiri. :)

Akhir sekali, sebagai penutup, saya dedikasikan serangkap pantun khas buat suamiku, Fairudin:

Selamat ulangtahun perkahwinan kedua,
Buat suami ku Fairudin bin Borhan,
Doaku agar kita dekat sentiasa,
kerna tak sanggup bila berjauhahan.





Monday, April 16, 2012

new rezeki

Believe that ALLAH always know what is the best.. alhamdulillah for the rezeki..

Tuesday, April 10, 2012

emo!!

betul ke tindakan aku hari ni? gundah gelana la..bercelaru & dalam masa yang sama rasa sedih sgt!!!!

Monday, April 9, 2012

Percutian ke Kota Kinabalu, Sabah

Date: 20-23 Mac 2012 (4 hari 3 malam)
Venue: Kota Kinabalu, Sabah.

Ahli terlibat : saya, hubby & alya
Tmpt menginap: The King Park Hotel KK, Sabah


Day 1 (Filipino Market, Pearl Shop, Tanjung Aru Beach)


flight ke sabah kol 1020 am. so memandangkan hari tu adalah hari bekerja, ktrg bergerak dr rumah ke kl sentral kol 6.45am. dr kl sentral ke LCCT plak, just menggunakan perkhidmatan bas express shj..sonang citer..hehe..erm, percutian kali ni agak kalut sket memandangkan kesihatan alya yang x brp baik.. die baru start demam!!..huhu..sian dia.. :(
sampai LCCT dalam kul 8++ & sempat la kami breakfast di MCD dulu. Alya plak aku dah siap2 kan bubur bekalan breakfast kat LCCT

Alhamdulillah, perjalanan ke KK smooth dgn alya yang hanye tido smbil menyusu sepanjang perjalanan..hehe.. same condition mcm pergi bandung hari tu.. sampai je KK dalam kol 12 ++ lebey & husband terus kol owner kete sewa utk maklumkan yg ktrg dah pon sampai.. oh yer, ktrg just sewa kete viva jer dgn bayaran RM 100 sehari kot..okla, memandangkan hanya ber3 jer viva tu agak berbaloi la jgk.. so, bile dh selesai urusan serahan kunci kete, terus la ktrg bergerak mencari hotel yg dah dibooking sebelum ni. sbnarnye, masa awal2 dulu, ktrg booking satu hotel ni, hotel **** . tp bile sampai jer ctu, nampak plak kat cafe die tertulis perkataan PORK!!... pergh! , dgn x teragak2 terus la kami laki bini decide utk carik hotel yang lain .. sobs sob~~.. so jalan punyer jalan, sambil alya yang asyik dok ngek2 sbb x selesa kot, jumpe la dgn king park hotel ni & terusla jatuh cinta..hihi.. pas dah cek in , solat & park barang2 kat hotel ni, terusla ktrg keluar utk makan2 angin kat kota sabah ni. tempat pertama yg dituju mestilah gerai makanan. lapar weh!! nak tau ktrg mkn ape? cekidauttt!!!!


ikan bakar ..tp dah licin ikan tu aku & hasben kerjakan.. sambal kicap & smbal merah tu sedap gilos, aku siap tambah 2 bekas lagik sbb x cukup..hehe



fresh oren.. ade kisah disbalik air fresh oren ni.. haha. si waiters tu tanye la samada nak order gelas besar or gelas biasa, so dgn konpidennya, ktrg pon pilihla gelas besar memandangkan dua2 dah mmg lapar & haus tahap gaban.. tup2 sekali sampai 2 JUG BESAR air fresh oren!! giler kembung perut aku nak ngabiskan air tuh..huhu


hasben dengki amik gambar aku cam kebulur sgt..


bile memasing dah kenyang , ktrg teruslah menapak ke gerai2 pearl kat sekitar2 tu. tp utk first day ni, ktrg x beli pon ape2 sbb mood shopping tu still takde..





alya bosan sbb time ni pon dak opis dok kol hasben..




dah puas cuci mata kat kedai2 pearl, ktrg bergerak lagi ke FILIPINO MARKET. aku percaya sume org kalau gi KK, mesti singgah kat cni kan? disbbakan filipino market ni terletak dkat ngan pasar basah & kering, so shopping kat cni agak besla sbb agak2 rasa lapa & nak makan, boleh la terus pi kat gerai2 mknn laut yang ade dekat2 ctu gak.. antara barangan yang berjaya dibeli di cni, baju2 utk bg bbsitter, fridge magnet, ikan bilis, baju KK alya (comel lor), & makanan utk di mkn kat hotel waktu mlm..



next destination after Filipino Market , adalah Tanjung Aru. pantai kat cni serius sngat cantik, pasir die lembut jer bile kena pijak..hehe..tp alya jer dok menjerit2 bile kaki die kene kat pasir tu.. huhu...pelik aku, maybe sbb die rasa gelik kot :P







DAY 2 (Kinabalu Park, Pekan Nabalu Shop, Night Market)


selesai jer breakfast kat hotel pg tu, terus la kami anak beranak memecut ke Kinabalu Park. perjalanan memakan masa kira2 2 jam utk sampai ke atas. huhu. mencabar giler biler nak mendaki tu dgn menggunakan viva jer..hahaha..smapai hangit2 tayar tu hasben kerjakan..disbbkan ktrg bertolak agak awal, ktrg berjaya sampai ke Kinabalu park dlm kol 11 cmtu. sejuk giler kat kat atas. kabus pon sgt banyak.. tp agak malang bg kami kerana x berjaya nak snap gambar gunung kinabalu sbb x sempat..huhu..





pas dah puas bergambar kat kinabalu park, ktrg terus ke Pekan Nabalu shop. Pekan Nabalu ni terletak masa otw dah balik ke KK. kat cni pon lebih kurang mcm filipino market, cume rasanye harge barang adalah lebih murah dr filipino market. brg2 yg dijual lagi cantik & menarik dr filipino market.. :) . antara barang yg ktrg beli kat sini, t-shirt utk souvenier & fridge magnet lagi. hehe.. after dah selesai sume urusan, ktrg terus meneruskan perjalanan utk balik ke Hotel.

smapai hotel dah agak petang.. after memasing dah puas merehatkan diri, mandi, makan, tido, solat, next plan sebelum masuk tido semula adalah pergi ke Night Market.. lokasi die dekat jer ngn hotel. boleh je kalau nak jalan kaki, tp disbbkan alya yang still x brp sihat ktrg wat keputusan utk naik kereta jer ke sana.. kat Night market ni byk menjual mutiara2, barang2 souvenier, & t-shirrt2. harga pon x jauh beza dgn filipino market.



DAY 3 ( round around Kota Kinabalu shj)

plan asal sebenar nyer nak pergi island hopping. tp mungkin bukan rezeki kami kali ni (alya masih moody sbb x sehat) so aktiviti hari ni digantikan dgn melawat2 town kota kinabalu. tempat pertama yang dituju adalah Pearl shop. kali ni ktrg p pearl shop mmg bertujuan utk membeli. tp bukan la beli pearl yg beribu raban tu..just carik kerongsang utk mak & mertua, butang baju melayu utk ayah& ayah mertua jer. after abis beli belah kat shop, ingat nak menapak jer terus ke Filipino shop memandangkan mmg dah parking dekat nagn filipino market.. tp tak boleh plak nak meredah cmtu jer sbb alya dok melalak2 masa otw berjalan ke sana.. huhu, so terpaksa la patah balik ke kereta pujuk2 si kecik tu.. bukak ekon kuat2, sambil susukan dia sampai dia tertido. sambil2 tuh, husband drive kereta meround town.. antara tmpat yang disinggah adalah Menara Tun Mustapha & Taman Awam teluk Likas ..



then, balik semula hotel after utk solat & mandi... after sume dah wangi & siap2 solat, ktrg meneruskan aktiviti meronggeng dgn menjejakkan semula kaki ke Tanjung Aru Beach..hehe



DAY 4 (BALIK KL)

bgn pagi, kemas2 barang , breakfast kat hotel & terus cabut ke airport...hehe

Friday, April 6, 2012

Percutian ke Bandung Indonesia

ahakss.. ini adalah entri basi.. utk kenang-kenangan & sbg rujukan di kendian hari..hihihi

Date: 29 Jan - 1 Feb 2012 (4 hari 3 mlm)
Venue: Bandung, Indonesia
Ahli terlibat: saya, hubby, alya, emak, ayah, akak, ila & adik.
Tempat Penginapan di Bandung : My Family Guest House (berbaloi & selesa yg amat lah)DAY 1
flight diambil seawal jam 625pg utk berlepas. giler pening kepala aku atas kapal terbang sbb malam sebelumnya aku tido x smpai sejam pon disbbkan alya yg eksited smpai x mo tido..huhu.. at last, dok jer kat seat flight tu, ktrg dua2 pengsan tak sedarkan diri sampai la dah nak dekat2 bandung..hehe..

sepanjang kat bandung ni, cuaca adalah sgt nyaman. kalau tibe waktu malam, boleh menggigil2 la bile kena angin tu.. OK, Destinansi pertama kami adalah mkn2 dulu sblum pi pasar pagi memandangkan still awal lg nak check in hotel. Komen pasal pagar pagi ni, harga barang ok , sangat murah & byk gak pilihan. tp sbb tempat ni x masuk dalam list sbnarnye, so masing2 berlenggang kangkung jer kat ctu. opss cume hubby la beli 1 t-shirt basahan..:)




cth barang kat pasar pagi

pas dah puas cuci2 mata kat pasar pagi, ktrg pi plak outlet2 yang dekat ngn guest house. yg ni mmg rambang mata nak wat pilihan. tp seriusly, aku mmg takdak mood pon nak shopping time ni sbb kepala dok pikir katil jer, dgn kepala dok bepusing2, rasa nak termuntah, mmg tak boleh blah laa...so, after pergi 2, 3 outlet jer & masa utk check in dah sampai, kami dgn penuh girangnye terus la ke hotel..pas dah bahagi2 bilik & kunci ,terus jer memasing bertafakur atas katil sampai x sedarkan diri..kroh!!kroh!!!



MY FAMILY GUEST HOUSE + kereta pak supir



janji ngan pak supir tu, kol 4 ptg utk sambung balik berpoya2..so after selesai solat & memasing dah segar & mandi , supir pon dtg la jemput ktrg & terus ke toko 3. OK, yang ni sapa2 yg mmg nak carik seluar jeans & baju2 branded mmg digalakkan beli kat cni. aku ngn hubby just crik t-shirt jer utk dipakai. so bile dah sampai bilik hotel, terus rasa nyesal sbb tak carik seluar jeans kat toko 3 :( huhu.... after dah puas kat toko 3, ktrg sambung balik shopping kat outlet2 kat sekitar guest house sampai la malam.....


TOKO 3





shopping kat outlet smpai malam




DAY 2
yeay!.. destinatasi wajib di bandung PASAR BARU!!!....giler semangat sume org biler bangun pagi hr tu.. pas makan kenyang2 kat hotel , terus la ktrg bergerak ke pasar baru. disbbkan ari tu adalah ari bekerja, maka senangla kerja2 kami utk bershopping sbb tak terlalu ramai kat pasar baru.. mcm tak sangka sbb ktrg boleh habiskan masa kat ctu sampai ke petang atau dalam erti kata lain, sampai kedai kat dalam pasar tu nak tutup..hahaha.. alya pon 2, 3 kali boleh tertido dalam carrier.. penat okeh mak yg kena angkat.. hehehe...tp shopping kt pasar baru ni sentiasa didatangi org yg jual air & makanan. so tak perlu la risau kalau masa shopping tu de pon bwk bekal makanan .. foodcourt pon ade disediakan kat situ jugak (lupe plak level brp). ktrg makan ayam penyet kat foodcourt tu. sedap giler, air plak aku amik air guava.. mmg best. ( so hot tips: sila la order air buah ketika berada di indonesia, memang x rugi sbb rasa buah yg sngat pure)..



acara wajib sebelum keluar shopping..kira duit!! ahaks




keadaan di pasar baru.. tu la die minuman yg byk sgt dijual..






then, bile dah puas mengabiskan duit kat pasar baru, pak supir terus bwk ktrg pi cibaduyut. kat cni ade disediakan tmpt solat lelaki & perempuan. :) so tak perlu la riso kalau terleka bershopping.. temapt cibaduyut ni byk menjual bag & kasut kulit. ntahla, aku rasa harga dia cam lebih kurang jer harga kat mesia, ni bak kata husband la. tp ade jgk la yg murah 2 die jual.... cume kena pandai pilih & kira2 sket...cibaduyut


DAY 3
destinasi ari ini adalah ke Tengkuban perahu. so dinasihatkan pada sesapa yg nak ke cni, bwkla shawl, cardigan ataupun baju sejuk utk menutupi badan memasing. sbb tangkubah perahu ni terletak kat tmpat tinggi, sekali angin tiup abis melayang badan tu..hihi.
then, pas dah penat bergambar2 terus plak memecut ke pasar baru lagi!!.. hik hik... so aktivity kat situ macam biasa la, shopping sampai nak muntah..haha..


DAY 4
balik Kuala Lumpur.. flight kol 830 am.. sampai je KL, yang lelaki sume tumbang, pompuan plak dok sibuk punggah keluarkan barang shopping...hihi