Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, April 4, 2016

Alya Sofea 5 tahun

Hari tu last entry pasal birthday Sarah. Kali ni plak cerita pasal birthday Alya plak. Nampak sangat malas la nak update blog...heee..

Birthday Alya tahun ni jatuh hari Ahad, Semalam. Memula plan mcm nak celebrate kat rumah Ateh jer sbb dah alang2 nak hantar stroller kat rumah dia. Tapi bila wasap dgn dia, dia pulak plan nak dtg Bangi utk amik stroller + celebrate sekali besday Alya.

So, Sabtu tu ktrg ke Shopping mall utk carik barang basah sbb nak buat Nasi Tomato hari Ahad.Pagi Ahad, tengah masak Nasi tomato, tetiba hasben bgtahu mak ayah pun nak turun jugak Bangi.. wah meriah la rumah. Amir & Alya kemain excited lagi bila ramai2 kat rumah dia.. Sarah je lah yang dok berkepit je dgn aku sbb takut tgk tetiba rumah ramai org. Huhu.

Kek tu pun sponsor by Ateh & Pak Teh. Dah tgh tunggu hari nak bersalin jer Ateh tu actually tapi still berani jalan jauh2.. hehe. Time potong kek ni mak dgn ayah belum sampai lagi. Alya tu la yang tak sabar2 nak makan kek. Siap request lagi nak bawak balance kek tu gi sekolah.. Tapi malangnya tak bwk pun sbb sikit jer balancenyer. Takut tak dapat pulak semua kawan2 dia makan.

Alya dah 5 tahun ni ktrg dah mula train dia tidur sendiri. Dah siap kemas bilik dia, tukar cadar kartun2, beli almari baju & tukar air-cond baru. Awal2 ni, ayah dia la yg menemankan dlm bilik sbb aku masih lagi dikepit kiri kanan dgn Sarah & Amir. Tapi still kadang2 dia lari bilik aku & request nak tidur dgn Ibu.. Erm, sabor je la.. Ada jugak kadang2 tu, Amir pulak yang dtg bilik kakak dia then ajak Alya tido dgn sekali dgn dia.. hehehe.

Utk Alya, ibu Sayang sangat Alya. Ibu doakan Alya Berjaya dunia akhirat & sentiasa sihat2 selalu... muaaahhhhh!!!!!!!!!!!!!

Thursday, March 17, 2016

Sarah 1 year

Alhamdulillah semalam birthday Sarah yang pertama. Macam unfair pulak utk dia sebab jarang cerita perkembangan dia dalam blog.. huhu. Macam biasa, birthday yang pertama ni ktrg tak de celebrate sangat pun sbb dia pon masih lagi tak faham apa-apa. Just buat macam biasa, layan dia macam biasa, cium dia macam biasa. Cuma yang luar biasa, nyanyikan dia lagu 'happy birthday' jer utk dia.. Tapi tu lah, reaksi dia macam takde apa-apa pun special.. hehe.

Perkembangan Sarah tiap-tiap bulan agak cepat jugak. Dia start berjalan since 10 bulan lagi & sekarang dah agak laju bila berjalan. Eczema dia Alhamdulillah getting better. Itu pon aku belum lagi introduce dia dgn ayam sebab takut naik pulak rashes dia bila makan ayam. Tak tahu bila nak start semula. Buat masa ni jugak, dia masih lagi breastfeeding & bonding dgn ibu dia masih kuat. huhu. Pantang aku hilang depan mata, meraung-raung sambil carik aku dalam bilik air. hehe. Padahal time tu aku bukan dlm bilik air pon..

Buat masa ni jugak, aku masih lagi bekalkan 2 bekas bubur utk Sarah tiap-tiap hari ke Taska. Tak sure jugak bila nak stop bekalkan makanan dia sbb takut dia tak makan kat sekolah bila tak de bubur. Sebab bila suap Nasik biasa, dia masih main-main lagi bila makan. Padahal cikgu dia bgtahu, makanan Sarah dah tak yah buat pon tak pe, sebab dorang ade buat sup hari-hari. Tengok lah maybe lagi 2-3 weeks aku akan start stopkan buat bubur & let dia makan kat sekolah pulak. Kalau dia boleh accept lagi bagus. hehe

Sarah ni beruntung sebab ada abang & kakak. Berebut-rebut kadang-kadang tu kakak & abang dia nak main dgn dia. Yang aku perasan, Amir ni kalau dengan kakak dia bukan main garang lagi kalau kakak dia ade terambil barang dia. Tapi kalau dengan Sarah, terus cair & boleh beralah. hehe. Alya pun sama jugak macam tu. Dengan Sarah boleh beralah tapi dengan Amir jangan haraplah nak beralah sikit pun.

Sarah pulak dengan kakak dengan abang dia boleh tahan jugak lasak dia. Kadang-kadang tu dia main rampas jer mainan yang dia nak dari Alya & Amir. huhu. Kasar tu dik.. Tunggu la lagi berapa bulan ni, ada la nanti adegan berebut-rebut mainan budak-budak 3 orang ni kat rumah. Dah umur pon rapat-rapat, terpaksa la aku & hasben hadap jer perangai masing-masing. hehe..

Oklah, sempena Sarah setahun ni, ibu nak bgtahu, ibu sayannnnnggggg sangat dengan Sarah. Ibu doakan Sarah sihat, ceria, sentiasa dengar cakap orang tua, Berjaya dunia akhirat & sentiasa dalam keberkatan Allah SWT...Amin...


I love you Sarah..Mmmuaaaahhhhhhh!!! 

Wednesday, December 23, 2015

Kisah Pasal EBM

Sarah lately ni dah kurang minum EBM. Kalau everyday aku bagi 4 bottle setiapnya 4oz ke taska selalunya akan habis 2 botol jer. Tapi itu pun bukan totally habis 2 botol, still ada balance sikit dalam botol yang ke-2 tu. Cikgu dia pun ada bagitahu Sarah sekarang dah tak nak minum EBM. Dia akan betul2 minum bila haus. Tapi aku tak berapa risau sangat pun sebab Sarah sekarang banyak makan. 2 bekas bubur yang aku bekalkan mmg dia akan habiskan.

So, bila Sarah dah kurang minum EBM, bertambah la stok susu yang aku simpan skrg. Dekat office, Alhamdulillah masih lagi dapat kumpul 4 botol (setiapnya 4oz). So, kalau setiap hari just keluar 2 botol jer bagi taska, dah over supply pulak buat masa ni. huhu. Yang aku perasan, Sarah kalau direct feeding dia memang suka. Kalau kat rumah, kejap2 menyusu, kejap2 menyusu. Cuma minum thru bottle yang yang jadi masalah utk dia.

Tapi walaupun dia  kurang menyusu kat taska, Alhamdulillah dia takde meragam sebab lapar. Habis bubur, makan pulak biskut. Tak cukup biskut, pulun minum air putih, padahal ade berbotol2 susu aku dah siapkan.. hehe.. takpelah, as long dia tak meragam & happy jer, means dia cukup makan & minum.

Sekarang kalau menyusu direct, macam2 style dia buat. Sambil menonggeng, sambil meniarap, kadang2 tuh, sambil berdiri pun ada. hehe. Sabar jer lah. Tapi ni la keseronokan bila breastfeeding baby. Penat memag penat, tapi rasa macam attached sangat dengan anak2 bila dia breastfeed. :).

 

Tuesday, December 15, 2015

Fasa Anak-Anak

Anak2 kitorang ni semuanya bukan peramah especially waktu baby. Macam Sarah, sekarang dia dah nak masuk 9 bulan & tengah dalam fasa nak melekat ajer dgn ibunya. Renggang jer sikit terus meraung-raung padahal dia tengah pegang kaki aku tu. huhu. Selalunya after sampai rumah ptg tu, aku akan prepare bahan utk buat bubur dia. Sometimes, after siap prepare bahan, hasben pulak take turn masakkan bubur Sarah. Kejap jer pun kalau aku letak dia kat bawah, tapi dah cukup teruk bagi dia sampai nangis berjurai2 air mata macam kena dera. Kadang2 terpikir apa lah jiran dok cakap bila dengar suara Sarah ni nangis2.. ntah2 dorang igt ktrg dera anak..

Pelik jugak kadang2 tuh. Bila aku baring2 dengan Sarah, boleh pulak dia ralit main2 mainan & merangkak jauh dari aku. Tapi bila aku pergi jer tempat lain, boleh pulak dia tersedar & dan2 tu terus nangis sungguh2.. So, jadi susah sikit aku nak buat kerja bila dia mcm tu. Nak suruh duduk dengan bapaknya, kena ikut mood Sarah pulak. Kalau mood dia tgh ok, oklah jugak nak main2 dgn ayah dia. Tapi kalau hari tu mood dia tak baik, ayah dia nak pegang sikit pun tak boleh.

Bila tak boleh nak berenggang ni, rumah ktrg skrg ni mmg agak tunggang langgang sikit. Boleh la kdg2 tu sambil lipat baju sambil main2 dgn Sarah. Tapi, disebabkan sekarang ni dia suka explore kat tempat2 bahaya mcm main kat power point, masuk bilik ayah dia, berdiri dgn lepas sebelah tangan sambil paut kat tangga, acah2 nak panjat tangga, jadinya proses melipat baju yang boleh buat kejap jadi lama bebenor.. Boleh makan 2-3 hari jugak la sebab tak sempat nak habis satu baju, kena pulak mengejar dia main kat area2 yang tak sepatutnya.. huhu.



OK, utk Amir dia baru jer masuk 3 tahun. Fasa dia pulak tengah nak buat semua benda. So kat rumah mmg tak duduk diam langsung. Bayangkan, kalau dia nak buang air besar, masuk jer toilet & duduk kat toilet bowl, terus jer melabur.. pergh!! sampai macam tu sekali. Dia akan pause main bila nak buat urusan kat toilet ajer...hurm.sabar je lah. Pantang nampak bilik kakak dia terbukak, cepat jer nak masuk sebab nak mengembur mainan. Actually aku suka jer kalau dorang lebih ralit main mainan  dari leka tengok video kat tab tapi part nak mengemas tu yang tak larat.. Selalu hasben suruh biarkan jer mainan sepah mcm tu sebab confirm after aku kemas, berterabur jugak la balik dikerjakan Alya & Amir semula. Tapi aku pulak yang sakit mata tengok bilik tu mcm tuh..huhuhu. Boleh jer nak mintak budak 2 org tu kemas semula mainan2 tu tapi tak seperti yg aku harapkan la result dia. So at the end aku jugekk yang kena kemaskan mcm sedia kala.


Lagi satu, Amir skg ni aku noticed kalau nak mintak tolong dia buat something kita kena ckp baik2 dgn dia. Contohnya nak mintak tolong buangkan pampers adik dia. Kalau aku cakap camni "Amir, tolong ibu buangkan pampers adik".. kadang2 dia ok nak tolong, tapi kadang2 dia terus cakap "taknak, amir penat".. Tapi kan kalau aku ckp " Amir sayang, tolong ibu buangkan pamper adik boleh sayang"... terus tersenyum lebar muka dia sambil malu2 then amik pampers terus buang dalam tong sampah.. hehehe.. macam2..

Alya pulak dah nak masuk 5 tahun next year. Sekarang tengah dalam fasa nak manja dgn ayah dia. Semua benda nak ayah jer buat. Siap kadang2 sebelum tidur malam dia pesan kat ktrg "besok pagi Alya nak ayah kejut, tak nak ibu kejut".. so, kalau pagi tu aku yang kejut siap sedia dgr la dia meraung panggil ayah dia dtg.. huhu... kalau tanya dia mane lagi best susu yang ibu buat ke ayah buat? cepat jer jawab ayah buat lagi best..

Dia ni pun rajin jugak follow ayah dia gi mana2.. pantang nampak ayah dia nak keluar, laju je mengekor dari belakang.. hehe. Bila tgk anak dara tu dah makin rapat dgn ayah dia, rasa rindu pulak nak spent time berdua dgn alya. Teringat time dia still baby waktu tak boleh nak berenggang dgn aku. Huhu.. rindu lah.. 

Wednesday, December 9, 2015

Ole2 dari Mekah

Semalam mak, ayah & ila balik dari Umrah. Alhamdulillah, dah selamat pergi & kembali. Actually, diorang ke sana dari 26 Nov. Ktorang amik cuti 26 Nov tu & hantar ke airport. Budak2 pun bawak sekali ke KLIA2. Boleh la tgk kapal terbang sebab Amir ni mmg suka dgn kapal terbang. Sikit2 kalau dalam kereta nampak jer kapal terbang, terjerit2 nanti "Tuuuu kapal terbang"... selagi kita tak respons, selagi tu la dia terjerit2.. so, terpaksalah jawab walaupun walaupun pendek mcm ni "Erm, iye ye"...hehehe.

So semalam flight dorang sampai KLIA. Again amik cuti lagi utk amik dorang. Kali ni pergi sana tak bawak budak2. Tapi dah plan nak amik awal dari taska after fetch mak, ayah & ila kat KLIA. After dah jumpa dornag & loading barang dalam kereta, terus bergerak ke Taska amik budak2. Happy bebenar dorang bila jumpa atok, maktok & aunty dia.

Alhamdulillah, banyak ole2 dorang bawak dari sana. Ktrg masing2 dapat jubah, kurma & toys. Gembira Amir bila dapat jubah dari atok dia. Dan2 terus nak solat. hehehe.. Bila dengar cerita dorang betapa bestnya ada kat sana, teringin sangat nak pergi jugak. Semoga dapat jugak peluang utk ke sana satu hari nanti. Amin

Ni masa menghantar 26 Nov

 

 
Amir berjubah

Amir 3 tahun

Sabtu baru2 ni Amir 3 tahun. Bila kita cakap "Amir, hari ni birthday Amir tau. Happy birthday"... nanti mesti dia tercari2 something. Bagi dia, happy birthday tu adalah kek. keh keh keh. Tapi nasib baik la dia tak mintak kek Sabtu tu sebab ktrg pun tak plan pun nak celebrate besday dia. Sabtu tu just keluar outing anak beranak ke Ikea Damansara jer.

Sampai sana, plannya nak makan meatball sebab tak pernah pun rasa meatball dia. Tapi, ya ampun ramai betul org kat sana. Ingat bila dah ada Ikea Cheras yang lagi baru & besar dari Damansara, takde lah ramai sgt org kat situ. Tapi sama jer. huhu. So, bile tgk ramai sgt org kat restoren dlm Ikea tu, terus tukar plan makan tempat lain jer.

Lunch tghari tu, makan kat The Manhattan Fish Market sebab time tu tak ramai lagi masuk sana. Ktrg order 2 main dish & 1 child lunch set jer. Tu pun dah cukup kenyang Alya & Amir. Alhamdulillah. Sarah pun suap jugak bubur bagi dia kenyang. Dah siap lunch terus masuk Ikea. Ktrg skip showroom & terus ke tempat letak2 brg yang dijual. Hari tu just beli set pinggang & mangkuk budak2 yang colorful tu, bedsheet baby cot plain & jam dinding jer. hehe. mmg tak de plan nak beli banyak pun. hehe. Dah puas jalan2 terus balik Bangi semula sebab Amir sampai tertidur2 dalam trolley sebab pukul 3 tu mmg time tido dia. 

Monday, November 30, 2015

Aktiviti Cuti Sekolah

Cuti Sekolah ni belum plan lagi nak pergi bercuti satu family sebab cuti tahunan aku & hasben tinggal sikit jer sebab banyak habis time jaga budak2 tak sihat hari tu. Jadi, kalau nak pergi mana2 pun just boleh pergi waktu weekend jer la. huhu. Tadika Alya pun closed juga sempena cuti sekolah ni, so hantar daycare jer kat Taska tempat Amir & Sarah. Tapi nasib baik, cikgu2 dia dah plan aktiviti sepanjang cuti sekolah ni. Budak2 taska yang nak join tadika next year pun dah boleh join aktiviti2 tadika sebab nak biasakan dorang dgn environment tadika

So, start last week Amir dah mula ke Tadika & join sikit2 aktiviti kat tadika Alya. Balik je dari sekolah asyikla dengor si Amir ni ckp kuat2 penuh semangat waja camni.. "Assalamualaikum Children". pastu nanti dia jawab balik "Wa Alaikummussalam teacher"... "How are you today?".."Alhamdulillah, saya sihat". keh keh keh, takpelah. Budak tengah semangat ni kita biarkan jer lah...semoga terus istiqomah. hehe. InsyaAllah next year ktrg akan hantar Amir ke Tadika yang sama dgn Alya. Sama jugak kekdahnya nak hantor Amir ni bukan nak push dia belajar pun, cuma nak bagi dia biasakan dengan environment sekolah. Age 4 tahun kat sana masih lagi tak berapa nak serius, activity is more pada main2 tapi dalam masa yang sama boleh belajar. Gitteww.. So, as for now utk pencapaian Alya aku agak impress. Dia dah boleh tulis nama dia sendiri. Semalam dalam diam2 tuh, dia amik kertas kosong then tulis nama dia tunjuk kat aku. Masa last month masa sesi talk between parents & teacher pun actually teacher dia ada feedback yang Alya dah boleh baca 2 suku kata & dah mula nak masuk buku ke-3 buku siri Anakku. Yang ni, aku belum test lagi sebab buku "Marilah membaca Anakku" tak sempat lagi nak mencari nya.

Last week penuh activity indoor yang dorang buat dekat tadika. Rajin cikgu2 dia share segala activity kat parents thru wasap so parents pon dapat tahu semua activity anak masing-masing. Both Amir & Alya enjoy jer pergi tadika buat masa ni. Macam last week, Amir dah mula sama2 belajar solat kat tadika dengan kakak dia. Selain tu, dorang ada buat art & craft, experiment RASA, experiment angkat AIS guna benang, dll. So, kalau every 3 years budak2 taska akan join tadika dia next year mmg meriah la nanti tadika tu. Tapi, tak sure pulak feedback from parents utk anak2 3 years tu. Yg penting aku dah booking Tadika utk Amir nanti. So, next year Amir pon kena pakai baju seragam macam kakak dia juga. Erm bertabahlah aku nak iron baju Amir jugak hari2.. huhu. InsyaAllah, cikgu dia dah plan jugak outdoor activity bulan 12 ni utk budak2 tadika. Utk Amir, aku tak sure samada dia boleh join ke tak sebab activity ni mcm agak lasak sikit.

Sian budak2 tu, mengharapkan activity best2 kat sekolah jer la hujung tahun ni. Kalau dgn ktrg tak sure la dapat ke tak. But last weekend ada la jugak ktrg ke pantai PD bawak budak2 main pantai sebab dah alang2 pergi kenduri kawen kat PD.  Bawak sekali mak & ayah mertua weekend tu. Kali ni, bagi can pulak main pasir sebab dah berkurun dah dorang ajak main pasir. hehe. So, sebelum balik Melaka hari tu, ktrg dah siap2 kan mainan yang kan boleh cedok/ korek pasir tu yang boleh buat ala-ala castle tu. Walaupun sampai PD waktu tengah panas berdenting, mana taknya pukul 2 ptg dah terpacak sana, tetap gembira & enjoy budak2 tuh. Kemain meriah PD waktu cuti sekolah. Orang lain pun tak agak2 boleh berendam dalam pantai tengah2 panas nih. Aku pulak yang tak tahan panasnya & dok mencarik tempat redup bila sampai sana. Dahlah sambil berdukung Sarah, lagilah dia tak selesa berpanas. Asyik tergaru2 jerla budak tuh. huhu.

Tak lama pun kat sana. Dah puas main korek2 pasir & buat castle, terus balik gadek semula. Sebelum balik, belikan jugak mainan bubble tu sebab kena pau dengan budak2. hehe. Pagi Ahad tu sambung lagi mandi kat swimming pool acah2 pulak kat Gadek. Sambil2 tu main jugak bubble dgn atuk & nenek dia, tu pun dah cukup buat dorang gembira sampai ke malam. hehehe..

 
kusyuk betul Amir solat.