Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, November 30, 2015

Aktiviti Cuti Sekolah

Cuti Sekolah ni belum plan lagi nak pergi bercuti satu family sebab cuti tahunan aku & hasben tinggal sikit jer sebab banyak habis time jaga budak2 tak sihat hari tu. Jadi, kalau nak pergi mana2 pun just boleh pergi waktu weekend jer la. huhu. Tadika Alya pun closed juga sempena cuti sekolah ni, so hantar daycare jer kat Taska tempat Amir & Sarah. Tapi nasib baik, cikgu2 dia dah plan aktiviti sepanjang cuti sekolah ni. Budak2 taska yang nak join tadika next year pun dah boleh join aktiviti2 tadika sebab nak biasakan dorang dgn environment tadika

So, start last week Amir dah mula ke Tadika & join sikit2 aktiviti kat tadika Alya. Balik je dari sekolah asyikla dengor si Amir ni ckp kuat2 penuh semangat waja camni.. "Assalamualaikum Children". pastu nanti dia jawab balik "Wa Alaikummussalam teacher"... "How are you today?".."Alhamdulillah, saya sihat". keh keh keh, takpelah. Budak tengah semangat ni kita biarkan jer lah...semoga terus istiqomah. hehe. InsyaAllah next year ktrg akan hantar Amir ke Tadika yang sama dgn Alya. Sama jugak kekdahnya nak hantor Amir ni bukan nak push dia belajar pun, cuma nak bagi dia biasakan dengan environment sekolah. Age 4 tahun kat sana masih lagi tak berapa nak serius, activity is more pada main2 tapi dalam masa yang sama boleh belajar. Gitteww.. So, as for now utk pencapaian Alya aku agak impress. Dia dah boleh tulis nama dia sendiri. Semalam dalam diam2 tuh, dia amik kertas kosong then tulis nama dia tunjuk kat aku. Masa last month masa sesi talk between parents & teacher pun actually teacher dia ada feedback yang Alya dah boleh baca 2 suku kata & dah mula nak masuk buku ke-3 buku siri Anakku. Yang ni, aku belum test lagi sebab buku "Marilah membaca Anakku" tak sempat lagi nak mencari nya.

Last week penuh activity indoor yang dorang buat dekat tadika. Rajin cikgu2 dia share segala activity kat parents thru wasap so parents pon dapat tahu semua activity anak masing-masing. Both Amir & Alya enjoy jer pergi tadika buat masa ni. Macam last week, Amir dah mula sama2 belajar solat kat tadika dengan kakak dia. Selain tu, dorang ada buat art & craft, experiment RASA, experiment angkat AIS guna benang, dll. So, kalau every 3 years budak2 taska akan join tadika dia next year mmg meriah la nanti tadika tu. Tapi, tak sure pulak feedback from parents utk anak2 3 years tu. Yg penting aku dah booking Tadika utk Amir nanti. So, next year Amir pon kena pakai baju seragam macam kakak dia juga. Erm bertabahlah aku nak iron baju Amir jugak hari2.. huhu. InsyaAllah, cikgu dia dah plan jugak outdoor activity bulan 12 ni utk budak2 tadika. Utk Amir, aku tak sure samada dia boleh join ke tak sebab activity ni mcm agak lasak sikit.

Sian budak2 tu, mengharapkan activity best2 kat sekolah jer la hujung tahun ni. Kalau dgn ktrg tak sure la dapat ke tak. But last weekend ada la jugak ktrg ke pantai PD bawak budak2 main pantai sebab dah alang2 pergi kenduri kawen kat PD.  Bawak sekali mak & ayah mertua weekend tu. Kali ni, bagi can pulak main pasir sebab dah berkurun dah dorang ajak main pasir. hehe. So, sebelum balik Melaka hari tu, ktrg dah siap2 kan mainan yang kan boleh cedok/ korek pasir tu yang boleh buat ala-ala castle tu. Walaupun sampai PD waktu tengah panas berdenting, mana taknya pukul 2 ptg dah terpacak sana, tetap gembira & enjoy budak2 tuh. Kemain meriah PD waktu cuti sekolah. Orang lain pun tak agak2 boleh berendam dalam pantai tengah2 panas nih. Aku pulak yang tak tahan panasnya & dok mencarik tempat redup bila sampai sana. Dahlah sambil berdukung Sarah, lagilah dia tak selesa berpanas. Asyik tergaru2 jerla budak tuh. huhu.

Tak lama pun kat sana. Dah puas main korek2 pasir & buat castle, terus balik gadek semula. Sebelum balik, belikan jugak mainan bubble tu sebab kena pau dengan budak2. hehe. Pagi Ahad tu sambung lagi mandi kat swimming pool acah2 pulak kat Gadek. Sambil2 tu main jugak bubble dgn atuk & nenek dia, tu pun dah cukup buat dorang gembira sampai ke malam. hehehe..

 
kusyuk betul Amir solat.

 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment