Cuti sempena Deepavali hari tu, kitorang sekeluarga tak kemana sgt pun. Just balik Melaka & Gadek jer. Berehat2 kat kampung dgn family. Amir & Alya mmg suka sangat kalau diajak balik kampung. Ceria jer muka masing2. Cuba kalau kita ajak gi sekolah, murung jer terus muka. Hahaha.
Tidur kat Melaka 1 malam & hari Ahad pagi ktrg bergerak plak ke Gadek. Tapi sebelum ke Gadek, singgah sekejap kat Pantai Puteri Kelebang utk cuci2 mata. Saja jer ajak budak2 gi beach sebab kesian plak dorang takde gi mana2 sebelum tu. Kemain happy budak 2 org tu bila sampai sana. Alya tak habis2 cakap nak main dgn kawan bila dia nampak ada budak2 jugak yang ada kat sana.. hehe. Tak lama pun kat situ. Dah puas main2 kat tepi beach tu, tetiba ada apek jual Ais krim. So belikan sorang satu ais krim, makan then ktrg terus bergerak ke Gadek.
Nasib baik ada cuti panjang. Boleh la budak 2 org tu amik angin kat luar. Kesian sangat kalau budak 2 orang tu bila duduk jer rumah. Kerjanya asyik nak bergaduh jer. Kadang2 tersentuh kulit waktu tidur pon boleh jadi isu sampai berjurai2 air mata..huhu. Tu tak lagi bergaduh sebab berebut barang. Boleh jadi amukan jiwa raga aku & hasben bila tgk dorang gaduh. Huhu. Benda kecik je beb.. tapi kan macam tu la agaknya aku kecik2 dulu..keh keh keh.. so sabar aje la buat masa ni dalam melayan kerenah dorang. Kalau rumah senyap nanti rindu pulak time rumah tengah haruk pikuk..
Sarah pulak sekarang kemain aktif berdiri & mula berpaut pada something utk bolehkan dia berdiri.After dah berjaya berdiri, meniti sikit2 kat tepi tempat dia berpaut tu. Leka sikit agak bahaya jugak sebab kadang2 tu dia boleh berpaut kat tempat yang bahaya. Tempat favourite dia adalah kat tangga yg baru kitorang buat. Fuh bahaya nyer tempat tu sebab curam. Alya & Amir pon kitorang tegah main kat situ. Kira restricted area la dalam kawasan rumah ni. So, sekarang ni kalau aku atau hasben ada kerja nak buat kat bawah, mmg kitorang tak akan tinggalkan dia sorang2.. Sanggup ni angkut semua budak2 tu gi bawah sambil buat kerja kat dapur.
kemain lena tidur dik..
Gambling in casinos, including poker, and the casino - Drmcd
ReplyDeleteA small percentage 구리 출장마사지 of 김천 출장샵 casinos accept players from Eastern European, but even so, most of them have 속초 출장샵 the opportunity 사천 출장마사지 to play at a 인천광역 출장안마 legal casino.