Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, November 23, 2015

Majlis Graduasi Tadika & Taska

Hari Jumaat malam berlangsung Majlis Graduasi Sekolah Alya & Amir. Kali ni buat kat Bangi Golf Resort jam 8 malam. So, ptg hari Jumaat amik budak2 awal sikit then ktrg dinner yang ringan2 dulu buat alas perut sebab after Majlis akan disediakan jugak dinner. Amir & Alya sgt excited sebab terlibat dengan performance malam tu. Amir akan buat 2 persembahan & Alya pulak join 4 persembahan. Utk tambahan jugak, Alya akan naik ke pentas utk amik rewards sempena dapat tempat ke-2 utk age 4 tahun kat Tadika dia. Alhamdulillah.


Sampai je kat tempat Majlis, cikgu2 dia terus bawak Alya & Amir ke tempat persediaan. Mula2 Amir macam tanak ikut cikgu dia, tapi after dia tengok kakak dia kemain happy follow cikgu, barulah dia OK. Aku, hasben & Sarah pulak terus masuk hall utk amik tempat. Tapi pot best yang betul2 depan pentas semua dah penuh, so terpaksa la ktrg ke tempat yg kurang best. Ingatkan dah awal sampai, tapi ada lagi yang awal rupanya.


Tapi nasib baik la tak duduk depan sangat. Sebab Sarah bukannya nak duduk pun. Most of the time aku banyak berdiri jer berdukung dia. So, terpaksa la daku ke belakang membawa diri. huhu. Ayah dia offer nak dukung pun dia jual mahal.. Tapi OK jugak bila dapat berdiri, sebab boleh tengok pentas lagi clear dari duduk kat kerusi. hehe.


Masa persembahan, aku tak berapa risau sangat Alya. Sebab ini kali ke-2 dia naik pentas. Lagipun, dari kat rumah lagi dia sibuk practices & tak sabar nak buat persembahan atas pentas. Amir pulak, kat rumah bila kita tanya pasal persembahan dia, macam dia tak excited. Bila suruh joget sikit, macam malu2 pulak depan kitorang. Tapi Alhamdulillah both budak2 tu sangat enjoy perform malam tuh. Amir pon dapat cooperate dengan team member dia dgn baik. Asyik tersengih jer bila habis buat persembahan.

Disebabkan majlis buat malam, Sarah pun agak meragam malam tu sebab waktu tidur dia sepatutnya kul 9 mlm. Dah la selalunya sebelum tido, dia akan golek2 atas katil sambil menyusu, tapi hari ni tak dapekk la. Puas la aku try breastfeed dia tapi ditolak2 tanda protes. hehe. Maybe sebab hall yang bising & environment lain dari biasa jugak dia jadi agak clingy. So at last, amik pot yang best punya duduk bawah kipas sambil berborak dengan sorang kakak  (dia pun tgh tidokan anak dia 7 bulan), susukan Sarah (nasib baik pakai baju utk breastfeeding), then tup2 terus terlena.. So, terlepas la nak tengok persembahan live Korean dance Alya. huhu. Nasib baik hasben ade rekodkan. Tak puas lagi tgk semua performance budak 2 orang tuh.

Utk age 4 tahun, Alya dapat tempat ke-2 dari total 14 student. Actually tak expect pun sebab masa bulan 3 hari tu dia ada cuti panjang sebab aku berpantang. So, rasa agak ketinggalan jugak dia buat masa tu sebab almost 3 month dia cuti sekolah. Tapi Alhamdulillah dia dapat catch up & periksa akhir tahun dia boleh buat. :)

So, Amir bulan 12 ni dia genap 3 tahun. Tapi kalau ikut tahun, dia actually dah 4 tahun. Sian dia sebab lahir hujung tahun, kena mengejar pulak budak2 sebaya dia. Dekat Tadika tempat Alya, seawal 4 tahun dah boleh join, tapi bila tengok dia macam tak bersedia jer, so ktrg masih lagi rasa berbelah bahagi buat masa ni. Tapi bagus jugak bile didedahkan dgn tadika seawal mungkin, at least dia boleh belajar pegang pensel, menulis, & membaca sikit2. Lagipun aku tengok kat tmpat situ, takde la strict sangat. Cikgu dia pun baik. & 1 benda lagi yang buat aku nak jugak hantar dia ke Tadika sebab kawan2 seangkatan Amir mesti akan masuk Tadika jugak, so mestilah dia pun semangat jugak nak belajar bila kawan2 taska dia berpindah ke Tadika jugak.


No comments:

Post a Comment