Monday, April 4, 2016

Alya Sofea 5 tahun

Hari tu last entry pasal birthday Sarah. Kali ni plak cerita pasal birthday Alya plak. Nampak sangat malas la nak update blog...heee..

Birthday Alya tahun ni jatuh hari Ahad, Semalam. Memula plan mcm nak celebrate kat rumah Ateh jer sbb dah alang2 nak hantar stroller kat rumah dia. Tapi bila wasap dgn dia, dia pulak plan nak dtg Bangi utk amik stroller + celebrate sekali besday Alya.

So, Sabtu tu ktrg ke Shopping mall utk carik barang basah sbb nak buat Nasi Tomato hari Ahad.Pagi Ahad, tengah masak Nasi tomato, tetiba hasben bgtahu mak ayah pun nak turun jugak Bangi.. wah meriah la rumah. Amir & Alya kemain excited lagi bila ramai2 kat rumah dia.. Sarah je lah yang dok berkepit je dgn aku sbb takut tgk tetiba rumah ramai org. Huhu.

Kek tu pun sponsor by Ateh & Pak Teh. Dah tgh tunggu hari nak bersalin jer Ateh tu actually tapi still berani jalan jauh2.. hehe. Time potong kek ni mak dgn ayah belum sampai lagi. Alya tu la yang tak sabar2 nak makan kek. Siap request lagi nak bawak balance kek tu gi sekolah.. Tapi malangnya tak bwk pun sbb sikit jer balancenyer. Takut tak dapat pulak semua kawan2 dia makan.

Alya dah 5 tahun ni ktrg dah mula train dia tidur sendiri. Dah siap kemas bilik dia, tukar cadar kartun2, beli almari baju & tukar air-cond baru. Awal2 ni, ayah dia la yg menemankan dlm bilik sbb aku masih lagi dikepit kiri kanan dgn Sarah & Amir. Tapi still kadang2 dia lari bilik aku & request nak tidur dgn Ibu.. Erm, sabor je la.. Ada jugak kadang2 tu, Amir pulak yang dtg bilik kakak dia then ajak Alya tido dgn sekali dgn dia.. hehehe.

Utk Alya, ibu Sayang sangat Alya. Ibu doakan Alya Berjaya dunia akhirat & sentiasa sihat2 selalu... muaaahhhhh!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment