Perkembangan Sarah tiap-tiap bulan agak cepat jugak. Dia start berjalan since 10 bulan lagi & sekarang dah agak laju bila berjalan. Eczema dia Alhamdulillah getting better. Itu pon aku belum lagi introduce dia dgn ayam sebab takut naik pulak rashes dia bila makan ayam. Tak tahu bila nak start semula. Buat masa ni jugak, dia masih lagi breastfeeding & bonding dgn ibu dia masih kuat. huhu. Pantang aku hilang depan mata, meraung-raung sambil carik aku dalam bilik air. hehe. Padahal time tu aku bukan dlm bilik air pon..
Buat masa ni jugak, aku masih lagi bekalkan 2 bekas bubur utk Sarah tiap-tiap hari ke Taska. Tak sure jugak bila nak stop bekalkan makanan dia sbb takut dia tak makan kat sekolah bila tak de bubur. Sebab bila suap Nasik biasa, dia masih main-main lagi bila makan. Padahal cikgu dia bgtahu, makanan Sarah dah tak yah buat pon tak pe, sebab dorang ade buat sup hari-hari. Tengok lah maybe lagi 2-3 weeks aku akan start stopkan buat bubur & let dia makan kat sekolah pulak. Kalau dia boleh accept lagi bagus. hehe
Sarah ni beruntung sebab ada abang & kakak. Berebut-rebut kadang-kadang tu kakak & abang dia nak main dgn dia. Yang aku perasan, Amir ni kalau dengan kakak dia bukan main garang lagi kalau kakak dia ade terambil barang dia. Tapi kalau dengan Sarah, terus cair & boleh beralah. hehe. Alya pun sama jugak macam tu. Dengan Sarah boleh beralah tapi dengan Amir jangan haraplah nak beralah sikit pun.
Sarah pulak dengan kakak dengan abang dia boleh tahan jugak lasak dia. Kadang-kadang tu dia main rampas jer mainan yang dia nak dari Alya & Amir. huhu. Kasar tu dik.. Tunggu la lagi berapa bulan ni, ada la nanti adegan berebut-rebut mainan budak-budak 3 orang ni kat rumah. Dah umur pon rapat-rapat, terpaksa la aku & hasben hadap jer perangai masing-masing. hehe..
Oklah, sempena Sarah setahun ni, ibu nak bgtahu, ibu sayannnnnggggg sangat dengan Sarah. Ibu doakan Sarah sihat, ceria, sentiasa dengar cakap orang tua, Berjaya dunia akhirat & sentiasa dalam keberkatan Allah SWT...Amin...
I love you Sarah..Mmmuaaaahhhhhhh!!!
No comments:
Post a Comment