Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, January 5, 2015

Tadika utk Alya & @ 29 Weeks

Tahun ni, sempena Alya akan masuk 4 tahun bulan April nih, aku & hasben decide utk hantar dia masuk tadika. Just nice, tadika Abim tu mmg dok sebelah pintu jer dgn nursery dia yang lama. Lagipon mmg both nursery & tadika tu under satu management yang sama. Cikgu2 kat tadika pon selalu jugak masuk nursery sekali sekali utk mengajar budak2 taska,

Alhamdulillah, Alya nampak semangat sangat nak belajar kat tadika. Weekend lepas, puas la dia dok try baju beberapa kali sbb excited..hehe. Hopefully dia boleh adapt & belajar dengan kawan2 yang sama2 dekat nursery dia dulu. Ktrg pon xde lah expect too much kat dia. Bagi dia masuk tadika ni pon nak bagi dia biasakan dgn environment sekolah & belajar benda2 yang basic.

Amir pulak masih lagi maintain dekat nursery yang lama. Dia pon dah ada kawan & geng2 dia sendiri. Kalau nak compare independent level between Amir & Alya, aku nampak Amir lagi ke depan. Bangun pagi, relaks2 jer sengih2 & bila ajak mandi terus masuk toilet. Sampai nursery, after salam aku & hasben, terus masuk dan boleh susun pulak tu kasut sendiri.. kalau Alya, bangun pagi dah la agak liat sikit, ajak mandi nangis2 tanak sbb nak tido. Erm, mmg kena tahan sabar jer la dgn si kakak tuh. Bila dah mandi & siap pakai baju, barulah slowly mood dia dtg tapi manja tetap ada. Kdg2 merengek2 la dalam kereta. huhu..   Harap2 bila dah masuk tadika nih, kurang la sikit manja dia tuh.

Ok. Cerita pasal Adik Baby plak.. Minggu ni dah masuk 29 week pregnanacy aku kali nih. Alhamdulillah, baby sgt aktif dalam perut. Boleh senak perut tu kadang2 akibat tendangan padu dari dia..hehe. Baju2 lama, selimut & baby stuff sudah berjaya di collect & di basuh weekend lepas. So, baru la rasa lega sikit. Sblm nih asik rasa risau jer tak sempat nak buat preparation utk si baby ni disbbkan last month yg mmg super duper bizi dgn kerja2 ofis. Tapi Alhamdullillah Allah permudahkan..

Next week checkup kat klinik Najwa nak mintak referral letter dari Doctor sekali utk buat checkup kat Specialist plak. Kalau ikut hasrat ktrg,  nak sgt deliver kat Pantai Hospital kali nih. Tapi memandangkan Pantai Hospital agak jauh dari rumah, & utk memudahkan jugak urusan antenal checkup & masa bersalin, kena la pilih samada utk bersalin di Annur & Az- Zahra Bangi yang dekat jer dgn umah.. hehe. Dua2 ni pon OK jugak, takde masalah pon nak bersalin kat sini memandangkan masa Amir dulu aku dah pon pernah bersalinkan dia dulu.  Cuma saje jer nak tukar angin nak ke hospital lain plak..hehe



Hasil menggodek baju2 lama Alya & Amir. Ada lagi seplastik buat spare..





Ustaz Amir & Ustazah Alya :)

No comments:

Post a Comment