Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, January 21, 2015

Aktiviti Alya Sofea & Amir Safwan di Taska & Tadika

Rajin cikgu2 nih dok hantar gmbar2 kat whatsapp group Taska Amir & Tadika Alya. Ok sangat satisfied dgn aktiviti yg dorang anjurkan utk budak2 taska & tadika. Nampak kalau utk tadika, aktivity dia more kepada aktiviti yang serious like start belajar menulis, solat, science, lawatan ke library & jugak perarakan Maulud Nabi. Tapi, utk taska Amir pulak, since dorang masih lagi budak2 yg still suka main2, aktivity dorang pon just for fun2 jer la like cikgu akan bercerita kat budak2, main kaler tangan utk cop kat kertas, buat art guna kertas, kenal body masing2, buat coloring & so on la yg seumpamanya..

Bila balik dari sekolah, Alya & Amir pon nampak gembira jer sambil bercerita pasal aktiviti dorang. Utk Alya, school activity dia tak silap sampai tengahari jer. After lunch, dia akan gather balik kat taska yang sama dgn Amir utk tidur tengahari & petang pulak adalah aktivity suka ria bersama budak2 taska.. hehe.

So, kawan2 Alya & Amir adalah lebih kurang sama . Alya akan kenal kawan Amir & Amir pon akan kenal kawan Alya. Kalau ada something happen jadi kat Amir pon, ktrg takde la risau sgt sbb ada kakak yang rajin me "report" segala aktiviti adik dia :)



No comments:

Post a Comment