Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, November 29, 2013

Alya sofea almost 32 month = 2 tahun 8 bulan

alya now dah almost 32 bulan.. sangat petah bercakap. mmg kejenya nak bercakap je la skg ni. asal nampak something, mmg akan ditanya. so far, aku & hasben mmg akan layan je. mcm hari tu masa kat gadek, dia belek2 album ktrg gi langkawi. time tu aku aku tgh pregnantkan dia la. pastu sibuk dok tanya "mana alya? mana alya?".hehe. sama gak kalo tengok album kawen. sume org dalam album tu yang dia kenal, dia terjerit2 sebut nama " ni mak tok, ni aunty, ni nenek, ni atukkk, ni ayah, ni ibu..." pastu kang nnti dia buat muka pelik tanya kat ktrg "alya mane?" :)

alhamdulillah skg ni dah boleh baca doa makan. yang ni mmg dia dah boleh baca after masuk nursery. siap dgn makna doa skali you.. kagum sekejap. alfatihah pon dah boleh baca sikit2.. mmg kalau nak listkan, banyak sgt improvement dia bila masuk nursery. baju seluar dah boleh pakai sendiri. bagi arahan mmg dah boleh ikut. baca abcd ok sukses, alif ba ta pon alhamdulillah ada kemajuan. suka tgk perkembangan dia setakat ni.

nama maktok, nenek pon ok dah pass. tp bab nama atuk still lagi fail sbb dia akan gabungkan nama atuk2 dia skali gus. hehe

ibu: alya, sapa nama nenek?
alya: fatimah
ibu: nama mak tok?
alya: aminah
ibu: nama atuk plak?
alya: borhan karimmmm    I_____I

baru2 ni masa ktrg tgh duduk2 sambil tgk tivi, aku nyanyi la "tanya sama pokok, apa sebab goyang.." pastu next lirik tu aku lupa then aku just miming jer. tetiba alya boleh plak sambung "nanti jawab pokok, angin yang goncang.." hehe.. gud girl, budak2 mmg mudah ingat & serap apa yang pernah kita buat.

pastu skg ni gak, dia mmg suka berangan. aku ada la belikan dia buku nombor. dalam buku tu ada lah nombor2 yang disusun dalam kotak. slalu tau dia akan bukak page tu then dia akan tekan nombor tu buat2 macam tgh tepon org... pastu nanti dia akan cakap la sorang2 mcm tgh bergayut tu..hehe. mcm semalam dia buat2 mcm tgh bercakap dgn ayah dia.

alya soal: helo.. ayah ada?
alya jwb : oo..ada..
alya soal: ayah tgh wat ape?
alya jwb: ayah tgh wat keje
alya soal: ayat katner
alya jwb : ayah kat TM
alya soal: ayah, alya takut la.....takut sangat ayah takde.. (tak paham apsal nak takut...)ok ayah assalamualaikum
alya jwb: waalaikumsalam

gittew la pebualan dia. kdg2 dia borak2 ngan kawan . tp kalau ngn kawan mcm2 la dia tanya " kawan dah makan? kawan makan ape? sedap?"... hehehe..

sekarang mmg dah boleh sangat diharap. kalau kita mintak tolong & mmg kena dgn mood baik dia, dia akan willing utk tolong. kalau dia dah sepahkan mainan, dia akan simpan semula. siap boleh marah adik dia kalau adik sepahkan balik.. huhu. kdg2 tu, dia suka juga memunggah barang. nanti bila dah penat dia ckp "erm..ibu, alya penat la.." yang tak tahan tu siap ade bunyi sound effect ngeluh2 la. mcm penat bebenor.. tu la sapa suruh memunggah ..hehe

kalau kita solat pulak, cepat2 dia pakai telekung dia & ikut apa yg kita buat. after abis solat, terus dok kat pangku utk baca doa sama2..sweet sgt..

okla, tu jer kot yang igt buat masa ni.. erm, next week ada majlis penutup akhir tahun nursery dia. alya ade masuk persembahan.. cikgu ckp dia buat persembahan nyanyian. tak saba nak tgk dia perform..:)









No comments:

Post a Comment