takut betul aku dgn cerita pasal budak kena dera kat nursery taman melati baru2 ni. terus jadi fobia & seriau setiap kali nak antar budak2 tu ke nursery. & aku jadi sedikit paranoid jugak. kejap2 bila duduk dgn alya & amir, aku akan tanya alya mcm2 pasal nursery dia. "cikgu baik tak? " "alya suka pegi sekolah tak?" " cikgu ade pukul tak?"...tu je la soklan aku kat dia hari2 .. sampai hasben pon naik rimas sbb kalau tgh duduk bersantai2 dgn dia, benda yang sama gak aku tanya kat dia..ehehe... "abg, ok x nursery tu?" " abg rasa cikgu ade pukul2 tak?" nampak tak betapa paranoid nya aku kalau bab2 anak ni.. aku tak rela anak2 aku kena marah atau pukul dgn org2 luar kalau takde sbb musabab. boleh mendatangkan amarah kalau aku dapat tau sapa berani usik dorang!!
so far alhamdulillah, alya mmg tak de masalah nak ke nursery. dia gembira je bila ktrg hantar. even bila amik dia ptg tu ceria jer muka dia. so, bolehla aku simpulkan dia & amir baik2 saje bila kat nursery. amin..
tp kan, still aku sentiasa waspada gak la.. takut betul aku nak letak kepercayaan 100% pada nursery dalam bab penjagaan anak2 aku. cukup je la aku berdoa supaya ALLAH lindungi dorang dari segala malapetaka & bahaya.. AMIN.
tp disbbkan alya dah besar & boleh cakap, aku takdela risau sgt dia kat nursery. kalau ade ape2 yang x kena mesti dia dah ngadu kat ktrg. mcm semalam, masa nak amik dia dr nursery, aku tgk dr luar alya dah bergenang air mata.
ibu penyayang: napa nangis alya?
alya: alya langgar kawan..huhu..
kawan alya: aah ummi, tadi alya terlanggar kawan A. (sambil2 tu dia pujuk2 alya...)
pastu kawan alya tu usap2 tangan alya. umur kawan dia tu agak berusia, dalam 4 taun kot. pastu dia nampak parut kat tangan alya (kena iron panas last week.. aku tak sengaja tau).
kawan alya: ummi, napa tangan alya?
ibu penyayang: kena iron panas. tapi dah nak baik. dah kering parut.
kawan alya: sian alya.. (sambil usap2 alya)..takpe2 nnti kakak belikan ubat ek...
hehehe. nak tergelak aku tgk kawan alya tu. nampak dia betul2 backup alya. kawan A yang dia langgar tadi senyap jer sambil tgk alya dr jauh.. tapi alya pon bole tahan gak la bila kat nursery tu. dia pon juara gak bab2 buli kawan2..
dekat nursery tu pon kalau ade apa2 yang tak kena pasal budak2 tu mesti cikgu akan report kat ktrg siap2. pernah sekali amir kena gigit dengan budak lain sbb berebut puting (padahal bukan puting amir pon , nak jugak berebut..huhu). tu pon cikgu bgtahu kat ktrg. & ade jugak alya kena gigit kat tangan & alhamdulillah cikgu pon ade inform ktrg.
so, hopefully, takdelah kes2 dera kat nursery dorang kat bangi. setakat marah utk bagi pengajaran aku boleh accept lagi. tapi aku tak rasa budak2 kecik boleh dipukul sesuka hati even bila ade buat silap. yelah, dorang bukan tau ape pon.. still dalam proses pembelajaran lagi
No comments:
Post a Comment