Masak2 utk kali ni ktrg mintak bantuan mak ayah utk tolong. Menu adalah nasi beriani, daging masak beriani, acar sayur, nasi himpit, rendang ayam, kuah kacang & menu sampingan kuih karipap, kuih seri muka, 3 jenis kek, buah tembikai & air mangga. Dan tak dilupa juga sempena bulan Raya ni, of course la kuih2 raya. hehe. Alhamdulillah semua berpuas hati dgn makanan yg disediakan.
Majlis dibuat dr pukul 11am-5pm sebenarnya. tp alhamdulillah after maghrib pon ade org yg still dtg makan2. takpe paham. 31hb tu kan hari Merdeka & cuti umum. so ramai jugak yg amik kesempatan utk buat jugak open house & kenduri kawen. Even aku pon ada dapat jemputan kawin & open house hari Sabtu tu tp terpaksa tolak sebab clash dgn majlis ni.
Kawan2 & jiran pon ramai yang dtg & seronok sgt bila dapat spend masa & borak2 dgn kawan2 lama. Dgn jiran pon, masa ni la utk ktrg dapat berkenal- kenalan & merapatkan silaturrahim. :) Walaupun majlis dibuat secara kecilan jer, tapi aku still rasa penat yang amat. nasib baik ktrg buat makan2 tu ari sabtu, so ada lah masa berehat ari ahad. Alya & Amir pon aku noticed sama2 letih disbbkan waktu kejadian tu, masa tido tghari dorang ade sikit terganggu. alya kemain eksited sampai waktu tido petang pon still aktif. Amir plak waktu tido tghari sabtu tu lambat sikit sbb haku yang tak sempat nak menido kan dia. tp nsib baik dia takde meragam sbb mengantuk.
So hari ahad, sebnarnya ade jugak ktrg dapat invitation birthday party anak kawan ofis mate. tp terpaksa tolak memandangkan 2 budak kenit yang beradu agak lama waktu tghari. bayangkan Alya boleh tido dari pukul 12 sampai kul 5 ptg. Amir plak kul 12-2. pastu sempat bangun, main2, minum susu & tido balik kul 3.30-5 ptg. Sian sangat kat budak berdua tu. nampak sgt kepenatan yg hamat. nak kejut dorang bangun tak smpai hati.
Tp satu benda yg buat aku terkilan sanagt sampai skrg, gamba makanan & tetamu tak sempat nak snap sebab dok sibuk berborak sambil kehulur kehilir mengelek amir.. just ade beberapa jer yg sempat aku sempat amik gmba, tu pon guna camera phone jer..huhu
No comments:
Post a Comment