Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, September 26, 2013

anak-anakku please behave yer sepanjang 2 minggu ni.

amin.. doaku dgn penuh harapan..huhu. semoga aku tabah melayan kerenah 2 org budak sepanjang 2 minggu. semalam agak "berhantu" jugak aku bila dua2 sekaligus buat perangai merengek2 & mengada2. Yang Alya ntah apa angin dia semalam tak bole nak tegur langsung, merengek terus sejam dua. stress aku. amir plak, buat perangai tanak tido malam & lagi kita tepuk soh tido lagi kuat pulak melalak dia. ok paham dia dah puas tido ptg & tak bole nak tido awal. tp bila biarkan dia main sendiri kat luar menjerit jugak macam kan nak tido & mengantuk sgt!!. at last dia tertido gak kul 12 sbb penat menangis melalak. tapi tido ku semalam ibarat tido2 ayam wei, selang sejam dia bangun siap berdiri dalam cot sambil menjerit2.. gagah jugak la aku bukak mata pangku dia soh tido semula. then sejam lagi menangis jugak, lagi sekali gagahkan diri pujuk soh dia tido balik. tak jalan gak, baringkan dia atas badan aku sambil aku peluk dia. ok berjaya tertido. then terjaga lagi sejam kendian & pujuk la lagi sampai kepala aku berpusing sbb penat. erm..huhu. aktiviti yng "fun" tu berlanjutan sampai la kul 6.

takpelah anak2 aku mmg sajer jer nak bergurau ngan aku skali sekala..terima jer la gurauan tu & insyallah besar nnati dorang akan lebih rapat dgn aku & mendengar kata-kata aku & hasben.. sepanjang 2 minggu ni, mak ayah temankan aku kat rumah sementera hasben takde. actually aku OK jer kalau tinggal bertiga, tp disebabkan risau alya & amir stay lama kat nursery so terpaksala minta bantuan mak ayah utk tolong amik dorang dr nursery if aku balik lewat. almaklumlah, utk 2 minggu ni aku guna komuter & lrt je utk pergi & balik ke opis. confirm nyer kalau aku keluar dr ofis kul 5pm aku akan sampai rumah kol 6 lebih..huhu.

minggu ni mmg sangat mencabar utk ktrg 1 family. starting dengan hari isnin tetibe alya demam time ktrg nak pi kerja. dgn aku dah bersiap pakai baju kerja & tetibe alya dgn tersedu sedan cakap dgn sore super super slow " ibu...nak duduk dgn ibuu hari ni..uhuk2 uhuk.." so sbg ibu mithali aku rasa mcm tak adil plak nak biarkan alya pi gak nursery memandangkan dia mmg demam. terus aku bgtahu hasben nak amik EL & jaga alya jer kat rumah. tapi kan mmg nasib baik la aku EL, sbb alya mmg meragam sikit satu hari tu. cian dia. sikit2 nak menempek. sikit2 nak susu tek tek.. sikit2 nak ibu...ptg tu after hasben abis kerja ktrg pergi klinik & check condition alya. doc sahkan alya mcm nak lelah sikit & almost nak kena bronchitis. so dapatla seround nebulizer sekali kat klinik. alhamdulillah after neb dalam 5 minit, alya nampak lebih cergas & kurang sikit batuk dia. hari selasa tu, hasben plak amik EL & aku work from home. even aku mmg bekerja dari rumah, aku berjaya mendisplinkan diri buat2 kerja2 opis tanpa fail..yahoo. selasa tu alhamdulillah demam alya dah kebah cuma batuk jer tak abis2 lagi.. amir so far tak de demam & aktif dia kemain menjadi2. so, adik duduk nursery je la yer isnin & selasa tu. lagpon aku tanak la demam tu melarat ke adik dia plak..:)

semalam disbbkan alya dah OK, ktrg hantar dua2 beradik tu ke nursery & ktrg ke opis mcm biasa. tp still balik awal jugek sbb smlm mak ayah sampai umah... so hari ni aku gumbira ke kerja sbb dpt naik kete disbbkn hasben terus ke tempat training & dropkan aku ke opis.. slalu naik moto & disbbkan special sikit hr ni, dapatla aku melaram pakai baju kurung yg mmg tak boleh dipakai kalau naik moto..hihi. tp balik ni sedey balik sbb kena naik komuter utk balik ke umah..hehehe..
                                                                  otw nak cium adik..hihi


                                                                          lagi..cium adik


                                                 aarrrghhh...makan telinga kakak!!!!!


                                                                  semuanya masuk ke mulut..


                                                   proses utk menidokan amir. puting tak lepas dr mulut



                                                    kakak yang banyak akal skg ni..

No comments:

Post a Comment