Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, July 23, 2013

persiapan raya

last weekend kami anak beranak merajin kan diri utk bershopping. ehem2 anak dah 2 budget pon kena la lebih sikit. cukuplah sorang anak dapat 2 pasang baju baru. biar lengkap satu set, senang sikit tak payah nak mix & match. tp sebenornya dalam rak2 baju budak2 tu banyak lagi baju baru yang x pakai lagi. alya ni mmg ramai yang suka bagi dress & ade jugak baju2 tu yang masih belum berusik. Amir plak banyak jugak t-shirt2 yang org bagi yang masih belum dirasmikan jugak.. so selamat!!.. bab baju budak2 settle.. hopefully aku tak kan tergoda lagi dgn baju2 budak lepas ni...

utk aku, baju raya taun ni marilah kita me 'recycle' baju taun lepas & 2 taun lepas. hehehe. jap nak ingat balik, aku ade baju kaler coklat, oren, kelabu, pink.. erm ok la still elok lagi. pakai pon just beberapa kali jer. kalau ikut plan, first raya nak buat tema kaler coklet. walaupun bukan kaler sedondon tp nak jugak amik gambar berempat ber 'coklat'. haha.
utk hasben, aku macam nak carikkan dia t-shirt. slalu kalau aku soh beli, ade je alasan dia bagi.. "tekpela, t-shirt abg still byk lagi" "t-shirt abg elok lagi"...huhu. takpelah, maybe weekend ni akan ku pujuk hasben utk crik at least 1 t-shirt baru utk raya.

kuih raya plak mcm biasa adalah kuih tunjuk2. tp setakat hari ni, aku baru je berjaya meng order 2 jenis kuih dr opismate. rasa mcm belum cukup lgi & insyallah akan bakal bertambah seminggu sebelum nak raya. hehehe...tp takpe, kita learn from mistake. kuih raya kali ni kt beli secara moderate shj. takkan terlalu banyak, tp cukuplah sekadar utk di bagi pada family, family mertua & disimpan dalam umah, iyolah mane tau nak buat open housee....


hasil rembatan...


alololo....macham ni die..


mainan fev. hello kitty kakak dia..



gmaba alya mcm biasa tak dpat di ambil..pantang kita tala kamera, terus larik..huhu..

Thursday, July 18, 2013

Isu Syria

tetiap hari aku akan follow isu kat syria. sedih la bila baca pasal umat islam kat sana. harga nyawa utk islam sunni mcm tak de nilai jer puak2 syiah ni buat. hari ni keluar paper, 5000 org terbunuh setiap bulan kat syria. erm..sedih..

bayangkanlah, setiap hari kanak2 syria hidup dalam ketakutan. rumah2 kena bom, mak & adik beradik perempuan kena rogol depan mata, ayah & saudara2 lelaki kena bunuh depan2 mata. huhu..serius sedih la..
bersyukur sangat kat malaysia ni dapat hidup aman damai. kita kat malaysia ni, celik jer mata pagi2 ceria jer dapat  tgk muka org2 tersayang kat keliling kita. tapi kat syria, bangun2 pagi belum tentu dapat hidup kat muka bumi ni. tp takpe, insyaAllah dijanjikan syurga utk umat islam kat sana.
Paling sadis, anak2 kecik yang tak tau apa2, yang masih lagi perlukan mak ayah tetiba jer jadi yatim piatu. tak dpat bayangkan kehidupan budak2 tu..


"Ya Allah aku memohon kepadamu , kau kembalikan la sinar islam di Syria. Kau berikanlah kejayaan kepada umat islam di sana & kau berikan la ketabahan kepada saudaraku di sana.. AMIN.."

Wednesday, July 17, 2013

Kebetulan

Baru-baru ni amir demam. start hari sabtu & skg ni masih lagi on off lagi demam dia especially malam. huhu. so kat nursery mmg dah standby ubat demam & mmg mintak dorang bagi syrup demam tu at least sekali masa kat nursery. tp secara kebetulan jugak kalau amir demam ni aku noticed yg amir akan dapat 'sesuatu' after demam kebah.. entahlah maybe KEBETULAN..

cthnya, masa 3 bulan hari tu, amir ade demam sekali. after demam dia dah baik, esoknya kemain aktif dia meniarap..pantang letak kejap, terus berpusing mcm pro. contoh yang lain pulak, masa amir demam 6 bulan. besoknya after demam baik, dia terus boleh merangkak ke depan.. entahlah, kebetulan kot..

tapi kan utk demam kali ni, hari isnin baru2 ni masa demam amir dah kebah sikit, depan2 mata aku dia tengah berusaha utk duduk sendiri & hasilnya dia mmg boleh duduk sendiri tp just beberapa second je la before tergolek semula..erm maybe dia nak dapat kemahiran "duduk sendiri" kot pasni... .tp sejak kejadian hari isnin tu, dia takde plak prektis utk duduk sendiri lagi depan2 aku. maybe dia ade prektis tapi masa kat nursery la kot...takpelah dik, slow2 la yer..

Lately  ni jugak manja amir kemain menjadi2. start dr last entry aku, esok nya amir buat perangai until now. malam berjaga 3-4 kali semata2 nak tido berpangku. letak dalam cot, terus menangis tersedu2..huhu. mcm pagi td, sungguh tak kusangka, aku boleh tertido duduk sambil berpangku amir sejam lebih.. pergh!! macam nak patah pinggang. so, dah beberapa hari jugak la aku tak dapat teman hasben bersahur disebabkan time dia bersahur samada aku akan terbongkang tido sbb keletihan berjaga tgk amir or time tu aku tgh melayan amir.. huhu. nasib baik aku mmg tgh bercuti puasa skg ni.

kalau berbuka pulak, kadang2 tu sambil makan sambil kena berpangku dia. tak boleh langsung nak letak bawah. adoilah la amir.. mencabar betul tau.. nasib baik la si kakak tu rajin jugak melayan adik dia..


ustaz amir safwan in the house!!



tepek cool fever yang tak berapa power..huhu

Thursday, July 11, 2013

Hari ke dua berpuasa

Hari ni merupakan hari kedua umat islam berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah, aku & hasben masih lagi mampu berpuasa di hari ni. Semalam ktrg bersahur agak awal. kul 4 aku dah bangun & terus warm kan nasi & panaskan sardin yang dah diprepare malam sebelumnya. Alya & Amir pulak nasib baik tido dengan lenanya waktu ktrg bersahur. So, takde la kelam kabut ktrg bersahur semalam.

Tp hari ni, time aku masak sediakan makanan bersahur, hasben turun sekali dgn alya.. oklah dia pon takde la mengacau ktrg bersahur. siap join sekali makan & minum..hehehe. hari ni aku just masak benda yang sangat2 simple jer utk bersahur. just goreng telur dadar & goreng ikan bilis + cili padi+ bawang besar+ kicap. hahaha.. nasib baik hasben tak cerewet sangat. minum plak aku mcm biasa air nescafe sejuk & hasben milo sejuk...

Habis je bersahur, terus kemas2 dapur. lap dapur, lap meja, sapu2 sikit dapur, ikat sampah utk dibuang ke tong besar. pastu sebelah tangan dok berdukung si Alya sambil ambik baju dalam mesin basuh..erm tak paham aku ngan alya skg ni..semua nye "takutttt..takut"...  aku nak amik baju kat luar, dia plak yang dok " takut...takutt.."..huhu

settle bende kat bawah, terus naik atas jemur baju kat ampaian atas.. abis jemur baju lipat plak baju2 dalam bakul baju sbb besok nak balik kampung.. hehehe.. siap lipat baju, iron plak baju2 kerja yang nak dipakai ari ni.. sambil2 tu alya pon dok menyibuk skali main2 iron sebelah aku..huhu, risau sgt...

ok, baju siap iron, terus aku cepat2 mandi.. amir pulak dah tunjuk signal nak bangun sbb last dia nyusu kol 3.30. time aku nak mandi kul 6.40. lama tuu gap dia... so abis jer mandi & solat, terus aku angkat amir & susukan dia smpai dia kenyang.. amir after dah kenyang menyusu, siap boleh tergelak2 & senyum kat aku...then, terusla aku & hasben bersiap2 gi kerja & hantar anak ke nursery..

begitula rutin aku hari ni.. hepi sebab dapat buat banyak benda especially dpt lipat baju & baju dah berbasuh..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, July 10, 2013

Si Petah Alya Sofea

Alya now dah pon berusia 2 tahun 3 bulan. dah makin petah bercakap. ayat feveret dia:

" Ayah wat apa tuuuu ?"

" Ibu wat apee tuuu?"

hehehe. comel jer bila dgr. bila kita jawab cthnya "ibu tgh kemas" nnti mesti dia ulang balik .." erm..kemas"

dah boleh buat full sentence mcm org dewasa... kadang2 tuh kalau amir nangis waktu aku tgh solat, dia akan pujuk adik dia cmni " adik jangan nangis ibu tgh solat, kakak kan ada".... tak pon kalau dia tgh layan you tube & malas sgt nak layan amir , cara dia pujuk amir lagi simple " Ammirrrrrrr" sambil tekan2 hurup M tu..hahaha.

Hari tu klaka masa kat umah ayer keroh, macam biasa ayah ni mmg suka makan something utk kunyah2 petang atau supper. Aku rasa time ni time supper kot. Ayah dah bancuh siap2 air kiwi then dia panggil ktrg sume utk minum skali. Aku tgk kaler air kiwi tu pon dah tau mcm manis.. Tp xdek la tegur ayah pon.. tp bila alya minum air tu, terus automatik dia sebut " eeiiiii manisssss"... hahahaha. Mmg betul la org ckp budak2 ni mmg jujur. :)

Alya suka tau nyanyi kat aku aku lagi ibu. Ala lagu " ibuuu..ibu.... engkaulah ratu hatiku..bila ku berduka..engkau hiburkan selalu..ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku...." bila alya nyanyi lagu tu selalunya aku akan join sekaki ataupon biar je dia nyanyi then dah abis terus tepok tangan..hasben penah tanya aku " zura tak terharu ke alya nyanyi?" Hehehe  ..mestila aku terharu anak nyanyi kan utk aku....

Alya ni aku noticed dia ni mcm ade malu2 kucing sikit2... kebiasaanya after amik dia dr nursery, mesti dia akan nyanyi2 dalam kete... kdg2 lagu alif ba ta, twinkle2, old mac donald.. ade masa tu aku akan biarkan dia nyanyi sorang2 sambil layan2 amir...tp kan bila dia perasan dia nyanyi sorang2 mesti dia ckp " ayah nyanyi la skaliiii , ibu nyanyi la skali"...hehehe..malula tu nak nyanyi sorang2...

Friday, July 5, 2013

Amir Safwan @ 7 month old

oohh yeah!!! my baby boy turn to 7 month old today... alhamdulillah. cepat sungguh masa berlalu. dah 7 bulan ni, dah mcm2 kemahiran dia dpt. meniarap sudah pro, berguling sudah pro, merangkak ke depan sudah hebaittt, merangkak gostan pon dah boleh sambil pejam mata jer...hehehe. berat terkini di usia 7 bulan tak sempat nak timbang  sbb ibunya yg selalu sibuk... tp yg pasti more than 8kg la..

ok, amir dah diperkenalkan dgn solid food since dia 6 bulan lebih atau dalam erti kata lain after dia discharge dari wad. selalunya dia akan makan 3 kali sehari, pagi, tghari & malam. memula aku just start perkenalkan amir dgn puri buah dalam 2-3 hari  then terus jump to bubur blend. so far dia tak de menunjukkan alergi dgn makanan yang dah di intro (epal, pear, lobak). so tetiap hari aku akan masak utk bekalan makan amir & akan bekalkan 2 bekas bubur nasik + lobak yg diblend halus ke nursery. susu plak sejak dia dah mula makan ni dah makin berkurang minum. selalunya just akan habis 4ozx 3 botol jer.

dah 7 bulan ni, dia dah sangattttt la manja. letak bawah sekejap nangis, tinggal sekejap nangis, hilang je depan mata nangis..huhu... menangis jugak la aku dok melayan kerenah dia skg ni. kdg2 tu rasa mcm nak buat keje sambil ber "wrap" jer.

bangun malam masih lagi 2-3 kali utk menyusu. semenjak dah diasingkan amir tido dalam cot sendiri ni, agak terasa la penat dia bila bangun malam ni. memula nak kena angkat amir kuar dari cot, pastu susukan ambil dok kat katil, after amir dah puas nyusu & tertido terus pelan2 transfer dia masuk dalam cot semula. kdg2 berjaya bila dia akan terus terlena dalam cot. tp kalau masa transfer tu terlanggar sikit ape2 & terus terbukak mata dia, huwargh!!!! mencabar jugak la nak tidokan dia semula.

so buat masa ni tu jer la yang aku ingat pasal amir di 7 bulan ni....

I am sweet just like honey... auuwwww

Monday, July 1, 2013

baby cot

dah 1 minggu amir tido dalam cot dia sendiri. alhamdulillah, dia pon dah makin selesa & dapat sesuaikan diri. cuma first day jer la tido dia tak berapa lena. selang 1 jam mesti terbangun nangis2. tp masuk second day dia dah boleh adapt & boleh tido dgn lena. Even waktu siang pon aku dah biasakan dia tido dalam cot sendirian. macam weekend lepas, after mandi & makan bubur , macam biasa amir akan tido kul 10 pagi. so, after pok pok dia & terlena, terus aku masukkan dia dalam cot & aku pon boleh senang hati turun bawah utk buat kerja2 rumah. dah tak de nak risau2 amir jatuh katil lagi pas ni...ehehe.

cot amir dok sebelah tempat tido aku..


mcm best je tido dalam ni..


oh yer. amir dah 2 kali jatuh katil..huhu. sekali masa dalam jagaan hasben, & sekali dalam jagaan aku.. cian dia.. masa dalam jagaan aku, dia jatuh katil waktu tgh malam.. dalam kul 3 dia bangun utk menyusu & after dia dah kenyang & terlena, aku letak la dia kat katil.. sebelah tempat tido dia aku dah letak bantal sbg penghadang memandangakn amir tido kat hujung sekali.. tp malang sekali, after letak jer, dia terbangun & terus bergerak aktif. meniarap, bergolek2 & merangkak... nasib baik dia jatuh sekali dgn bantal. so agak beralas la jugak.. alhamdulillah dalam masa 24 jam aku monitor & dia tak de muntah2 after jatuh katil...lega mak..

lena dibuai mimpi...


amir masuk 6 bulan sudah sangat aktif. letak sekejap jer kat bawah terus meniarap bergolek. skg ni plak sudah boleh merangkak secara kedepan. kalau dulu asik le guna gear gostan..hehe. manja amir pon dah makin menjadi2.. huhu. tak boleh la kalau aku jauh sikit dari dia. terus melalak-lalak.. alahai anak... asyik la nak berkepit dgn aku 24 jam. even gi dapur dalam 5 minit, menangis dia mmg sungguh2 la macam kena dera..


aku ni pantang betul kalo nampak aksi mcm ni.. mmg kena tepuk je la bontot amir tu aku kerjekan..haha


almost 7 month..


hensem boy ibu...