Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, November 30, 2015

Aktiviti Cuti Sekolah

Cuti Sekolah ni belum plan lagi nak pergi bercuti satu family sebab cuti tahunan aku & hasben tinggal sikit jer sebab banyak habis time jaga budak2 tak sihat hari tu. Jadi, kalau nak pergi mana2 pun just boleh pergi waktu weekend jer la. huhu. Tadika Alya pun closed juga sempena cuti sekolah ni, so hantar daycare jer kat Taska tempat Amir & Sarah. Tapi nasib baik, cikgu2 dia dah plan aktiviti sepanjang cuti sekolah ni. Budak2 taska yang nak join tadika next year pun dah boleh join aktiviti2 tadika sebab nak biasakan dorang dgn environment tadika

So, start last week Amir dah mula ke Tadika & join sikit2 aktiviti kat tadika Alya. Balik je dari sekolah asyikla dengor si Amir ni ckp kuat2 penuh semangat waja camni.. "Assalamualaikum Children". pastu nanti dia jawab balik "Wa Alaikummussalam teacher"... "How are you today?".."Alhamdulillah, saya sihat". keh keh keh, takpelah. Budak tengah semangat ni kita biarkan jer lah...semoga terus istiqomah. hehe. InsyaAllah next year ktrg akan hantar Amir ke Tadika yang sama dgn Alya. Sama jugak kekdahnya nak hantor Amir ni bukan nak push dia belajar pun, cuma nak bagi dia biasakan dengan environment sekolah. Age 4 tahun kat sana masih lagi tak berapa nak serius, activity is more pada main2 tapi dalam masa yang sama boleh belajar. Gitteww.. So, as for now utk pencapaian Alya aku agak impress. Dia dah boleh tulis nama dia sendiri. Semalam dalam diam2 tuh, dia amik kertas kosong then tulis nama dia tunjuk kat aku. Masa last month masa sesi talk between parents & teacher pun actually teacher dia ada feedback yang Alya dah boleh baca 2 suku kata & dah mula nak masuk buku ke-3 buku siri Anakku. Yang ni, aku belum test lagi sebab buku "Marilah membaca Anakku" tak sempat lagi nak mencari nya.

Last week penuh activity indoor yang dorang buat dekat tadika. Rajin cikgu2 dia share segala activity kat parents thru wasap so parents pon dapat tahu semua activity anak masing-masing. Both Amir & Alya enjoy jer pergi tadika buat masa ni. Macam last week, Amir dah mula sama2 belajar solat kat tadika dengan kakak dia. Selain tu, dorang ada buat art & craft, experiment RASA, experiment angkat AIS guna benang, dll. So, kalau every 3 years budak2 taska akan join tadika dia next year mmg meriah la nanti tadika tu. Tapi, tak sure pulak feedback from parents utk anak2 3 years tu. Yg penting aku dah booking Tadika utk Amir nanti. So, next year Amir pon kena pakai baju seragam macam kakak dia juga. Erm bertabahlah aku nak iron baju Amir jugak hari2.. huhu. InsyaAllah, cikgu dia dah plan jugak outdoor activity bulan 12 ni utk budak2 tadika. Utk Amir, aku tak sure samada dia boleh join ke tak sebab activity ni mcm agak lasak sikit.

Sian budak2 tu, mengharapkan activity best2 kat sekolah jer la hujung tahun ni. Kalau dgn ktrg tak sure la dapat ke tak. But last weekend ada la jugak ktrg ke pantai PD bawak budak2 main pantai sebab dah alang2 pergi kenduri kawen kat PD.  Bawak sekali mak & ayah mertua weekend tu. Kali ni, bagi can pulak main pasir sebab dah berkurun dah dorang ajak main pasir. hehe. So, sebelum balik Melaka hari tu, ktrg dah siap2 kan mainan yang kan boleh cedok/ korek pasir tu yang boleh buat ala-ala castle tu. Walaupun sampai PD waktu tengah panas berdenting, mana taknya pukul 2 ptg dah terpacak sana, tetap gembira & enjoy budak2 tuh. Kemain meriah PD waktu cuti sekolah. Orang lain pun tak agak2 boleh berendam dalam pantai tengah2 panas nih. Aku pulak yang tak tahan panasnya & dok mencarik tempat redup bila sampai sana. Dahlah sambil berdukung Sarah, lagilah dia tak selesa berpanas. Asyik tergaru2 jerla budak tuh. huhu.

Tak lama pun kat sana. Dah puas main korek2 pasir & buat castle, terus balik gadek semula. Sebelum balik, belikan jugak mainan bubble tu sebab kena pau dengan budak2. hehe. Pagi Ahad tu sambung lagi mandi kat swimming pool acah2 pulak kat Gadek. Sambil2 tu main jugak bubble dgn atuk & nenek dia, tu pun dah cukup buat dorang gembira sampai ke malam. hehehe..

 
kusyuk betul Amir solat.

 
 
 
 
 
 

Friday, November 27, 2015

Eczema & Allergy

Dari 3 orang anak aku, 2 org anak aku yg suffer dgn eczema Amir & Sarah. Amir since 2 bulan lagi kena eczema & just before dia masuk taska. Bila masuk taska pulak, eczema dia makin grow & worst. Yg aku perasan, Amir ni jenis x boleh berpeluh & panas. Kalau panas sikit, habislah tergaru2 sampai luka2 muka kena kuku dia.. Macam Amir, Eczema dia just ada kat muka jer, badan dia pulak clear bersih gebu gabas & bebas dari eczema. Tempat yg paling terus terjejas sekali kat muka dia adalah kat area dahi. Amir dulu fully breastfeed sampai dia setahun setengah & mula campur susu formula after tu. So, aku tak berapa sure if dia alah pada lactose. Even, dulu aku pun belasah je makan semua benda & segala ayam or seafood sebab eczema amir bukan sebab dari makanan. Amir pon boleh makan ayam after dia 6 bulan & takde kena gatal2. Bila dia 10 bulan, Alhamdulillah eczema dia getting better. Tapi disebabkan dia tak boleh kena panas sgt, masa setaun setengah waktu ktrg ke China, ruam amir datang balik & tergaru2 la dia sepanjang kat sana sebab temperature kat sana cecah 41c. Huhu. Bila dah makin besar, ruam dia totally hilang. Kalau sekarang ni dia la yang paling win kuat berpeluh antara adik beradik dia sebab tak pernah la duduk diam. Tapi even berpeluh pon dah takde spot2 ruam macam dulu but still lagi sensitive kulit dia bila waktu dia demam jer mulalah kemerah-merahan muka dia macam pakai blusher. hehe
Ni masa 3 bulan lebih. Siap berdarah2 lagi dahi anak teruna ku.. huhu

tadaa!!  hilang dah ruam2 ku

Sarah pulak, masa awal2 dulu kitrg ingat dia tak kena eczema. Sebab based on previous experience mcm Amir dulu start dari dia 2 bulan dah trigger eczema. But utk Sarah, waktu dia 5 bulan keatas baru timbul eczema. Sarah ni pun sama macam Amir, tak boleh berpanas & berpeluh. Once berpeluh jer, abis la tergaru2 muka & badan sebab gatal. Sarah eczema timbul kat muka & area leher. Macam sarah ni, dia pun masih lagi breastfeed. Buat masa ni, yang aku perasan kalau aku makan jer seafood abis la naik eczema kat badan & muka dia. Sian dia. & Sarah pun tak boleh makan ayam sebab tak tahan. Actually, masa Sarah 6 bulan, aku pernah intro dia ayam. Tapi sebab dia dok tergaru2 sebab gatal then aku stop dulu dengan ayam. Skrg ni bila dia dah 8 bulan, ingat nak mula la balik bagi ayam. Bila buat bubur ayam, kemain berselara makan budak tu. Ternganga2 mulut bila menyuap dia. Tapi, once again gatal2 mula naik. Dia mmg suka ayam tapi tak tahan dgn ayam..huhu. So, dah 8 bulan, masih lagi dengan vege. Nasib baik dia masih lagi berselera makan. hehe. So, bila kat Taska cikgu dia pon tak berani nak menyuap makanan sebarangan kat Sarah. Silap jer makan sikit terus naik gatal. Aku pon silap jer makan sikit, dia yang merana gatal2..



So, bila anak kena eczema ni, mmg banyak pantang larang dia. Selama ni just terbaca jer luahan emak2 lain yang dok mengeluh dengan org lain yg concern sangat dok menyuap anak2 dia makan tanpa pengawasan mak sendiri, aku faham perasaan tu. Aku pun kalau boleh tak nak org2 lain menyuap mknan kat Sarah buat masa ni. Biar la aku jer yg prepare makanan dia sebab dia banyak alahan nya. huhu.  

Monday, November 23, 2015

Majlis Graduasi Tadika & Taska

Hari Jumaat malam berlangsung Majlis Graduasi Sekolah Alya & Amir. Kali ni buat kat Bangi Golf Resort jam 8 malam. So, ptg hari Jumaat amik budak2 awal sikit then ktrg dinner yang ringan2 dulu buat alas perut sebab after Majlis akan disediakan jugak dinner. Amir & Alya sgt excited sebab terlibat dengan performance malam tu. Amir akan buat 2 persembahan & Alya pulak join 4 persembahan. Utk tambahan jugak, Alya akan naik ke pentas utk amik rewards sempena dapat tempat ke-2 utk age 4 tahun kat Tadika dia. Alhamdulillah.


Sampai je kat tempat Majlis, cikgu2 dia terus bawak Alya & Amir ke tempat persediaan. Mula2 Amir macam tanak ikut cikgu dia, tapi after dia tengok kakak dia kemain happy follow cikgu, barulah dia OK. Aku, hasben & Sarah pulak terus masuk hall utk amik tempat. Tapi pot best yang betul2 depan pentas semua dah penuh, so terpaksa la ktrg ke tempat yg kurang best. Ingatkan dah awal sampai, tapi ada lagi yang awal rupanya.


Tapi nasib baik la tak duduk depan sangat. Sebab Sarah bukannya nak duduk pun. Most of the time aku banyak berdiri jer berdukung dia. So, terpaksa la daku ke belakang membawa diri. huhu. Ayah dia offer nak dukung pun dia jual mahal.. Tapi OK jugak bila dapat berdiri, sebab boleh tengok pentas lagi clear dari duduk kat kerusi. hehe.


Masa persembahan, aku tak berapa risau sangat Alya. Sebab ini kali ke-2 dia naik pentas. Lagipun, dari kat rumah lagi dia sibuk practices & tak sabar nak buat persembahan atas pentas. Amir pulak, kat rumah bila kita tanya pasal persembahan dia, macam dia tak excited. Bila suruh joget sikit, macam malu2 pulak depan kitorang. Tapi Alhamdulillah both budak2 tu sangat enjoy perform malam tuh. Amir pon dapat cooperate dengan team member dia dgn baik. Asyik tersengih jer bila habis buat persembahan.

Disebabkan majlis buat malam, Sarah pun agak meragam malam tu sebab waktu tidur dia sepatutnya kul 9 mlm. Dah la selalunya sebelum tido, dia akan golek2 atas katil sambil menyusu, tapi hari ni tak dapekk la. Puas la aku try breastfeed dia tapi ditolak2 tanda protes. hehe. Maybe sebab hall yang bising & environment lain dari biasa jugak dia jadi agak clingy. So at last, amik pot yang best punya duduk bawah kipas sambil berborak dengan sorang kakak  (dia pun tgh tidokan anak dia 7 bulan), susukan Sarah (nasib baik pakai baju utk breastfeeding), then tup2 terus terlena.. So, terlepas la nak tengok persembahan live Korean dance Alya. huhu. Nasib baik hasben ade rekodkan. Tak puas lagi tgk semua performance budak 2 orang tuh.

Utk age 4 tahun, Alya dapat tempat ke-2 dari total 14 student. Actually tak expect pun sebab masa bulan 3 hari tu dia ada cuti panjang sebab aku berpantang. So, rasa agak ketinggalan jugak dia buat masa tu sebab almost 3 month dia cuti sekolah. Tapi Alhamdulillah dia dapat catch up & periksa akhir tahun dia boleh buat. :)

So, Amir bulan 12 ni dia genap 3 tahun. Tapi kalau ikut tahun, dia actually dah 4 tahun. Sian dia sebab lahir hujung tahun, kena mengejar pulak budak2 sebaya dia. Dekat Tadika tempat Alya, seawal 4 tahun dah boleh join, tapi bila tengok dia macam tak bersedia jer, so ktrg masih lagi rasa berbelah bahagi buat masa ni. Tapi bagus jugak bile didedahkan dgn tadika seawal mungkin, at least dia boleh belajar pegang pensel, menulis, & membaca sikit2. Lagipun aku tengok kat tmpat situ, takde la strict sangat. Cikgu dia pun baik. & 1 benda lagi yang buat aku nak jugak hantar dia ke Tadika sebab kawan2 seangkatan Amir mesti akan masuk Tadika jugak, so mestilah dia pun semangat jugak nak belajar bila kawan2 taska dia berpindah ke Tadika jugak.


Monday, November 16, 2015

Sarah 8 bulan & Cuti Depavali

Cuti sempena Deepavali hari tu, kitorang sekeluarga tak kemana sgt pun. Just balik Melaka & Gadek jer. Berehat2 kat kampung dgn family. Amir & Alya mmg suka sangat kalau diajak balik kampung. Ceria jer muka masing2. Cuba kalau kita ajak gi sekolah, murung jer terus muka. Hahaha.

Tidur kat Melaka 1 malam & hari Ahad pagi ktrg bergerak plak ke Gadek. Tapi sebelum ke Gadek, singgah sekejap kat Pantai Puteri Kelebang utk cuci2 mata. Saja jer ajak budak2 gi beach sebab kesian plak dorang takde gi mana2 sebelum tu. Kemain happy budak 2 org tu bila sampai sana. Alya tak habis2 cakap nak main dgn kawan bila dia nampak ada budak2 jugak yang ada kat sana.. hehe. Tak lama pun kat situ. Dah puas main2 kat tepi beach tu, tetiba ada apek jual Ais krim. So belikan sorang satu ais krim, makan then ktrg terus bergerak ke Gadek.




Nasib baik ada cuti panjang. Boleh la budak 2 org tu amik angin kat luar. Kesian sangat kalau budak 2 orang tu bila duduk jer rumah. Kerjanya asyik nak bergaduh jer. Kadang2 tersentuh kulit waktu tidur pon boleh jadi isu sampai berjurai2 air mata..huhu. Tu tak lagi bergaduh sebab berebut barang. Boleh jadi amukan jiwa raga aku & hasben bila tgk dorang gaduh. Huhu. Benda kecik je beb.. tapi kan macam tu la agaknya aku kecik2 dulu..keh keh keh.. so sabar aje la buat masa ni dalam melayan kerenah dorang. Kalau rumah senyap nanti rindu pulak time rumah tengah haruk pikuk..


Sarah pulak sekarang kemain aktif berdiri & mula berpaut pada something utk bolehkan dia berdiri.After dah berjaya berdiri, meniti sikit2 kat tepi tempat dia berpaut tu. Leka sikit agak bahaya jugak sebab kadang2 tu dia boleh berpaut kat tempat yang bahaya. Tempat favourite dia adalah kat tangga yg baru kitorang buat. Fuh bahaya nyer tempat tu sebab curam. Alya & Amir pon kitorang tegah main kat situ. Kira restricted area la dalam kawasan rumah ni. So, sekarang ni kalau aku atau hasben ada kerja nak buat kat bawah, mmg kitorang tak akan tinggalkan dia sorang2.. Sanggup ni angkut semua budak2 tu gi bawah sambil buat kerja kat dapur.

kemain lena tidur dik..