Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, February 6, 2015

Pregnancy & Delivery Journey Alya Sofea & Amir Safwan

Tetiba terkenang plak saat pregnant kan Alya & Amir. Rasa mcm baru jer bersalin kan budak dua org tu tup tup dah besar (ayat klise mak2) & nak tambah lagi sorang baby next month..hehe..  nak masuk 3rd baby ni, seriusly aku banyak buat comparison waktu delivery between Alya & Amir. Tak tahu macam mana perancangan Allah utk kali ini. Semoga dipermudahkan spt kelahiran yang previous. So, today nak flashback pregnancy & delivery journey Alya & Amir waktu dulu. Kenangan tuh!

Alya Sofea:

Waktu Mengandung:
Alah yang sangat teruk. sikit2 muntah. sikit2 muntah. Bau tumis2 mmg tak boleh langsung la..huhu. Ingat lagi before pregnant, aku suka sgt tgk rancangan "Air Crash Investigation" & "How they do it" dgn hasben. Tapi, bila tgh pregnant, once tertengok jer mmg akan rasa pening & nak muntah la.. huhu. pelik betul. Morning sickness hilang waktu aku masuk 4 bulan. Masuk jer trimester kedua terus jadi bertenaga & siap boleh main semula ping pong kat opis sekali sekala waktu rehat..hehe. Minuman faveret waktu ni air sirap ais. Kalau kat umah rajin jer aku dok bancuh air sirap ni buat minum2. Makanan feveret plak Roti Boom mamak sampai tak kisah la kalau nak kena mengadap hari2 pon aku rela... auwwww. Tp lepas jer deliver baby terus hilang minat kat roti boom. hehe

Waktu Bersalin:
EDD Alya kalau ikutkan 15 April. Tapi aku start cuti awal sbb plan nak bersalin kat Melaka. 1 April ( Jumaat ) tu doc dah bagi MC seminggu & ktrg balik ke Melaka ptg jumaat after kerja. Hari Sabtu awal2 pagi dah keluar semula sebab ada check up dgn Doc Hanisah kat Hospital Pantai Melaka. Keluar dah awal tapi dapat turn jumpa doc still lambat. huhu. So, after dapat turn, bila doktor check perut aku tgh mengeras. Dia tanya samada aku ada rasa sakit atau rasa tak selesa ke? Tapi waktu tu aku tak rasa apa2 pon. So, dia suruh pegang sendiri perut aku & bgtahu yg skg tgh contration. So, disebabkan aku tak rasa sakit waktu tu, dia nasihatkan kalau after ni rasa sakit jer cepat2 dtg hospital semula. Baby weight hari tu dia estimated 3.1 kg.

So, pulanglah ktrg laki binik sbb plan seterusnya nak gi kenduri kawen kawan hasben (sempat tuh) & jalan2 ukur jalan kat new shopping Mall berdekatan Mahkota Parade. Masa jalan2 gi kenduri kawen & gi shopping tu sikit pon aku tak rasa sakit tapi gembira jer sbb dapat jalan2 ngan hasben. Memadangkan esoknya hari Ahad & hasben kena kerja hari Isnin macam biasa, ktrg dok la ulang2 ckp kat baby suh keluar before hasben balik KL..hehe.

Sampai ke ptg jugak la meround2 bandar Melaka & balik semula ke Ayer Keroh dah nak dekat Maghrib. Tak senonoh betul keluar awal pagi tp balik lewat malam. hihihi. Macam biasa, kalau kat Ayer Keroh, disbbkan mak aku dulu pernah kerja kat wad bersalin rajin la dia dok membelek perut aku. Kebetulan pulak masa mak tengah check perut, tengah ada contraction tapi aku still tak perasan contraction tuh.. huhu. Malam tu banyak kali jugak la ulang alik ke toilet sebab asik rasa nak terkencing ajer. Sebelum2 ni selalu jugak rasa nak terkencing tapi takde la rasa sekerap hari ni.

Waktu tgh tido tuh, tetiba aku terjaga dalam kul 12 malam sbb nak terkencing + sakit perut. So, gi toilet buat urusan & cepat2 sambung tido. Dalam kul 1 terbangun lagi sbb rasa yang sama. Tapi once je duduk kat toilet bowl takde plak rasa nak membuang. Naik semula katil & sambung membuta..hehe. Kul 2 still terjaga sbb tetiba perut rasa sakit. Yelah tak pernah2 rasa sakit tetiba bila sakit jer sikit cepat pulak dia trigger. So, masuk toilet buang air kecik & masuk semula bilik. Kejut plak hasben bgtahu perut tgh sakit. Dia bangun2 jer terus ajak gi hospital Pantai. Memula macam malas la nak gi sbb sakit dia just light2 jer. Lagipon orang selalu ckp kalau anak first ni selalunya lambat sikit nak bersalin la, bila gi hospital doktor akan advise balik dulu la sbb slalunya just false alarm jer.

Tapi hasben waktu tu berkeras jugak soh je gi hospital utk check. Dia soh siap2 sementara dia kejut mak ayah yg tido kat bilik atas. Kebetulan jugak masa tgh bersiap2 & dalam toilet waktu tgh buat urusan buang air kecik nampak la spotting darah sikit & terus rasa cuak..huhu. Mak ayah pon mcm terkejut la jugak bila dia turun2 jer tgh aku dah lengkap bersiap utk gi Hospital.

Dalam kul 3 pagi, terus pecut ke Hospital. Kejap je sampai hospital sebab dekat jer. Dah buat urusan register, pak guard offer naik wheel chair tapi aku tolak sbb segan. hehe. boleh tak? So, naik terus ke labor room & nurse check bukaan baru jer 2 cm & estimated akan bersalin tengahari esoknya. Dia advise utk stay jer dalam hospital memandangkan dah ada bukaan time tuh. Tapi memandangkan wad waktu tu belum ready dia mintak aku stay dulu dalam labor room utk dia kemas2 bilik.

Dalam kul 4, bila bilik dah ready & sebelum dipindahkan ke bilik biasa, nurse mintak izin utk check VE lagi & waktu tu dah 4cm. Terus dia tahan je dalam labor room & suruh hasben temankan aku dalam labor room jer. Nurse ada jugak tanya aku samada aku ada amik air selusuh ke tak. Tapi aku jawab tak ( Tp sebenarnya ada kot aku minum air Yassin yang parents aku bekalkan waktu dornag gi Haji sebulan lepas). hehe.  Waktu ni contraction mmg dah rasa & sakit sangat aku rasa. Dah la perut mengeras, kena plak pasang CTG kat perut utk check condition baby. Memang tak selesa langsung rasa waktu tuh. Pukul 5 nurse dtg balik & check semula VE dah 6 cm & kalut betul doktor call Doktor Hanisah bgtahu condition aku.. hehe.

Dalam kul 5.30 pagi, mmg dah tak tahan sangat rasa nak mempush & rasa sangat baby dah ade kat celah kelangkang waktu tu. Tapi, nurse tak bagi push sebab doktor masih belum sampai. After doktor sampai Alhamdulilah lahir la Alya Sofea waktu Azan Subuh sedang berkumandang.. :) Erm sayu jer rasa waktu nih. Smooth sangat rasa & Allah kabulkan permintaan aku utk mudah kan kelahiran baby & benarkan baby lahir before hasben balik KL semula. So, bersambunglah Paternity Leave hasben selama 7 hari lagi.. hehe. Alya Sofea pulak keluar dari rahim aku di minggu ke 38 (11 hari before EDD)... Alhamdulillah




Amir Safwan:

Waktu mengandung:
Happy jer rasa sebab tak de morning sickness sangat. Badan bertenaga  & ramai komplen aku kuat berlari waktu tgh deliver 2nd baby ni..hehe. Alhamdulillah, masih boleh menyusukan Alya waktu tgh pregnantkan Amir tanpa komplikasi sampai la ke saat Amir dilahirkan & dapat tandem nursing jugak Amir & Alya after Amir lahir. Kalau waktu time pregnantkan Alya, aku gilakan makanan mamak tp waktu Amir nih, tak boleh lansung nak terima makanan mamak. hehe. Aku boleh makan macam biasa & terpaling favourite adalah minuman berais..hehe.

Waktu Bersalin:
EDD Amir adalah 22 Dec. Last checkup dgn doktor , 1 Dec condition baby masih lagi normal & takde tanda2 nak keluar. Doktor Khamsiah estimated berat baby waktu tu around 3.29kg & bgtahu kalau aku bersalin waktu EDD berat baby maybe reach 3.5kg. OK gerun sikit mendengornya. Hari Isnin & Selasa, 3 -4 hb masih lagi bekerja seperti biasa. Borak2 dgn opismate & ramai jangkakan aku lambat lagi bersalin sbb perut masih lagi ke atas & tinggi. Tapi, hari ni masa nak berjalan lain sket rasa dia. Dekat celah kelangkang dah mula rasa sakit seakan kepala baby tgh menunjal2. Tapi xde la layan sangat sbb perut takde rasa sakit2. Balik kerja fetch Alya kat rumah babysitter & singgah ke Midvalley utk jalan2. Sebelum balik sempat jugak bgtahu boss, utk Work from home je esoknya, 5hb memadangkan babysitter Alya ada urusan mahkamah. So, malam tu sakan la ktrg mengukur tanah kat Midvalley bertiga. hehe

5hb- Bangun pagi siap2 kan breakfast. Dah siap semua, kejut Alya & madikan dia. Time tu dah mula rasa sakit kalau tersentuh kulit perut. Bgtahu hasben & sempat bergurau entah2 baby dah nak keluar hari ni.. hehe. Tapi sakit dia tak kerap & kejap rasa kejap hilang. After breakfast & setelkan Alya, aku duduk kat hall sambil buat kerja opis. Sambil2 tu layan jugak sakit2 manja perut. Tengahari tu susukan Alya sambil baring & aku tertido sekali. Tapi sempat bgtahu hasben after solat Zuhur nak gi lunch kat luar jer & singgah sekali Annur kalau sakit masih lagi tak hilang.

Kul 2 keluar rumah after solat & singgah Old Town utk lunch. Time ni contaction dah rasa sikit2. Tak kusyuk betol aku makan time nih. huhu. Dah siap makan terus ke Annur. Sementara tunggu hasben buat urusan register aku duduk ngan Alya kat kerusi menunggu. Ajaib sakit terus hilang. Waktu ni rasa mcm berbelah bahagi jer samada nak continue je check atau nak balik. Tengah pkir2, nurse ajak gi labor room nak check heartbeat baby & VE.

Kul 4 dah kat labor room & nurse check bukaan dah 4cm. So, dia terus tahan dalam labor room jer & tak bagi balik rumah. Sedih kot time nak berpisah dgn Alya. Aku plak time tu tak prepare ape2 pon memadangkan jauh lagi due date baby nih. Kalut la ktrg dok bgtahu family pasal berita nih. Aku just kesian Alya je la waktu ni. Sapa yang nak tgk2 kan dia kalau hasben dalam labor room sekali dgn aku. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan ktrg. Mak Ayah sampai before Maghrib & dorang yang tgkkan Alya.

Dari aku masuk labor room sampai ke Maghrib, tak de rasa rasa sakit2. siap boleh berchat2 lagi dgn kwn2 waktu nih & sementara tgh tak sakit jugak sempat la aku habiskan baca surah maryam gunakan handphone. Nurse check VE lagi kul 6 ptg, bukaan baru 6 cm & dia siap tanye aku "tak sakit ke dik?'..hehe. mmg tak rasa sakit waktu ni. So, dia kol doktor & doktor dtg & request utk pecahkan ketuban utk bg cepat sikit bukaan. Tapi, aku tak sedia lagi weii. Mintak doktor hold dulu & doktor ckp akan dtg balik after maghrib utk pecahkan ketuban.

After maghrib, tadaaaa Doc pun datang sambil senyum2... " Dah ready?" Check bukaan baru 7cm & dgn bacaan bismillah dia pecahkan ketuban.. nasib baik tak rasa sakit..hehe. Setengah jam after proses pecahkan ketuban, barulah rasa contraction yang maha maha maha dasyat dasyat sakit sakit sakit datang..huuhu. menggigil2 la badan waktu sakit dtg & nurse pon banyak ajar teknik pernafasan waktu nih. Time sakit tuh, rasa mcm nak terputus badan ngan kaki. huhu. Nak nangis tak boleh tapi aku banyak genggam tangan hasben jer.

Kul 10 lebih after bertarung 2 jam lawan sakit, barulah full dilation & doktor sampai utk proses delivery. Disebabkan kedudukan masih lagi tinggi, lama sangat proses meneran baby. huhu. Nurse & doktor sgt2 supportive & alhamdulillah jam 10.49pm lahirlah Amir Safwan di muka bumi Allah. Unexpected, baby weight 3.55 kg waktu dilahirkan waktu 37 weeks (17 hari before due date).





No comments:

Post a Comment