Geram aku tengok gamba amir waktu kecik2. Gebu, montok, sedap kena peluk. Tapi sekarang pon masih gebu. Memang asik kena gomol jer la ngn ktrg. Alya pon suka peluk2 adik dia. Tp biasalah, budak2 tengah lasak, memang tak suka langsung kena peluk, meraung2 soh lepaskan sbb rimas..hehe..
Amir now dah setahun setengah. Sangat lasak, aktif & susah nak tengok dia duduk diam. Ade jer aktiviti dia.. hehe. Nak tengok rumah dalam keadaan aman & kemas, tunggu waktu Amir tido. Even dia just tido sekali jer waktu siang, still aku bersyukur sangat sbbnya dia boleh tido 2-3 jam time siang. Time ni la aku boleh buat kerja2 rumah yg tertangguh. Tp once celik jer mata, bersiap sedialah semula dgn rumah yang macam tongkang pecah. Tido malam amir pulak selalunya around kul 9.30 malam. Pandai dah skg ni ajak masuk bilik nak ajak tido. So, standby je la aku waktu2 tu. Nak layan movies mmg tak sempat. Jadi selalunya aku akan record je movies yang best & layan citer tu time Amir & Alya tgh aktif menyelongkar rumah.. so, waktu tu, mulut aku jer bising marah dorang menyepah umah tapi mata tetap ke TV..hehe
Kat rumah, favorite Amir jugak adalah membuli kakak dia. Kadang2 kakak baik jer, tengah main doll , main buku, tp amir boleh redah je kat Alya & terus rampas mainan..huhu. sian aku tgk alya. Amir ni pon jenis yang tak makan saman sgt. kita tegur dia tp dia boleh buat derk jer. yg lagi geram tu boleh pulak dia tersengih2 mcm kerang busuk. Baling2 mainan pon champion jugeeekk. Kalau mainan dia kat hall atas tu boleh sesuka hati jer baling2 ke bawah la, baling kat TV atau baling2 kat kakak dia. erm sabar je la...
Selera makan Amir dari dulu mmg tak de masalah. Sekarang ni dah boleh makan pedas sikit sbb dia suka join makanan org besar. Selalunya sebelum aku makan, aku akan feed dulu Alya & Amir. Once dia dah kenyang baru ktrg pulak makan. Tp time aku makan pon, amir sibuk jugak menyelit beriba. Pastu menggelupur macam lapa bebenor. So, sambil aku makan kena la jugak menyuap dia sekali..
Amir skg dah boleh sebut sikit2 word. Nak mintak apa2 pon sometimes kita dah boleh paham. Kita bagi arahan pon dia dah boleh ikut. Gud dik!.. tp aku sedih sikitsbb nak sebut ibu masih lagi tak lepas2.. yang keluar dari mulut dia selalunya... "maaa........ " atau "mamaaaaaaa"... atau "abuuuuuuuu".... huhu
No comments:
Post a Comment