Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, July 23, 2014

Persiapan Syawal

Assalamualaikum. Pagi2 dah rasa takde mood bila baca status dalam Facebook pasal Gaza & Syria. Serius tak dpt nak bayangkan kalau aku berada kat sana. Honestly, bila dah bekeluarga & ada anak2, benda yang paling menjadi keutamaan aku adalah famili & anak2. So, bila hari2 tgk anak2 kecil, atau famili terbunuh disbbakan kekejaman org2 Yahudi & sekutunya aku pon turut rasa sakit. Kagum tgk semangat dorang & betapa Redhanya bila terpaksa berhadapan dgn situasi kehilangan org2 tersayang. Tapi aku yakin bila semuanya yang Syahid Insyallah dijanjikan Syurga oleh Allah. Alhamdulillah, mereka hilang penderitaan di dunia malah Syurga yang menanti mereka...Amin..

So, bila bangun pagi dapat tengok muka orang2 tersayang ada kat sekelilling aku, rasa sangat2 bersyukur. Semoga bumi kita berada dalam RahmatNya & dilindungi dari anasir2 jahat. Amin Amin Amin.......

Ok. Hari ni actually nak sembang2 lagi setelah menyepi 2-3 hari. Alhamdulillah kita dah pon memasuki penghujung2 Ramadhan hari ni. Sedih nak tinggalkan Ramadhan & doa sangat semoga amalan aku yang tak seberapa ni diterima Allah. Persiapan raya pulak agak sederhana jer utk kitorang. Baju Raya utk aku & hasben masih lagi recycle baju2 yang dah mmg sedia ada dalam "gobok".. hehe. Anak2 jer la yang meriah dgn baju2 baru. Actually, baju tu pon ktrg beli sbb nak replace baju2 yang dah tak muat. So alang2,  kita jadikan baju2 yang baru tu as baju raya... :D

Kuih raya pon aku dah settle kan awal2. Dah siap list kan utk bagi family & family mertua dah dah selamat pun sampai kat umah Ayer Keroh, Special delivery from akak.. hehe. Utk FIL, insyallah aku akan bawak masa blk Gadek nanti..tak banyak pon tapi cukuplah utk buat buah tangan utk dorang. Duit Raya plak aku plan nak masukkan dalam Sampul malam ni. Dah lama Alya request nak masukkan duit dalam sampul tp memandangkan duit baru jer dapat semalam, so mari kita projek malam ni yer Alya... So, malam ni tugas memantau Amir aku serahkan pada ayah dia...hehe..

Tahun ni merupakan tahun ke 4 Alya merasai suasana Raya. So, dia punya excited tu mmg lebih sikit. Hari2 tanya " Bila nak raye??? " .."Ibu nak pergi beraya sampai malam...." hehe. Bila tengok iklan raya & makanan2 raya pulak " Alya nak makan tuuuu..... nak rayaaaa".... hihi. kemain excited lagi. Yang si Amir pulak, masih takde lagi perasaan utk Raya. Maybe tahun depan baru dia akan dapat feel mcm kakak dia..

Apapun, dalam kita excited nak menyambut Syawal ni, janganlah kita lupa tentang saudara seislam kita yang berada di Gaza/Syria & mangsa2 MH370 & MH 17. Semoga ktrg pon tak leka & dapat menyambut Syawal dgn perasaan bersyukur & sentiasa di bawah rahmat Allah.. AMIN...

Friday, July 18, 2014

Ramadhan kali ini

Sedih bangun2 pagi terbaca pasal insiden MH17. Semoga mangsa terkorban yang beragama Islam ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin....

Pagi tadi aku terbangun awal utk bersahur memandangkan semalam sebelum pukul 10 aku dah selamat tidur.. Pukul 4 pagi bangun tido , duduk dulu bertafakur atas katil 5 minit. Tetiba Amir pon terbangun sama & terus aku susukan dia nak bagi dia tidur semula. After Amir tidur & buat ape2 yang patut, aku turun bawah utk prepare makanan sahur. Elok je aku jejak kaki kat dapur dengar Amir menangis dalam bilik.. erm, so naik balik bilik & bawak sekali Amir turun. Nasib baik dia cergas je pagi tadi. Main2 sendiri, tolak bakul, main pinggan & takde nangis2 waktu ktrg bersahur...

After siap bersahur, ktrg semua naik atas. Cadangnya nak turun bawah semula nak mengemas after amir tido. Tapi mmg tak dapatla sebab Amir naik jer atas terus aktif memunggah segala bagai mainan dia. huhu.
Aku pulak sambil dia main2, baring2 jer dpn TV. Tapi entah camne, boleh pulak aku tertido & sedar2 je dah kul 630. Amir pulak sama2 jugak tertido kat belakang aku sambil pegang mainan dia...hehe

Masuk hari ni, mmg banyak kali Amir bangun sekali waktu ktrg bersahur. Tapi kitrg OK jer sbb dia takdelah mengacau sgt pon time ktrg makan. Alya pulak, baru sekali dia terbangun tp tertido balik dalam buaian waktu ktrg makan. hehe

Insyaallah puasa tahun ni, kalau mampu aku akan try utk berpuasa penuh.. :) Alhamdulillah Amir bakal bergelar abg tahun depan insyallah.. Rezeki bulan Ramadhan dan ktrg tak tolak & terima dgn hati terbuka. Lagipon kalau ikut perkiraan tahun, beza amir dengan adik dia akan jadi 3 tahun. Semoga dia boleh menjadi abang yang baik. Alya pulak dah ternyata jadi kakak yang baik sbb mmg nampak sangat dia sayang dengan adik dia.

Wednesday, July 9, 2014

Cerita Amir










Geram aku tengok gamba amir waktu kecik2. Gebu, montok, sedap kena peluk. Tapi sekarang pon masih gebu. Memang asik kena gomol jer la ngn ktrg. Alya pon suka peluk2 adik dia. Tp biasalah, budak2 tengah lasak, memang tak suka langsung kena peluk, meraung2 soh lepaskan sbb rimas..hehe..

Amir now dah setahun setengah. Sangat lasak, aktif & susah nak tengok dia duduk diam. Ade jer aktiviti dia.. hehe. Nak tengok rumah dalam keadaan aman & kemas, tunggu waktu Amir tido. Even dia just tido sekali jer waktu siang, still aku bersyukur sangat sbbnya dia boleh tido 2-3 jam time siang. Time ni la aku boleh buat kerja2 rumah yg tertangguh. Tp once celik jer mata, bersiap sedialah semula dgn rumah yang macam tongkang pecah. Tido malam amir pulak selalunya around kul 9.30 malam. Pandai dah skg ni ajak masuk bilik nak ajak tido. So, standby je la aku waktu2 tu. Nak layan movies mmg tak sempat.  Jadi selalunya aku akan record je movies yang best & layan citer tu time Amir & Alya tgh aktif menyelongkar rumah.. so, waktu tu, mulut aku jer bising marah dorang menyepah umah tapi mata tetap ke TV..hehe

Kat rumah, favorite Amir jugak adalah membuli kakak dia. Kadang2 kakak baik jer, tengah main doll , main buku, tp amir boleh redah je kat Alya & terus rampas mainan..huhu. sian aku tgk alya. Amir ni pon jenis yang tak makan saman sgt. kita tegur dia tp dia boleh buat derk jer. yg lagi geram tu boleh pulak dia tersengih2 mcm kerang busuk. Baling2 mainan pon champion jugeeekk. Kalau mainan dia kat hall atas tu boleh sesuka hati jer baling2 ke bawah la, baling kat TV atau baling2 kat kakak dia. erm sabar je la...

Selera makan Amir dari dulu mmg tak de masalah. Sekarang ni dah boleh makan pedas sikit sbb dia suka join makanan org besar. Selalunya sebelum aku makan, aku akan feed dulu Alya & Amir. Once dia dah kenyang baru ktrg pulak makan. Tp time aku makan pon, amir sibuk jugak menyelit beriba. Pastu menggelupur macam lapa bebenor. So, sambil aku makan kena la jugak menyuap dia sekali..

Amir skg dah boleh sebut sikit2 word. Nak mintak apa2 pon sometimes kita dah boleh paham. Kita bagi arahan pon dia dah boleh ikut. Gud dik!.. tp aku sedih sikitsbb nak sebut ibu masih lagi tak lepas2.. yang keluar dari mulut dia selalunya... "maaa........ " atau  "mamaaaaaaa"... atau "abuuuuuuuu".... huhu


Friday, July 4, 2014

Cerita Alya


Alya suka tengok gamba ni dalam handphone aku. Pastu macam2 soklan dia akan tanye & kadang2 sampai tak tahu nak jawab apa..hehe

Alya: Mana alya ek?
Ibu: Alya takde lagi masa ni
Alya: Takla. Alya kat sekolah. Ibu tak amik alya. (atau pon dia jawab "Alya kat Hospital la..") 


Kadang2 waktu ktrg tengah rest sambil tengok TV, tetibe dia boleh tanya:

Alya: Ibu pegang ape hari tuuu?
Ibu : Pegang ape (blur kot)...
Alya: Bunga lah... (sambil marah).. Ayah pulak?
Ibu: Ayah pakai tengkolok ( dah teringat gamba ni)

Macam2 tau Alya ni. Sekarang ni asyik nak bercakap je kerjanya. Lagi2 kalau tengah tengok movies. Setiap benda nak ditanya & kadang2 tuh sampai kita pulak yang lost tengok cerita tu sbb kena melayan dia..hehe..
Tapi sekarang ni sangat boleh diharap kalau kita nak mintak tolong dia utk buat something. Suruh tengok2 kan adik dia sekejap waktu kita bizi pon dah OK.

Kadang2 after amik dorang dari nursery dia akan cerita kat ktrg dgn bangga "kakak tidokan adik..kakak tepuk2 adik sampai tido.." .. hehe.. Gud Girl kakak.. Even aktiviti yg Amir buat kat nursery pon dia akan cerita jugak kat kita. Kalau amir pukul kawan dia bgtahu, kalau Amir jatuh kat nursery dia akan report atau kalau Amir cubit & gigit kawan2 pon akan dia akan inform ktrg..

Utk tido malam, dia yg champion paling lambat. Lately ni setiap kali nak tido, dia akan mintak aku peluk atau tepuk2 dia sampai tido. Kalau bangun pagi, of coz la dia jugak la yang paling lambat bangun..hehe. susah bebenor nak mengejut dia pagi2 especially kalau nak ajak gi nursery.

Sekarang alya dah mula kuat makan. Alhamdulillah, minum susu pon dah banyak jugak. maybe sbb tergugat dgn adik dia yg kuat menyusu kot. hihi. so, sebelum tido dia akan habiskan 1 botol susu 9 oz & kdg2 kalau masih tak cukup dia akan pow terus susu botol adik dia plak.. erm, sabar je la.

Rumah ktrg ni kat tingkat atas ade 3 bilik. 1 bilik master bedroom , 1 bilik kerja hasben & 1 lagi bilik Alya. Tp buat masa ni bilik Alya tu ktrg gunakan utk bilik menjahit & letak buku2 alya & mainan dia yang paling susah nak kemas. hehe. So, bilik tu mmg jadik favorite dia & Amir la. Asal kitorang bukak jer pintu, mencicit dua budak kenit tu masuk..hehe..