Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, December 12, 2013

4 days 3 night at An Nur Bangi

ceh macam best sangat tajuk percutian aku kali ni...hehe. actually baru2 ni alya warded di Annur disebabkan batuk berkahak (bronchitis). mmg teruk giler batuk alya kali ni, sampai 2 malam dia tak boleh tidur lena disbbkan asik batuk, batuk & batuk. so at the end after hantar mak ayah & ila kat KLIA sabtu lepas, ktrg decide utk jumpa paed saje.

after packing sesikit barang, masak macaroni sup utk amir & alya (senang amir dah setaun, sume makanan dah boleh share) terus ktrg ke Annur. Masa tu mmg dah agak doktor akan tahan ward disbbkan condition alya. dengan meragam, tanak makan, batuk yg teruk & sah after dah jumpa doktor terusla ditahan nya alya kat annur..

disebabkan plan utk berkampung beramai2 sekali di annur, so ktrg terus request for the single bed. alhamdulillah, sangat selesa utk ktrg 4 beranak. service ape yang boleh aku simpulkan sangat tip top & aku sangat puas hati. utk permulaan alya kena neb 4 jam sekali. mmg agak bergelut la jugak bila nak kena neb tu, tp after batuk dia dah semakin ok, barulah neb dia dikurangkan 6 jam sekali.

sepanjang kat ward tu aku kagum giler dgn dia. senang wei nak bagi ubat. drama air mata mmg tadak. ko cakap jer "alya, ubat time.." dgn senang hati sambil sengih2 dia tadah jer mulut dia masuk ubat. siap boleh cakap dgn aku "ibu, sedap ubattt..." cuba la kalau bagi ubat tu kat rumah. erm meraung2 macamkan hapa jer.

mak ayah mertua banyak sangat bantu waktu alya warded. mmg aku tak jejak langsung kat rumah dari hari sabtu after alya warded sehingga ke hari selasa. mak ayah yang jaga rumah, sapu umah, masak2, mop lantai, huhu, basuh segala baju2 ktrg yang banyak giler..adui, tak terbalas budi dorang..  T_____T
amir mmg ktrg bawak sekali bermalam kat ward. 3 org tido sekatil. so bapak budak mintak mahap la yer, terpaksa tido dgn toto kat lantai.. katil tak muat la pulok...hehe..

so sehingga ke hari ni, alya masih lagi dibawah pengawasan mak mertua aku..dia willing utk jaga alya kat rumah. so, just hantar amir jer ke nursery. sorry dik!!! batuk both of them dah makin hilang. oh yer, amir pon batuk jugak tp batuk yang ala2 manja tu je la.. sikit2 jer. tp ubat still aku bagi kat dia...

aku doa sangat semoga kami anak beranak dilindungi dari segala penyakit2 ni...amin...






Single bed in annur     


pesakit yang baru bangun tido



explore sana sini..


OK la. selesa jugak la utk 4 beranak tido memalam..


toto yg banyak berjasa..hehe


bergelimpangan tido 2 beradik


1 Year Old Amir Safwan bin Fairudin

ampunkan ibu amir. lambat sikit nak buat entry kamu sempena kamu satu tahun.. happy first birthday sayang!!!!! sungguh tak ku sangka si baby yg dikelek dulu2 sudah pun setahun. huhu. dah tak boleh duduk diam, kerja nya dok nak explore saje.. bila dia nampak kita, nangis2 soh dukung. bila dah didukung meronta2 pulak nak soh lepaskan..erm, sabar jelah.

progress amir alhamdulillah sangat bagus. skg ni jalan dah laju, panjat tangga dah laju, makan sangat2 laju, hehehe.... kita menyanyi dia pon sibuk nak menyanyi jugekk. amir pon aku noticed dia sangat independent. senang dijaga & kurang meragam. buat masa ni dia masih lagi fully breastfeed disamping dah pon makan solid food. dah setaun ni aku pon dah tak berapa strict la sangat bab2 makan dia. cer dulu kalau sebelum setaun, bila hasben sibuk nak nyuapkan makanan selain makanan yang aku buat, mmg kena jeling habisla..hehe...

skg ni tidur malam amir pon dah boleh stright sampai ke pagi. tp ade jugak la kekadang dia akan bangun malam utk menyusu . tp tak la sekerap dulu. oh yer, amir masih menyusu badan sambil aku duduk..huhu.. cer bayangkan kalau malam2 amir & alya bangun secara serentak utk menyusu. memula aku akan susukan amir secara aku duduk..pas dia dah kenyang & terlena, aku letakkan dalam cot & terus pulak baring sebelah alya utk susukan dia pulak..pheww!! -lap peluh-

tabiat terbaru amir skg ni hisap ibu jari kaki dia.. oo yeyeyehhh.. nak adik letteww.. erm, tp sabar dulu yer sayang, bagi can la ibu nak rest sikit & nak betulkan balik urat2 yang tersimpul ni. tp still aku takkan menolak kalau mmg ditakdirkan ALLAH utk anak ketiga ni secepat yang mungkin. berserah aja pada yang ESA.

plan utk birthday celebration mmg tadak. tunggulah bila2 time mood dah mari. maybe kalau ada pon, setakat kek secret resepi aje la kot. hehe..


kakak yang sudah mula boleh tolerate dgn adik. sikit2 dah boleh share barang2 dia dgn amir.. :)


gatal gusi..


seronok plak dia main rocking horse ni.. macam mau belikan ajer utk besday present..

Thursday, December 5, 2013

sesaja

today aku bersiaran dari rumah. alya kurang sihat. dia dapat pakej yang agak lengkap kali ni, demam, batuk & selsema. sian dia. get well soon sayang. amir pulak terpaksa dihantar ke nursery sbb aku bukan sesaja dok umah. dr tadi dok ngadap lappy buat keje. kalau dgn dia, mmg nak kena ngadap dia saja la..hehe. tp sian jugak amir, today adalah birthday dia.. happy birthday sayang.. petang ni ibu jemput amir awal yer.. :). ni baru nak renggang kan urat2 sikit & nak update sesikit dalam blog.

skg ni alya tengah lena tido dalam buaian.. hehe. takpe la bagi can dia tido buai. at least dia batuk2 dalam buai still boleh lena lagi. cuba la kita letak dia atas katil.. huhu. disaster!! batuk2 terus mengamuk sbb terjaga tido. dari semalam mak & ayah mertua ada kat rumah sini. datang disbbkan ke rumah adik ipar sebenarnya. tp singgah sini sbb budak2 kurang sihat. oh yer, demam ni di mulakan dengan amir sebenarnya. then after dia ok, berjangkit plak kat aku. pelik sangat simptom demam aku sbb aku nyer demam sampai muntah2 & tak selera makan. cuak gak kalau2 ngandung. sbb amir skg ni suka sangat hisap ibu jari kaki dia. hasben pulak dah hint2 semacam ajer.. hehe.

segan la bila mak & pak mertua dtg sini. tak berenti buat keje.. ni jap lagi dia dah nak balik gadek. tp sempat jugak dia masakkan utk ktrg satu famili. aduhaiii. malam ni pulak mak ayah aku pulak datang. alhamdulillah murah rezeki org tak putus2 datang. insyallah sabtu pagi, mak ayah & ila akan ke UK utk konvo akak sulung aku. so, ktrg akan hantar dorang ke KLIA sabtu ni.. :)

okla, i is lapa. alya pon mcm dah nak bangun...babai..