Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, November 29, 2013

Alya sofea almost 32 month = 2 tahun 8 bulan

alya now dah almost 32 bulan.. sangat petah bercakap. mmg kejenya nak bercakap je la skg ni. asal nampak something, mmg akan ditanya. so far, aku & hasben mmg akan layan je. mcm hari tu masa kat gadek, dia belek2 album ktrg gi langkawi. time tu aku aku tgh pregnantkan dia la. pastu sibuk dok tanya "mana alya? mana alya?".hehe. sama gak kalo tengok album kawen. sume org dalam album tu yang dia kenal, dia terjerit2 sebut nama " ni mak tok, ni aunty, ni nenek, ni atukkk, ni ayah, ni ibu..." pastu kang nnti dia buat muka pelik tanya kat ktrg "alya mane?" :)

alhamdulillah skg ni dah boleh baca doa makan. yang ni mmg dia dah boleh baca after masuk nursery. siap dgn makna doa skali you.. kagum sekejap. alfatihah pon dah boleh baca sikit2.. mmg kalau nak listkan, banyak sgt improvement dia bila masuk nursery. baju seluar dah boleh pakai sendiri. bagi arahan mmg dah boleh ikut. baca abcd ok sukses, alif ba ta pon alhamdulillah ada kemajuan. suka tgk perkembangan dia setakat ni.

nama maktok, nenek pon ok dah pass. tp bab nama atuk still lagi fail sbb dia akan gabungkan nama atuk2 dia skali gus. hehe

ibu: alya, sapa nama nenek?
alya: fatimah
ibu: nama mak tok?
alya: aminah
ibu: nama atuk plak?
alya: borhan karimmmm    I_____I

baru2 ni masa ktrg tgh duduk2 sambil tgk tivi, aku nyanyi la "tanya sama pokok, apa sebab goyang.." pastu next lirik tu aku lupa then aku just miming jer. tetiba alya boleh plak sambung "nanti jawab pokok, angin yang goncang.." hehe.. gud girl, budak2 mmg mudah ingat & serap apa yang pernah kita buat.

pastu skg ni gak, dia mmg suka berangan. aku ada la belikan dia buku nombor. dalam buku tu ada lah nombor2 yang disusun dalam kotak. slalu tau dia akan bukak page tu then dia akan tekan nombor tu buat2 macam tgh tepon org... pastu nanti dia akan cakap la sorang2 mcm tgh bergayut tu..hehe. mcm semalam dia buat2 mcm tgh bercakap dgn ayah dia.

alya soal: helo.. ayah ada?
alya jwb : oo..ada..
alya soal: ayah tgh wat ape?
alya jwb: ayah tgh wat keje
alya soal: ayat katner
alya jwb : ayah kat TM
alya soal: ayah, alya takut la.....takut sangat ayah takde.. (tak paham apsal nak takut...)ok ayah assalamualaikum
alya jwb: waalaikumsalam

gittew la pebualan dia. kdg2 dia borak2 ngan kawan . tp kalau ngn kawan mcm2 la dia tanya " kawan dah makan? kawan makan ape? sedap?"... hehehe..

sekarang mmg dah boleh sangat diharap. kalau kita mintak tolong & mmg kena dgn mood baik dia, dia akan willing utk tolong. kalau dia dah sepahkan mainan, dia akan simpan semula. siap boleh marah adik dia kalau adik sepahkan balik.. huhu. kdg2 tu, dia suka juga memunggah barang. nanti bila dah penat dia ckp "erm..ibu, alya penat la.." yang tak tahan tu siap ade bunyi sound effect ngeluh2 la. mcm penat bebenor.. tu la sapa suruh memunggah ..hehe

kalau kita solat pulak, cepat2 dia pakai telekung dia & ikut apa yg kita buat. after abis solat, terus dok kat pangku utk baca doa sama2..sweet sgt..

okla, tu jer kot yang igt buat masa ni.. erm, next week ada majlis penutup akhir tahun nursery dia. alya ade masuk persembahan.. cikgu ckp dia buat persembahan nyanyian. tak saba nak tgk dia perform..:)









Tuesday, November 19, 2013

Saya suka dgn anak2...

Sian alya dok kena buli ngan adik lately ni. Sikit2 kena cepuk ngn amir. Sikit2 kena cakar. Tak puas dgn cakar, kena pulak cubit & gigit. Huhu. Cian alya. Yang si alya tu pulak mcm tak paham2 lagi dgn perangai adik. Sikit2 nak dok dekat2, sikit2 nak cium amir. Tak takut langung. Xde serik pon..

Baru2 ni dah tak berapa nak cun muka alya dek kena cakaran harimau adik dia. Hangin gak la aku dgn amir. Tp nak marah tak boleh la pulak sbb dia bukannya paham pon. So just geram2 sayang je la.. huhu. Bukannya alya je sorang yang kena, hasben & aku pon slalu gak la kena. So redha je la. Banyak kali gak mulut aku luka disbabkan kena hantuk ngan amir.. huhu.

Amir ni dia punya aktif menggeletis tak boleh duduk diam mmg tak boleh tahan.mcm last week dia demam tonsil. Dalam pada demam2 tu kemain ligat jugak. So sbg hadiah dapatla sebijik lebam kat pipi disebabkan tergesel kat bucu kabinet living hall atas. Tapi tak serik lagi tu. Esok nya kena lagik gesel kat kabinet tv living hall bwh plak. Apo nak dikato dik? Terima je la...

Aku sungguh kagum betul dgn parents yang ada anak ramai & rapat2. Ktrg ni yg baru je ade 2 dah terasa kelam kelibut dgn rumah yang agak huru hara tak terurus..hehe. tp still lagi plan nak ber anak ramai. Sbb huru hara la best. Kalau umah sunyi jer tak best plak kan? Hehe

Jalan terkedek2... 


Sian muka alya kena cakar dgn amir



Kesan lebam kat pipi. Gud job dik!


Panorama di rumah hari2. Berebut barang & rumah ku yang sngt 'cantik'

Friday, November 8, 2013

Perihal Nursery

takut betul aku dgn cerita pasal budak kena dera kat nursery taman melati baru2 ni. terus jadi fobia & seriau setiap kali nak antar budak2 tu ke nursery. & aku jadi sedikit paranoid jugak. kejap2 bila duduk dgn alya & amir, aku akan tanya alya mcm2 pasal nursery dia. "cikgu baik tak? " "alya suka pegi sekolah tak?" " cikgu ade pukul tak?"...tu je la soklan aku kat dia hari2 .. sampai hasben pon naik rimas sbb kalau tgh duduk bersantai2 dgn dia, benda yang sama gak aku tanya kat dia..ehehe... "abg, ok x nursery tu?" " abg rasa cikgu ade pukul2 tak?"   nampak tak betapa paranoid nya aku kalau bab2 anak ni.. aku tak rela anak2 aku kena marah atau pukul dgn org2 luar kalau takde sbb musabab. boleh mendatangkan amarah kalau aku dapat tau sapa berani usik dorang!!

so far alhamdulillah, alya mmg tak de masalah nak ke nursery. dia gembira je bila ktrg hantar. even bila amik dia ptg tu ceria jer muka dia. so, bolehla aku simpulkan dia & amir baik2 saje bila kat nursery. amin..
tp kan, still aku sentiasa waspada gak la.. takut betul aku nak letak kepercayaan 100% pada nursery dalam bab penjagaan anak2 aku. cukup je la aku berdoa supaya ALLAH lindungi dorang dari segala malapetaka & bahaya.. AMIN.

tp disbbkan alya dah besar & boleh cakap, aku takdela risau sgt dia kat nursery. kalau ade ape2 yang x kena mesti dia dah ngadu kat ktrg. mcm semalam, masa nak amik dia dr nursery, aku tgk dr luar alya dah bergenang air mata.

ibu penyayang: napa nangis alya?
alya: alya langgar kawan..huhu..
kawan alya: aah ummi, tadi alya terlanggar kawan A. (sambil2 tu dia pujuk2 alya...)

pastu kawan alya tu usap2 tangan alya. umur kawan dia tu agak berusia, dalam 4 taun kot. pastu dia nampak parut kat tangan alya (kena iron panas last week.. aku tak sengaja tau).

kawan alya: ummi, napa tangan alya?
ibu penyayang: kena iron panas. tapi dah nak baik. dah kering parut.
kawan alya: sian alya.. (sambil usap2 alya)..takpe2 nnti kakak belikan ubat ek...

hehehe. nak tergelak aku tgk kawan alya tu. nampak dia betul2 backup alya. kawan A yang dia langgar tadi senyap jer sambil tgk alya dr jauh.. tapi alya pon bole tahan gak la bila kat nursery tu. dia pon juara gak bab2 buli kawan2..

dekat nursery tu pon kalau ade apa2 yang tak kena pasal budak2 tu mesti cikgu akan report kat ktrg siap2. pernah sekali amir kena gigit dengan budak lain sbb berebut puting (padahal bukan puting amir pon , nak jugak berebut..huhu). tu pon cikgu bgtahu kat ktrg. & ade jugak alya kena gigit kat tangan & alhamdulillah cikgu pon ade inform ktrg.

so, hopefully, takdelah kes2 dera kat nursery dorang kat bangi. setakat marah utk bagi pengajaran aku boleh accept lagi. tapi aku tak rasa budak2 kecik boleh dipukul sesuka hati even bila ade buat silap. yelah, dorang bukan tau ape pon.. still dalam proses pembelajaran lagi



Wednesday, November 6, 2013

Amir Safwan @ 11 month old

cepat betul masa berlalu, tup tup lagi sebulan amir nak setaun. nak panggil baby pon dah mcm tak syiok plak sbb pas ni mane tau kalau ade rezeki dia akan jadik abg plak..hahaha. bau baby pon dah kureng sikit pada amir. banyak bau masam peluh tido jer.. tapi tetappp aku suka cium..hehe. perkembangan dia sama mcm budak2 lain. alhamdulillah. sangat aktif. aku dok jadik tarzan jer kalau kena handle 2 beradik tu sorang2...tp sore jer la mcm tarzan, pukul2 mmg idok la.

amir sekarang kemain tau perangai dia. benda faveret dia skg ni, kacau kakak sampai nangis. pastu buat muka tak bersalah sambil pandang ktrg.. aduiii..geram kekadang tu. tp nasib la comel, terus tak jadi marah. hehe. banyak kali time kakak dia tgh sedap2 layan you tube dia dtg jer, terus "pang" sedas. tak pasal2 kena penampar kakak dia..huhu. takpon, bila kakak dia tgh asik main, dia dtg2 jer terus redah segala onak2 depan dia, rampas barang kat tangan kakak dia terus bawak lari.. bila amik balik, tak kasik tu. dia genggam rapat2 sambil jerit2 marah sambil berjurai2 air mata.. erm sabo jela..

amir ni beza sikit interest dia ngn alya. kalau dulu alya tak nak dekat dgn lelaki, amir plak dia tanak dgn pompuan. bagus betul anak2 aku. dah tau dah membataskan pergaulan laki pompuan dari kecik..hehe.

perkembangan setakat 11 bulan:
- dah jalan
- gigi masih 6 batang. dah besar dah gigi dia. takut i kena gigit...ouch!!
- dah boleh sebut "TATA" sambil lambai tangan
- manja




cerita awal muharram

cerita amir:

amir dah jalan.. :) tapi masih lagi lesen L. utk jarak yang dekat mmg dia dah berani menapak tanpa jatuh. tapi kalau jarak yang memerlukan 10 langkah, dia akan tersungkur jatuh kat tengah2.. hehe. amir mula berani berjalan masa ktrg balik gadek weekend baru2 ni. masa tu aku tgh nak menyuapkan dia makan tengah hari. kedudukan aku dgn amir waktu tu adalah dalam 5 langkah kaki dia. so, masa nak suapkan amir tu, aku just statik je la kat tempat. then bila aku panggil dia soh dtg dekat sikit (masa tu budget dia akan merangkak la), dengan konfidennya dia berjalan dari tempat dia berdiri ke tempat aku (dalam 5 langkah). terjerit2 aku bila dia tgh berjalan..hehe... syabas dik! adik dah bejalan lagi beberapa hari je nak masuk 11 bulan.

cerita alya:

masa balik gadek hari tu, amir baru jer recover dari demam. so, sbg langkah persediaan, aku bawak la jugak segala mak nenek ubat2 amir balik melaka & gadek. bila mak din (nenek) nampak je ubat2 yang banyak tu dia pon tanya la alya..

nenek: alya, tu ubat siapa?
alya: tu ubat ibu. ibu sakit. ibu demammmm... ibu muntah2...

hahahaha.. mestila mak din speku macam2 kan bila alya ckp macam tu.. terus dia tanya hasben aku utk confirmation... mesti mak din ingat aku mengandung...hehe, klaka je alya ni.

tapi kalau nak ikutkan,  mmg aku ada muntah2 & demam pon last week, tapi sebab kena food poisoning jela T_____T