Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, May 20, 2013

seronoknya bila berkumpul ramai-ramai

weekend lepas ada wedding sepupu kat Raub Pahang. kenduri hari Sabtu & disebabkan makanan kenduri disediakan pakcik & makcik, jadi kesemua kaum kerabat ktrg bertolak dr rumah masing2 hari Jumaat. Kalau ikutkan perancangan, ktrg nak bertolak pagi2 sabtu jer. sbb plan nye after balik kerja jumaat tu, aku nak uruskan umah & nak basuh baju yang maha banyak tu. lagipon macam x sedap plak nak membawa si kecik tu berjalan malam2 & tido plak kat tempat yang baru..Amir ni mmg tau. dia memilih sikit tempat nak tido. kalau tempat yang baru mmg dia akan amik masa sikit nak sesuaikan diri. beza sikit dgn si kakak masa kecik2 dulu, tak kesah mane2 pon tempat nak tido, asal ngantuk & sua jer nenen confirm dia akan tertido..hehe

so disebabkan plan tu bertukar last minit , aku pon after balik kerja jer kelam kabut masukkan baju dalam mesin (siap sempat dapat 2 trip lagi) & packing baju2. nasib baik mak ayah datang sambil bawak makanan dinner, so takdelah aku risau pasal makan malam .. after maghrib , pak anjang & famili sampai & selepas kekenyangan mohla kita bergerak beramai2. dgn menggunakan 3 kereta, 3 walkie talkie di setiap kereta alhamdulillah perjalanan smooth walaupun ade sedikit jem. amir & alya pon sangat behave dalam kereta. tak menangis tp asik nak main jer..huhu. puas la aku dok mendodoi amir dlm kete nak soh tido tak nan hado..

dah nak dekat homestay raub baru la amir berjaya ditidokan -__-  .. ktrg yg paling dekat dgn raub, tp ktrg la yg paling lambat sampai..hehe.. erm, mcm biasa, kalau berkumpul ramai2 ni, aktiviti feveret kaum kerabat aku ni MAKAN...apalagi, satay, ikan bakar sume dah ready, mari kita serbuuuu...sume org pi serbu, tapi tugas aku masih belum selesai yer.. amir bile aku angkat jer dr kereta utk transfer dalam bilik, terus melalak...huwaaaa!!!!...nasib baik, suami budiman & ila tolong amik kan makanan masuk dalam bilik. oh yer, homestay yg ktrg duduk ni mmg ala2 kampung habis la.. ktrg amik 3 buah rumah & 1 buah umah tu special sikit sbb dia just bilik jer. rumah plak mmg dari jenis kayu. masa ktrg sampai, ktrg di offer masuk ke bilik yang asing ituu.. bilik tu cantik tapi ade sedikit scary disitu sbb terasing dr umah2 lain.. masuk jer bilik tu terus amik melalak tak tentu pasal...disebbkan amir yang menangis x berenti2, sume org soh ktrg pindah masuk dalam umah plak...

alhamdulillah, masuk jer dalam bilik rumah tu, amir tido lena selenanya.... alya plak, after aku susukan dia, tak sampai 5 minit dah zzzzz.... sian dia, mmg dah ngantuk sangat sebanarnya tp x boleh nak tido selagi tak dapat nenen...haish.. malam tu sume org masak, tp ktrg anak beranak membuta dalam bilik..hahaha.
pagi2 after bangun, hasben kelam kabut bangun, mandi & terus siap2 keluar nak tolong kat dapur.. Elleh!! cuak la tuh...hehehe...aku plak bangun pagi still bermalas malasan atas tilam dgn anak2...

aktiviti pagi tu hanya aktiviti biasa2 jer , bergosip2 ngan makcik2, makan2 , bergamba2 sebelum pegi ke weeding sepupu aku ... around kul 1 after semua selesai barulah ktrg bertolak balik ke rumah masing2 beramai2...

sekian-------

alya x panadang camera..


ade 9 famili disini...3 famili tak dpat balik

us kecuali husben


us again..




No comments:

Post a Comment