Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, May 9, 2013

bercuti di PD sempena amir 5 bulan & alya 2 tahun sebulan..

weekend lepas sempena pru-13 pulanglah kami anak beranak ke melaka utk menunaikan tanggungjawab yg telah diamanahkan. masa kat ayer keroh, sempat jugakla ktrg beli kek utk celebrate belated besday mak & alya..hehe. kemain excited budak alya tu waktu nyanyi lagu besday. dah macam celebrate besday dia sorg2 pulak sbb dia sorang jer yang kongker pegang pisau... -_-

sedapnya kek ni.... absolute choc kek by SR yg disponsor aunty EL



ari ahad, seawal jam 715 aku dah kuar rumah utk mengundi. mmg sangat awal, tp still kena beratur panjang..huhu.. balik jer dari mengundi, terus siapkan budak2 sbb hasben punya turn plak nak mengundi kat gadek.. jadi, mohla kita ke gadek plok yo... kat gadek, tido semalam jer & pagi2 isnin tu ktrg terus bergerak ke PD dgn MIL & FIL utk bercuti..

oh yer, lupa  plak ari Sabtu ktrg ada juga ke klinik utk dapatkan jab 5 month utk amir.. alhamdulillah, dia tak demam. Berat terkini 7.7kg. naik 200g dr 4 bulan sbb masa 4 bulan tu dia ada demam & berat pon ade sedikit menurun waktu tu.. takpe dik, 7.7 kg tu pon aku dah rasa agak semangat la jugak nak mendukung..

ari ahad, kul 11 pg, ktrg bertolak ke PD. menggunakan 2 kereta sbb ari selasa FIL ada urusan kat KL. ktrg ke PD just menggunakan jalan lama AKA jalan berbengkang bengkok.. giler ah.. nak termuntah aku dalam kereta. dah la duduk belakang sambil berpangku amir..kejap2 amir merengek nak susu, terpaksa aku tunduk kepala nak susukan dia, pastu bila angkat kepala terus rasa berpinar. Alya plak lgi la kesian... duduk belakang senyap jer..tak dengar sore langsung.. hehe. dah la dia kecik tak boleh tgk depan, lagi la dia pening.. at last, ktrg berenti kereta kat stesyen minyak & terus transfer dia duduk depan...

sampai PD sebelum kul 1.. Tp alhamdulillah disebabkan bilik kosong, ktrg boleh check in awal... ktrg stay kat TM resort Sri Intan. Apartment yang ada 2 bilik. 1 bilik ktrg amik & 1 lagi utk mak ayah. Sampai jer bilik, teruslah ktrg mentekedarah alang2 amir tgh tido...

petang plak, swimiming time!!!! org yg paling gumbira mestilah alya.. dia awal2 lagi dah pakai swimming suit masa dalam bilik.. balik jer dari swimming pool, 2 beradik tu terus terlena after siap2 mandi..hehe.. hasben & ayah plak p keluar carik makanan utk dinner..

esok pagi after alya bangun, repeat lagi mandi manda di PD sebelum check out kul 11....



belon ni dibeli utk alya.. tp telah berjaya diletupkan dgn rakusnya oleh amir..hehe


                                              


akhirnya tertido kepenatan 2 beradik ni after balik dr swimming pool...


amir comeiii...





No comments:

Post a Comment