Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, May 15, 2013

bila bertiga bersama anak

Aku mmg respect betul pada surirumah yang sepanjang masa duduk kat rumah jaga anak sambil mampu buat kerja-kerja rumah. kalau tanya aku, mmg aku mampu tp confirm kerja-kerja rumah jadi tak semenggah atau aku boleh buat sekerat jalan jer. hehe. ada anak kecik ni especially baby yang masih kecik, tak boleh langsung nak berenggang lama2. setakat 10 minit tu boleh la jugak nak ditinggalkan. tapi kalau dah 15 minit, mulalah si kecik tu berkeriau nak mintak utk dilayan & diangkat...  *_*

buat masa ni dah beberapa kali la jugak aku tinggal bertiga dgn anak bila suami pergi kerja. selalunya kalau bertiga ni, aktiviti2 pon mestilah dilakukan secara bertiga. so takdelah salah sorang akan menangis merajuk. cthnya waktu aku bergurau2 dgn amir, mesti kena libatkan alya sekali. nak susukan kalau secara serentak pon ok jgk. sronok tau bile tandem nursing ni. rasa satu kepuasan bila dua2 anak aku tu berada sgt dekat dgn aku secara serentak.. kejap2 alya akan tepuk2 adik dia, kejap2 amir akan tarik rambut alya.hehe...tp ada jugak sekali sekala tu, alya akan main sendiri. maybe dia pon paham yang dia dah ada adik yang memerlukan lebih perhatian dr dia. matang sungguh anak dara aku skg ni.
tp kalau nak tidokan amir slalunya aku akan mintak alya main sorang2 dulu sementara aku tidokan adik dia.pas amir dah tido barulah aku akan sambung melayan dia..

kerja2 rumah selalunya aku akan buat bila amir tgh tido. itu pon buat secara senyap2 & perlahan2 sbb takut amir akan terjaga sbb bising..hehe..

ni kejadian masa amir demam aritu.. hasben kerja tp aku cuti utk jaga dorang..
umah giler bersepah dikerjakan si kakak tu...


zzzzzz... waktu yang ditunggu2 utk aku berehat plak...hehe



                                   
ni kejadian masa hasben kena kerja waktu weekend..sobss sobss..



alya dgn rakusnya mencium adik..sampai terpejam2 mata amir dibuatnya...



main sorang2...



tadaaaa...muka bangga after berjaya "mengemas rumah"

No comments:

Post a Comment