Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, April 23, 2013

Kami semua kurang sihat

Last week ktrg satu famili kurang sihat. Dimulakan dgn Amir yg kena demam panas secara tiba2 hari Ahad malam lepas. Alhamdulillah, hari Isnin malam demam dah kebah. So, disebabkan Amir yang kurang sihat aku & hasben amik cuti hari Isnin utk bawak dia ke klinik. After makan ubat & kerap mandikan dia utk kurangkan suhu, malam tu demam Amir kebah. Tp aku still sambung cuti hari Selasa tu utk pastikan Amir betul2 sihat. Selepas dah betul2 sihat ni, aku noticed amir ni dah makin aktif.. pantang letak sekejap, terus la meniarap... pas dah penat meniarap, nangis2 soh org terbalikkan badan sbb penat..ehehe

Hari Khamis plak, masa amik Alya & Amir dari Nursery, cikgu bagitahu Alya plak mcm demam. Tapi Alya takde la meragam sangat, cuma badan je panas. Demam2 mcm tu pon, Alya ligat la jgk. Aktif & takde masalah utk makan & minum..Disebabkan dia mcm tu, so ktrg takde la risau sgt.. Tapi demam Alya ni ktrg suspect adalah disbbkan batuk & tekak dia merah. yer, sampai sekarang dia masih batuk sebab tanak makan ubat. Kalau last week, malam2 masa tertido tu dia akan terbatuk sampai termuntah2, tapi sekarang alhamdulillah dah takde termuntah2..

Weekend plak, after anak2 dah sihat, turn ktrg plak yang demam. Kalau mcm hasben aku, ok lah jugak nak telan2 panadol ni, tapi aku ni still takut nak amik panadol disebabkan masih menyusukan amir. so, utk recover, aku mintak jer hasben belikan air 100 plus..hehe. so at the end, smpai skrg aku still rasa tak sihat badan ditambah plak dengan sakit tekak, selsema & batuk2..huhu.

Selepas cerita demam berakhir plak, berlaku plak satu peristiwa yang sangat menyedihkan utk aku.. huhu. Tapi takpe, aku yakin dari peristiwa tu la aku jadi lebih carefull & berhati2.. Semalam after balik dari kerja, teruslah aku melepak depan TV bersama Amir & Alya. Memandangkan Amir sempat buat "kuih" dalam kereta masa otw balik dari nursery, so terpaksala omak nyer ni cepat2 tukarkan pampers dia sebelum dia mengamuk sbb tak selesa. Amir tu bukannya boleh kalau ade ape2 bende melekat kat bonbon dia, mesti dia akan meraung2 sampai la kt tukarkan pampers dia..

so masa tgh tukarkan pampers tu, tetibe hasben yang dah kat dapur tu bgtahu, freezer tak tutup rapat. -_-..fuh!! terdiam aku bila hasben bgtau berita tu. tetiba rasa blank tak boleh nak pikir apa2, then cepat2 pakaikan pampers & berlari ke dapur..huhu.. sedih giler bile tgk susu yang dalam freezer mencair depan mata. Cair jugak hati aku tgk susu2 tu. Dengan perasaan yang sgt sedih, aku kutipla susu2 yang mmg dah totally cair & masukkan dalam baldi.. boleh dikatakan susu yang mencair tu adalah dlm 400oz.. Tp alhamdulillah, ada jugak susu yang berjaya diselamatkan sebab ada yang masih beku &  hanya 50% cair.. terubat jugak hati ni...

Niat hati susu2 tu nak buat mandian baby, tapi disebabkan budak Alya tu yang tak habis2 main susun2 botol terpaksalah susu tu dibuang terus.. Tq la en hasben sbb buangkan susu tu. At least takla aku meratap sorang2 dpn susu2 tu. Tp aku percaya setiap benda yang jadi ni mesti ada hikmahnya.. Insyallah. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kami sekeluarga..Amin



mari menyusun.. botol yang berjaya dikeluarkan Alya dari baldi.. hasben terpaksa sorokkan yang lain sbb alya yg syok main susun2..


tepek kunyit hidup kat hidung amir utk keringkan selsema..



after dah sihat.. seronok betul 2 beradik ni "mengemas" umah...


stok susu dalam kenangan..


sehari sebelum amir demam


di Ikea...

No comments:

Post a Comment