Happy birthday sayangku Alya Sofea. Tak sangka sungguh anak perempuan aku dah pon berusia 2 tahun hari ni. Aku still lagi teringat kejadian 2 tahun yang lepas di jam 5.43am, di saat-saat kelahiran Alya. Alhamdulillah, sangat dipermudahkan Allah.. Sakit contraction yang sangat sekejap & Alya dapat dilahirkan dgn cara yang sangat senang. Alya lahir di usia dia 37 minggu 6 hari. Sangat awal untuk anak yang pertama & tarikh kelahiran yang tak disangka memandangkan mmg takde tanda pon di hari sebelum Alya dilahirkan.
Nak menjaga Alya pon tak leceh. Dari lahir sampai sekarang, dia bukan la anak yang kuat meragam. Sekali sekala merajuk & meragam biasa la utk anak2 yang masih kecik. :). Buat masa ni alya masih lagi menyusu badan. Maka, sudah lengkaplah penyusuan badan utk alya selama 2 tahun. Alhamdulillah. Tq Allah for the rezeki. Tp buat masa ni aku still lagi aku tak bersedia nak menceraikan susu secara drastik. Biarlah dia slowly wean off memandangkan susu masih lagi mencukupi utk kedua2 anak aku.
Alya sangat2 sayang adik dia. Bangun jer pagi, dia akan pergi kat Amir & cium adik dia. hehe. sejuk mata bila pandang.. Kadang2 tu, bila ktrg tgh rehat2 dia akan datang kat adik dia, & cium sambil cakap "Sayang adik".. Adik plak selalu terkebil2 bila kena cium.. hehe... tp aku perasan yang Amir pon suka sangat ngan Alya. Bila aku biarkan dia berdua, nnti Amir akan pandang & tegur2 Alya. Maybe dia tau yang Alya tu kakak dia.
Semalam, dia mcm tau je yang dia dah pon nak masuk 2 taun. Kemain betul manja dgn aku & hasben. Nak berdukung jer & bila kita nak letak kan dia kat bawah, dia akan kepitkan kaki dia kat badan kita tanak turun..hehe. so mcm semalam, aku terpaksa mengampu dia Johnson Baby Oil utk lekakan dia time aku tgh solat maghrib. Bila aku abis solat, abis minyak tu dah dilumurkan kat muka, baju & rambut dia.. hehe.. pastu , dia datang kat aku, dia usap2 muka aku dgn minyak tu then peluk aku sambil cakap " Sayang ibu".. aduii, sweeeeetttt sangat..terus cair. ^_^
Semalam bila hantar Alya ke nursery cikgu bgtahu Alya kena gigit masa hari Isnin. huhu, sedih plak aku rasa. Dia pon takde plak nak mengadu apa2 kat ktrg masa malam tu. Bila malam Selasa tu, aku check & yer mmg ade kesan lebam & kesan kena gigit. bila aku tanya sakit ke tak. terus dia buat muka sedih & cakap " aaahh, gigit.. cakit.."... hehe. tp aku tau tak sakit sangat la tangan dia, sbb bila tekan kat situ, dia boleh releks jer mcm takde ape2..haha
okla, lastly sempena di kelahiran alya yang kedua taun ni, aku doakan semoga Alya diberikan kesihatan yang berpanjangan, beroleh kesejahteraan dunia & akhirat & juga menjadi insan yang sangat berguna pada keluarga, agama , masyarakat & negara. Utk Alya, aku & hasben sangat sayang2 Alya.. Dialah harta ktrg yang sangat bernilai & kerana dia la jugak ktrg sanggup berkorban jiwa, raga & sayang ktrg adalah sayang yang tanpa bersyarat & sempadan..
Alya selepas beberapa jam selepas dilahirkan..
sian alya kena buli ngan adik..adik tgh aim lagi nak tarik rambut kakak.. (noti betul muka adik waktu ni..hihi)
rajin menelaah upin ipin.. haish!!
excited dgn adik...hehe
happy birthday sayang!!! i love you so much !!
No comments:
Post a Comment