Menurut kata incik hasben saya yang tersayang, Amir dah meniarap malam semalam.. Dia saksi kejadian pada malam tu.. hehe. Tp meniarap amir baru meniarap yang tangan tersepit lagi...weee.. waktu tu aku kat dalam bilik atas sedang bersiap2 after balik kerja.
Excited plak bila dgr berita tu & tetiba teringin nak tgk dia meniarap depan aku.. hehe. so kalau ikut perkiraan, Amir mula meniarap di usia 3 bulan 4 minggu 1 hari. syabas dik, syabasss!!! Mari kita celebrate esok sempena birthday akakmu yang ke-2.. Akak makan kek tapi adik dapat minum susu jer..hehe.. ok tak klaka pon... arghhhh!!! aku tgh stress giler ni dok mengenangkan kerja2 opis yang tgh berlambak2..huhu.
ok, dah 2 hari berturut2 aku balik kerja naik tren.. takde hal pon.. yg aku tak berapa gemar bila naik tren ni bile ada plak mahluk spesis lelaki yang secara sengaja masuk ke coach perempuan. Aku rasa dah terang2 sign kat dinding & lantai setiap tempat pintu tu ade tertulis 'Ladies Coach'. kalau jenis insan yang mmg tak sengaja or dah dalam mode kelam kabut, mcm ctnye turun2 jer dr escalator terus jer ke pintu ladies coach & mmg tren dah betul2 nak bergerak, takpelah jugak & boleh dimaafkan. Tapi ni kalau dah lama dok menunggu tren yang x sampai2 tu mmgla tak logik langsung.. ish2...
harini & esok naik tren lagi. seronok pulak bila naik tren ni kadang2. seronok sebab boleh peratikan gelagat orang..hehe. mcm semalam, aku perasan yang mostly orang dalam tren2 mesti asyik dengan henfon masing2.. ada la beberapa org yang baca buku & surat kabar..& ade jugak yang tido tersengguk2..hehe..
erm tetiba teringat plak kejadian kat dalam tren semalam. masa tu aku dah dapat tempat duduk dalam tren, tp ramai jugak la kena berdiri..sambil2 tu aku jeling2 gakla kalau yg tgh berdiri tu kot2 ada insan yg tak berkemampuan, tp OK semuanya mmg jenis yg muda2 & still gagah perkasa.
Then, bila sampai kat 1 stesyen ni, masuk la lagi sekolompok manusia ke dalam tren. Bila aku tgk salah sorang tu ada makcik yg dalam dalam lingkungan 50 thn, aku cuit la dia nak bagi dia duduk.. tp dia reject OK... sambil2 tu dia tarik2 depan baju kurung dia.. oh lama2 baru aku paham.. mesti dia pikir yang aku rasa dia tgh pregnant..hihi..sian plak kat makcik tu. takde langsung niat aku mcm tu walaupun perut dia mcm besar sikit...
okla, tetiba lapar... babai.. ni gamba aku terkini, lebam sungguh mata aku bila anak tgh kecik ni..hihi
No comments:
Post a Comment