Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, April 23, 2013

Im4u

perbualan sebelum tido dengan Alya:

Aku: Ok Alya. jum tido... I love you..
Alya: OK, IM4U..

hehehe.. ni penangan dok ulang2 video IM4U..siap nyanyi2 lagu tu kadang2.


buah hati pengarang jantung...

Kami semua kurang sihat

Last week ktrg satu famili kurang sihat. Dimulakan dgn Amir yg kena demam panas secara tiba2 hari Ahad malam lepas. Alhamdulillah, hari Isnin malam demam dah kebah. So, disebabkan Amir yang kurang sihat aku & hasben amik cuti hari Isnin utk bawak dia ke klinik. After makan ubat & kerap mandikan dia utk kurangkan suhu, malam tu demam Amir kebah. Tp aku still sambung cuti hari Selasa tu utk pastikan Amir betul2 sihat. Selepas dah betul2 sihat ni, aku noticed amir ni dah makin aktif.. pantang letak sekejap, terus la meniarap... pas dah penat meniarap, nangis2 soh org terbalikkan badan sbb penat..ehehe

Hari Khamis plak, masa amik Alya & Amir dari Nursery, cikgu bagitahu Alya plak mcm demam. Tapi Alya takde la meragam sangat, cuma badan je panas. Demam2 mcm tu pon, Alya ligat la jgk. Aktif & takde masalah utk makan & minum..Disebabkan dia mcm tu, so ktrg takde la risau sgt.. Tapi demam Alya ni ktrg suspect adalah disbbkan batuk & tekak dia merah. yer, sampai sekarang dia masih batuk sebab tanak makan ubat. Kalau last week, malam2 masa tertido tu dia akan terbatuk sampai termuntah2, tapi sekarang alhamdulillah dah takde termuntah2..

Weekend plak, after anak2 dah sihat, turn ktrg plak yang demam. Kalau mcm hasben aku, ok lah jugak nak telan2 panadol ni, tapi aku ni still takut nak amik panadol disebabkan masih menyusukan amir. so, utk recover, aku mintak jer hasben belikan air 100 plus..hehe. so at the end, smpai skrg aku still rasa tak sihat badan ditambah plak dengan sakit tekak, selsema & batuk2..huhu.

Selepas cerita demam berakhir plak, berlaku plak satu peristiwa yang sangat menyedihkan utk aku.. huhu. Tapi takpe, aku yakin dari peristiwa tu la aku jadi lebih carefull & berhati2.. Semalam after balik dari kerja, teruslah aku melepak depan TV bersama Amir & Alya. Memandangkan Amir sempat buat "kuih" dalam kereta masa otw balik dari nursery, so terpaksala omak nyer ni cepat2 tukarkan pampers dia sebelum dia mengamuk sbb tak selesa. Amir tu bukannya boleh kalau ade ape2 bende melekat kat bonbon dia, mesti dia akan meraung2 sampai la kt tukarkan pampers dia..

so masa tgh tukarkan pampers tu, tetibe hasben yang dah kat dapur tu bgtahu, freezer tak tutup rapat. -_-..fuh!! terdiam aku bila hasben bgtau berita tu. tetiba rasa blank tak boleh nak pikir apa2, then cepat2 pakaikan pampers & berlari ke dapur..huhu.. sedih giler bile tgk susu yang dalam freezer mencair depan mata. Cair jugak hati aku tgk susu2 tu. Dengan perasaan yang sgt sedih, aku kutipla susu2 yang mmg dah totally cair & masukkan dalam baldi.. boleh dikatakan susu yang mencair tu adalah dlm 400oz.. Tp alhamdulillah, ada jugak susu yang berjaya diselamatkan sebab ada yang masih beku &  hanya 50% cair.. terubat jugak hati ni...

Niat hati susu2 tu nak buat mandian baby, tapi disebabkan budak Alya tu yang tak habis2 main susun2 botol terpaksalah susu tu dibuang terus.. Tq la en hasben sbb buangkan susu tu. At least takla aku meratap sorang2 dpn susu2 tu. Tp aku percaya setiap benda yang jadi ni mesti ada hikmahnya.. Insyallah. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kami sekeluarga..Amin



mari menyusun.. botol yang berjaya dikeluarkan Alya dari baldi.. hasben terpaksa sorokkan yang lain sbb alya yg syok main susun2..


tepek kunyit hidup kat hidung amir utk keringkan selsema..



after dah sihat.. seronok betul 2 beradik ni "mengemas" umah...


stok susu dalam kenangan..


sehari sebelum amir demam


di Ikea...

Thursday, April 11, 2013

Hadiah besday


kenderaan yang berada dlam umah ktrg skg ni.. yang ujung skali tu hadiah birthday alya dr atok & mak tok sempena birthday dia yang ke-2.

My 4 month old boboi boy


Bithday girl


Monday, April 8, 2013

Biarlah gambar berbicara

aktiviti weekend kami semalam di rumah:-

SABTU

amir meniarap dgn jaya nya!! pipi tu labuh la dik..hehe


org dok mengejekan umah, ktrg plak sibuk bergamba dgn umah yang mcm tongkang pecah


cian amir tido yg terganggu disbbkan bunyik drill


ngantuknya muka amir. tp ayah muka excited...hehe


ngantuk lagi!!


cubaan menghiburkan adik..


taman kami after dikerjakan mak mertua.. tq mak!!


kura2 batu

----------------------------------------------------

AHAD

after dah mandi.. susah betul nak amik gamba si kakak skg ni


mari membaca...


amir mengiring sblm tergolek meniarap sebelah aku...


kemas stok susu (tp still berterabur)


kakak berbuai smentara tunggu atok & mak tok


kepochi!! tgh ngintip mak tok..hehe


yeay!! berjaya amik barang dr bilik mak tok....


-----sekian sahaja-----

Friday, April 5, 2013

4 month Amir

pejam celik pejam celik sudah 4 bulan anakanda ku yang tercinta arini. bila tengok dia, rasa macam tak sangka plak dengan perubahan dia dari masa lahir sampai sekarang. kalau dulu masa baby asik nangis jer, skg ni suka betul senyum, ketawa & mengagah orang. berat yang terkini 7.5kg, kurang 2.4kg dari berat kakak dia..hehe..

Rambut amir kalau nak compare dgn kakak ada beza sikit dgn pertumbuhan dia. Kalau alya dulu, ktrg botakkan masa umur dia 2 bulan & 2 bulan selepas tu rumah dah tumbuh lebat. Tp amir ni plak masa dalam hari dah dibotakkan tp dah 4 bulan rambut pon still malu2 nak keluar..hehe..

alya @ 2 month sewaktu sedang dibotakkan..

tadaaa!!! 3 bulan selepas tu

-----------------------------------------------------------------------------

Amir beberapa hari selepas dibotakkan


tadaa!!! amir selepas 4 bulan..hehe

Thursday, April 4, 2013

Amir Meniarap & cerita tren

Menurut kata incik hasben saya yang tersayang, Amir dah meniarap malam semalam.. Dia saksi kejadian pada malam tu.. hehe. Tp meniarap amir baru meniarap yang tangan tersepit lagi...weee.. waktu tu aku kat  dalam bilik atas sedang bersiap2 after balik kerja.

Excited plak bila dgr berita tu & tetiba teringin nak tgk dia meniarap depan aku.. hehe. so kalau ikut perkiraan, Amir mula meniarap di usia 3 bulan 4 minggu 1 hari. syabas dik, syabasss!!! Mari kita celebrate esok sempena birthday akakmu yang ke-2.. Akak makan kek tapi adik dapat minum susu jer..hehe.. ok tak klaka pon... arghhhh!!! aku tgh stress giler ni dok mengenangkan kerja2 opis yang tgh berlambak2..huhu.

ok, dah 2 hari berturut2 aku balik kerja naik tren.. takde hal pon.. yg aku tak berapa gemar bila naik tren ni bile ada plak mahluk spesis lelaki yang secara sengaja masuk ke coach perempuan. Aku rasa dah terang2 sign kat dinding & lantai setiap tempat pintu tu ade tertulis 'Ladies Coach'. kalau jenis insan yang mmg tak sengaja or dah dalam mode kelam kabut, mcm ctnye turun2 jer dr escalator terus jer ke pintu ladies coach & mmg tren dah betul2 nak bergerak, takpelah jugak & boleh dimaafkan. Tapi ni kalau dah lama dok menunggu tren yang x sampai2 tu mmgla tak logik langsung.. ish2...

harini & esok naik tren lagi. seronok pulak bila naik tren ni kadang2. seronok sebab boleh peratikan gelagat orang..hehe. mcm semalam, aku perasan yang mostly orang dalam tren2 mesti asyik dengan henfon masing2.. ada la beberapa org yang baca buku & surat kabar..& ade jugak yang tido tersengguk2..hehe..

erm tetiba teringat plak kejadian kat dalam tren semalam. masa tu aku dah dapat tempat duduk dalam tren, tp ramai jugak la kena berdiri..sambil2 tu aku jeling2 gakla kalau yg tgh berdiri tu kot2 ada insan yg tak berkemampuan, tp OK semuanya  mmg jenis yg muda2 & still gagah perkasa.

Then, bila sampai kat 1 stesyen ni, masuk la lagi sekolompok manusia ke dalam tren. Bila aku tgk salah sorang tu ada makcik yg dalam dalam lingkungan 50 thn, aku cuit la dia nak bagi dia duduk.. tp dia reject OK... sambil2 tu dia tarik2 depan baju kurung dia.. oh lama2 baru aku paham.. mesti dia pikir yang aku rasa dia tgh pregnant..hihi..sian plak kat makcik tu. takde langsung niat aku mcm tu walaupun perut dia mcm besar sikit...

okla, tetiba lapar... babai.. ni gamba aku terkini, lebam sungguh mata aku bila anak tgh kecik ni..hihi

Wednesday, April 3, 2013

Happy Birthday Alya yang ke-2 tahun


Happy birthday sayangku Alya Sofea. Tak sangka sungguh anak perempuan aku dah pon berusia 2 tahun hari ni. Aku still lagi teringat kejadian 2 tahun yang lepas di jam 5.43am, di saat-saat kelahiran Alya. Alhamdulillah, sangat dipermudahkan Allah.. Sakit contraction yang sangat sekejap & Alya dapat dilahirkan dgn cara yang sangat senang. Alya lahir di usia dia 37 minggu 6 hari. Sangat awal untuk anak yang pertama  & tarikh kelahiran yang tak disangka memandangkan mmg takde tanda pon di hari sebelum Alya dilahirkan.

Nak menjaga Alya pon tak leceh. Dari lahir sampai sekarang, dia bukan la anak yang kuat meragam. Sekali sekala merajuk & meragam biasa la utk anak2 yang masih kecik. :). Buat masa ni alya masih lagi menyusu badan. Maka, sudah lengkaplah penyusuan badan utk alya selama 2 tahun. Alhamdulillah. Tq Allah for the rezeki. Tp buat masa ni aku still lagi aku tak bersedia nak menceraikan susu secara drastik. Biarlah dia slowly wean off memandangkan susu masih lagi mencukupi utk kedua2 anak aku.

Alya sangat2 sayang adik dia. Bangun jer pagi, dia akan pergi kat Amir & cium adik dia. hehe. sejuk mata bila pandang.. Kadang2 tu, bila ktrg tgh rehat2 dia akan datang kat adik dia, & cium sambil cakap "Sayang adik".. Adik plak selalu terkebil2 bila kena cium.. hehe... tp aku perasan yang Amir pon suka sangat ngan Alya. Bila aku biarkan dia berdua, nnti Amir akan pandang  & tegur2 Alya. Maybe dia tau yang Alya tu kakak dia.

Semalam, dia mcm tau je yang dia dah pon nak masuk 2 taun. Kemain betul manja dgn aku & hasben. Nak berdukung jer & bila kita nak letak kan dia kat bawah, dia akan kepitkan kaki dia kat badan kita tanak turun..hehe. so mcm semalam, aku terpaksa mengampu dia Johnson Baby Oil utk lekakan dia time aku tgh solat maghrib. Bila aku abis solat, abis minyak tu dah dilumurkan kat muka, baju & rambut dia.. hehe.. pastu , dia datang kat aku, dia usap2 muka aku dgn minyak tu then peluk aku sambil cakap " Sayang ibu".. aduii, sweeeeetttt sangat..terus cair. ^_^

Semalam bila hantar Alya ke nursery cikgu bgtahu Alya kena gigit masa hari Isnin. huhu, sedih plak aku rasa. Dia pon takde plak nak mengadu apa2 kat ktrg masa malam tu. Bila malam Selasa tu, aku check & yer mmg ade kesan lebam &  kesan kena gigit. bila aku tanya sakit ke tak. terus dia buat muka sedih & cakap " aaahh, gigit.. cakit.."... hehe. tp aku tau tak sakit sangat la tangan dia, sbb bila tekan kat situ, dia boleh releks jer mcm takde ape2..haha

okla, lastly sempena di kelahiran alya yang kedua taun ni, aku doakan semoga Alya diberikan kesihatan yang berpanjangan, beroleh kesejahteraan dunia & akhirat & juga menjadi insan yang sangat berguna pada keluarga, agama , masyarakat & negara. Utk Alya, aku & hasben sangat sayang2 Alya.. Dialah harta ktrg yang sangat bernilai & kerana dia la jugak ktrg sanggup berkorban jiwa, raga & sayang ktrg adalah sayang yang tanpa bersyarat & sempadan..

Alya selepas beberapa jam selepas dilahirkan..




sian alya kena buli ngan adik..adik tgh aim lagi nak tarik rambut kakak.. (noti betul muka adik waktu ni..hihi)



rajin menelaah upin ipin.. haish!!



excited dgn adik...hehe



happy birthday sayang!!! i love you so much !!


Tuesday, April 2, 2013

Tidur Amir Safwan

Kali ni nak bercerita plak cara tidur amir di usianya 3 bulan. Alhamdulillah, boleh dikatakan amir dah tidur tanpa buai. Buaian yang ada kat umah dah dijadikan tempat istirehat alya pulak..hehe. skg ni senang jer, asal alya meragam & tetiba mintak nak breastfeed time adik dia tgh nyusu, mesti ktrg akan upah dia masuk buai dulu..hehe.

Kebiasaan nya amir akan tido sebelum kul 8.30mlm. kadang2 ada jugak masa2 nya yang dia tanak tidur awal & yang paling lambat buat masa ni adalah sebelum 9.30 malam. kalau dia tidur awal, dia akan bangun utk menyusu dalam kul 11 atau 10 mlm. time aku tido plak adalah sebelum kul 10malam(nak jugak crita, hehe..) Utk 1st sesi menyusu after dia tidur kul 8.30 mlm, mmg takde masalah utk tidur kan dia semula kat tempat dia. tp utk sesi seterusnya peel dia mesti berubah. after dah puas menyusu slalunya dia nakkan tidur berpangku dulu sebelum letak semula kat bawah.. huhu...so, apa yang aku buat , selalunya after dia dah habis menyusu (slalunya dalam 15minit), aku akan biarkan dia dulu dalam 5-10 minit berpangku kat riba sebelum letak dia kat bawah semula. kalau tak mmg dia akan merengek2 sampai la kita meriba dia. after dah beriba, otomotik dia akan zzzz terlena..huhu..

so, bolehla dikatakan masa tidur aku dgn berbaring tak sebanyak macam dulu..huhu.. selalunya amir akan bangun malam menyusu sebanyak 3-4 kali. bayangkanlah !!!...  takpela dik, ibu OK jer..tido duduk pon best jugak kadang2.. siap boleh termimpi2 la.hehe.. No hal pon..


yang ni kejadian semalam.. kul 6 lebih after sampai umah terus tido after nyusu..
adoii adik, tak ensem la berputing camtu



kul 7 lebih bangun balik dalam keadaan segar. so sompatla omak ko ni mentekadarah dgn aman sblm amir nak tido semula kol 830...hehe

Monday, April 1, 2013

weekend kami

hari weekend la hari yang ditunggu2.. hari sabtu bangun pagi terus siapkan anak2 mandi & terus bersiap sbb plan utk ke klinik utk dptkan rawatan utk amir. disebabkan hari ni kontraktor dtg 830pg utk kerja2 renovate, ktrg 1 family kena bersiap cepat & ke klinik cepat2 utk monitor keja2 renovate.. kul 10 lebih dah bergerak ke klinik & alhamdulillah mmg sekejep je tunggu turn. kali ni ktrg decide utk jumpa pead doktor khairul utk dapatkan advise bg ruam susu amir. masuk2 je bilik doktor, terus doktor timbang berat amir. di kala 3 bulan 3 minggu berat amir dah 7.2kg.. :).  then  doktor cek ruam susu kat pipi amir & alhamdulillah takde apa pon yang memimbangkan.. after dh dapat ubat , terus ktrg balik ke rumah.

sampai je umah, terusla kami memerap dalam bilik memandangkan kerja2 renovate tu sngat bising. sian  amir terkejut2 waktu tgh tido..huhu. sronok jugak sekali sekala bermalas malasan atas katil dengan anak2 ni..hehe..

baju recycle...


kakak sibuk tgk upin ipin, adik plak blur2 tgk kamera..hehe

tugasan memasak kali ni diserahkan pada en hasben (tp mmg slalu pon dia masak..hehe). menu hari tu spagethi bolognese.. so, utk satu hari mmg ktrg mempulun spagethi jer. alya plak mcm biasa, spagethi kosong je la yang dia suka.. kuah memang awal2 dah kena tolak tepi.

malam sabtu tu sbnarnyer ada final fear factor selebriti.. so kul 8.30 mlm tu aku dah bersedia la nak tido kan amir tu utk meneruskan plan tgk rancangan tuh, tp tak berjaya pon tido kan dia awal sbb si kakak alya dok menempel skali dalam bilik sambil tgk upin upin (jap, nak nangis jap..huhu.. ) ... bila kul 9 lebih tu amir dah tido, aku plak dah takde mood nak tgk sbb mengenangkan dah separuh jalan dah rancangan tu berlangsung..

upin ipin lagiiii....

so berakhirla malam sabtu tuh tanpa dapat tgk final fear factor yang aku mmg dah plan sejak minggu sebelumnya... skg ni tgh gigih nak menunggu rancangan ulangan tu walaupon dah tau sape juara dia.. hehe

pagi2 ahad plak, bangun pagi & solat, then terus bwk segala baju2 kotor yang dah beberapa hari tak berbasuh ke mesin basuh.. 4 trip tu basuh baju.. 1st trip baju budak2 (amik mode delicate), 2nd trip baju mak bapak budak, 3rd trip basuh telekung & last trip adalah basuh kain2 buruk... sambil basuh baju sambil sediakan breakfast & mengemas dapur.. pastu dah siap breakfast, siapkan budak2 sbb plan nak keluar carik barang & tgk belon panas kat putrajaya...

recycle lagi baju..


budak yg sgt suka main air... boleh tahan sejam dok berendam dlm bathtub tu selagi org tak ajak keluar ..

Alhamdulillah, outing ktrg ke AEON Sri Kembangan sgt smooth dgn amir yang sangat sweeeeet waktu ktrg bershopping & tgh makan.. Love u la amir.. sampai dia poo poo pun dia boleh rileks jer duduk dalam stroller tanpa menangis..

Otw balik ke rumah igtkan nak singgah plak putrajaya utk tgk belon panas.. tp, at the end hasben je kuar dr kereta disbbkan 2 budak kenit tu tido ..huhu...so, hasben beli je siap2 belon helium tu utk alya...


oklah..sampai di sini sahaja coretan aku utk kali ini.... tetibe takde idea plak nak tulis apa..hehe