Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, March 15, 2013

3 Month Amir & Alya yang dah nak masuk 2 taun

Isnin last week, kami anak beranak ke klinik utk jab kan amir 3 bln...alololo, cian dia...masa kena cucuk tu terperanjat & menangis sket sbb tekejut kena cucuk.. huhu, sblm tu elok je dok kat menimbang sambil tido..hehe.

Ok, utk 3 bulan ni, berat amir adalah 6.5kg. naik sikit ajer. takpe2, as long as dia sihat, x meragam & aktif, tak ade yg perlu dirisaukan.. :P. Buat masa ni, amir still minum 15 oz di nursery sepanjang jam 8am-7pm. Setiap hari aku still bekalkan 6 botol x3oz ebm dah slalunya akan habis 5 botol jer..

Alya plak macam biasa kurang minum susu sampai cikgu2 kat nursery complaint psl dia.. bebudak lain dah habis sebotol susu, tp alya plak minum sikit jer.. tp bila cikgu bgtahu yang alya kuat makan, takde la aku nak risau sgt kalau dia kurang minum susu, asalkan dia makan & minum air putih secukupnya tu dah memadai. Skg alya dah mula dapat menyesuaikan diri kat nursery, cuma kadang2 jer dia akan menangis sket pagi2 bila kena hantar , tapi bile ptg elok plak dia main dgn kawan2 & tgk tivi ramai2.. hehe.. moment yang paling aku suka adalah time nak mengambil dorang dari nursery, terjerit2 & melompat2 dia bila tgk ktrg dah sampai. bising mulut dia "alya balik...alya balik...alya balik"....hehehehe..

Malam2 nak tidokan dorang adalah sangat mencabar aku rasa. lagi mencabar kalau hari bekerja & nak2 lagi time tu aku letih & sngat mengantuk. Tersenguk2 aku menidokan amir dalam buai. after amir dah lena tido, kakak dia plak nak kena tidokan. kaedah nak tidokan alya msih sama mcm dulu, mengempeng!!!.... huhuhu...

Tengah2 malam, mcm biasa, amir akan bangun setiap 3 jam utk menyusu.. kekadang setiap 2 jam.. bila amir dah start berbunyi tgh2 malam tu, mmg aku akan cepat2 angkat dia utk susukan sambil duduk sbb takut kakak dia terjaga sama kalau amir menangis.. oh yer, amir masih lg menyusu sambil duduk ... huwaa!!! ntah bila dia akan suka meyusu sambil berbaring.... after amir dah puas menyusu, cepat2 aku letakkan balik kat tempat tido sambil tepok2 soh dia tido semula...buat masa ni mmg takde masalah utk tidokan dia semula...:)


moody.. tetibe dia moody masa nak makan sini..hehe


mari kita prektis kekuatan tangan yer dik..


hai semua...




-------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment