Dah lama tak bercerita pasal perkembangan si kakak Alya sejak dah ade baby baru ni. hehe.. okla entry kali ni nak cerita plak perihal si anak kesayangan hamba yang makin manja tu.
tika & saat ni, alya dah pon berusia 22 bln.. erm, lagi 2 bln utk completekan misi penyusuan utk dia. :). Semoga proses wean off nnti tak kan ade drama sebabak lg spt di hari kelahiran amir safwan. drama sebabak? apakah ituu? hehe....
cerita drama sebabak tu mcm ni...ptg sebelum amir dilahirkan tu aku dah kena admit kat wad disbbkan bukaan dah pon 4cm. kesian alya sbb kalau ptg je mesti ada aktiviti wajib dia utk tido sambil mengempeng.. so disbbkan aku dah ditahan kat wad, adalah menjadi tugas hasben utk menidokan alya waktu ptg tu. & hasilnya alya mmg tertido tp berserta linangan air mata & sedu sedannya... huhu..
selama 3 hari 2 malam aku x dpt menyusukan alya disebabkan still stay kat hospital & menemankan amir. after discharge dr hospital, aku ingat dia dah slowly nak wean off kot sbb dah biasa tido tanpa menyoyot.. tapiii, ish2...makin menjadi2 dia punya keinginan nak menyusu tu. kalah demand adik dia. tp time amir lahir, aku dah rasa nak menceraikan susu alya & tak nak bagi dia menyusu bila dia mintak.. apalagi, terjadila drama sebabak dua babak pd satu malam. sian dia, bukan je tertido sampai menangis, tp siap muntah2 skali disbbkn asik menangis, tanak makan & minum. bukan alya je yang menangis kesedihan, aku pon skali join skaki dalam drama tuh..huhu...so sejak dr situ, aku dah tanamkan niat nak continue je breastfeed alya sampai dia 2 taun.
skrg ni, kdg2 aku dah mula tanderm nursing alya & amir. memula kekok jgk, tp lama2 mcm seronok plak tgh telatah dorang especially alya. sambil menyusu tu mesti tangan dia dok mengusik adik dia..hehe. suka sgt tau dok picit kaki & betis amir.. pastu usap2 perut & muka adik dia..
alya jugak dah makin petah bercakap. suka mengajuk ckp org , dah mengenal banyak benda & dah boleh buat beberapa perkataan.. kdg2 ade la jgk terkeluar jgk bahasa jerman dia tuh..hehe..slalu kuar bahasa jerman bila dia tgh berlakon baca buku & buat2 baca bende tu kuat2 sambil selak2 page by page...hehe
berangan pon dah kemain lagi. sume benda yang dia pegang dia akan buat jadik telepon bimbit & letak kat telinga sambil becakap seolah2 tgh berborak ngn kawan dia.. ayat dia, sama je la mcm ni...." helllo...aa...aaa.. ok, bai " kdg2 akan terkeluar jgk la word2, " hello, aaa..aa.. nenek, ayah, kucing...." & ape2 jela yg dia rasa nak ckp & tau some word yang dia tau .. hehe tergelak aku tengok gelagat dia ni..
dia pon mmg suka meniru apa yang kita buat.. nnti dia akan amik doll dia. dia bedak2 kan, pastu amik wipes, dia cuci kat bontot , pastu ckp.." yak" & terus pakai kan pampers... hehe...kdg2, dia siap breastfeed lagi doll tu ataupun dia akan amik botol kosong yg yg berputing & susukan dia..hehe..
ok, tu je la dulu..nnti smabung crita pasal perkembangan dia...
No comments:
Post a Comment