macam aku, utk amir mmg aku tidur berbuaikan dia bile dia susah sgt nak lelap. tp bila dia dah lelap, terus cepat2 angkat & bedungkan letak atas katil. Berbuaikan amir pon tak perlu la nak hayun kuat2.. cukuplah sekadar buai sikit2 sambil tepuk2 & nyanyi2 utk dodoikan dia. Alhamdulillah, amir ni bila baca je zikir munajat, nyanyi sikit2 senang je tertidur. :). cuma kadang2 je la dia ade sedikit susah tido bile dah puas sgt berjaga sebelumnya.
ni gaya bila dah tido lena. selagi tangan x berkepak cmtuh maksudnya tido dia belum betul2 lena..
moh la dik kt berpindah ke katil plak... :)
sebenarnya antara reason aku bagi amir tido sambil berbuai ni jugak adalah sbb si kakak dia. biasalah, budak setaun lebih yang tengah melasak. Sekejap2 dia akan bising menjerit2, pastu kdg2 tu dia akan datang kat adik dia sambil pegang2 pipi adik dia, cium, cubit dsb.. huhu.. x pasal2 la si adik yang dah lena tu terbangun & menangis la bile tido dia terganggu.. so buai ni la jalan penyelamat utk tido kan amir dgn lena.. :)
macam malam semalam, alhamdulillah mmg takde masalah utk amir tido malam. balik je amik dorang dr nursery aku terus susukan amir & main2 dgn dia sebelum masukkan dia dalam buai. Sbbnya masa tu dah nak maghrib & aku perlu kemas brg2 dr kerja & makan mlm smbil suapkan alya dan jugak solat maghrib. 2 jam kendian amir akan terjaga utk menyusu & boleh tido balik dgn senang .
Agak2 dlm kul 10 mcm tu kuarkan dia dlm buai utk susukan dia semula sebelum baringkan dia kat bwh utk tido malam sama2 dgn ktrg kat bwh. Alhamdulillah, sangat menyenangkan. bila anak kecik x meragam, dapatla jugak kt spend masa dgn anak yang besar.. so, bila anak kecik selesa, anak besar pon akan gembira. hehehe.
cuma 1 je masalah utk anak yg tidur berbuai ni. utk travel je la yang rumit sket. Setakat balik kampung insyaallah bolehla diusahakan dgn bawa buaian tu sendiri atau pon just spare je kain & spring. tp kalau tetibe berhajat nak melancong ke tempat2 jauh & bermalam kat hotel atau tempat2 yang jarang kt bermalam mmg ade sedikit masalahnya. So utk menyelesaikan masalah tu, sonang ajer.. jgn la travel lg ke tempat2 yg jauh sementara baby masih lagi kecik..hehe.
rajin kakak yer dodoikan adik
yeay!!! sudah puas tido!!!
No comments:
Post a Comment