Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, March 25, 2013

amir & susu :)

Jumaat last week, aku work form home jer. tp anak2 harusla dihantar ke nursery. hehe. antara sbb lain aku bekerja dr rumah jgk adalah disbbkan utk mengemas umah & membasuh baju.. kelas kan? nak kemas umah pon nak kena amik off to ofis :P..  so kalau la anak2 berada di umah, mungkin kerja2 mengemas rumah boleh la dibuat tapi agak sememeh la kot...

alhamdulillah, aku sangat puas hati ari jumaat tu bile bilik alya tu dah berlangsir (tak de la togel jer). sambil mengemas sambil membalas email.. kul 1 dah selesai semua & sedia utk memasak utk makan tgh.. dalam kul 2 masa tgh lunch tetiba aku dapat sms dr cikgu nursery alya & amir. cikgu bagitahu susu amir dah botol terakhir utk hari tu..ooo hooii kelam kabut aku bile dgr cikgu camtuh.. padahal aku dah bwk 6 botol ke nursery tuh. nasib baik aku mmg ada kat umah & kul 3 terus amik dorang balik kerumah.

alhamdulillah, production utk 1st session hari ni


latest stock ebm. berterabur tak bersusun..huhu


ayah bersama anak2 nyer :)


boboi boy...


ade hati kakak yang comel lote nak angkat adik yek...

so pagi ni, bekalan ebm amir aku dah tambah lagi 2 botol & menjadikan semuanya 8 botol x 3oz. hopefully mencukupi utk amir... setakat ni, aku masih lagi mengepam susu di ofis. selalunya aku aku buat 3 sesi (9pg, 12 tgh, 3 ptg).. malam plak aku akan direct feed jer. memandangkan ade 2 budak kenit penghisap susu segar kat umah, rasanya mcm tak perlu aku nak mengepam kat umah. tp kadang2 bocor juga la malam2 tu kalau amir & alya lenaaaa tidur malam tu..huhu.

hari ni kerja2 renovate umah akan dijalankan. so mak & ayah mertua akan tinggal kat umah ktrg sepanjang kerja2 renovate tu utk tlg tengok-tengokkan & monitor kerja renovation tu. tp budak kecik 2 org tu still aku hantar ke nursery macam biasa sbb sian plak kalau nak tinggalkan dkt mak ayah utk dorg jagakan..




No comments:

Post a Comment