Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, April 23, 2015

Tanpa gadget

Alya & Amir skrg dah takde leka dengan video dari tablet or telefon. Masa start pantang hari tu,  minggu pertama dekat Melaka bukan main syok dorang ber You tube dari pagi sampai ke malam. Yelah, time tu semua org dok ralit dengan baby & Amir time tu tgh ciken pox. So nak alih perhatian dia dari mengacau baby, ktrg biar kan je la dulu. After seminggu tu dah nampak macam kronik je dorang dgn You tube, terus keluarkan bateri telefon & tunjuk kat diorang telefon dah rosak & tak boleh on. Kalau tak keluarkan bateri mmg tak berjaya lah sbb diorang tau je nak on kan semula telefon. So taktik tu berjaya. Awal2 tuh mmg tak sorok pon telefon tu. Kadang2 saja je biarkan benda alah tu kat tempat terbuka sbb bila dorang nak main and nak on nampak mcm rosak. Hihi. Bila Amir or Alya pegang & try nak on tapi tak berjaya nanti dorang akan cakap "telefon dah rosak kan ibu. Nanti ayah repair". Hehe. Terpaksa buat macam tu sbb kalau tak asyik la 24jam dgn telefon sampai kalau ajak makan pon susah.

So now dah sebulan diorang tanpa telefon. Telefon Alya ktrg dah bagi kat ayah mertua utk dia pakai. Biarlah Alya tak ber telefon sementara nih. Telefon aku yg sebelum ni mcm jadik hak milik Amir plak aku dah on kan & aku pakai mcm biasa. After sebulan nih , dorang pon nampak mcm tak heran dah dgn telefon. Kalau aku pakai telefon depan2 dorang pon dah tak jadik masalah & takde pon dorang mintak nak pinjam. Hehe. Rasanya diaorang dah rasa lagi seronok kot menyepahkan umah dari mengadap video jer. 

Yer, bila dah tak ber You tube, aktiviti dorang sgt bebas. Main kejar2 dalam umah, tak cukup tanah dalam umah keluar pulak gi laman main cabut2 rumput. Huhu. Pastu, main kat atas dalam bilik aunty dia. Aku pun tak sure ape aktiviti dorang sebab belum pernah lagi naik tangga buat masa ni tapi yang pasti dari tingkat bawah, macam2 bunyik aku dgr like bunyi seret kerusi, bunyi tapak kaki berlari, ketawa & mcm2 lah. Selalunya mak & akak la yg akan cerita segala benda yg diorang buat kat atas. Ada sekali tu Amir & Alya dlm bilik maktok dia. Time tuh mak tgh solat tp mak cerita dia dengar la sore budak2 tu dok gelak2 sambil kelentang kelentung kat blkg mak. Abis solat, terkejut mak sbb abis penuh rambut Alya dgn bedak tu dikerjakan Amir. Turun2 je masa dinner, dah mcm org tua beruban aku tgk Alya time tuh. Huhu. Tapi kat sini, Alhamdulillah rajin jugak Alya & Amir ikut aunty, atok & maktok dia solat. Bila nampak je org naik atas nak solat, cepat2 dia ikut naik atas sbb nak join solat.

Lagi aktiviti yang diorang suka jugak buat adalah ikut jer bontot atok dia. Mana atok dia gi, dia ikut. Tiap2 pagi, mesti atok dia akan ajak dorang keluar jap samada beli surat kabar atau round2 je dalam taman. Kalau time atok ada kelas pagi tu, sebelum nak gi kelas & kebetulan dorang dah bangun, mmg kena cepat2 la bwk dorang jalan jap. Hehe. Mcm skrg nih, budak2 takde kat umah sbb ikut atok dia gi homestay kejap. Nak kemas homestay sbb ada org nak masuk nanti. Pagi tadi kemain kalut cepat2 nak mandi takut kena tinggal. Kekeke.
Mengembur mainan pon favourite jugak. Yang ni la paling geram aku rasa. Sbb at last ktrg jugak yg kena kemas. Sampai jadi mcm tongkang pecah dorang buat umah ni.

Kesukaan jugak nih. Abis semua kusyen dorang turunkan & lompat2 atas kerusi tak berkusyen.

Sunday, April 19, 2015

1 Month Old Alya Sarah

Semalam bawak Sarah gi klinik utk dptkan injection utk 1 bulan. Ramai giler org kat klinik & kena tunggu sejam jugaklah utk dpt turn jumpa doktor. Nasib baik Sarah tidur sepanjang kat klinik and Alya & Amir pulak leka dgn mainan yang ada kat klinik. Oh yer, gi klinik ni jugak sbb nak dptkan ubat kembung Sarah jugak sbb malam sebelumnya dia meragam dari kul 4 pg sampai ke pagi. Kentut punya la banyak & busuk, tapi membuangnya takde. Nampak dia mcm tak selesa & bila kita baringkan dia melalak2 nangis. Bila berdukung & peluk dia baru kurang menjerit2. So, bila kat klinik sedapla dia dapat tidur berpangku. Tak kisahlah bising camne pon, lena betul dia tidur. Dapat pulak, klinik ber aircond.

Bila sampai turn, memula proceed dulu dgn assesment utk Sarah. Alhamdulillah, berat utk sebulan 4.85kg (naik 1.4kg). Boleh tahan jugak la budak nih, mmg padan la dgn cara dia yang kuat betul menyusu. Asyik la tercarik2 susu sampai muak2. Ktrg siap belikan puting kosong sbb risau tgk perut dia bulat penuh je sepanjang masa. Hehe. Tapi, malangnya puting kosong dia mmg tak gemar pon. Huhu.



Berbalik pada cerita kembung Sarah plak. Doktor inform utk baby fully breastfeed tak perlu risau kalau dia tak berak. Tapi bila aku cerita pasal dia meragam sejak malam tadi & aku request utk ubat bontot utk Sarah, doktor bgtahu takde pulak stok ubat tu buat masa tu dan dia advise utk ktrg try cari kat farmasi Gripe water. Actuallly, aku tau dah pasal gripe water ni & ada jugak terpikir nak bagi tp igtkan nak hold dulu. So, at last beli jugak benda alah ni buat spare letak kat umah incase kalau perlu guna. Utk gripe water nih, ktrg tak bagi pon kat Sarah sebab pagi ni kemain banyak pulak dia membuang sampai nak penuh 1 pampers. Hehe. Tapi aku perasan, Sarah ni lebih kurang mcm Amir. Dia akan membuang 3 hari 1 kali atau 2 hari 1 kali je. Tapi kebetulan pulak, semalam dia kembung perut sebab aku salah makan (my bad, sorry Sarah. Aku pon sama2 jugak sakit perut dari kelmarin), so risau dia tu lebih sikit dari biasa.

Alhamdilillah, Sarah dari dia lahir sampai sekarang, memang tak banyak ragam. Cuma kalau dia tak selesa macam perut kembung, pampers penuh, nak menyusu baru terjerit2 menangis. Tidur pon ok senang jugak & boleh tidur lama. Kalau malam, dia akan menyusu 1 or 2 kali jer dari kul 11 malam sampai kul 6 pg. Rasanya time berjaga dia lebih kurang sama everyday waktu malam - 3 pg & 6 pg. Pastu dia akan tidur & bangun semula kul 7 lebih atau 8 pagi.



Wednesday, April 15, 2015

Bila cucu kat rumah atoknya

Almari salotep


Peti ais salotep


Abis rosak kerusi ni sebab dilenjan Amir betul2 dalam sebulan ni


Macam2 makanan utk budak2 tu


Mainan yang semakin hari semakin bertambah. Huhu

Tak pasal2 semua tempat kena sita. Hehe. Amir ni sentiasa ajer busy kat umah atok nya. Lepas puas mengerjakan mainan, membongkar pulak peti ais. Tah apa yang dia carik pon aku tak tahu. Satu hari mmg tangan dia je la yang banyak bukak & tutup peti ais tuh. Bila duduk2 tengok tivi pulak, tangan pon sama2 jugak bergerak memunggah segala barang dalam almari. Huhu. So at last, terpaksa salotep semua tempat yang dia suka bukak sbb bahaya kalau dia keluarkan gunting, nail clipper & dokumen2 penting yg tersimpan dlm almari tu.

Aku tau Alya & Amir dah bosan duduk je kat umah. Sebab tu la kalau dia nampak jer sesiapa dlm isik umah ni tengah bersiap2 nak keluar, kalut betul dia cepat2 jugak bersiap nak ikut. Ikut atok gi fotostet pun tak per, dia sanggup. Hehe. Kadang2 adalah jugak aunty, mak tok & atok dia bawak dorang gi taman belakang umah ni bagi ikan and kura2 makan. Mmg gembira la diorang bila balik dari sana. Siap boleh main kat playground lagik. Tapi bab nak mengajak balik la  kena jiwa kental sikit sebab susah giler kot dorang nak tinggalkan tempat tuh.






Ada jugak plan nak hantar Alya & Amir gi tadika/ taska kat area2 sini. At least ada la jugak aktiviti yg dorang boleh buat, tapi bila bagitau jer kat dorang, si Alya buat muka macam nak nangis and cakap tak nak. Amir pulak , nampak dia mcm nak gi sekolah and angguk2 kepala bila kita ajak gi sekolah. Tapi, takkan nak hantar Amir sorang je. Sian plak dia nnti.

Semalam, sementara Sarah tido waktu tengahari, aku ajak la Alya & Amir buat coluring. Tapi kejap jer diorang buat kaler2 tu & bila dah dah bosan terus tinggalkan aku sorang2 & sambung semula aktiviti mengembur mainan. Huhu. Sabar je lah.



Lagi satu aku perasan, bila dah kat umah ni dorang asik main berdua jer, Alya & Amir ni dah jadik rapat aku tengok. Kalau aku marah sikit Alya nnti Amir cepat2 backing kakak dia & buat muka nak nangis sbb sedih kakak kena marah. Hehe. Tapi kalau time berebut barang, mmg huru hara la satu rumah ni dengar dorang bergaduh. Tak sah la kalau satu hari dorang tak bergaduh. Puncanya selalu berebut mainan & berebut nak amik barang yg kita suruh (ni pon leh gaduh).

Monday, April 6, 2015

Pantang anak ketiga

Rindu dgn moment2 waktu pantang anak first dulu. Even time tu Alya Sofea agak kuat nangis & meragam ( dia yg plg win kuat meragam antara adik beradik dia ) tp still aku boleh berpantang dgn smooth & tenang. Aku leh bertungku sampai tertido, berpilis dgn senang hati & berbengkung dari pagi sampai ke malam.

Time pantang anak kedua plak, pantang aku from minggu ke 2 ke minggu ke 3, aku kat hospital sebab Amir Safwan demam panas. Dia kena on antibiotik 5 hari & aku nyer pantang pon agak kelaut jugak. Most of the time byk habiskan kat hospital sbb menemankan Amir kat sana. Alhamdulillah aku dpt in room dgn Amir kat hospital & tido malam dgn dia. Aku just balik rumah utk mandi & tukar baju waktu pagi & mak akan amik alih tgkkan Amir waktu aku balik umah. Susu plak aku akan pam siap2 dlm botol. Time nih berurut pon aku start lambat sbb nak pastikan Amir betul2 sihat sepenuhnya. Berpilis & bertungku pon start dr minggu ke 3.

Kali nih pantang anak ketiga lain plak citer dia. Sblm deliver hari tu dah azam la nak pantang betul2 kononnya. Tapi pon kelaut jugak sbb ade 2 superhero dalam umah yang buat aku tak dan nak berpilis, berbengkung bagai. Bertungku jer sempat aku buat. Tu pon tak sampai sejam sbb masuk jer 2 org budak tu dalam bilik kena cepat2 letak tungku sbb confirm Alya Sarah akan terjaga dari tido sbb kakak & abg dia dok mengacau. Huhu. Berurut pon start lambat after minggu ke 3 sebab kes chicken pox Alya & Amir. Nak pastikan diorang betul2 recover baru proceed dgn berurut. Kalau time waktu malam paling mencabar aku rasa. Semuanya nak aku tidokan baru leh tido. Dah macam bersukan plak aku rasa. Kena lari 2 tempat dalam masa yg sama. Kalau Sarah terjaga, cepat2 naik atas katil popok dia. Pastu kang kalau budak2 bawah merengek, cepat2 setelkan Sarah then tengok pulak Amir & Alya kat bawah. Penat giler rasa. Tiap2 malam stress je rasa. Kalau amik BP nih, mau naik tekanan darah aku tiap2 malam. Huhu.

Alhamdulillah. Allah kurniakan Alya Sarah yang kurang meragam di kala Amir Safwan & Alya Sofea tgh kemuncak lasak dia.


Background dgn mainan yg tak pernah leh bertahan kemas nya. Huhu.


Thursday, April 2, 2015

Chicken pox

Dugaan betul bila Amir kena chicken pox betul2 after adik dia lahir. At day 1 masa adik dia lahir dah keluar 1-2 bijik ruam2 tu tapi time tu tak expect pon tu adalah chicken pox. Huhu. First night after deliver baby, hasben stay sekali kat ward utk teman aku & budak2 balik umah tido dgn atok & maktok dia. So, the next day masa dorang datang visit, tengok2 dah banyak plak timbul benda alah tu & terus hasben bawak Amir gi klinik utk amik ubat. Kat klinik, mmg doktor sahkan Amir chicken pox & terpaksalah aku & baby jauhkan diri dari dia utk kurangkan risiko berjangkit.

Amir kena chicken pox sbb berjangkit dgn budak2 taska dia. Ingat lagi, masa last day dia kat taska (sblm aku dpt mc seminggu) aku nampak kwn dia dah berbedak putih 1 badan. So bila tanye teacher dia, dia bgtahu budak tu kena chicken pox. Agak bengang la jugak sbb penyakit tu berjangkit kot. Tak payah la nak hantar jugak budak tu gi taska sbb risk to others jugak kan? Huhu. So, masuk dalam kereta merempan la jugak aku kat hasben ckp benda tu. Yg plg tak tahan aku confident nyer leh ckp "Nasib baik last day hantar dorang. Tak delah berjangkit kat Amir & Alya nanti".. huhu tapi aku silap, benda tu berjangkit dalam masa 2 minggu & ruam tu tak akan keluar immedietly. So, seminggu dok umah, Amir start selsema, batuk & sekali sekala demam. Bagi ubat pon tak surut2 batuk & selsema tapi ktrg anggap tu benda biasa. After about 2 weeks, & masa kelahiran adik dia plak benda tu boleh keluar dgn jayanya.

Sian sangat Amir. Masa awal2 kena mmg nak berdekat je la ngan aku.. maybe sebab badan tak selesa, pastu tetiba ade plak baby baru and nampak mcm aku bagi lebih perhatian pada baby, so dia macam terasa sikit. Huhu. Aku ni pulak mcm takut2 jer nak pegang2 Amir sbb banyak masa aku habiskan pegang baby & elok plak time tu chicken pox dia tgh pecah & start berair. Sekali sekala aku akan pegang & usap2 Amir & after dia dah ok cepat2 aku salin baju & tengok pulak Sarah.

Bila balik pantang kat Melaka, tido pon aku asing kan between Sarah & Amir, Alya. Aku & baby akan tido atas katil and budak2 berdua tu akan tido kat bawah dgn ayah/ maktok/ aunty dia. After 5 hari Amir kena, Alya pulak berjangkit & time ni kena berjaga2 lebih sikit sbb Amir dalam proses nak baik & Alya plak dalam proses nak naik ruam2 tuh. Baby mmg aku jaga  & Amir and Alya just boleh tgk jer dari jauh. Sian sgt kat Alya & Amir..

So, now dah hari ke 18. Budak2 tu dah betul2 baik dari chicken pox & alhamdulillah Sarah sihat walafiat. Yang berjangkit pulak dari Amir skg ni pak usu dia & ktrg suspect dia jangkit masa lawat aku kat hospital hari tu, time Amir baru keluar 1-2 bijik ruam tuh & takde sape noticed dia kena chicken pox. Huhu.

Thursday, March 26, 2015

Pengalaman bersalin anak ketiga- Alya Sarah binti Fairudin

Alhamdulillah aku dah selamat lahirkan zuriat ketiga 16 March di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah Bangi dgn Dr Noraini.


Alya Sarah binti Fairudin
16 March 2015 , 3.59pm @ Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah Bangi
3.45kg thru normal delivery

Actually aku dah start MC sejak 8hb bila last checkup hari tu doktor sangat baik hati bagi aku rest seminggu utk duduk kat rumah bila dia aku tau aku kerja kat KL. So, Seminggu duduk umah aku rasa aku lagi bizi dari duduk kat opis sebab Alya & Amir pon stay kat umah sepanjang aku MC. Hari2 bangun pagi siapkan breakfast atau sometime hasben belikan breakfast kat luar & ktrg akan breakfast sama2 kat umah before hasben pergi kerja. So, merasa jugaklah aku jadi suri rumah seminggu tu sebelum deliver baby. hehe.. Rutin harian sepanjang seminggu MC- buat breakfast, buat mkann lunch, basuh baju, sapu rumah, kemas rumah, basuh toilet, lipat baju & layan anak2.. kemain kan aktiviti2 nih, sampai hari2 aku doa cepatlah baby keluar sebab penat hoii melayan 2 org budak yang sepanjang masa dok menyepahkan umah ajer..

Pagi2 exercise dulu...

Tghari aktiviti favourite dorang- sepah bilik

After lunch - tido. Time yang aku tunggu sangat2 setiap hari..hehe


Hari Khamis, 12hb akak datang tidur Bangi sbb hari Jumaat dia nak ke weeding kawan dia kat NS. So time nih agak berharap la jugak kalau boleh bersalin hari nih memandangkan ada org kat umah kalau perlukan bantuan utk tgk2 alya & amir waktu aku dalam LR. Tp nan hado.. Jumaat pagi, bila akak tgk aku still Ok & takde tanda2 pon nak bersalin, teruslah dia ke NS pagi2 tuh & tinggallah ktrg bertiga semula kat umah meneruskan rutin yang biasa.

Hari Jumaat Mak, Farid sefamily & ila plak datang utk tido semalaman sbb Sabtu pagi Mak & Ayah ada program kat Perak. Actually mak dah seminggu kat KL sebab menjaga anak Farid sebelum hantar ke Taska next weeknya.

14 March (Sabtu)

Bangun pagi perut rasa lain macam. Tapi buat dunno jelah. Siapkan breakfast & waktu breakfast bagtau la kat mak & hasben mcm contraction tapi mild. Emak time tu mcm berbelah bahagi plak nak gi Perak after aku bgtau camtu. Tapi bila aku cakap contraction dia mcm tak kuat sangat, barulah mak ok & teruskan plan ke perak. Aku plak bila semua dah keluar rumah, terus baring atas katil dgn harapan after bangun dari tido nanti akan adalah jugak tanda nak bersalin sbb akak akan tido lagi malam tu kat umah after dia balik dari wedding kawan dia & incase kalau perlukan assist dia utk tgk budak2 waktu aku ke sepital, dia boleh tolong tgkkan. Tp once again, bila aku bangun jer dari tido, sakit terus gone & badan jadik kembali bertenaga.. huhu. So, bangun jer,  terus siap2 then ktrg berempat keluar lunch ajer kat luar. Erm puas ati bila dapat minum air sirap selasih ais kat kedai Nuin. Adoyaii terbayang2 sampai skg kesedapan air dia.

15 March (Ahad)

Bangun pagi buat breakfast nasik goreng & goreng jemput2 memandangkan akak & kawan dia tido kat umah mlm td. Akak bangun2 jer soklan pertama yg dia tanye "ko dah nak beranak ke ura?".. soklan tak agak2.. aku ni tiap2 hari pujuk baby keluar & masih lagi bersabar utk tunggu tanda.. huhu. After breakfast, akak & kawan dia masing2 balik ke rumah & ktrg pon sama jugak keluar gi wedding kawan hasben kat puncak alam. Soklan yg sama juga kawan2 hasben tanye " bila nak bersalin ni?".. hasben boleh plak jawab " esok nih baby keluar.. " hehe..masin mulut hasben.

After dah selesai kat majlis tuh, cepat2 balik umah sbb ateh, mak & ayah mertua plak nak singgah bangi. Kejap je dorang singgah & after minum ptg tuh dorang terus bergerak ke umah ateh sbb ade wedding invitation plak kat shah alam malam tuh.
After dorang balik tetiba hasben tanya " Jum gi alamanda nak. Nak crik sticker la. Jumlah. Mana tau baby besok keluar. Dulu alya kan kita sempat gi wedding & shopping sehari sebelum dia deliver".. erm aku ni mula2 mcm malas sangat nak pergi tp bila hasben pujuk2 barulah ok nak gi.. so siap2 kan budak2 & before maghrib dalam kul 6 ktrg keluar. Kat sana just gi mph & dinner kenny rogers jer. Dah settel terus balik umah & solat maghrib kat umah.

dinner kat Kenny Rogers


bila tengok gamba ni baru perasan perut mmg dah jatuh ke bawah..huhu


layankan budak2 nak main benda alah nih



16 March (Isnin)

Pagi ni ada checkup kat Az-Zahrah. After siap2 mandi,  terus gi hosp & amik no. Keluar dah awal tp dapat turn no 14 plak kali nih. So,
after dpt no, ktrg breakfast dulu & disbbkan masih awal lagi, aku soh hasben balik umah dulu bwk budak2.. mau 2 jam nak kena tunggu turn kat klinik nih. Tp Alya nak stay ngn aku kat klinik & amir plak ikut ayah dia balik umah. Sepanjang kat klinik, 2 kali doktor kena tinggalkan klinik sbb kena sambut baby. So, aku dapat jumpa doktor dalam kul 12.45 cmtuh.

Masuk bilik doktor, after bagi salam terus dia tanye aku samada aku dah start sakit or belum. Bila aku bgtahu perut dah start mengeras, terus doktor request nak cek jalan after scan.. huhu. takut kot nak kena seluk2 nih. After scan & doc estimated berat baby just 2.9- 3kg , tiba la masa utk check VE plak. So, tarik nafas dalam2 & after doktor check, jalan dah bukak 7cm. yeay!! Lega aku dengar sebab tak yah nak tunggu lama2 dalam hospital. hehe 

So check in la aku terus dalam labour room dalam kul 1 tuh. Sian alya kena tunggu ayah dia kat luar bilik..nasib baik ada mak bidan yang temankan dia sblm hasben sampai. Dalam 15 minit tunggu, hasben sampai & budak2 ktrg letak kejap kat nursery sementara tunggu famili aku sampai ptg tuh.

Dlm labour room, dapat la makan lempeng & air milo beserta 2 peket biskut sebab tak sempat nak lunch pon sebelum nih. Pukul 2 lebih hasben sampai LR. Time nih aku dah kena drip air induce. Tp alhamdulillah sakit tak kuat. Still boleh berborak dgn hasben & jugak nurse kat situ.



Kul 3, nurse dtg & naikkan sukatan induce. Contraction dah rasa lebih dari tadi tapi masih lagi boleh bertahan & still boleh berborak2 dgn hasben. Dalam kul 330, doktor pulak sampai utk pecah kan air ketuban. After settel, doktor keluar & nurse plak masuk utk check contraction aku. Nurse siap tanye kat aku & hasben slalunye utk baby2 yg lepas after proses pecahkan ketuban bape lame amik masa utk fully dilated. Hasben jawabkan slalunya after pecahkan ketuban cepat jugak nak bersalin. Aku plak otomatik habis je hasben cakap, terus jer rasa sakit &  dah nak meneran sgt2. Dengar jugak nurse check & bgtau "fully dilated..fully dilated..." time nih sakitnya ya allah macam rasa nak terputus nyawa dari badan. Alhamdulillah kul 3.59pm baby selamat dilahirkan dgn berat 3.45kg. Rasa mcm tak percaya sangat sebab proses bersalin sangat cepat & sakit dia aku hanya rasa dalam masa yang singkat ajer. Alhamdulillah sangat2 dipermudahkan..




Friday, February 13, 2015

Checkup 3rd baby @ 34 week

Selasa lepas, checkup baby utk minggu ke-34. Kuar rumah pun dah agak lewat kalau nak compare dgn first visit hari tu. So, merasalah dapat nombor yang tak berapa awal- No 10. Sampai klinik pun dah penuh dgn patient yang masing2 membawak perut yang tgh boyot..hehe. Tapi apa yang boleh aku ckp, masih lagi selesa sedikit walau kena tunggu lama di Az-Zahrah sebab klinik dia lebih besar dari An-Nur. Hari ni, doktor Noraini sampai klinik agak lewat sebab kena uruskan patient yang bersalin pagi2.

Today, budak2 pon ponteng sekolah. Asalnya nak bawak sekali dorang tgk baby, tapi bila dah dapat nombor 10, terus tukar plan. Hasben bawak budak2 jalan jer & aku sorang je yang masuk jumpa doktor. Kul 930 jugak la doktor sampai & aku dapat masuk jumpa doktor around  1115am.

Result:
Berat aku: 57.7 kg
BP: 129/74
Urine: Normal
Berat baby: 2.37 kg

Next appointment 3/3. Time tuh aku dah pon minggu ke-37. Tapi sempat doktor pesan kalau dah sakit2, datang jer klinik utk check. Baik doktor !! Aku pon dah kerap pulak rasa sengal2 badan sekarang nih. Dah penghujung pregnancy tido pon tak lena. Rutin malam2 ulang alik masuk toilet jer sebab asik nak terkencing. Nak bangun dari tido pun dah macam nenek tua sebab sakit pinggang oiii... huhu.

Sekarang nih, tgh melayan sabar dengan perangai Amir yang makin menjadi2 plak hero dia. huhu. Dah la aku ni sakit2 badan/ pinggang. Dia pulak selamba jer boleh main tepuk2 perut aku sesuka hati dia sambil sengih2 . Erm, terpaksa larikan diri bila dia buat perangai camtuh.. Hopefully, bila baby dah lahir, takde dia suka menepuk2 adik dia mcm dia tepuk perut aku...