Monday, November 16, 2015
Sarah 8 bulan & Cuti Depavali
Friday, October 30, 2015
Cuai lagi
Sebelum kejadian Sarah tak berapa sihat tu, actually ada lagi peristiwa menyedihkan berlaku. Again, peti ais tak tutup rapat! Sadis betul. Habis susu bahagian freezer totally out. Semua cair 100% & tak boleh digunakan unless kena guna immediately la. Nasib baik ada jugak beberapa botol susu yang memang aku simpan dalam chiller. So, stok yang tu lah aku guna buat masa sekarang plus stok2 yang terkini.
Waktu hari kejadian masa kat office tu, sebenarnya aku dah rasa tak sedap hati. Bila balik rumah, confirm ada benda yang buruk berlaku. Tapi disebabkan ni 2nd time benda ni jadi, perasaan tu lebih kepada redha & marah kat diri sendiri. Rasa betapa cuai nya aku sebab tak rapatkan peti ais. huhu. Nasib baik la jugak Sarah dah 7 bulan & dah mula makan, so perasaan tu taklah seteruk masa kena first time dulu- waktu Amir just 3 month.
So, sebagai pengajaran, after ni lepas jer bukak peti ais kena pastikan peti ais tutup rapat betul2 after pergi tempat lain.. :)
Thursday, October 29, 2015
Sarah & Pneumonia
Tiba malam, badan Sarah mula panas semula. Tapi kali ni pakej sekali dengan batuk yang lebih teruk dari sebelumnya. So, the next day (Jumaat) aku amik EL utk monitor Sarah. Dekat rumah, bogelkan dia terus just sarung pampers jer. Semua activity buat dalam bilik sbb ber aircond. Tapi badan dia still panas. Makan ubat then suhu akan turun sikit & after 4-5 jam akan naik balik. Weekend balik Melaka & ubat memang continuously bagi on time sebab kalau datang panas dia boleh cecah 39+C. Alhamdulillah, Sarah tak de fit lagi & hopefully dia tak kan kena fit.
Ingatkan demam dia akan kebah after 2-3 hari. Tapi tak. So Isnin, bangun pagi still rasa badan dia panas. Oh yer, start dia demam hari Khamis tu, dia mula tak nak minum susu, merengek & meragam. So, baju aku selalu basah2 waktu pagi sebab bengkak susu. huhu :(. Tiba waktu malam la paling horror batuk dia. Selalunya after batuk, dia akan menangis tanpa henti sampai aku buntu camne nak pujuk dia. Penyudahnya, tidur aku malam2 cuma 2-3 jam jer kot kalau dikumpul tiap2 malam tu. Hari Isnin tuh, aku amik lagi EL & ktrg ke klinik semula. Kali ni dapat antibiotic & husband pon turut demam. Condition Sarah makin worst, demam dengan suhu tinggi, menyusu kurang, batuk teruk & tak boleh tidur lena waktu malam . The next day (Selasa) aku still EL jugak utk jaga Sarah.
Hari Rabu, after 3 hari amik EL aku masuk office sebab Nampak dia dah macam ok sikit. Tapi kat office tak keruan aku kalau teringatkan Sarah. Kejap2 wasap cikgu dia. So petang masa amik dia dari Taska, cikgu bgtahu dia mmg tak aktif langsung. Asik terbaring jer. Badan pon panas2. So, balik dari Taska, terus bagi ubat macam biasa & sama jugak dia meragam waktu malam especially bila datang batuk dia.
Hari Khamis, decide terus gi Klinik tu balik & mintak referral letter utk ke Hospital utk check condition Sarah. Dah dapat referral Letter, terus ke Hospital Pakar Annur. Bila doctor check Sarah, terus kena warded. Tapi sebab ktrg request for Single Bed, Sarah kena admit waktu petang. So, balik rumah, packing siap2 baju & apa2 yang patut. Petang tu after dapat call dari Hospital terus ke sana then Sarah terus kena X-ray, ambil darah & on nebulizer setiap 4 jam.
As expected, Sarah kena pneumonia (jangkitan paru-paru). That's why dia demam tak surut2..huhu. sian dia. So bermalamla ktrg kat hosptital 3 malam. Hasben jaga Amir & Alya kat rumah & akan datang melawat tiap2 hari after breakfast & malam dgn budak2.. Disebabkan banyak giler kahak Sarah dlm paru2 dia, doctor suggest utk buat chest physio (suction) utk buang kahak. Time ni, jiwa mesti kental bila tengok process suction tu. Even Physiotherapy tu dah remind banyak kali utk berjiwa lebih kuat sikit bila tengok suction process tu. Alhamdulillah, dia buat mmg sangat gentle. Sarah mmg nangis2 time kena suction tapi bila tgk hasil nya (kahak banyak keluar) , rasa mcm lega sikit. Malam pon boleh tidur dengan lena without batuk2 lagi. Alhamdulillah.
After 4 hari 3 malam dekat ward, Sarah boleh discharge dengan bekalan ubat yang banyak. Follow up semula dengan doctor hari Sabtu ni. Hopefully dia fully recovered. Tapi the worst part masa Sarah tak berapa sihat ni, susu aku sangat merundum. huhu. Semalam kat rumah Nampak dia mcm kurang puas pulak bila menyusu.. Asyik mengamuk jer bila tengah menyusu. So pagi tadi, dah amik semula habatussauda + Madu utk supplement. Harap2 production susu semakin banyak. Aminn.
Wednesday, September 9, 2015
Perkembangan terkini anak-anak
Lagi beberapa hari Sarah akan masuk 6 bulan. Progress dia setakat ni Alhamdulillah sangat OK. Sekarang dia dah mula bergolek-golek. Dari posisi baring ke tiarap & balikkan semula badan dia then tiarap semula kemudian balikkan semula badan dia sampai tup-tup dah tiba ke hujung karpet.. huhu. Risau jugak kalau atas katil & semua tak perasan alih-alih dia dah ke bawah. Kena extra careful lepas ni. Tido sudah semestinya dalam cot even tido siang pon. Kalau sebelum ni masih berani nak letak dia tido kat tengah-tengah alam atas katil king tu, tapi bila dah start bergolek rasanya dah tiba masanya tidokan dia dalam cot even utk waktu pagi pun. Kalau malam-malam memang dia tido dalam cot sebab kapasiti katil king tu dah tak muat nak tido berlima. Dah namanya tido pun berjemaah, haruslah semua anak beranak semua sumbat atas katil tu..hehe
Buat masa ni, Sarah masih lagi exclusively breastfeeding. Dekat taska, selalunya dia akan minum 4 atau 5 botol susu 4 oz. Atau kadang-kadang just habis 3 botol jer. Ikut mood dia. Kalau dia banyak sangat main atau exercise kat taska, selalunya dia akan kurang minum. Kalau hari tu mood dia nak minum ajer, boleh la abis 5 botol.
Hujung minggu ni ingatkan nak mula bagi solid food kat dia. Last week waktu vaksinkan Sarah, doktor dah bagi guide utk mulakan solid food Sarah. Even ni anak ketiga, berdebar-debar gak la perasaan nak bagi anak makan nih..hehe. Masa time Alya dulu, aku memang excited giler bila nak introduce solid food kat dia. Tepat 6 bulan dah mula bagi puree & Alya bab makan memang laju waktu dulu-dulu. Waktu Amir pulak, perasaan excited tu tak berapa sangat, then aku pon delaykan sampai dia nak masuk 7 bulan. Tapi utk Sarah ni, aku rasa dia memang dah ready utk makan sbb mulut dia akan terkumat kamit la sekali kalau kita tengah makan. Serius aku kadang-kadang serba salah kalau makan depan dia. Sebab nya nanti dia akan tengok jer kita makan tu sambil meleleh-leleh air liur tu. Lagi satu semua barang dia akan jilat & masuk mulut seems dia memang dah betul-betul ready utk makan.
Next topic pulak cerita pasal Amir. Amir sekarang dah 2 tahun 9 bulan. Makin becok, makin menjadi-jadi sikap keabangan, makin protective kat adik & makin keletah. Sarah kemain suka sangat kat Amir sebab Amir suka mengagah dia. Kalau aku mintak tolong Amir tengokkan Sarah, dia agak boleh diharap. Kat taska, dah mula tak ber'pampers'. Alhamdulillah dah lebih kurang sebulan dia free diapers kat Taska. Ni semua sebab cikgu dia yang willing nak ajar dia. Tapi kalau kat rumah, kadang-kadang kitorang pakaikan jer dia pampers sebab takut tak dan nak tengok semua (padahal malas). Erm, rasanya lepas ni, nak suruh dia tak pakai pampers jugak la kat rumah.. Harap-harap diberi kekuatan untuk rajin melayan pundi kencing Amir lepas ni.. hehe
Cerita Alya pulak. Umur dia now dah 4 tahun 5 bulan. Oh my, nak dekat masuk darjah 1 dah budak ni. Kelmarin, masa amik dia dari sekolah, borak-borak dengan cikgu dia pasal progress Alya kat sekolah. Alhamdulillah, cikgu dia bagi positive feedback tentang Alya. Dia cepat belajar & dah mula kenal huruf-huruf. Kalau kat rumah pun, kitorang noticed Alya suka main puzzle. Dia boleh solvekan puzzle sendiri dengan betul. Kadang-kadang, kalau kita belikan dia mainan yang memerlukan build sendiri, insyaAllah dia mampu buat.
Wednesday, April 15, 2015
Bila cucu kat rumah atoknya
Friday, September 5, 2014
Checkup for 3rd baby @ 11week
Alhamdulillah, dah bukak buku pregnancy kat klinik dkt dgn umah ptg td.. Actually tak plan pon nak buat check up. Pergi klinik sbb nak amik krim rashes alya & krim tangan amir. Tp disbbkan nampak mcm best plak kat klinik tuh, terus tanya pndangn hasben pasal bukak buku pregnancy...dia pon ok ajer. So after tanya kat kaunter samada dah bole bukak buku & dia ckp start minggu ke 10 dah bole, terus decide nak go on & buat checkup every month kat sini jer.
Td masa check up aku sorang je masuk jumpa doktor. Hasben teman amir & alya main toys kat luar. Kemain seronok bdk 2 org tuh bila nampak toys yg mcm2 jenis dlm klinik. Alhamdulillah, baby aktif. Sudah mula bergerak2 waktu scan td cuma aku jer blom rasa. Kejap2 wave tangan, kejap2 bergolek2... Kalo ikut perkiraan kalendar, baby dah 11 weeks tp masa scan almost 12 weeks. Alhamdulillah harap baby sihat & sempurna. Edd insyaallah 25/3/15. Same month dgn besday hasben...senang celebrate aje skali nnti.. Hehe.. Result Urine jugak ok ,x de masalah. Riso jugak kot2 kena kencing kotor ker sbb kurang minum air. Tp alhamdulillah semuanya ok. Td kena jugak amik darah utk check HB & hepatitis. Result akan dpt dlm ms 3 hari...Hopefully semuanya normal..
Dah nak masuk bulan ke 3 pregnancy ni, mabuk masih lg x hilang..masih lg x boleh nak hadap air putih sejuk. Kalo dulu air sejuk ajer yg aku suka minum, sekarang ermm sadisss.. So disbbkn tuh aku jd kurang minum air. Bole la jugak nak masuk air suam tu tp mcm x best sgt nk minum jadi terus malas nk minum.. Huhu.. Makan plak, aku agak ok. Kalau kat opis mengunyah jer la kerja aku.. Hehee..kalo x kunyah terus nk muntah..
Penerimaan alya & amir nk dpt baby baru? Of coz la alya hepiiii.. Asik nak tgk baby dlm perut je. Erm x ajak plak dia masuk dlm bilik doc td sbb dia sibuk main. Maybe next time leh masuk ramai2...bila tanya dia prefer adik perempuan ke lelaki, dia pon still x sure..kdg2 nak adik laki..kdg2 nak adik perempuan..hehe. Amir plak? masih lg x paham apa2... Makin aku tunjuk perut ade baby kat dia, makin galak plak dia duduk atas perut aku.hishh...skg sudah makin manja manja manja mengada mengada mengada...amir kalo x nmpk aku, dia ok. Sgt behave. Boleh bawak diri. Tp once nmpak je ibu dia nih, terus jadi lembik.. Nak diri x pon boleh.. Huhu.. Anak la anak...
Tuesday, June 10, 2014
Percutian 4 hari 3 Malam ke Kuching Sarawak
So entry kali ni aku ceritakan dulu pasal percutian ke Sarawak. takut terlupa plak moment2 tu nanti.
11012014- Kuching Sarawak.
Disebabkan first experience utk amir naik kapal terbang waktu tu, so aku adalah sedikit cuak. so, toys yang aku bawak masuk dalam cabin agak banyak gak la sbb nak elakkan dia busan & hilangkan rasa ketidak selesaan dia. Alya plak time ni dah dapat seat sendiri memandangkan umur dia pon dah lebih 2 tahun. Tapi alhamdulillah, Alya & Amir sangat OK naik kapal terbang. Amir boleh gelak2 masa nak take off sebab maybe dia rasa gayat sikit & alya merengek2 sbb nak dok beriba. Tapi sekejap ajerlah dorang camtuh...
DAY 1 ( Citadines Hotel)
Flight pergi ke kuching adalah petang. so sampai sane mmg dah petang & tak de can pun sangat nak berjalan2..kat sana ktrg stay kat Citadiness Hotel, berdepan dengan shopping mall The springs. aku rasa agak heaven la jugak kalau sesapa yang bercuti tanpa kanak2 kecil sbb boleh pergi Mall tuh dgn guna jejantas yg dia attachedkan sekali dgn bangunan hotel. Tp utk ktrg yg bwk dua org tentara kenit nih mmg tak dan la nak gi ke Mall tuh sesaje jer..
Malam tuh ktrg just ke town carik kedai Makan utk dinner jer. After makan round2 kat town & balik semula ke hotel utk tidur.
DAY 2 (Semenggoh WildLife Centre, Pasar Serikin)
Esoknya, Bangun pagi gosok gigi.... siap2 then terus turun pi breakfast provided by hotel. Breakfast dia biasa2 jer.. bolehla nak buat alas perut pagi2.. bila bawak anak2 kecik nih, semua jadual perjalanan bergantung pada mood dorang. kalau OK mood dorang, so OK la jugak jadual tuh mengikut plan asal.
kalau ikut plan day 2 ni ktrg nak pi tengok orang utan (Semenggoh Wildlife Centre). dah sesiap map & segala makanan / toys tuh bergerak la ktrg ke sana berpandukan maps & goggle maps.. tapi nasib tak menyebelahi ktrg sebab ktrg sampai bukan masa feeding orang utan tuh. so kalau bukan feeding time tak boleh la nak menjenguk orang utan tu sesajer sbb dia just open to public waktu time makan jer.. next feeding time petang. tp after diskus ngn hasben mcm malas plak nak dtg balik petang so mmg takde rezeki la nak tgk si org utan
Next destination adalah shopping ke Pasar Serikin. Dari Semenggoh Wildlife ke Pasar Serikin amik masa dalam 2 jam. Agak jauh sebab dia terletak kat sempadan Indonesia. So waktu dalam perjalanan tu mmg agak sedapla jugak Alya & Amir tidur. Waktu sampai sana, mmg sangat panas. Amir & Alya pon mamai2 sbb baru bangun tido. So, mood dorang mmg tak berapa baik time tu. Agak2 10 minit jalan2 kat Pasar Serikin, hujan la pulak...huhu.. dah satu hal plak nak pegang payung sambil masing2 kena berdukung budak2 nih.. erm mmg mencabar sungguh. so disebabkan ktrg pon sama2 penat, sekejap jer kat Pasar Serikin & cepat2 naik kereta balik ke town...
Otw balik ke hotel singgah jap Pizza Hut & tapau jer makanan utk makan kat hotel.. Sampai kat hotel pon dah senja & ktrg just berehat2 kat hotel jer sambil tgk TV.. tp malam tuh sempat la jugak hasben & alya ke town meround2 & carik makanan dinner. Aku & Amir pulak just tunggu kat hotel jer sbb tak larat nak keluar semula.
Day 3 (Rumah Kebudayaan Sarawak, Dayang Salhah Kek Lapis, Round di Kuching Town)
Hari ni pagi2 ktrg dah keluar hotel sbb nak ke Rumah Kebudayaan Sarawak mmg amik masa yang lama jugak. Cuaca mula2 ktrg sampai hujan renyai tapi after a while terus jadi redup jer. so sedap la jugak berjalan dgn cuaca mcm nih.
tiket entry hanya utk aku & hasben jer. budak2 masih lagi free. Kat sini, kita boleh belajar semua budaya sarawak. agak menarik sbb ada rumah2 yang dia buat tu mmg tak pernah pon kita tengok sebelum ni. after dah tawaf semua tempat, ktrg disuruh berkumpul dalam theater sebab ada persembahan kebudayaan dari staf rumah kebudayaan tuh. sgt fun & best persembahan dorang.
Lepas dah settle, terus ke Dayang Salhah kek Lapis. kat sini agak banyak la ktrg memborong kek & terubuk ikan masin yg super delicious tu utk buat buah tangan bagi famili & kwn2.. senang jugak beli belah kat sini sbb dia akan packingkan sesiap dalam kotak utk memudahkan org mengangkut & simpan dalam kargo bila balik nnti..
Then balik hotel, rehat sekejap & terus siap2 utk ke The Spring Shopping Mall. takde ape pon beli kat sini, just dinner jer sambil jalan2 cuci mata jer.
Day 4 (Balik KL)
yeayyyy... sampai umah, lebam tangan sbb mendobi baju plak...hehe

























