Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label aktivity. Show all posts
Showing posts with label aktivity. Show all posts

Monday, November 23, 2015

Majlis Graduasi Tadika & Taska

Hari Jumaat malam berlangsung Majlis Graduasi Sekolah Alya & Amir. Kali ni buat kat Bangi Golf Resort jam 8 malam. So, ptg hari Jumaat amik budak2 awal sikit then ktrg dinner yang ringan2 dulu buat alas perut sebab after Majlis akan disediakan jugak dinner. Amir & Alya sgt excited sebab terlibat dengan performance malam tu. Amir akan buat 2 persembahan & Alya pulak join 4 persembahan. Utk tambahan jugak, Alya akan naik ke pentas utk amik rewards sempena dapat tempat ke-2 utk age 4 tahun kat Tadika dia. Alhamdulillah.


Sampai je kat tempat Majlis, cikgu2 dia terus bawak Alya & Amir ke tempat persediaan. Mula2 Amir macam tanak ikut cikgu dia, tapi after dia tengok kakak dia kemain happy follow cikgu, barulah dia OK. Aku, hasben & Sarah pulak terus masuk hall utk amik tempat. Tapi pot best yang betul2 depan pentas semua dah penuh, so terpaksa la ktrg ke tempat yg kurang best. Ingatkan dah awal sampai, tapi ada lagi yang awal rupanya.


Tapi nasib baik la tak duduk depan sangat. Sebab Sarah bukannya nak duduk pun. Most of the time aku banyak berdiri jer berdukung dia. So, terpaksa la daku ke belakang membawa diri. huhu. Ayah dia offer nak dukung pun dia jual mahal.. Tapi OK jugak bila dapat berdiri, sebab boleh tengok pentas lagi clear dari duduk kat kerusi. hehe.


Masa persembahan, aku tak berapa risau sangat Alya. Sebab ini kali ke-2 dia naik pentas. Lagipun, dari kat rumah lagi dia sibuk practices & tak sabar nak buat persembahan atas pentas. Amir pulak, kat rumah bila kita tanya pasal persembahan dia, macam dia tak excited. Bila suruh joget sikit, macam malu2 pulak depan kitorang. Tapi Alhamdulillah both budak2 tu sangat enjoy perform malam tuh. Amir pon dapat cooperate dengan team member dia dgn baik. Asyik tersengih jer bila habis buat persembahan.

Disebabkan majlis buat malam, Sarah pun agak meragam malam tu sebab waktu tidur dia sepatutnya kul 9 mlm. Dah la selalunya sebelum tido, dia akan golek2 atas katil sambil menyusu, tapi hari ni tak dapekk la. Puas la aku try breastfeed dia tapi ditolak2 tanda protes. hehe. Maybe sebab hall yang bising & environment lain dari biasa jugak dia jadi agak clingy. So at last, amik pot yang best punya duduk bawah kipas sambil berborak dengan sorang kakak  (dia pun tgh tidokan anak dia 7 bulan), susukan Sarah (nasib baik pakai baju utk breastfeeding), then tup2 terus terlena.. So, terlepas la nak tengok persembahan live Korean dance Alya. huhu. Nasib baik hasben ade rekodkan. Tak puas lagi tgk semua performance budak 2 orang tuh.

Utk age 4 tahun, Alya dapat tempat ke-2 dari total 14 student. Actually tak expect pun sebab masa bulan 3 hari tu dia ada cuti panjang sebab aku berpantang. So, rasa agak ketinggalan jugak dia buat masa tu sebab almost 3 month dia cuti sekolah. Tapi Alhamdulillah dia dapat catch up & periksa akhir tahun dia boleh buat. :)

So, Amir bulan 12 ni dia genap 3 tahun. Tapi kalau ikut tahun, dia actually dah 4 tahun. Sian dia sebab lahir hujung tahun, kena mengejar pulak budak2 sebaya dia. Dekat Tadika tempat Alya, seawal 4 tahun dah boleh join, tapi bila tengok dia macam tak bersedia jer, so ktrg masih lagi rasa berbelah bahagi buat masa ni. Tapi bagus jugak bile didedahkan dgn tadika seawal mungkin, at least dia boleh belajar pegang pensel, menulis, & membaca sikit2. Lagipun aku tengok kat tmpat situ, takde la strict sangat. Cikgu dia pun baik. & 1 benda lagi yang buat aku nak jugak hantar dia ke Tadika sebab kawan2 seangkatan Amir mesti akan masuk Tadika jugak, so mestilah dia pun semangat jugak nak belajar bila kawan2 taska dia berpindah ke Tadika jugak.


Monday, November 16, 2015

Sarah 8 bulan & Cuti Depavali

Cuti sempena Deepavali hari tu, kitorang sekeluarga tak kemana sgt pun. Just balik Melaka & Gadek jer. Berehat2 kat kampung dgn family. Amir & Alya mmg suka sangat kalau diajak balik kampung. Ceria jer muka masing2. Cuba kalau kita ajak gi sekolah, murung jer terus muka. Hahaha.

Tidur kat Melaka 1 malam & hari Ahad pagi ktrg bergerak plak ke Gadek. Tapi sebelum ke Gadek, singgah sekejap kat Pantai Puteri Kelebang utk cuci2 mata. Saja jer ajak budak2 gi beach sebab kesian plak dorang takde gi mana2 sebelum tu. Kemain happy budak 2 org tu bila sampai sana. Alya tak habis2 cakap nak main dgn kawan bila dia nampak ada budak2 jugak yang ada kat sana.. hehe. Tak lama pun kat situ. Dah puas main2 kat tepi beach tu, tetiba ada apek jual Ais krim. So belikan sorang satu ais krim, makan then ktrg terus bergerak ke Gadek.




Nasib baik ada cuti panjang. Boleh la budak 2 org tu amik angin kat luar. Kesian sangat kalau budak 2 orang tu bila duduk jer rumah. Kerjanya asyik nak bergaduh jer. Kadang2 tersentuh kulit waktu tidur pon boleh jadi isu sampai berjurai2 air mata..huhu. Tu tak lagi bergaduh sebab berebut barang. Boleh jadi amukan jiwa raga aku & hasben bila tgk dorang gaduh. Huhu. Benda kecik je beb.. tapi kan macam tu la agaknya aku kecik2 dulu..keh keh keh.. so sabar aje la buat masa ni dalam melayan kerenah dorang. Kalau rumah senyap nanti rindu pulak time rumah tengah haruk pikuk..


Sarah pulak sekarang kemain aktif berdiri & mula berpaut pada something utk bolehkan dia berdiri.After dah berjaya berdiri, meniti sikit2 kat tepi tempat dia berpaut tu. Leka sikit agak bahaya jugak sebab kadang2 tu dia boleh berpaut kat tempat yang bahaya. Tempat favourite dia adalah kat tangga yg baru kitorang buat. Fuh bahaya nyer tempat tu sebab curam. Alya & Amir pon kitorang tegah main kat situ. Kira restricted area la dalam kawasan rumah ni. So, sekarang ni kalau aku atau hasben ada kerja nak buat kat bawah, mmg kitorang tak akan tinggalkan dia sorang2.. Sanggup ni angkut semua budak2 tu gi bawah sambil buat kerja kat dapur.

kemain lena tidur dik..

 

Thursday, September 10, 2015

After a year- Cameron Highland Trip ( 29 Aug- 31 Aug)

Bulan 4 last year, ktrg satu famili pergi bercuti ke Cameron Highland. Time tu Farid baru jer kahwin & Amir baru 1 tahun 4 bulan (still baby & tak boleh berenggang ngan aku). Tahun ni, sempena cuti panjang merdeka, sekali lagi ktrg ke Cameron Highland bercuti beramai-ramai. Kali ni, family Farid dah tambah sorang lagi ahli & ktrg pon sama. So, makin meriah & makin havoc.

Tapi disebabkan kali ni, pergi waktu cuti panjang, hazab jugak la bila nak berjalan-jalan kat Cameron. Mostly tempat penuh dengan umat manusia. Jadi aktiviti pun jadi kurang fun bila kena berhimpit dengan ramai-ramai orang. huhu. 

Kebetulan pulak, seminggu sebelum bercuti tu, Amir diserang demam, batuk & selsema. Hampir nak kena warded sebab hampir nak kena pnemonia, but Alhamdulillah after makan ubat dia getting better tapi sehari sebelum ke Cameron berjangkit pulak ke Sarah batuk-batuk tuh. Kitorang pon hampir nak cancel jer trip ni memula but memandangkan tempat tinggal semua dah booking, terus je proceed & standby segala ubat budak-budak tu. 

Bila tiba kat Cameron, maybe disebabkan suhu yang akan sejuk, batuk Sarah makin menjadi-jadi. Kesian sangat tengok dia. Tidur pon asyik terganggu jer sebab batuk. huhu. But Alhamdulillah, petang hari ke-2 & hari ketiga batuk dia dah makin berkurang. Amir & Alya pulak happy ajer bila kat sana. Dorang tu memang kaki berjalan. Lagi-lagi kalau ada aunty-aunty dia. Memang gembira la.

time ni aku dalam kereta sebab Sarah tido.


Farid & his family


Ladang Boh


Mardi


Lata Iskandar. 


Lavendar Farm. 

Thursday, April 23, 2015

Tanpa gadget

Alya & Amir skrg dah takde leka dengan video dari tablet or telefon. Masa start pantang hari tu,  minggu pertama dekat Melaka bukan main syok dorang ber You tube dari pagi sampai ke malam. Yelah, time tu semua org dok ralit dengan baby & Amir time tu tgh ciken pox. So nak alih perhatian dia dari mengacau baby, ktrg biar kan je la dulu. After seminggu tu dah nampak macam kronik je dorang dgn You tube, terus keluarkan bateri telefon & tunjuk kat diorang telefon dah rosak & tak boleh on. Kalau tak keluarkan bateri mmg tak berjaya lah sbb diorang tau je nak on kan semula telefon. So taktik tu berjaya. Awal2 tuh mmg tak sorok pon telefon tu. Kadang2 saja je biarkan benda alah tu kat tempat terbuka sbb bila dorang nak main and nak on nampak mcm rosak. Hihi. Bila Amir or Alya pegang & try nak on tapi tak berjaya nanti dorang akan cakap "telefon dah rosak kan ibu. Nanti ayah repair". Hehe. Terpaksa buat macam tu sbb kalau tak asyik la 24jam dgn telefon sampai kalau ajak makan pon susah.

So now dah sebulan diorang tanpa telefon. Telefon Alya ktrg dah bagi kat ayah mertua utk dia pakai. Biarlah Alya tak ber telefon sementara nih. Telefon aku yg sebelum ni mcm jadik hak milik Amir plak aku dah on kan & aku pakai mcm biasa. After sebulan nih , dorang pon nampak mcm tak heran dah dgn telefon. Kalau aku pakai telefon depan2 dorang pon dah tak jadik masalah & takde pon dorang mintak nak pinjam. Hehe. Rasanya diaorang dah rasa lagi seronok kot menyepahkan umah dari mengadap video jer. 

Yer, bila dah tak ber You tube, aktiviti dorang sgt bebas. Main kejar2 dalam umah, tak cukup tanah dalam umah keluar pulak gi laman main cabut2 rumput. Huhu. Pastu, main kat atas dalam bilik aunty dia. Aku pun tak sure ape aktiviti dorang sebab belum pernah lagi naik tangga buat masa ni tapi yang pasti dari tingkat bawah, macam2 bunyik aku dgr like bunyi seret kerusi, bunyi tapak kaki berlari, ketawa & mcm2 lah. Selalunya mak & akak la yg akan cerita segala benda yg diorang buat kat atas. Ada sekali tu Amir & Alya dlm bilik maktok dia. Time tuh mak tgh solat tp mak cerita dia dengar la sore budak2 tu dok gelak2 sambil kelentang kelentung kat blkg mak. Abis solat, terkejut mak sbb abis penuh rambut Alya dgn bedak tu dikerjakan Amir. Turun2 je masa dinner, dah mcm org tua beruban aku tgk Alya time tuh. Huhu. Tapi kat sini, Alhamdulillah rajin jugak Alya & Amir ikut aunty, atok & maktok dia solat. Bila nampak je org naik atas nak solat, cepat2 dia ikut naik atas sbb nak join solat.

Lagi aktiviti yang diorang suka jugak buat adalah ikut jer bontot atok dia. Mana atok dia gi, dia ikut. Tiap2 pagi, mesti atok dia akan ajak dorang keluar jap samada beli surat kabar atau round2 je dalam taman. Kalau time atok ada kelas pagi tu, sebelum nak gi kelas & kebetulan dorang dah bangun, mmg kena cepat2 la bwk dorang jalan jap. Hehe. Mcm skrg nih, budak2 takde kat umah sbb ikut atok dia gi homestay kejap. Nak kemas homestay sbb ada org nak masuk nanti. Pagi tadi kemain kalut cepat2 nak mandi takut kena tinggal. Kekeke.
Mengembur mainan pon favourite jugak. Yang ni la paling geram aku rasa. Sbb at last ktrg jugak yg kena kemas. Sampai jadi mcm tongkang pecah dorang buat umah ni.

Kesukaan jugak nih. Abis semua kusyen dorang turunkan & lompat2 atas kerusi tak berkusyen.

Monday, February 9, 2015

3 hari 2 malam ke Pulau Pinang

Sebelum bersalin ni, teringin sangat nak gi bercuti dgn family. Nak spent time dgn anak2 & bawak dorang jalan sebab after baby lahir tak tahu la bila boleh gi bercuti relaks2... So, alang2 cuti panjang last 2 weeks sempena Hari Wilayah & Thaipusam, ktrg ke Pulau Pinang utk merealisasikan hasrat yang terpendam...hehe..

Excited giler nak gi bercuti kali ni. Banyak kali ulang2 ckp kat Alya pasal trip nih nak bagi dia teruja sekali. So, after siap dinner hari Jumaat tu, suh Alya siap2 kan homework dia sambil aku kemas2 beg yang nak dibawak.  


DAY 1 (31 Jan 2015)

Bangun pagi siapkan diri sendiri & budak2 & around kul 9 keluar dari rumah utk breakfast dulu. Tengok2 pot kedai favorite full house & terus ke kedai mamak jer kat sekitar tu. After breakfast, terus kan perjalanan ke Penang dalam jam 10 pagi. Sepanjang perjalanan, Alya sangat behave. Dia asik dgn 'baby' dia - kejap2 tepuk2 doll suh tido, kejap2 kang mandikan doll..hehe. Amir plak mmg tak dok diam langsung. 4-5 jam nak melayan Amir melasak dalam kete tu mmg la tak larat kot. So, terpaksa umpan dia dgn telephone soh dia layan video & games. huhu. On the way ke Penang, kereta agak banyak. Maybe ramai jugak yg amik kesempatan utk gi bercuti sempena cuti panjang. Ktrg singgah R&R sekali jer utk tapau sandwich & beli makanan ringan. Alhamdulillah sampai Penang dalam kul 3 ptg & merasalah jugak naik jambatan baru pulau pinang. Sayang plak sbb time naik new bridge tu Alya & Amir tgh tidur. Nak kejutkan tak sampai hati plak. Dalam kul 4 sampai TM resort after meredah jem yang amat kat Pulau Pinang. huhu.



Hasben buat urusan check in sementara aku siapkan budak2 dalam kereta. Ktrg dpt Executive suite yg terletak kat tingkat paling atas sekali- tingkat 3. Pergh! exercise la aku 3 hari ni nak kena naik & turun tangga.. phew...hehe. Apartment mmg luas & ada 2 bilik. Tapi utk family kecik ni pakai satu bilik pon cukup. Masuk apartment rest dulu, makan, tengok TV, mandi2, solat & after Maghrib ktrg keluar semula utk ke Night Market Batu Feringgi.

Agak menarik jugak barang2 yang dijual & mostly tourist yang banyak dtg ke sini. Ktrg just beli seluar hasben & mainan budak2... Sebelum balik, tapau jugak burger utk buat alas perut malam2.. happening jugak la Pulau pinang ni malam2. Dah macam KL pulak!


DAY 2 (1 Feb 2015)

Hari ni pagi2 dah plan ngn hasben nak ke Bukit Bendera. So, after solat & mandi, hasben tapaukan breakfast kat kedai sementara aku siapkan budak2. After semua dah wangi & kenyang, bergerak la ktrg ke Bukit Bendera dgn bantuan waze.. hehe. Sampai sana dalam kul 10 & org pun dah beratur panjang utk beli tiket. Dah dapat tiket nak kena tunggu turn plak naik cable car. huhu. dalam 1 jam jugak la process dari beli tiket sampai dapat turn naik cable car. Nasib baik la Alya & Amir OK sepanjang kat sana.

Naik cable car, Alya mmg teruja. Amir plak sepanjang perjalanan pergi & balik senyap jer duk atas riba aku..hehe. Dia nampak mcm gayat sket & tak berapa selesa. Tapi once jejak je kaki kat puncak, sakan la dia dpt berjalan & berlari. Best jer bila ada kat atas bukit. Sejuk sebab angin kuat. After dah puas bergambar & meronda ktrg turun semula utk lunch plak. Disebabkan masing2 pon dah letih, aku & hasben decide utk makan kat Pizza Hut jer kat sekitar Tanjung Bungah.



Sampai resort dah jam 3 ptg. Solat siap2 then terus la ktrg anak beranak tidur beramai2 atas katil. erm best dapat tido 1-2 jam. Bangun dari tido kul 5 ptg terus kejut budak2 bangun sebab nak terjun swimming pool!! Sian Amir sbb nampak dia tak enjoy mandi swimming pool. Alya jer yang berani main2 air even menggigil sebab kesejukan. Yang si Amir plak, asal masukkan dalam pool menangis2 sambil peluk leher aku.. hehe.

Tak lama pon mandi dalam pool sebab kesian kat dorang yg menggigil2. So, aku bawak budak2 naik dulu sementara hasben lepaskan gian mandi kat situ..hehe. Naik bilik, mandikan dorang semula & siapkan pakai baju sebab malam ni plak plan nak gi Sungai Dua makan mee udang... :)

Keluar before Maghrib & sampai Sg Dua around kul 8 malam. Bersepah la kedai mee udang sepanjang kat Sg Dua tuh. Ktrg masuk salah satu kedai & bila tgk menu tetiba rasa mcm nak makan benda yang lain plak.. So, order nasi 3 pinggan dgn lauk siakap 3 rasa, kailan ikan masin & telur bungkus. Sedap!!...

Dah kenyang, moh la pulang... Kali ni ktrg  balik semula ke pulau dgn menggunakan ferry. Disebabkan dah malam, trip ferry dah tak banyak & terpaksa la menunggu dalam 30 minit utk tunggu turn. Takpelah, tak delah rushing nak ke mana pon. Atas ferry, aku & Amir duduk je dalam kereta.  malas plak nak keluar sebab tak larat plak nak diri lama2. Alya plak nak ikut ayah dia duduk luar menikmati angin laut.


DAY 3 (2 Feb 2015)

Bangun pagi, kemas2 barang & terus check out dari TM resort. Plan asal nak singgah kuala kangsar tapi dah sedap duduk dalam kereta malas plak nak melencong ke Kuala Kangsar. So, terus sahaja direct balik ke Bangi. Sampai rumah pon dah lewat ptg kul 6.. Berakhirlah percutian ke Pulau Pinang 3 hari 2 malam. Jadilah walaupun sekejap jer... :)

Thursday, November 27, 2014

Train Amir & Alya

Seperti yang dijanjikan, sempena kejayaan Amir yang dah tak berputing lagi, aku & hasben spend time weekend lepas utk belikan dorang hadiah. So last week, bangun pagi siapkan budak2 & terus bergerak ke IOI City Mall yang baru jer bukak 20 Nov. Disebabkan Mall tu pon baru jer dibukak 3 hari yang lepas, umat manusia sangat ramai. Dah tu, lantai dia masih lagi berhabuk dgn pasir & kalau kita nak jalan pon kena slow2 sbb takut terjatuh.. Amir adalah jugak 2-3 kali tergelincir & aku pon masa nak keluar dari Mall tu ada gak terjatuh sambil mendukung Amir.. huhu.

Pergi sana actually nak jugak carik barang2 dapur disamping mainan budak2 tuh. Tapi dah masing2 dok tunjuk protest jer after dapat mainan, cepat2 balik2 umah after dah lunch sesiap & ktrg plan utk keluar semula ptg tu carik barang dapur kat tempat lain. So hasilnya, dapatlah belikan dorang train set kat Toy r us sahaja.. huhu

Sampai umah, budak 2 org tu dok pulun main train & 4 kali jugak la bateri kena tukar sbbnya tak berenti la train tu berpusing2..hehe





Wednesday, November 19, 2014

Hari Graduasi Taska 2014

Kemain sangat budak2 skrg ni. Kecik2 dah ada graduasi.. :). hehe. tapi aku suka jer sbb banyak kesan positif bila budak2 dah didedahkan dgn aktiviti ni. Cthnya aku boleh tengok Alya dah semakin banyak belajar sbb sebelum event ni taksa akan buat preparation awal 1-2 bulan. So, bila balik dari sekolah suka la alya dok cerita pasal aktiviti practice persembahan dia..hehe.. & bila tiba event tu, aku & hasben agak bangga la jugak dgn alya sebab dia mmg berani & tak de takut2 nak naik pentas buat persembahan. Even bila ktrg sampai jer kat dewan tu, dia dah start berkumpul dengan cikgu & kawan2 dia utk buat persediaan... Memula tu aku takut gak la kalau Alya nak dok berkepit dgn ktrg bila sampai dewan. Tapi, Alhamdulillah dia OK jer bila disuruh berkumpul dgn kawan2... :)

Bila balik umah & tgk piala yang dia dapat tersengih2 sambil cakap "Alya amik hadiah kat atas pentas sorang2 ...ibu & ayah duduk kat bawah"...hehe... Proud proud proud... Bila tanya best tak naik pentas? Jawapan dia of course la happy. Siap nak buat lagi persembahan lagi tahun depan..

Amir pulak, dia takde join apa2 aktiviti hari tu. Sampai2 sana after majlis perasmian, dia dah selamat tidur beriba. Terpaksa berganti2 beriba Amir dgn hasben sbb aku over excited nak rekod persembahan kakak dia. hihi. Walaupun dewan tu memula agak bahang & bising dgn crowd, tak terganggu langsung aktiviti membuta amir. Cukup time tidur, dia bangun & main belon ngan kawan2 taska dia..





Alya & the geng. Dia sorang perempuan dalam geng persembahan ni.

Kalau ikutkan event tu start dari 2pm-5pm. Tapi tau la bila kita deal dgn budak2, semua plan adalah bergantung pada dorang jugak :).. Kul 5.30 ptg masih lagi tak habis & ada lagi majlis graduasi utk budak 5-6 tahun. So, memandangkan Alya pon mcm dah penat jer, ktrg decide nak balik awal. Terpaksa keluar dewan awal gak sbb nak mengejar Asar kat umah..

  




Thursday, November 13, 2014

Checkup at 5 month & Amir 23 bulan

Last week buat checkup utk 5 bln kat klinik feveret alya. Alya asal ktrg cakap nak gi klinik jer, tersengih2 la dia sambil cakap "kita nak gi klinik mainan yerk"....hehehe. mentang2 la klinik tu ada "kid's corner", suka ajer bila kita ajak gi sana.. :)

Actually, plan asal bukan nak buat followup check up, tapi nak amik MC sbb aku kena sakit mata start hari Isnin lepas. Pastu, ditambah plak dgn Amir yg tiba2 naik rashes kat badan & nak amik skali krim utk dia. Tapi, bila nak isik borang kat kaunter, budak yg jaga tu tanya "nak buat checkup yer kak?".. so, okla terus la buat checkup skali. Lagipon kalau ikut appointment sbnarnye, hari Rabu aku nyer follow up checkup. so, kita awal kan je la 2 hari tuh.

Bila sampai turn jumpa doktor, segerombolan masuk bilik doktor. Memula check dulu condition Amir, & bila dah dapat ubat dari doktor, turn aku lak plak kan? Ingat kan nak soh jer hasben & budak2 stay je skali, tapi meronta2 la Amir & Alya nak dok kat luar nak sambung main..huhu. sabo je la. So, at last, just aku & doktor jer la tinggal dalam bilik tuh..hehe

Dah 5 bulan pregnancy, Alhamdulillah baby dah semakin aktif bergerak2. Kadang2 tuh rasa geli gak bila dia buat aksi akrobatik dalam perut..hehe. Result check up utk hari tu alhamdulillah semuanya normal.

Berat mak baby: 54.5kg (naik 1kg)
Berat baby: 294g
Gender: Masih belum dapat dikenal pasti
HB/ Urine: Normal

Amir skrg nih dah macam makin paham plak yg dia bakal nak jadik abg. Bile sebut baby, cepat2 dia tunjuk perut aku..hehe. Amir lagi sebulan akan masuk 2 tahun. Vocab dia skrg nih dah makin lancar & dah banyak jugak dia boleh sebut. Kalau dalam kereta tuh, nampak bas atau lori jer, terus jerit, "LORI!!!!"...buat masa ni dia tak tau nak bezakan lagi lori atau bas. Tapi kalau kereta, dia dah kenal & dah boleh sebut dgn lancar. Bila duduk dpn buku, nanti bising la mulut dia dok tanya kita " Ni apa? Ni apa? ".. selagi kita tak jawab, bising la nnti mulut dia.. "ibuuuuu, ni apaaaaa?".....

Doa makan dia plak, mmg sangat simple. Dia duduk depan makanan, tadah tangan pastu baca " bismillahirrahmanirrahim...Amin.." hehe. klaka jer. bila kita sebut doa makan penuh2 dia boleh jer ikut, cuma bila suruh baca sendiri, still tak lepas2 lagi.

& lagi satu berita yg best sgt pasal amir, dia dah tak berputing lagi... yeay!!!...Dah nak dekat seminggu dia takde mintak puting. Even nak tido pon, dia dah tak perlu nak bergantung lagi dgn puting. happy nyer aku & hasben rasa..hehe. so pas ni, ktrg kena tunaikan janji plak nak belikan hadiah sbg upah utk alya & amir...




Monday, October 13, 2014

Upah ker rewards?

Aku & hasben kalau nak sesuatu from Alya, buat masa ni ktrg akan umpan dulu dia dgn rewards. contoh nya masa nak ceraikan susu dgn Alya. Dugaan dia Ya Allah mmg kuat. Masa tu kalau kita puji dia melambung2 pon masih tak berjaya. So at last, ktrg try umpan dia dgn "hadiah". So satu malam tu, ckp dgn dia baik2 "Alya..susu ibu utk adik yer, alya minum susu botol k! Nanti kalau Alya dah tak minum susu ibu, ibu & ayah bagi hadiah"... Be it org dewasa pon kalau kita sebut je hadiah, siapa yang tak suka kan? So, Alhamdulillah agak berkesan dgn cara tu. Tak kisah la hadiah tu besar atau kecik but kalau sesuatu yg mmg boleh buat dia happy dah kira misi berjaya la .. hehe.. Kita dapat sesuatu yg kita nak dari dia, and dia pon akan dapat sesuatu after berjaya buat misi yg kita suruh :)

Masa awal2 dia berjaya tak berpampers pon, ktrg pon ada jugak bagi hadiah sempena "kejayaan" dia. Bgtau dgn dia siap2 "ni hadiah sbb alya dah big girl, tak pakai pampers". Aku rasa perlu jugak kita bgtahu sebab2 kita bagi dia "hadiah' tu so that dia akan tahu kalau dia boleh buat benda yg elok, bagus dia akan dapat rewards yang best.. tu pon boleh jadi part of dia punya pembelajaran la jugak..

Baru2 nih, hasben ada buat deal jugak dgn Alya utk bagi Amir tak berputing. Disebabkan Amir masih lagi tak paham apa2, hasben deal "kalau Amir dah tak pakai puting lagi, Alya leh dpt belon Spongebob & Amir pon dapat hadiah gak".. terpaksa ktrg gunakan jugak Alya dalam kes ni sbb asal aku sorokkan puting Amir, ade jer yg nnti backup adik dia soh pulangkan puting tu kat adik dia balik.huhu. Tp skg tidak lagi!!!! hehe.. .kalau Amir dok tercarik2 puting dia je skg nih, nnti adalah sore2 yg support aku & hasben "Amir, puting amir dah takde... cikgu dah amik".. atau  "amir takyah puting lagi lah"...hehhe.. gittew!!! Pandai kan Alya.. nak belon Spongebob lettew...

Sometimes, aku rasa seronok jugak kalau kita guna cara nih. Berjaya buat sesuatu = dapat rewards. Tapi bukan semua benda la kita boleh bagi upah nih.. Utk sesuatu benda yang aku rasa agak susah & mencabar, bolehla kalau nak dipraktikkan dgn cara nih. Maybe bila dia dah besar nnti dia boleh realize yang dgn buat sesuatu yg sungguh2, besar ganjarannya yang dia akan dapat...

Sekian.eh tetibe..

Monday, June 30, 2014

Kenangan puasa

Assalamualaikum. Selamat berpuasa!! dah 2nd day puasa hari ni. harap bertambah cergas & bertenaga dari semalam. Tak tahu ape silap semalam, petang2 dah collapse macam kan hapa. nak menunggu waktu berbuka dah menggigil2 satu badan. padahal dah bersahur pagi2 tuh,  siap makan nasik lauk rendang ayam lagi.. huhu. sedap betul rendang mak mertua + hasben buat...

so, hari ni masih lagi bersahur dgn nasik dgn harapan tenaga makin OK. ditambah lagi dengan makan malam semalam betul2 sebelum tido utk make sure perut kenyang. hehe.. giler buruk perangai aku boleh tido lepas makan....takpe2, next time tak buat lagi...

tetiba terkenang waktu aku berpuasa waktu pregnantkan alya (2 month pregnancy).  ingat lagi aku kena ganti puasa 18 hari sbb mmg tak larat nak puasa, asik muntah, muntah & muntah. actually, even aku tak puasa waktu tuh pon, aku bukannya makan/ minum pon. sama jer dgn orang2 puasa sbb nak masuk makanan minuman mmg tak boleh langsung. teguk air putih, keluar air putih. makan mee, keluar balik mee. so, tak puasa aku time tuh just utk bagi tenaga sikit2 utk aku buat kerja. masuk dalam perut sikit, tapi yang keluar banyak... takpelah at least ade la jugak baki2 makanan & minuman dalam perut. tapi mmg teruk betul la alahan waktu pregnantkan alya. siap kena warded utk drip air sebabnya dehydrated & takde energy. lagi sedih kena plak warded petang2 sebelum raya.. huhu. so, first raya bersama hasben adalah dalam ward kat hospital pantai.. hehe. hensem hasben aku dalam ward, siap pakai baju raya lagi teman wife dia dalam hospital..hehe. mmg kenangan betul la..

pastuh waktu pregnantkan amir plak, time tuh aku dalam 7 bulan pregnancy. dah masuk 2nd trimester tenaga mmg banyak. alhamdulillah dipermudahkan & boleh berpuasa dgn sangat gembira. cuma kena ganti 2 hari jer sbb aku demam & cirit birit. sepanjang pregnantkan amir, aku xde kena alahan yg teruk macam alya. aku boleh makan banyak2 & badan pon cergas. tp satu kemuskilan jer time preggy amir sbb berat aku x berapa naik. risau jugakla kalau2 baby x membesar, tapiii sekali keluar je baby hurm puas gakla kena meneran si baby 3.55kg ni..hehe





sungguh2 amir ni memeluk kakak dia. dah la peluk erat2 pastuh boleh plak dia landing badan dia kat alya..
hehe. sian sungguh si kakak yang kecik comel lote tu bila kena peluk dgn adik yang kuat gagah perkasa..hehe. sampai ke belakang badan alya nak tampung berat si adik


Wednesday, June 18, 2014

Diaper less project for Alya

Alhamdullillah, Alya dah berjaya tak berpampers di pagi & ptg, cuma malam nak tido jer dia still pakai. Apa yang aku boleh katakan process utk alya dari ber 'pampers' ke free diapers ni sgt smooth & langsung takde drama air mata. maybe this is the time & alya mmg dah fully ready. Sgt sukses bagi aku & hasben sbb dia takde pon "terbabas" kencing kat karpet atau pon luar toilet. 

Actually, sebelum ni dah banyak kali aku pujuk2 dia terus je buang hajat dlm toilet.  Even, dah sogok dgn segala bagai hadiah pon, dia still taknak & masih selesa dgn pakai pampers. Sampai la baru2 nih waktu aku tgh tidurkan amir, terdengarlah conversation between hasben & alya. Time ni alya baru je buang air besar & mintak ayah dia basuhkan & tukarkan pampers.

< ayat after olah>
Hasben: Pas ni kakak tak yah pkai pampers k!
Alya: OK. Pas ni kakak kencing dalam toilet jer.
Hasben: kalau nak kencing bagitau ibu ngan ayah.
Alya: OK.

kuar jer toilet, terus dua beranak tu tgk TV & takde adegan pakai2 pampers. Pastu aku tertido dgn amir dalam bilik. Tetiba jer, dlm 10 minit tu, aku terjaga sebab alya kejukan nak terkencing. Bila teringat jer dia tak pakai pampers, kalut betul aku rasa sbb takut dia mmg dah tak tahan sgt nak terkencing. tp amazingly, alya rileks jer gi toilet (tak kalut mcm aku) & terus buang hajat dia.. OH MY GOD!!! I kagum OK!! time2 tuh rasa nak menangis sbb rasa dah dewasanya anak aku ni.. heheh..OK, yang ni mmg over.. semua benda aku nak sebak. dulu time dia cerai susu, nak sebak. Yang ni dah berjaya kencing dalam toilet pon nak sebak.. hahaha. after dah success buang hajat, berbakul2 la pujian aku bagi kat dia smapai la dia seronok..hehe

Sebelum ni aku ada baca la jugak tips2 utk ajar anak kencing dlm toilet. 1 of the cara, tanya anak 10 minit skali kalau dia ade rasa nak terkencing. pas tu, jarakkan sikit masa ke 20 minit & seterusnya.. Tapi, Alya ni mmg tak sempat aku nak tanya samada dia nak terkencing atau tak. Sbbnya setiap 10 minit tuh dia akan ajak aku ke toilet sbb nak kencing.. hehe. maybe dia pon takut terbabas kat luar.



so, aku rasa tips utk train anak free diapers ni just train dia once dia mmg dah ready & biarlah dia rela hati. Paksa2 ni not good, sbbnya kita akan letih sbb perlu extra keja utk mop lantai & anak pon x hepi sbb kebarangkalian dia terbabas tu tinggi... peace!!
 


Monday, June 16, 2014

Trip Ke Beijing China 280514

nampaknya semua entry dalam blog ni semua pasal aktiviti2 yang dah lepas sebulan dua.. hehe. awal tahun mmg bizi. x sempat nak update blog. & kdg2 bila dah free sikit mood pulak takde. huhu. acaner? so disbbkan last week cuti sekolah, ramai yang cuti & kerja x banyak, gigih la aku transfer gamba2 lama utk buat entry dalam blog. sayang jugak kalau tak simpan kenangan kat sini.

so, ni last entry pasal vacation yang dah pon berlalu end of May. Alah, tak la lama sgt pon, baru jer lepas beberapa minggu. hehe. Percutian dgn famili mertua ni ktrg ke Beijing china.


DAY 1 :280514 - Berkumpul di KLIA2, Taishun Business Hotel, Beijing.

Flight dari Malaysia kul 630pm. Mak ayah sampai dari Melaka plak dalam tghari. So, cab dtg kul 2 after solat Zuhur. Before cab sampai sempat jugakla amir membuta sesiap kat umah. so, mood dia dkt airport sgt baik. Agak huru hara masa nak check in sbb ktrg menggunakan tour. huhu. penat beb!! kelam kabut & ktrg check in pon lambat sbb nak bergerak beramai2. entahlah aku macam tak galakkan orang yang bawak baby & budak kecik menggunakan tourist guide ni kalau nak pi bercuti beramai2. penat dia akan jadi berkali2 ganda dari yang lain... kena ikut timing, bersesak2 & tak berapa nak enjoy sikit sbbnya kena ikut jadual.





So, after masuk kapal terbang & makan malam amir berjaya ditidurkan. Alya plak, sepanjang 6 jam perjalanan ke Beijing mmg tak tidur langsung. tapi nasib baik dia tak meragam... Touch Beijing dalam jam 1 lebih pagi & terus check in Hotel. Alhamdulillah hotel selesa. Disebabkan ktrg berempat, bilik pon agak besar. 2 katil queen & 1 katil single. Tp katil single tak guna pon, ktrg just rapatkan 2 katil queen pon dah selesa & cukup.


DAY 2: 290514- Tianmen Square, Forbidden City, Silk house, Acrobatic Show

Pagi2 dah kena gerakkan budak2 bangun. sian dorang.. huhu. kol 9 kalau ikut plan dah nak kena berkumpul. cer bayangkan  malam tu check in hotel dalam kul 4 pagi. so dalam 5 jam jela ktrg sempat tido. kita yang dewasa ni takpela jugak nak kena paksa bangun. tp budak2 la sian.. huhu.

so after breakfast, ktrg ke first destination Tianmen Square & Forbidden City menggunakan Bas pelancong. dalam bas, ktrg duduk tempat yg paling hujung sekali. so agak selesa la jugak utk amir & tido sambil baring. Suhu kat Beijing first day tu 41 degree. sumpah panas yang sangat terik...

Nak berjalan dgn suhu panas ni tak berapa best pon. just amik2 gamba & selebihnya just ikut jer tourist guide utk lengkapkan jadual. Alya & amir plak first day ni meragam plak. maybe disbbkan perubahan cuaca & tak berapa selesa dgn aktivity ni.

umat manusia yang berjuta2 kat beijing.. 


amir & alya masuk jer dalam bas terus tido. makanan plak dah siap2 tapau dari hotel


at Tianmen Square. Panasnya Ya Allah mencucuk2..


moody alya. 


monyok jer muka.


nasib baik bawak stroller. mmg membantu sangat2 kat sana..


amir berteduh di sebalik stroller.


amir membontoti photographer plak.. hehe


kejap je jangka hayat payung ni..


alya banyak menghabiskan masa dalam stroller..hehe


masing2 carik tempat berteduh.. panas hoii




After dah complete round kat Tianmen Square & Forbidden City, ktrg terus ke Restoren utk lunch. Tapi mak aihh jauh tu perjalanan nak ke Restoren. Banyak juga nak kena merentas jalan, kedai & mcm2 la.. sampai restoren banyak betul lauk yang dia hidangkan. Tp first day ni balun jer la apa yang ade. after dah mkn & kenyang terus naik bas & bergerak plak Silk House.

Sepanjang kat Silk House ni, amir tido jer dalam stroller. Nak ke kedai dia plak nak kena menapak anak tangga. so aku berganti2 dgn hasben utk tgkkan amir. takde beli apa pon kat sini sbb rasanya kat Malaysia lagi cantik kain2 dia. ada certain2 barang tuh rasa mcm tak logik plak dgn price dia. siap boleh turun lagi harga smapi 70 percent.. yelah tuh..





lama jugak la kat Silk House ni memandangkan ramai jugak yg membeli belah kat situ. after semua dah puas bershopping ktrg terus bergerak ke Acrobatic Show Theater. yang kat sini aku enjoy especially show motosikal dalam gelung. pergh!! kecut perut tgk aksi dorang. amir sian sangat tak selesa dlm theater ni sbb dia baru lepas "melepaskan hajat". hehe. so asik berbunyik je la dia sbb nak soh tukar pampers. show ni dalam sejam jugak & keluar theater pon dah malam.. so dlm kul 8 jugak sampai hotel then terus berehat2 & tidor.





DAY 3: 300514- Jade Museum, Great Wall of China, Crystal Shop, Burning Cream Center

hari ni dah x berapa liat sgt alya & amir bangun. semalam balik hotel , mandi2 dorang terus masuk tido. so after breakfast, dalam kol 9 dah kena berkumpul depan lobi hotel.

tempat pertama yang ktrg singgah adalah Jade Museum. Kat sini, aku tak keluar bas disbbkan amir & alya tido. so hasben je la keluar dgn yang lain2.. kalau kat china ni dia punya minyak kereta adalah 2 kali ganda dgn harga kat mesia. so kalau berenti even sekejap jer mmg dorang akan tutup enjin & aircond. so, bahang giler dok dalam bas tu. dahla sambil berpangku amir. so, sambil berpangku, sambil mengipas dorang.

setiap pagi apek ni ada dpn hotel. hari ni beg kecik yang dia pegang tu dia jual 20 keping 100 yuen. aku rembat. tp besoknya plak dia jual 25 keping 100 yuen plak..cissss!!



nama lain hotel tuh








dalam sejam jugak kat Jade Museum. so after dah siap, terus ke Great Wall of China. disebbkan baru bangun tido, mood alya & amir sgt tak baik.. dua2 mintak aku berdukung. huwargh!!! patah pinggang..amik gambar ramai2 pon aku x join sekali sbb dua2 melalak. apatah lagi nak menapak naik Great Wall. so kejap je la naik, then cepat2 turun cari tempat teduh

kuat angin. sampai berterbangan topi amir


panas tp angin kuat


nak mintak berdukung. ayah dia offer nak mendukung tanak..


dua2 mencebik





last2 ayah dia belikan belon terus hepi




alhamdulillah sepanjang kat Beijing, kesihatan budak dorang ni sgt baik. aku noticed dorang pon byk minum air putih. satu hari bape kali kena tukarkan baju amir tu sbb basah



dah selesai kat sini, ktrg terus bergerak ke restoren utk makan tghari. masing2 dah kepenatan & alya amir pon mkn sikit jer. restoren muslim ni ada jugak disediakan ruang solat. after solat sesiap, masing2 terus ke kedai2 cenderahati yg terletak kat tempat laluan utk pergi ke bas. tp ktrg x de membeli apa2 pon. just cuci2 mata jer.

After semua dah berkumpul, ktrg ke Crystal Shop plak. Nasib tak menyebelahi ktrg jugak sbb mood budak 2 org ni tak OK jugak. so, turun je bas, terpaksalah ktrg berempat berehat2 di depan shop tu. tp sempat jugak masuk ke dalam shop utk tgk crystal. tp satu pon aku x berminat.

Lepas ke Crystal shop, ktrg ke Burning Cream Center plak. Tp aku x turun rasanya sbb amir tido. alya, hasben & lain turun ikut tour tu. Sebelum balik ke hotel, ktrg singgah lagi ke restoren yang lain utk makan dinner. then terus balik ke hotel. Kat hotel plak, tourist guide tu dah bawak penjual yang jual baju, cenderahati, sarung bantal, alas meja kat hotel. so malam tu aku just ke bilik tu utk shopping jer. rasanaya berbaloi jugak membeli dgn dia..


DAY 4: 310514- Pearl center, Bird Nest, Muslim Supermarket, Foot Massage, Shopping Market

Hari ke 4 ni badan dah start lemau2.. rasa mcm tak sabar nyer nak balik malaysia. disbbkan cuaca panas yang amat kat Beijing, ruam amir banyak betul timbul kat muka. sian dia..





Tempat first today adalah ke Pearl Center. Tapi macam biasa dekat sini pon, aku just cuci2 mata je. membelinya idok la.. mmg tak berminat. dalam 2 jam kot kat Pearl Center sbb ramai jugak yg tertarik utk membeli & after semua dah puas bershopping barulah ktrg ke tempat seterusnya.

next destination adalah Stadium Sarang Burung. Cantik sgt stadium tuh. tapi ktrg x sanggup nak menapak dekat dgn stadium sbb panas terik. amir & alya pon gembira je sepanjang kat Bird Nest ni. kemain sgt alya bila asik bergamba dgn maskot2 kat situ..












Dah puas bergamba kat sini, ktrg lunch dulu ke restoren. sblum ke restoren singgah dulu kat Muslim supermarket. sempat jugak la alya pow mainan kat situ..hehe. after dah lunch ktrg ke Foot Massage plak. kat sini around sejam & pas dah setel ke tempat shopping pulak. hehe.

Kat market ni, mmg kaw2 dia letak harga barangan tuh. hasben beli seluar jeans sbb dah tak cukup seluar. harga first yang dia letak mmg mahal bebenor siap beribu riban. so tips utk membeli, kita terus letak harga yang kita nak (yang pling rendah & lagi rendah dr harga kat M'sia). kalau dia tak setuju, kita jalan jer buat tak tau smapai dia setuju ngan harga tuh. Tp agak dasyat jugak cara dorang ni berniaga. sbb kasar & terlalu memaksa2 org membeli. tak berkenan betul aku. Dekat Markat ni, just membeli seluar jeans hasben & mainan utk alya & amir jer.

Habis jer shopping dah nak dekat malam. so naik je bas, & terus balik ke hotel.


DAY 5: 010614- Tea House, Summer Palace, Bamboo Carbon Shop, Market.

Pagi2 berkumpul & terus ke Tea House. Kat sini, aku tak turun sebab menemankan amir tido.. nasib badan!!hehe... tapi sekali sekala best jugak bila dapat rest waktu dorang semua takde dlm bas. aku boleh membongkang tido skali dlm bas...hehe.. Kat Tea House ni, hasben ade la jugak membeli teh2 tu share dgn famili. so kiranya, masing2 dpat la merasa sikit2 bbrp jenis teh tu.



tempat seterusnya adalah ke Summer Palace. Again aku x turun sbb amir masih lagi tido. tp kali ni hasben pon join sekali sbb alya tido berpangkukan dia.. hehe. so adelah peneman dalam bas. dah settel urusan kat sini, ktrg ke Bamboo Carbon Shop plak. Dah namanya pon Bamboo Carbon, so barang2 yang dijual kat sini semuanya berkaitan dgn bamboo ajer. pon tak berminat nak membeli. Kejap jer ktrg berempat shopping kat sini. 1 kali round kat shop & terus tunggu kat luar ..haha.

biskut tiger yang rasa berkali2 ganda sedapnya bila kat Beijing.. hehe

Disebabkan dah hujung2 trip nih, aktivity seterusnya banyak dihabiskan dgn shopping. seronok jugak bila bershopping ni. takde la tensen dgn masa sgt. so after Bamboo Carbon Shop, ktrg terus ke Market 1. actually today ktrg di bawa ke 2 tempat Market. Tp sbb lupa nama Market tu aku just name it as Market 1 jer.. kat Market 1 ni lagi best dari Market semalam. Penjual dia agak OK & barang dia aku tgk lebih banyak pilihan. Kat sini, hasben beli jacket moto & aku pon ade jugak membeli blouse, baju cheongsam utk alya & amir. Ktrg diberi masa 2 jam utk shopping kat sini & then terus pulak ke Market 2. 
Kat Market 2, penjual dia pulak kasar bebenor. once ko dah masuk kat shoplot dorang & dah start tanya2 harga, jgn harapla boleh lepaskan diri sesajer jer..huhu. nasib baik kat Market 2 ni ktrg just makan angin jer. Siap ade plak adegan kejar mengejar between penjual dgn mat salleh. takut den.

banyak betul yang lain bershopping kat 2 tempat nih. after dah siap bershopping, ktrg singgah ke 1 restoren utk dinner sebelum balik hotel.




DAY 6: 020614- Tianjin, Cultural Street, Market 1, Beijing Airport

Hari ni last day ktrg kat Beijing. Flight balik ke KL adalah jam 1 malam 3 hb. So pagi2, dah siap kemas2 barang & check out. Semua barang simpan dulu dalam bas & after dah habis jalan2 terus transfer ke Airport. Tempat yang ktrg pergi adalah ke Tianjin. Jarak antara Tianjin & Beijing dalam 3 jam lebih. Cuaca kat sana lebih sejuk dari Beijing. So nyaman jer rasa. Kat tianjin, ktrg just lunch & ke Cultural Street. Cultural Street ni konsep dia lebih kurang macam Jonker Walk Street kat Melaka. So takde pon membeli ape2 kat sini.

Dah selesai ke Tianjin, ktrg balik semula ke Beijing sbb masing2 tak puas bersopping kat Market 1, termasuklah ktrg sekali..hehe. so sampai Beijing pon dah dalam kul 3 pm. ktrg diberi masa 2 jam setengah utk shopping sebelum semua kena berkumpul kat food court utk dinner sebelum ke Airport.










Kat Market 1, aku beli beg utk kakak & emak, Souvenier, beg utk diri sendiri & hasben beli helikopter mainan utk diri sendiri..hehe.. utk budak2 takde sbb dah beli mainan utk dia sbelum nih.. cepat2 shopping then terus ke food court & calloo ke Airport...


beradu waktu ktrg bershopping.