Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, February 9, 2015

3 hari 2 malam ke Pulau Pinang

Sebelum bersalin ni, teringin sangat nak gi bercuti dgn family. Nak spent time dgn anak2 & bawak dorang jalan sebab after baby lahir tak tahu la bila boleh gi bercuti relaks2... So, alang2 cuti panjang last 2 weeks sempena Hari Wilayah & Thaipusam, ktrg ke Pulau Pinang utk merealisasikan hasrat yang terpendam...hehe..

Excited giler nak gi bercuti kali ni. Banyak kali ulang2 ckp kat Alya pasal trip nih nak bagi dia teruja sekali. So, after siap dinner hari Jumaat tu, suh Alya siap2 kan homework dia sambil aku kemas2 beg yang nak dibawak.  


DAY 1 (31 Jan 2015)

Bangun pagi siapkan diri sendiri & budak2 & around kul 9 keluar dari rumah utk breakfast dulu. Tengok2 pot kedai favorite full house & terus ke kedai mamak jer kat sekitar tu. After breakfast, terus kan perjalanan ke Penang dalam jam 10 pagi. Sepanjang perjalanan, Alya sangat behave. Dia asik dgn 'baby' dia - kejap2 tepuk2 doll suh tido, kejap2 kang mandikan doll..hehe. Amir plak mmg tak dok diam langsung. 4-5 jam nak melayan Amir melasak dalam kete tu mmg la tak larat kot. So, terpaksa umpan dia dgn telephone soh dia layan video & games. huhu. On the way ke Penang, kereta agak banyak. Maybe ramai jugak yg amik kesempatan utk gi bercuti sempena cuti panjang. Ktrg singgah R&R sekali jer utk tapau sandwich & beli makanan ringan. Alhamdulillah sampai Penang dalam kul 3 ptg & merasalah jugak naik jambatan baru pulau pinang. Sayang plak sbb time naik new bridge tu Alya & Amir tgh tidur. Nak kejutkan tak sampai hati plak. Dalam kul 4 sampai TM resort after meredah jem yang amat kat Pulau Pinang. huhu.



Hasben buat urusan check in sementara aku siapkan budak2 dalam kereta. Ktrg dpt Executive suite yg terletak kat tingkat paling atas sekali- tingkat 3. Pergh! exercise la aku 3 hari ni nak kena naik & turun tangga.. phew...hehe. Apartment mmg luas & ada 2 bilik. Tapi utk family kecik ni pakai satu bilik pon cukup. Masuk apartment rest dulu, makan, tengok TV, mandi2, solat & after Maghrib ktrg keluar semula utk ke Night Market Batu Feringgi.

Agak menarik jugak barang2 yang dijual & mostly tourist yang banyak dtg ke sini. Ktrg just beli seluar hasben & mainan budak2... Sebelum balik, tapau jugak burger utk buat alas perut malam2.. happening jugak la Pulau pinang ni malam2. Dah macam KL pulak!


DAY 2 (1 Feb 2015)

Hari ni pagi2 dah plan ngn hasben nak ke Bukit Bendera. So, after solat & mandi, hasben tapaukan breakfast kat kedai sementara aku siapkan budak2. After semua dah wangi & kenyang, bergerak la ktrg ke Bukit Bendera dgn bantuan waze.. hehe. Sampai sana dalam kul 10 & org pun dah beratur panjang utk beli tiket. Dah dapat tiket nak kena tunggu turn plak naik cable car. huhu. dalam 1 jam jugak la process dari beli tiket sampai dapat turn naik cable car. Nasib baik la Alya & Amir OK sepanjang kat sana.

Naik cable car, Alya mmg teruja. Amir plak sepanjang perjalanan pergi & balik senyap jer duk atas riba aku..hehe. Dia nampak mcm gayat sket & tak berapa selesa. Tapi once jejak je kaki kat puncak, sakan la dia dpt berjalan & berlari. Best jer bila ada kat atas bukit. Sejuk sebab angin kuat. After dah puas bergambar & meronda ktrg turun semula utk lunch plak. Disebabkan masing2 pon dah letih, aku & hasben decide utk makan kat Pizza Hut jer kat sekitar Tanjung Bungah.



Sampai resort dah jam 3 ptg. Solat siap2 then terus la ktrg anak beranak tidur beramai2 atas katil. erm best dapat tido 1-2 jam. Bangun dari tido kul 5 ptg terus kejut budak2 bangun sebab nak terjun swimming pool!! Sian Amir sbb nampak dia tak enjoy mandi swimming pool. Alya jer yang berani main2 air even menggigil sebab kesejukan. Yang si Amir plak, asal masukkan dalam pool menangis2 sambil peluk leher aku.. hehe.

Tak lama pon mandi dalam pool sebab kesian kat dorang yg menggigil2. So, aku bawak budak2 naik dulu sementara hasben lepaskan gian mandi kat situ..hehe. Naik bilik, mandikan dorang semula & siapkan pakai baju sebab malam ni plak plan nak gi Sungai Dua makan mee udang... :)

Keluar before Maghrib & sampai Sg Dua around kul 8 malam. Bersepah la kedai mee udang sepanjang kat Sg Dua tuh. Ktrg masuk salah satu kedai & bila tgk menu tetiba rasa mcm nak makan benda yang lain plak.. So, order nasi 3 pinggan dgn lauk siakap 3 rasa, kailan ikan masin & telur bungkus. Sedap!!...

Dah kenyang, moh la pulang... Kali ni ktrg  balik semula ke pulau dgn menggunakan ferry. Disebabkan dah malam, trip ferry dah tak banyak & terpaksa la menunggu dalam 30 minit utk tunggu turn. Takpelah, tak delah rushing nak ke mana pon. Atas ferry, aku & Amir duduk je dalam kereta.  malas plak nak keluar sebab tak larat plak nak diri lama2. Alya plak nak ikut ayah dia duduk luar menikmati angin laut.


DAY 3 (2 Feb 2015)

Bangun pagi, kemas2 barang & terus check out dari TM resort. Plan asal nak singgah kuala kangsar tapi dah sedap duduk dalam kereta malas plak nak melencong ke Kuala Kangsar. So, terus sahaja direct balik ke Bangi. Sampai rumah pon dah lewat ptg kul 6.. Berakhirlah percutian ke Pulau Pinang 3 hari 2 malam. Jadilah walaupun sekejap jer... :)

1 comment:

  1. Lucky Club Casino Site | Live Casino Review |
    Lucky Club is an online casino operated by Caesars Entertainment. It is owned and operated by the same company. The site has an 카지노사이트luckclub international license from the  Rating: 4.2 · ‎Review by LuckyClub.

    ReplyDelete