Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label suami. Show all posts
Showing posts with label suami. Show all posts

Monday, June 16, 2014

Alhamdulillah 4 Tahun sudah

actually, date ktrg ke Beijing hari tu merupakan anniversary perkahwinan yang ke-4 aku & hasben. so kiranya vacation tu part of celebration jugakla bg ktrg..hihi..

Alhamdulillah, dah masuk 4 tahun usia perkahwinan nih, dah makin memahami masing2. benda yang dia tak suka dah slowly boleh aku detect & benda yg aku x suka pon dia dah boleh tau.. kadang2 tuh benda2 kecik dah malas nak amik kisah sgt & buat2 diam jer sudah. tp sekali sekala tu ade la jugak terlepas letupsnya...hehe.. elleh biasala kehidupan suami isteri ni. ada pasang surut, masam manis nya. 

so kepada my hasben a.k.a ayah kepada anakku, semoga bertabah dgn kerenah isterimu ini..hehe. didoakan juga agar hubungan kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat..

kami sayang ayah!!!- dari kami : alya, amir & ibu

Tuesday, June 4, 2013

alhamdulillah, sudah 3 tahun!!

28 May lepas genap 3 tahun usia perkahwinan aku & hasben. Alhamdulillah! seriously aku bahagia bersama hasben dgn kehadiran anak2.. semoga ikatan aku & hasben akan berkekalan hingga ke akhir hayat & kehidupan kami bersama anak2 diberkati ALLAH SWT. amin...



Monday, May 28, 2012

Entry khas buat En Fairudin

Khas buat suami ku, Fairudin bin Borhan.

Happy anniversary yang ke-2 abg!!!!!...terima kasih kerana sudi utk menjadi pendamping saya selama ini, menjadi bahu utk saya tumpang menangis (sob sob), menjadi imam kepada keluarga & menjadi hero kepada saya & anak anak.. :) walaupun usia perkahwinan yang boleh diumpamakan sperti anak yang baru bertatih, doa & harapan saya semoga kita berdua akan terus saling percaya menpercayai antara satu sama lain dalam membina keluarga yang semakin bercambah & mencambah ini..

Alhamdulillah, masuk tahun ke dua perkahwinan, anak yang sulung kita dah pun berusia setahun sebulan & Insha Allah adiknya pula bakal melihat dunia tahun ini jugak. Betul la seperti yang orang tua-tua ckp, kahwin itu ada rezekinya. walaupun rezeki itu tak dapat dilihat dgn mata kasar, tp cukuplah kalau kita tak pernah merasa kehidupan terlalu sempit after kita berkahwin. Dgn mempuyai anak di usia perkahwinan yang muda, merasai utk makan minum yang cukup, mempunyai tempat berteduh yang sangat selesa malah berpeluang utk bercuti ke sana sini dgn duit yang ada, syukur sangat saya dgn kehidupan yang kita dah lalui sepanjang 2 tahun ni.

Walaupun kehidupan kita as suami isteri ni ade jugak pasang surutnya, dimana kita pernah melalui fasa2 yang gembira, fasa sedih, fasa kecewa, marah dsb. Tapi biasa la, dgn adenya fasa2 tu semua la yang dapat mematangkan kita dari hari ke hari. & dari situ la jugak kita dapat mengenali dgn lebih mendalam diri masing2 & cuba utk memperbaiki kelemahan sendiri. :)

Akhir sekali, sebagai penutup, saya dedikasikan serangkap pantun khas buat suamiku, Fairudin:

Selamat ulangtahun perkahwinan kedua,
Buat suami ku Fairudin bin Borhan,
Doaku agar kita dekat sentiasa,
kerna tak sanggup bila berjauhahan.





Friday, September 30, 2011

My Sweetheart

arini nak post pasal HASBEN plak la...nape? sbb saya sgt sayangkan hasben saya...hehe.tetibe rasa cam jiwang plak.


ok..mula.. hasben saya bukanla seorang yang romantik, tetapi dia sgt baik & lemah lembut org nya.. x pernah pon berkasar apatah lagi menaikkan tangan & suara pada saya. kalau nak tegur pon mesti dgn cara yang sgt berhemah.. dia sayangkan saya..haha., "mane kau tau dia sayangkan kau?"..eeh?mestila sy tau sbb dia suami saya. walaupn dia jarang nak sebut pasal cintan cintun ni tapi saya suka tau tanya dia samada dia sayangkan saya ke tak..hehe.. tak malu!!


suami saya suka masak tp dia agak berdiet skrg ni.. & masakan suami saya lagi best dari masakan saya.. buktinya? kalau ade wat makan2, mesti ade org puji masakan suami saya...hehe. dia sgt suka mempelbagaikan cara masakan & menokok tambah bhn2 masakan dlm masakan dia.. mmg TERBAIKKK...


gadget2 adalah kegemaran suami saya.. yang plg menjadi kegemarannya adalah KAMERA... kalau saya suka membaca majalah PA & MA, MAMI & BABY., suami plak suka membaca majalah photographer atau ape2 la yang seangkatan dgnnya.. hehe... rancangan TV plak mesti carik yang ilmiah2 sumenya..cth: how they do it, how it made, history la .... sbb tu la suami saya sgt bijak orangnya.. bangga skjp sbb ade suami cerdik :P


rasanya tu je la nak share pasal suami saya.. byk lagi perkara2 yg sgt spesel pasal suami, tpi biarlah saya sorang jer yang tau...hehe


i love u abg..