Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, March 26, 2015

Pengalaman bersalin anak ketiga- Alya Sarah binti Fairudin

Alhamdulillah aku dah selamat lahirkan zuriat ketiga 16 March di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah Bangi dgn Dr Noraini.


Alya Sarah binti Fairudin
16 March 2015 , 3.59pm @ Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah Bangi
3.45kg thru normal delivery

Actually aku dah start MC sejak 8hb bila last checkup hari tu doktor sangat baik hati bagi aku rest seminggu utk duduk kat rumah bila dia aku tau aku kerja kat KL. So, Seminggu duduk umah aku rasa aku lagi bizi dari duduk kat opis sebab Alya & Amir pon stay kat umah sepanjang aku MC. Hari2 bangun pagi siapkan breakfast atau sometime hasben belikan breakfast kat luar & ktrg akan breakfast sama2 kat umah before hasben pergi kerja. So, merasa jugaklah aku jadi suri rumah seminggu tu sebelum deliver baby. hehe.. Rutin harian sepanjang seminggu MC- buat breakfast, buat mkann lunch, basuh baju, sapu rumah, kemas rumah, basuh toilet, lipat baju & layan anak2.. kemain kan aktiviti2 nih, sampai hari2 aku doa cepatlah baby keluar sebab penat hoii melayan 2 org budak yang sepanjang masa dok menyepahkan umah ajer..

Pagi2 exercise dulu...

Tghari aktiviti favourite dorang- sepah bilik

After lunch - tido. Time yang aku tunggu sangat2 setiap hari..hehe


Hari Khamis, 12hb akak datang tidur Bangi sbb hari Jumaat dia nak ke weeding kawan dia kat NS. So time nih agak berharap la jugak kalau boleh bersalin hari nih memandangkan ada org kat umah kalau perlukan bantuan utk tgk2 alya & amir waktu aku dalam LR. Tp nan hado.. Jumaat pagi, bila akak tgk aku still Ok & takde tanda2 pon nak bersalin, teruslah dia ke NS pagi2 tuh & tinggallah ktrg bertiga semula kat umah meneruskan rutin yang biasa.

Hari Jumaat Mak, Farid sefamily & ila plak datang utk tido semalaman sbb Sabtu pagi Mak & Ayah ada program kat Perak. Actually mak dah seminggu kat KL sebab menjaga anak Farid sebelum hantar ke Taska next weeknya.

14 March (Sabtu)

Bangun pagi perut rasa lain macam. Tapi buat dunno jelah. Siapkan breakfast & waktu breakfast bagtau la kat mak & hasben mcm contraction tapi mild. Emak time tu mcm berbelah bahagi plak nak gi Perak after aku bgtau camtu. Tapi bila aku cakap contraction dia mcm tak kuat sangat, barulah mak ok & teruskan plan ke perak. Aku plak bila semua dah keluar rumah, terus baring atas katil dgn harapan after bangun dari tido nanti akan adalah jugak tanda nak bersalin sbb akak akan tido lagi malam tu kat umah after dia balik dari wedding kawan dia & incase kalau perlukan assist dia utk tgk budak2 waktu aku ke sepital, dia boleh tolong tgkkan. Tp once again, bila aku bangun jer dari tido, sakit terus gone & badan jadik kembali bertenaga.. huhu. So, bangun jer,  terus siap2 then ktrg berempat keluar lunch ajer kat luar. Erm puas ati bila dapat minum air sirap selasih ais kat kedai Nuin. Adoyaii terbayang2 sampai skg kesedapan air dia.

15 March (Ahad)

Bangun pagi buat breakfast nasik goreng & goreng jemput2 memandangkan akak & kawan dia tido kat umah mlm td. Akak bangun2 jer soklan pertama yg dia tanye "ko dah nak beranak ke ura?".. soklan tak agak2.. aku ni tiap2 hari pujuk baby keluar & masih lagi bersabar utk tunggu tanda.. huhu. After breakfast, akak & kawan dia masing2 balik ke rumah & ktrg pon sama jugak keluar gi wedding kawan hasben kat puncak alam. Soklan yg sama juga kawan2 hasben tanye " bila nak bersalin ni?".. hasben boleh plak jawab " esok nih baby keluar.. " hehe..masin mulut hasben.

After dah selesai kat majlis tuh, cepat2 balik umah sbb ateh, mak & ayah mertua plak nak singgah bangi. Kejap je dorang singgah & after minum ptg tuh dorang terus bergerak ke umah ateh sbb ade wedding invitation plak kat shah alam malam tuh.
After dorang balik tetiba hasben tanya " Jum gi alamanda nak. Nak crik sticker la. Jumlah. Mana tau baby besok keluar. Dulu alya kan kita sempat gi wedding & shopping sehari sebelum dia deliver".. erm aku ni mula2 mcm malas sangat nak pergi tp bila hasben pujuk2 barulah ok nak gi.. so siap2 kan budak2 & before maghrib dalam kul 6 ktrg keluar. Kat sana just gi mph & dinner kenny rogers jer. Dah settel terus balik umah & solat maghrib kat umah.

dinner kat Kenny Rogers


bila tengok gamba ni baru perasan perut mmg dah jatuh ke bawah..huhu


layankan budak2 nak main benda alah nih



16 March (Isnin)

Pagi ni ada checkup kat Az-Zahrah. After siap2 mandi,  terus gi hosp & amik no. Keluar dah awal tp dapat turn no 14 plak kali nih. So,
after dpt no, ktrg breakfast dulu & disbbkan masih awal lagi, aku soh hasben balik umah dulu bwk budak2.. mau 2 jam nak kena tunggu turn kat klinik nih. Tp Alya nak stay ngn aku kat klinik & amir plak ikut ayah dia balik umah. Sepanjang kat klinik, 2 kali doktor kena tinggalkan klinik sbb kena sambut baby. So, aku dapat jumpa doktor dalam kul 12.45 cmtuh.

Masuk bilik doktor, after bagi salam terus dia tanye aku samada aku dah start sakit or belum. Bila aku bgtahu perut dah start mengeras, terus doktor request nak cek jalan after scan.. huhu. takut kot nak kena seluk2 nih. After scan & doc estimated berat baby just 2.9- 3kg , tiba la masa utk check VE plak. So, tarik nafas dalam2 & after doktor check, jalan dah bukak 7cm. yeay!! Lega aku dengar sebab tak yah nak tunggu lama2 dalam hospital. hehe 

So check in la aku terus dalam labour room dalam kul 1 tuh. Sian alya kena tunggu ayah dia kat luar bilik..nasib baik ada mak bidan yang temankan dia sblm hasben sampai. Dalam 15 minit tunggu, hasben sampai & budak2 ktrg letak kejap kat nursery sementara tunggu famili aku sampai ptg tuh.

Dlm labour room, dapat la makan lempeng & air milo beserta 2 peket biskut sebab tak sempat nak lunch pon sebelum nih. Pukul 2 lebih hasben sampai LR. Time nih aku dah kena drip air induce. Tp alhamdulillah sakit tak kuat. Still boleh berborak dgn hasben & jugak nurse kat situ.



Kul 3, nurse dtg & naikkan sukatan induce. Contraction dah rasa lebih dari tadi tapi masih lagi boleh bertahan & still boleh berborak2 dgn hasben. Dalam kul 330, doktor pulak sampai utk pecah kan air ketuban. After settel, doktor keluar & nurse plak masuk utk check contraction aku. Nurse siap tanye kat aku & hasben slalunye utk baby2 yg lepas after proses pecahkan ketuban bape lame amik masa utk fully dilated. Hasben jawabkan slalunya after pecahkan ketuban cepat jugak nak bersalin. Aku plak otomatik habis je hasben cakap, terus jer rasa sakit &  dah nak meneran sgt2. Dengar jugak nurse check & bgtau "fully dilated..fully dilated..." time nih sakitnya ya allah macam rasa nak terputus nyawa dari badan. Alhamdulillah kul 3.59pm baby selamat dilahirkan dgn berat 3.45kg. Rasa mcm tak percaya sangat sebab proses bersalin sangat cepat & sakit dia aku hanya rasa dalam masa yang singkat ajer. Alhamdulillah sangat2 dipermudahkan..




Friday, February 13, 2015

Checkup 3rd baby @ 34 week

Selasa lepas, checkup baby utk minggu ke-34. Kuar rumah pun dah agak lewat kalau nak compare dgn first visit hari tu. So, merasalah dapat nombor yang tak berapa awal- No 10. Sampai klinik pun dah penuh dgn patient yang masing2 membawak perut yang tgh boyot..hehe. Tapi apa yang boleh aku ckp, masih lagi selesa sedikit walau kena tunggu lama di Az-Zahrah sebab klinik dia lebih besar dari An-Nur. Hari ni, doktor Noraini sampai klinik agak lewat sebab kena uruskan patient yang bersalin pagi2.

Today, budak2 pon ponteng sekolah. Asalnya nak bawak sekali dorang tgk baby, tapi bila dah dapat nombor 10, terus tukar plan. Hasben bawak budak2 jalan jer & aku sorang je yang masuk jumpa doktor. Kul 930 jugak la doktor sampai & aku dapat masuk jumpa doktor around  1115am.

Result:
Berat aku: 57.7 kg
BP: 129/74
Urine: Normal
Berat baby: 2.37 kg

Next appointment 3/3. Time tuh aku dah pon minggu ke-37. Tapi sempat doktor pesan kalau dah sakit2, datang jer klinik utk check. Baik doktor !! Aku pon dah kerap pulak rasa sengal2 badan sekarang nih. Dah penghujung pregnancy tido pon tak lena. Rutin malam2 ulang alik masuk toilet jer sebab asik nak terkencing. Nak bangun dari tido pun dah macam nenek tua sebab sakit pinggang oiii... huhu.

Sekarang nih, tgh melayan sabar dengan perangai Amir yang makin menjadi2 plak hero dia. huhu. Dah la aku ni sakit2 badan/ pinggang. Dia pulak selamba jer boleh main tepuk2 perut aku sesuka hati dia sambil sengih2 . Erm, terpaksa larikan diri bila dia buat perangai camtuh.. Hopefully, bila baby dah lahir, takde dia suka menepuk2 adik dia mcm dia tepuk perut aku...



Monday, February 9, 2015

3 hari 2 malam ke Pulau Pinang

Sebelum bersalin ni, teringin sangat nak gi bercuti dgn family. Nak spent time dgn anak2 & bawak dorang jalan sebab after baby lahir tak tahu la bila boleh gi bercuti relaks2... So, alang2 cuti panjang last 2 weeks sempena Hari Wilayah & Thaipusam, ktrg ke Pulau Pinang utk merealisasikan hasrat yang terpendam...hehe..

Excited giler nak gi bercuti kali ni. Banyak kali ulang2 ckp kat Alya pasal trip nih nak bagi dia teruja sekali. So, after siap dinner hari Jumaat tu, suh Alya siap2 kan homework dia sambil aku kemas2 beg yang nak dibawak.  


DAY 1 (31 Jan 2015)

Bangun pagi siapkan diri sendiri & budak2 & around kul 9 keluar dari rumah utk breakfast dulu. Tengok2 pot kedai favorite full house & terus ke kedai mamak jer kat sekitar tu. After breakfast, terus kan perjalanan ke Penang dalam jam 10 pagi. Sepanjang perjalanan, Alya sangat behave. Dia asik dgn 'baby' dia - kejap2 tepuk2 doll suh tido, kejap2 kang mandikan doll..hehe. Amir plak mmg tak dok diam langsung. 4-5 jam nak melayan Amir melasak dalam kete tu mmg la tak larat kot. So, terpaksa umpan dia dgn telephone soh dia layan video & games. huhu. On the way ke Penang, kereta agak banyak. Maybe ramai jugak yg amik kesempatan utk gi bercuti sempena cuti panjang. Ktrg singgah R&R sekali jer utk tapau sandwich & beli makanan ringan. Alhamdulillah sampai Penang dalam kul 3 ptg & merasalah jugak naik jambatan baru pulau pinang. Sayang plak sbb time naik new bridge tu Alya & Amir tgh tidur. Nak kejutkan tak sampai hati plak. Dalam kul 4 sampai TM resort after meredah jem yang amat kat Pulau Pinang. huhu.



Hasben buat urusan check in sementara aku siapkan budak2 dalam kereta. Ktrg dpt Executive suite yg terletak kat tingkat paling atas sekali- tingkat 3. Pergh! exercise la aku 3 hari ni nak kena naik & turun tangga.. phew...hehe. Apartment mmg luas & ada 2 bilik. Tapi utk family kecik ni pakai satu bilik pon cukup. Masuk apartment rest dulu, makan, tengok TV, mandi2, solat & after Maghrib ktrg keluar semula utk ke Night Market Batu Feringgi.

Agak menarik jugak barang2 yang dijual & mostly tourist yang banyak dtg ke sini. Ktrg just beli seluar hasben & mainan budak2... Sebelum balik, tapau jugak burger utk buat alas perut malam2.. happening jugak la Pulau pinang ni malam2. Dah macam KL pulak!


DAY 2 (1 Feb 2015)

Hari ni pagi2 dah plan ngn hasben nak ke Bukit Bendera. So, after solat & mandi, hasben tapaukan breakfast kat kedai sementara aku siapkan budak2. After semua dah wangi & kenyang, bergerak la ktrg ke Bukit Bendera dgn bantuan waze.. hehe. Sampai sana dalam kul 10 & org pun dah beratur panjang utk beli tiket. Dah dapat tiket nak kena tunggu turn plak naik cable car. huhu. dalam 1 jam jugak la process dari beli tiket sampai dapat turn naik cable car. Nasib baik la Alya & Amir OK sepanjang kat sana.

Naik cable car, Alya mmg teruja. Amir plak sepanjang perjalanan pergi & balik senyap jer duk atas riba aku..hehe. Dia nampak mcm gayat sket & tak berapa selesa. Tapi once jejak je kaki kat puncak, sakan la dia dpt berjalan & berlari. Best jer bila ada kat atas bukit. Sejuk sebab angin kuat. After dah puas bergambar & meronda ktrg turun semula utk lunch plak. Disebabkan masing2 pon dah letih, aku & hasben decide utk makan kat Pizza Hut jer kat sekitar Tanjung Bungah.



Sampai resort dah jam 3 ptg. Solat siap2 then terus la ktrg anak beranak tidur beramai2 atas katil. erm best dapat tido 1-2 jam. Bangun dari tido kul 5 ptg terus kejut budak2 bangun sebab nak terjun swimming pool!! Sian Amir sbb nampak dia tak enjoy mandi swimming pool. Alya jer yang berani main2 air even menggigil sebab kesejukan. Yang si Amir plak, asal masukkan dalam pool menangis2 sambil peluk leher aku.. hehe.

Tak lama pon mandi dalam pool sebab kesian kat dorang yg menggigil2. So, aku bawak budak2 naik dulu sementara hasben lepaskan gian mandi kat situ..hehe. Naik bilik, mandikan dorang semula & siapkan pakai baju sebab malam ni plak plan nak gi Sungai Dua makan mee udang... :)

Keluar before Maghrib & sampai Sg Dua around kul 8 malam. Bersepah la kedai mee udang sepanjang kat Sg Dua tuh. Ktrg masuk salah satu kedai & bila tgk menu tetiba rasa mcm nak makan benda yang lain plak.. So, order nasi 3 pinggan dgn lauk siakap 3 rasa, kailan ikan masin & telur bungkus. Sedap!!...

Dah kenyang, moh la pulang... Kali ni ktrg  balik semula ke pulau dgn menggunakan ferry. Disebabkan dah malam, trip ferry dah tak banyak & terpaksa la menunggu dalam 30 minit utk tunggu turn. Takpelah, tak delah rushing nak ke mana pon. Atas ferry, aku & Amir duduk je dalam kereta.  malas plak nak keluar sebab tak larat plak nak diri lama2. Alya plak nak ikut ayah dia duduk luar menikmati angin laut.


DAY 3 (2 Feb 2015)

Bangun pagi, kemas2 barang & terus check out dari TM resort. Plan asal nak singgah kuala kangsar tapi dah sedap duduk dalam kereta malas plak nak melencong ke Kuala Kangsar. So, terus sahaja direct balik ke Bangi. Sampai rumah pon dah lewat ptg kul 6.. Berakhirlah percutian ke Pulau Pinang 3 hari 2 malam. Jadilah walaupun sekejap jer... :)

Friday, February 6, 2015

Pregnancy & Delivery Journey Alya Sofea & Amir Safwan

Tetiba terkenang plak saat pregnant kan Alya & Amir. Rasa mcm baru jer bersalin kan budak dua org tu tup tup dah besar (ayat klise mak2) & nak tambah lagi sorang baby next month..hehe..  nak masuk 3rd baby ni, seriusly aku banyak buat comparison waktu delivery between Alya & Amir. Tak tahu macam mana perancangan Allah utk kali ini. Semoga dipermudahkan spt kelahiran yang previous. So, today nak flashback pregnancy & delivery journey Alya & Amir waktu dulu. Kenangan tuh!

Alya Sofea:

Waktu Mengandung:
Alah yang sangat teruk. sikit2 muntah. sikit2 muntah. Bau tumis2 mmg tak boleh langsung la..huhu. Ingat lagi before pregnant, aku suka sgt tgk rancangan "Air Crash Investigation" & "How they do it" dgn hasben. Tapi, bila tgh pregnant, once tertengok jer mmg akan rasa pening & nak muntah la.. huhu. pelik betul. Morning sickness hilang waktu aku masuk 4 bulan. Masuk jer trimester kedua terus jadi bertenaga & siap boleh main semula ping pong kat opis sekali sekala waktu rehat..hehe. Minuman faveret waktu ni air sirap ais. Kalau kat umah rajin jer aku dok bancuh air sirap ni buat minum2. Makanan feveret plak Roti Boom mamak sampai tak kisah la kalau nak kena mengadap hari2 pon aku rela... auwwww. Tp lepas jer deliver baby terus hilang minat kat roti boom. hehe

Waktu Bersalin:
EDD Alya kalau ikutkan 15 April. Tapi aku start cuti awal sbb plan nak bersalin kat Melaka. 1 April ( Jumaat ) tu doc dah bagi MC seminggu & ktrg balik ke Melaka ptg jumaat after kerja. Hari Sabtu awal2 pagi dah keluar semula sebab ada check up dgn Doc Hanisah kat Hospital Pantai Melaka. Keluar dah awal tapi dapat turn jumpa doc still lambat. huhu. So, after dapat turn, bila doktor check perut aku tgh mengeras. Dia tanya samada aku ada rasa sakit atau rasa tak selesa ke? Tapi waktu tu aku tak rasa apa2 pon. So, dia suruh pegang sendiri perut aku & bgtahu yg skg tgh contration. So, disebabkan aku tak rasa sakit waktu tu, dia nasihatkan kalau after ni rasa sakit jer cepat2 dtg hospital semula. Baby weight hari tu dia estimated 3.1 kg.

So, pulanglah ktrg laki binik sbb plan seterusnya nak gi kenduri kawen kawan hasben (sempat tuh) & jalan2 ukur jalan kat new shopping Mall berdekatan Mahkota Parade. Masa jalan2 gi kenduri kawen & gi shopping tu sikit pon aku tak rasa sakit tapi gembira jer sbb dapat jalan2 ngan hasben. Memadangkan esoknya hari Ahad & hasben kena kerja hari Isnin macam biasa, ktrg dok la ulang2 ckp kat baby suh keluar before hasben balik KL..hehe.

Sampai ke ptg jugak la meround2 bandar Melaka & balik semula ke Ayer Keroh dah nak dekat Maghrib. Tak senonoh betul keluar awal pagi tp balik lewat malam. hihihi. Macam biasa, kalau kat Ayer Keroh, disbbkan mak aku dulu pernah kerja kat wad bersalin rajin la dia dok membelek perut aku. Kebetulan pulak masa mak tengah check perut, tengah ada contraction tapi aku still tak perasan contraction tuh.. huhu. Malam tu banyak kali jugak la ulang alik ke toilet sebab asik rasa nak terkencing ajer. Sebelum2 ni selalu jugak rasa nak terkencing tapi takde la rasa sekerap hari ni.

Waktu tgh tido tuh, tetiba aku terjaga dalam kul 12 malam sbb nak terkencing + sakit perut. So, gi toilet buat urusan & cepat2 sambung tido. Dalam kul 1 terbangun lagi sbb rasa yang sama. Tapi once je duduk kat toilet bowl takde plak rasa nak membuang. Naik semula katil & sambung membuta..hehe. Kul 2 still terjaga sbb tetiba perut rasa sakit. Yelah tak pernah2 rasa sakit tetiba bila sakit jer sikit cepat pulak dia trigger. So, masuk toilet buang air kecik & masuk semula bilik. Kejut plak hasben bgtahu perut tgh sakit. Dia bangun2 jer terus ajak gi hospital Pantai. Memula macam malas la nak gi sbb sakit dia just light2 jer. Lagipon orang selalu ckp kalau anak first ni selalunya lambat sikit nak bersalin la, bila gi hospital doktor akan advise balik dulu la sbb slalunya just false alarm jer.

Tapi hasben waktu tu berkeras jugak soh je gi hospital utk check. Dia soh siap2 sementara dia kejut mak ayah yg tido kat bilik atas. Kebetulan jugak masa tgh bersiap2 & dalam toilet waktu tgh buat urusan buang air kecik nampak la spotting darah sikit & terus rasa cuak..huhu. Mak ayah pon mcm terkejut la jugak bila dia turun2 jer tgh aku dah lengkap bersiap utk gi Hospital.

Dalam kul 3 pagi, terus pecut ke Hospital. Kejap je sampai hospital sebab dekat jer. Dah buat urusan register, pak guard offer naik wheel chair tapi aku tolak sbb segan. hehe. boleh tak? So, naik terus ke labor room & nurse check bukaan baru jer 2 cm & estimated akan bersalin tengahari esoknya. Dia advise utk stay jer dalam hospital memandangkan dah ada bukaan time tuh. Tapi memandangkan wad waktu tu belum ready dia mintak aku stay dulu dalam labor room utk dia kemas2 bilik.

Dalam kul 4, bila bilik dah ready & sebelum dipindahkan ke bilik biasa, nurse mintak izin utk check VE lagi & waktu tu dah 4cm. Terus dia tahan je dalam labor room & suruh hasben temankan aku dalam labor room jer. Nurse ada jugak tanya aku samada aku ada amik air selusuh ke tak. Tapi aku jawab tak ( Tp sebenarnya ada kot aku minum air Yassin yang parents aku bekalkan waktu dornag gi Haji sebulan lepas). hehe.  Waktu ni contraction mmg dah rasa & sakit sangat aku rasa. Dah la perut mengeras, kena plak pasang CTG kat perut utk check condition baby. Memang tak selesa langsung rasa waktu tuh. Pukul 5 nurse dtg balik & check semula VE dah 6 cm & kalut betul doktor call Doktor Hanisah bgtahu condition aku.. hehe.

Dalam kul 5.30 pagi, mmg dah tak tahan sangat rasa nak mempush & rasa sangat baby dah ade kat celah kelangkang waktu tu. Tapi, nurse tak bagi push sebab doktor masih belum sampai. After doktor sampai Alhamdulilah lahir la Alya Sofea waktu Azan Subuh sedang berkumandang.. :) Erm sayu jer rasa waktu nih. Smooth sangat rasa & Allah kabulkan permintaan aku utk mudah kan kelahiran baby & benarkan baby lahir before hasben balik KL semula. So, bersambunglah Paternity Leave hasben selama 7 hari lagi.. hehe. Alya Sofea pulak keluar dari rahim aku di minggu ke 38 (11 hari before EDD)... Alhamdulillah




Amir Safwan:

Waktu mengandung:
Happy jer rasa sebab tak de morning sickness sangat. Badan bertenaga  & ramai komplen aku kuat berlari waktu tgh deliver 2nd baby ni..hehe. Alhamdulillah, masih boleh menyusukan Alya waktu tgh pregnantkan Amir tanpa komplikasi sampai la ke saat Amir dilahirkan & dapat tandem nursing jugak Amir & Alya after Amir lahir. Kalau waktu time pregnantkan Alya, aku gilakan makanan mamak tp waktu Amir nih, tak boleh lansung nak terima makanan mamak. hehe. Aku boleh makan macam biasa & terpaling favourite adalah minuman berais..hehe.

Waktu Bersalin:
EDD Amir adalah 22 Dec. Last checkup dgn doktor , 1 Dec condition baby masih lagi normal & takde tanda2 nak keluar. Doktor Khamsiah estimated berat baby waktu tu around 3.29kg & bgtahu kalau aku bersalin waktu EDD berat baby maybe reach 3.5kg. OK gerun sikit mendengornya. Hari Isnin & Selasa, 3 -4 hb masih lagi bekerja seperti biasa. Borak2 dgn opismate & ramai jangkakan aku lambat lagi bersalin sbb perut masih lagi ke atas & tinggi. Tapi, hari ni masa nak berjalan lain sket rasa dia. Dekat celah kelangkang dah mula rasa sakit seakan kepala baby tgh menunjal2. Tapi xde la layan sangat sbb perut takde rasa sakit2. Balik kerja fetch Alya kat rumah babysitter & singgah ke Midvalley utk jalan2. Sebelum balik sempat jugak bgtahu boss, utk Work from home je esoknya, 5hb memadangkan babysitter Alya ada urusan mahkamah. So, malam tu sakan la ktrg mengukur tanah kat Midvalley bertiga. hehe

5hb- Bangun pagi siap2 kan breakfast. Dah siap semua, kejut Alya & madikan dia. Time tu dah mula rasa sakit kalau tersentuh kulit perut. Bgtahu hasben & sempat bergurau entah2 baby dah nak keluar hari ni.. hehe. Tapi sakit dia tak kerap & kejap rasa kejap hilang. After breakfast & setelkan Alya, aku duduk kat hall sambil buat kerja opis. Sambil2 tu layan jugak sakit2 manja perut. Tengahari tu susukan Alya sambil baring & aku tertido sekali. Tapi sempat bgtahu hasben after solat Zuhur nak gi lunch kat luar jer & singgah sekali Annur kalau sakit masih lagi tak hilang.

Kul 2 keluar rumah after solat & singgah Old Town utk lunch. Time ni contaction dah rasa sikit2. Tak kusyuk betol aku makan time nih. huhu. Dah siap makan terus ke Annur. Sementara tunggu hasben buat urusan register aku duduk ngan Alya kat kerusi menunggu. Ajaib sakit terus hilang. Waktu ni rasa mcm berbelah bahagi jer samada nak continue je check atau nak balik. Tengah pkir2, nurse ajak gi labor room nak check heartbeat baby & VE.

Kul 4 dah kat labor room & nurse check bukaan dah 4cm. So, dia terus tahan dalam labor room jer & tak bagi balik rumah. Sedih kot time nak berpisah dgn Alya. Aku plak time tu tak prepare ape2 pon memadangkan jauh lagi due date baby nih. Kalut la ktrg dok bgtahu family pasal berita nih. Aku just kesian Alya je la waktu ni. Sapa yang nak tgk2 kan dia kalau hasben dalam labor room sekali dgn aku. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan ktrg. Mak Ayah sampai before Maghrib & dorang yang tgkkan Alya.

Dari aku masuk labor room sampai ke Maghrib, tak de rasa rasa sakit2. siap boleh berchat2 lagi dgn kwn2 waktu nih & sementara tgh tak sakit jugak sempat la aku habiskan baca surah maryam gunakan handphone. Nurse check VE lagi kul 6 ptg, bukaan baru 6 cm & dia siap tanye aku "tak sakit ke dik?'..hehe. mmg tak rasa sakit waktu ni. So, dia kol doktor & doktor dtg & request utk pecahkan ketuban utk bg cepat sikit bukaan. Tapi, aku tak sedia lagi weii. Mintak doktor hold dulu & doktor ckp akan dtg balik after maghrib utk pecahkan ketuban.

After maghrib, tadaaaa Doc pun datang sambil senyum2... " Dah ready?" Check bukaan baru 7cm & dgn bacaan bismillah dia pecahkan ketuban.. nasib baik tak rasa sakit..hehe. Setengah jam after proses pecahkan ketuban, barulah rasa contraction yang maha maha maha dasyat dasyat sakit sakit sakit datang..huuhu. menggigil2 la badan waktu sakit dtg & nurse pon banyak ajar teknik pernafasan waktu nih. Time sakit tuh, rasa mcm nak terputus badan ngan kaki. huhu. Nak nangis tak boleh tapi aku banyak genggam tangan hasben jer.

Kul 10 lebih after bertarung 2 jam lawan sakit, barulah full dilation & doktor sampai utk proses delivery. Disebabkan kedudukan masih lagi tinggi, lama sangat proses meneran baby. huhu. Nurse & doktor sgt2 supportive & alhamdulillah jam 10.49pm lahirlah Amir Safwan di muka bumi Allah. Unexpected, baby weight 3.55 kg waktu dilahirkan waktu 37 weeks (17 hari before due date).





Monday, January 26, 2015

An-Nur or Az-Zahrah & Cerita pasal Alya

Ada certain opismate aku mmg tau yang 2nd baby hari tu aku deliver kat An-nur tapi dorang agak pelik bila utk next baby ni aku plan ke Az Zahrah plak. Siap buat spekulasi plak sblm tanye aku..hehe. Actually, reason aku tukar ke Az-Zahrah utk deliver baby ni adalah aku tak suka tunggu turn waktu check up yang sangat lama mcm kat An- Nur. Honestly, aku masih rindukan sentuhan Dr Khamsiah from An-nur (cewahhh!!). Dr Khamsiah sgt la spt ibu2 yg suka nasihatkan anak2 dia. Rasa mcm tenang jer bila waktu check up & dia sgt friendly, soft spoken & siap boleh jampi2 la perut aku ni soh baby jangan susahkan mak dia waktu mengandung nih...hehe.  Tapi apakan daya, disbbkan klinik O&G dia agak kecik & patient both doc O&G sangat ramai yg buatkan ktrg kena tunggu kdg2 sampai 2-3 jam sebelum dapat jumpa doktor tu la yang buat aku ke Az-Zahrah pulak kali nih..huhu.

Itu je la rason dia.. Kalau dulu, kalau perlu refer ke pakar, mmg ktrg akan prefer ke An-Nur sahaja berbanding ke Az-Zahrah. Pernah jumpa pediatrician Doktor Khairul dari An-Nur, masa emergency jatuh motor pon ktrg mintak hantar ke An-Nur, hasben operate tgn kat An-Nur, Alya warded disebabkan bronchities pun kat Annur and sampai kadang2 pernah jugak dapatkan rawatan sakit luar pon kat An-Nur jugak kalau tetiba rasa mcm tanak ke klinik biasa..hehe.

Masa check up dgn Dr Noraini last week la actually first time ktrg jejak kaki kat Az-Zahrah. Terpinga2 la jugak bila masuk ke Hospital yg lebih besar dari An-nur tuh..hehe. Nak ke O&G klinik pon siap tanya kat kaunter..hihi. First experience kat sana, OK not bad. Doktor Noraini dtg tepat kul 9 & walaupun dia tak se "friendly" as Dr Khamsiah, tapi dia OK jer. Checkup pon agak details & byk jugak terangkan kat screen scan tuh. :). Tapi yang penting tunggu turn sekejap jer utk first checkup hari tu. Maybe sbb ktrg dtg awal & dpt nombor yang awal kot.. entahlah, nnti nak tgk plak next visit ke Az-Zahrah pulak..hehe

Seterusnya nak cerita plak pasal anak dara aku yg sgt2 manja tu.. asik la buat perangai sejak akhir2 nih. Cthnya mcm weekend lepas, cikgu tadika adalah bekalkan homework utk setiap student. Cikgu dah pesan sesiap kat parent thru whatsapp untuk guide anak2 siapkan homework. Yg ktrg laki bini ni gigihla beli set stationary baru kat Alya even dia ada kaler pensil/ pensil/pemadam & pembaris sendiri. Tapi saje jer beli yang baru utk bagi dia semangat sikit buat kerja sekolah. So, weekend lepas ktrg balik Melaka. Dah remind banyak kali suruh dia tgk jugak homework after main2. OK, takpe bagi la can kat dia main playdoh dari Jumaat Malam sampai ke Ahad. Bila tanya bila nak buat homework, dia cakap nanti. So semalam masa dah kat Bangi & dia dah siap mandi ptg dalam kul 5 lebih,  aku ajak la dia untuk siap kan homework. Siap letak buku, set clouring & pensil depan dia & ajak buat sesama. Tapi hangin plak aku ni sebab dia still tak nak jugak buat. Siap boleh meraung2 la lagi.. huhu.

So, ngadu la kat hasben sbb kebetulan time tu dia takde kat rumah sbb melawat member dia yang tak berapa sihat. Hasben pon suruh biar dulu & dia akan ajak Alya buat homework malam nanti. Tgk2 malam tu, senang plak hati dia nak buat kerja sekolah tu bila ayah dia yang mengajak. Siap dua beranak tu berkurung dalam bilik & buat sama2 la homework. Aku & Amir plak duduk kat dpn TV melayan Movie.. Erm, okla takpe, semua nak ayah yg tgk, huhu..tapi lega jugak hati ni sbb akhirnya siap jugak homework yg dah dipesan tu.

Asik mewarna je la dia


Ni @ 31weeks. Asik letak gamba org lain jer..hehe

Wednesday, January 21, 2015

Aktiviti Alya Sofea & Amir Safwan di Taska & Tadika

Rajin cikgu2 nih dok hantar gmbar2 kat whatsapp group Taska Amir & Tadika Alya. Ok sangat satisfied dgn aktiviti yg dorang anjurkan utk budak2 taska & tadika. Nampak kalau utk tadika, aktivity dia more kepada aktiviti yang serious like start belajar menulis, solat, science, lawatan ke library & jugak perarakan Maulud Nabi. Tapi, utk taska Amir pulak, since dorang masih lagi budak2 yg still suka main2, aktivity dorang pon just for fun2 jer la like cikgu akan bercerita kat budak2, main kaler tangan utk cop kat kertas, buat art guna kertas, kenal body masing2, buat coloring & so on la yg seumpamanya..

Bila balik dari sekolah, Alya & Amir pon nampak gembira jer sambil bercerita pasal aktiviti dorang. Utk Alya, school activity dia tak silap sampai tengahari jer. After lunch, dia akan gather balik kat taska yang sama dgn Amir utk tidur tengahari & petang pulak adalah aktivity suka ria bersama budak2 taska.. hehe.

So, kawan2 Alya & Amir adalah lebih kurang sama . Alya akan kenal kawan Amir & Amir pon akan kenal kawan Alya. Kalau ada something happen jadi kat Amir pon, ktrg takde la risau sgt sbb ada kakak yang rajin me "report" segala aktiviti adik dia :)



Tuesday, January 20, 2015

First check up di Hospital Islam Az-Zahrah Bangi @ week 31

Hari ni first appointment dgn Dr Noraini dari Az-Zahrah.  After siapkan budak2 & breakfast pagi nih, aku & hasben terus ke Az-Zahrah sbb nak mengejar nombor yang awal.. Alhamdulillah dapat no yang ke-2. Agak kagum jugak dgn Az-Zahrah ni sbb tmpat dia agak calm sikit. Maybe sbb hospital dia lebih besar & selesa. Insyallah utk 3rd baby ni, ktrg akan gunakan khidmat Dr Noraini pulak. Kalau sebelum ni, dah try kat An - Nur dgn Dr Khamsiah, tapi kali ni saja jer nak bertukar angin dgn doktor yang lain. hehe

Tunggu turn pon tak lama. Dalam 915 ktrg dpt jumpa dgn Doktor.  Disebabkan first time meet, dia banyak tanya history pregnancy aku yg previous. Suka sangat bila dia asyik sebut "Good...Good.." kat setiap conversation. :) Alhamdulillah check up utk hari ni pon semua nya normal.

BP: 127/75
Berat aku: 57.1 kg
Position baby: Kepala dah kat bawah :)
Berat baby: 1.8kg
Urine test: Normal

Dah week ke 31, back pain dah kerap rasa. Makan pon dah tak berapa berselera sangat sbb asik rasa ketat jer perut..hehe. Yang paling tak tahan, perut dah start mengeras dari minggu ke 28. Seriously, benda ni yang paling tak selesa kalau dia menyerang.. . waktu tuh, perut akan rasa tegang kemain, sampai rasa tulang pinggang kena tarik2 skali ke belakang.  huhu.. Tapi yang paling best skali pregnancy kali nih, aku jarang kena kaki cramp. hehe.. Kalau masa time pregnantkan Amir, benda ni la yg paling aku tak suka. Bangun pagi boleh hilang mood kalau kena kejang kaki.

Oklah, tu je nak crita. Hari ni aku work from home after habis check up tadi. so nak sambung plak keje opis...