Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, April 4, 2016

Alya Sofea 5 tahun

Hari tu last entry pasal birthday Sarah. Kali ni plak cerita pasal birthday Alya plak. Nampak sangat malas la nak update blog...heee..

Birthday Alya tahun ni jatuh hari Ahad, Semalam. Memula plan mcm nak celebrate kat rumah Ateh jer sbb dah alang2 nak hantar stroller kat rumah dia. Tapi bila wasap dgn dia, dia pulak plan nak dtg Bangi utk amik stroller + celebrate sekali besday Alya.

So, Sabtu tu ktrg ke Shopping mall utk carik barang basah sbb nak buat Nasi Tomato hari Ahad.Pagi Ahad, tengah masak Nasi tomato, tetiba hasben bgtahu mak ayah pun nak turun jugak Bangi.. wah meriah la rumah. Amir & Alya kemain excited lagi bila ramai2 kat rumah dia.. Sarah je lah yang dok berkepit je dgn aku sbb takut tgk tetiba rumah ramai org. Huhu.

Kek tu pun sponsor by Ateh & Pak Teh. Dah tgh tunggu hari nak bersalin jer Ateh tu actually tapi still berani jalan jauh2.. hehe. Time potong kek ni mak dgn ayah belum sampai lagi. Alya tu la yang tak sabar2 nak makan kek. Siap request lagi nak bawak balance kek tu gi sekolah.. Tapi malangnya tak bwk pun sbb sikit jer balancenyer. Takut tak dapat pulak semua kawan2 dia makan.

Alya dah 5 tahun ni ktrg dah mula train dia tidur sendiri. Dah siap kemas bilik dia, tukar cadar kartun2, beli almari baju & tukar air-cond baru. Awal2 ni, ayah dia la yg menemankan dlm bilik sbb aku masih lagi dikepit kiri kanan dgn Sarah & Amir. Tapi still kadang2 dia lari bilik aku & request nak tidur dgn Ibu.. Erm, sabor je la.. Ada jugak kadang2 tu, Amir pulak yang dtg bilik kakak dia then ajak Alya tido dgn sekali dgn dia.. hehehe.

Utk Alya, ibu Sayang sangat Alya. Ibu doakan Alya Berjaya dunia akhirat & sentiasa sihat2 selalu... muaaahhhhh!!!!!!!!!!!!!

Thursday, March 17, 2016

Sarah 1 year

Alhamdulillah semalam birthday Sarah yang pertama. Macam unfair pulak utk dia sebab jarang cerita perkembangan dia dalam blog.. huhu. Macam biasa, birthday yang pertama ni ktrg tak de celebrate sangat pun sbb dia pon masih lagi tak faham apa-apa. Just buat macam biasa, layan dia macam biasa, cium dia macam biasa. Cuma yang luar biasa, nyanyikan dia lagu 'happy birthday' jer utk dia.. Tapi tu lah, reaksi dia macam takde apa-apa pun special.. hehe.

Perkembangan Sarah tiap-tiap bulan agak cepat jugak. Dia start berjalan since 10 bulan lagi & sekarang dah agak laju bila berjalan. Eczema dia Alhamdulillah getting better. Itu pon aku belum lagi introduce dia dgn ayam sebab takut naik pulak rashes dia bila makan ayam. Tak tahu bila nak start semula. Buat masa ni jugak, dia masih lagi breastfeeding & bonding dgn ibu dia masih kuat. huhu. Pantang aku hilang depan mata, meraung-raung sambil carik aku dalam bilik air. hehe. Padahal time tu aku bukan dlm bilik air pon..

Buat masa ni jugak, aku masih lagi bekalkan 2 bekas bubur utk Sarah tiap-tiap hari ke Taska. Tak sure jugak bila nak stop bekalkan makanan dia sbb takut dia tak makan kat sekolah bila tak de bubur. Sebab bila suap Nasik biasa, dia masih main-main lagi bila makan. Padahal cikgu dia bgtahu, makanan Sarah dah tak yah buat pon tak pe, sebab dorang ade buat sup hari-hari. Tengok lah maybe lagi 2-3 weeks aku akan start stopkan buat bubur & let dia makan kat sekolah pulak. Kalau dia boleh accept lagi bagus. hehe

Sarah ni beruntung sebab ada abang & kakak. Berebut-rebut kadang-kadang tu kakak & abang dia nak main dgn dia. Yang aku perasan, Amir ni kalau dengan kakak dia bukan main garang lagi kalau kakak dia ade terambil barang dia. Tapi kalau dengan Sarah, terus cair & boleh beralah. hehe. Alya pun sama jugak macam tu. Dengan Sarah boleh beralah tapi dengan Amir jangan haraplah nak beralah sikit pun.

Sarah pulak dengan kakak dengan abang dia boleh tahan jugak lasak dia. Kadang-kadang tu dia main rampas jer mainan yang dia nak dari Alya & Amir. huhu. Kasar tu dik.. Tunggu la lagi berapa bulan ni, ada la nanti adegan berebut-rebut mainan budak-budak 3 orang ni kat rumah. Dah umur pon rapat-rapat, terpaksa la aku & hasben hadap jer perangai masing-masing. hehe..

Oklah, sempena Sarah setahun ni, ibu nak bgtahu, ibu sayannnnnggggg sangat dengan Sarah. Ibu doakan Sarah sihat, ceria, sentiasa dengar cakap orang tua, Berjaya dunia akhirat & sentiasa dalam keberkatan Allah SWT...Amin...


I love you Sarah..Mmmuaaaahhhhhhh!!!