Tiba malam, badan Sarah mula panas semula. Tapi kali ni pakej sekali dengan batuk yang lebih teruk dari sebelumnya. So, the next day (Jumaat) aku amik EL utk monitor Sarah. Dekat rumah, bogelkan dia terus just sarung pampers jer. Semua activity buat dalam bilik sbb ber aircond. Tapi badan dia still panas. Makan ubat then suhu akan turun sikit & after 4-5 jam akan naik balik. Weekend balik Melaka & ubat memang continuously bagi on time sebab kalau datang panas dia boleh cecah 39+C. Alhamdulillah, Sarah tak de fit lagi & hopefully dia tak kan kena fit.
Ingatkan demam dia akan kebah after 2-3 hari. Tapi tak. So Isnin, bangun pagi still rasa badan dia panas. Oh yer, start dia demam hari Khamis tu, dia mula tak nak minum susu, merengek & meragam. So, baju aku selalu basah2 waktu pagi sebab bengkak susu. huhu :(. Tiba waktu malam la paling horror batuk dia. Selalunya after batuk, dia akan menangis tanpa henti sampai aku buntu camne nak pujuk dia. Penyudahnya, tidur aku malam2 cuma 2-3 jam jer kot kalau dikumpul tiap2 malam tu. Hari Isnin tuh, aku amik lagi EL & ktrg ke klinik semula. Kali ni dapat antibiotic & husband pon turut demam. Condition Sarah makin worst, demam dengan suhu tinggi, menyusu kurang, batuk teruk & tak boleh tidur lena waktu malam . The next day (Selasa) aku still EL jugak utk jaga Sarah.
Hari Rabu, after 3 hari amik EL aku masuk office sebab Nampak dia dah macam ok sikit. Tapi kat office tak keruan aku kalau teringatkan Sarah. Kejap2 wasap cikgu dia. So petang masa amik dia dari Taska, cikgu bgtahu dia mmg tak aktif langsung. Asik terbaring jer. Badan pon panas2. So, balik dari Taska, terus bagi ubat macam biasa & sama jugak dia meragam waktu malam especially bila datang batuk dia.
Hari Khamis, decide terus gi Klinik tu balik & mintak referral letter utk ke Hospital utk check condition Sarah. Dah dapat referral Letter, terus ke Hospital Pakar Annur. Bila doctor check Sarah, terus kena warded. Tapi sebab ktrg request for Single Bed, Sarah kena admit waktu petang. So, balik rumah, packing siap2 baju & apa2 yang patut. Petang tu after dapat call dari Hospital terus ke sana then Sarah terus kena X-ray, ambil darah & on nebulizer setiap 4 jam.
As expected, Sarah kena pneumonia (jangkitan paru-paru). That's why dia demam tak surut2..huhu. sian dia. So bermalamla ktrg kat hosptital 3 malam. Hasben jaga Amir & Alya kat rumah & akan datang melawat tiap2 hari after breakfast & malam dgn budak2.. Disebabkan banyak giler kahak Sarah dlm paru2 dia, doctor suggest utk buat chest physio (suction) utk buang kahak. Time ni, jiwa mesti kental bila tengok process suction tu. Even Physiotherapy tu dah remind banyak kali utk berjiwa lebih kuat sikit bila tengok suction process tu. Alhamdulillah, dia buat mmg sangat gentle. Sarah mmg nangis2 time kena suction tapi bila tgk hasil nya (kahak banyak keluar) , rasa mcm lega sikit. Malam pon boleh tidur dengan lena without batuk2 lagi. Alhamdulillah.
After 4 hari 3 malam dekat ward, Sarah boleh discharge dengan bekalan ubat yang banyak. Follow up semula dengan doctor hari Sabtu ni. Hopefully dia fully recovered. Tapi the worst part masa Sarah tak berapa sihat ni, susu aku sangat merundum. huhu. Semalam kat rumah Nampak dia mcm kurang puas pulak bila menyusu.. Asyik mengamuk jer bila tengah menyusu. So pagi tadi, dah amik semula habatussauda + Madu utk supplement. Harap2 production susu semakin banyak. Aminn.
Ni baru2 nak start demam
Dah mula demam.
Rindu dengan perut boyot Sarah
Di ward Lily - Tengok TV jer la sepanjang 3 mlm kat sana
Tong gas yang banyak berjasa
Dalam ward. Kena drip Air & antibiotic.
Hari Isnin after keluar hospital
. Hilang sudah 500gram lemak2 Sarah. huhu
No comments:
Post a Comment