Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, October 30, 2015

Cuai lagi

Entry lepas aku dah cerita how merundumnya susu aku waktu ni. Skrg tengah struggle utk naikkan semula production susu. Semalam dah Nampak improvement sikit bila aku noticed Sarah tidur agak lena after menyusu. Bangun pagi bila tukarkan pampers pon Nampak kuantiti kencing dia agak banyak jugak padahal dah tukar pampers dia before tidur. Alhamdulillah :)

Sebelum kejadian Sarah tak berapa sihat tu, actually ada lagi peristiwa menyedihkan berlaku. Again, peti ais tak tutup rapat! Sadis betul. Habis susu bahagian freezer totally out. Semua cair 100% & tak boleh digunakan unless kena guna immediately la. Nasib baik ada jugak beberapa botol susu yang memang aku simpan dalam chiller. So, stok yang tu lah aku guna buat masa sekarang plus stok2 yang terkini.

Waktu hari kejadian masa kat office tu, sebenarnya aku dah rasa tak sedap hati. Bila balik rumah, confirm ada benda yang buruk berlaku. Tapi disebabkan ni 2nd time benda ni jadi, perasaan tu lebih kepada redha & marah kat diri sendiri. Rasa betapa cuai nya aku sebab tak rapatkan peti ais. huhu. Nasib baik la jugak Sarah dah 7 bulan & dah mula makan, so perasaan tu taklah seteruk masa kena first time dulu- waktu Amir just 3 month.

So, sebagai pengajaran, after ni lepas jer bukak peti ais kena pastikan peti ais tutup rapat betul2 after pergi tempat lain.. :)


Thursday, October 29, 2015

Sarah & Pneumonia

3 weeks before sangat mencabar utk kitorang satu family. Sarah mula batuk 3 weeks before tiap2 malam. Bila time pagi jer, batuk hilang & dia aktif mcm biasa. Menyusu , makan & tidur malam takde masalah cuma terbatuk2 sekali sekala waktu malam. Until 2 minggu lepas, Sarah mula demam after balik dari taska. Bila ambil budak2 dari Taska, cikgu dia inform Sarah demam. Maybe berjangkit dengan budak2 taska yang lain sebab kebetulan semua budak2 below 1Y demam dekat Taska. So, petang tu terus bawak Sarah ke klinik utk ambil ubat. Dekat klinik, masa jumpa doctor kitorang bagitahu Sarah demam + batuk sekali sekala waktu malam. Tapi, doctor just prescribe pcm jer utk Sarah.

Tiba malam, badan Sarah mula panas semula. Tapi kali ni pakej sekali dengan batuk yang lebih teruk dari sebelumnya. So, the next day (Jumaat) aku amik EL utk monitor Sarah. Dekat rumah, bogelkan dia terus just sarung pampers jer. Semua activity buat dalam bilik sbb ber aircond. Tapi badan dia still panas. Makan ubat then suhu akan turun sikit & after 4-5 jam akan naik balik. Weekend balik Melaka & ubat memang continuously bagi on time sebab kalau datang panas dia boleh cecah 39+C. Alhamdulillah, Sarah tak de fit lagi & hopefully dia tak kan kena fit.

Ingatkan demam dia akan kebah after 2-3 hari. Tapi tak. So Isnin, bangun pagi still rasa badan dia panas. Oh yer, start dia demam hari Khamis tu, dia mula tak nak minum susu, merengek & meragam. So, baju aku selalu basah2 waktu pagi sebab bengkak susu. huhu :(.  Tiba waktu malam la paling horror batuk dia. Selalunya after batuk, dia akan menangis tanpa henti sampai aku buntu camne nak pujuk dia. Penyudahnya, tidur aku malam2 cuma 2-3 jam jer kot kalau dikumpul tiap2 malam tu. Hari Isnin tuh, aku amik lagi EL & ktrg ke klinik semula. Kali ni dapat antibiotic & husband pon turut demam. Condition Sarah makin worst, demam dengan suhu tinggi, menyusu kurang, batuk teruk & tak boleh tidur lena waktu malam . The next day (Selasa) aku still EL jugak utk jaga Sarah.

Hari Rabu, after 3 hari amik EL aku masuk office sebab Nampak dia dah macam ok sikit. Tapi kat office tak keruan aku kalau teringatkan Sarah. Kejap2 wasap cikgu dia. So petang masa amik dia dari Taska, cikgu bgtahu dia mmg tak aktif langsung. Asik terbaring jer. Badan pon panas2. So, balik dari Taska, terus bagi ubat macam biasa & sama jugak dia meragam waktu malam especially bila datang batuk dia.

Hari Khamis, decide terus gi Klinik tu balik & mintak referral letter utk ke Hospital utk check condition Sarah. Dah dapat referral Letter, terus ke Hospital Pakar Annur. Bila doctor check Sarah, terus kena warded. Tapi sebab ktrg request for Single Bed, Sarah kena admit waktu petang. So, balik rumah, packing siap2 baju & apa2 yang patut. Petang tu after dapat call dari Hospital terus ke sana then Sarah terus kena X-ray, ambil darah & on nebulizer setiap 4 jam.

As expected, Sarah kena pneumonia (jangkitan paru-paru). That's why dia demam tak surut2..huhu. sian dia. So bermalamla ktrg kat hosptital 3 malam. Hasben jaga Amir & Alya kat rumah & akan datang melawat tiap2 hari after breakfast & malam dgn budak2..  Disebabkan banyak giler kahak Sarah dlm paru2 dia, doctor suggest utk buat chest physio (suction) utk buang kahak. Time ni, jiwa mesti kental bila tengok process suction tu. Even Physiotherapy tu dah remind banyak kali utk berjiwa lebih kuat sikit bila tengok suction process tu. Alhamdulillah, dia buat mmg sangat gentle. Sarah mmg nangis2 time kena suction tapi bila tgk hasil nya (kahak banyak keluar) , rasa mcm lega sikit. Malam pon boleh tidur dengan lena without batuk2 lagi. Alhamdulillah.

After 4 hari 3 malam dekat ward, Sarah boleh discharge dengan bekalan ubat yang banyak. Follow up semula dengan doctor hari Sabtu ni. Hopefully dia fully recovered. Tapi the worst part masa Sarah tak berapa sihat ni, susu aku sangat merundum. huhu. Semalam kat rumah Nampak dia mcm kurang puas pulak bila menyusu.. Asyik mengamuk jer bila tengah menyusu. So pagi tadi, dah amik semula habatussauda + Madu utk supplement. Harap2 production susu semakin banyak. Aminn.

Ni baru2 nak start demam


Dah mula demam.


Rindu dengan perut boyot Sarah



Di ward Lily - Tengok TV jer la sepanjang 3 mlm kat sana


Tong gas yang banyak berjasa



Dalam ward. Kena drip Air & antibiotic.




Hari Isnin after keluar hospital
. Hilang sudah 500gram lemak2 Sarah. huhu

Tuesday, October 13, 2015

Alya Sarah 6 bulan

Actually Sarah lagi beberapa hari je lagi nak masuk 7 bulan. Progress dia buat masa ni, dah merangkak sangat laju, boleh duduk sendiri & dah mula nak berpaut utk berdiri sendiri. Alhamdulillah suka tengok perkembangan dia. Dia dah mula jugak makan solid food sejak masuk 6 bulan. Buat masa ni aku dah perkenalkan carrot, pumpkin, sweet potato, apple, bubur & ayam. Tapi utk ayam, Sarah mmg fail sikit sebab dia macam ada allergi. Bila makan ayam, dok la tergaru2 sebab gatal. Dah la dia mmg ada eczema. Jadi makin teruk eczema dia bila makan ayam. So, stop dulu dengan ayam & continue ajer dengan vege.



Pernah jugak bekalkan Sarah dgn biskut baby jer sebab ade satu hari tu memang tak sempat nak prepare puri dia. Tapi sian sangat sbb dia just makan sikit je sebab tak berapa suka. So, kena la buat makanan dia setiap hari sebab buat masa ni dia memang nampak enjoy sangat waktu makan especially makan puree yang kita buat utk dia.

Sarah ni, kebanyakan masa dia banyak habis dalam rumah jer. hehe. Aku tak berapa suka sangat nak bawak dia berjalan merata sangat sebab takut datang angin dia mengamuk nak tidur. Actually sama jer peel dengan kakak & abg dia. Asal nak tido jer, tergaru2 mengamuk sampai kalut ktrg jadinya. huhu. So now dah jadi tugas ayah dia kena menghiburkan hati si Alya & Amir bila dorang request utk pergi jalan2 amik angin. hihi. Sekali sekala jer la aku akan follow dorang utk keluar ramai-ramai.

 


Since Sarah 4 bulan, dia dah mula kenal orang. Jadinya asik nak berkepit je la dgn emaknya. Kalau aku lalu jer depan dia nak pergi tempat lain, nanti dia akan pandang jer dengan ekor mata sampai aku hilang, then terus nangis. hehe. Dengan ayah dia, kadang-kadang Ok dia nak, tapi kadang-kadang tak nak. So kalau nak cepat buat kerja, sambal kendong Sarah sambil aku buat kerja. Multi task gittew.
Hasben pon banyak gak support & tolong mana yang patut. Kadang-kadang dia yang tolong settlekan masak bila time Sarah nak berkepit. huhu. Kalau kat Taska, nasib baik dia memang OK dengan pengasuh dia yg memang dah jaga dari baby. So takde la aku risau sangat kalau dia mogok nangis jer.. hehe. Cuma satu benda jer la yang tak boleh tahan, even kat Taska pun Sarah tak boleh langsung kena tinggal dengan pengasuh tu.. terus jugak akan nangis