Almari salotep
Peti ais salotep
Abis rosak kerusi ni sebab dilenjan Amir betul2 dalam sebulan ni
Macam2 makanan utk budak2 tu
Mainan yang semakin hari semakin bertambah. Huhu
Tak pasal2 semua tempat kena sita. Hehe. Amir ni sentiasa ajer busy kat umah atok nya. Lepas puas mengerjakan mainan, membongkar pulak peti ais. Tah apa yang dia carik pon aku tak tahu. Satu hari mmg tangan dia je la yang banyak bukak & tutup peti ais tuh. Bila duduk2 tengok tivi pulak, tangan pon sama2 jugak bergerak memunggah segala barang dalam almari. Huhu. So at last, terpaksa salotep semua tempat yang dia suka bukak sbb bahaya kalau dia keluarkan gunting, nail clipper & dokumen2 penting yg tersimpan dlm almari tu.
Aku tau Alya & Amir dah bosan duduk je kat umah. Sebab tu la kalau dia nampak jer sesiapa dlm isik umah ni tengah bersiap2 nak keluar, kalut betul dia cepat2 jugak bersiap nak ikut. Ikut atok gi fotostet pun tak per, dia sanggup. Hehe. Kadang2 adalah jugak aunty, mak tok & atok dia bawak dorang gi taman belakang umah ni bagi ikan and kura2 makan. Mmg gembira la diorang bila balik dari sana. Siap boleh main kat playground lagik. Tapi bab nak mengajak balik la kena jiwa kental sikit sebab susah giler kot dorang nak tinggalkan tempat tuh.
Ada jugak plan nak hantar Alya & Amir gi tadika/ taska kat area2 sini. At least ada la jugak aktiviti yg dorang boleh buat, tapi bila bagitau jer kat dorang, si Alya buat muka macam nak nangis and cakap tak nak. Amir pulak , nampak dia mcm nak gi sekolah and angguk2 kepala bila kita ajak gi sekolah. Tapi, takkan nak hantar Amir sorang je. Sian plak dia nnti.
Semalam, sementara Sarah tido waktu tengahari, aku ajak la Alya & Amir buat coluring. Tapi kejap jer diorang buat kaler2 tu & bila dah dah bosan terus tinggalkan aku sorang2 & sambung semula aktiviti mengembur mainan. Huhu. Sabar je lah.
Lagi satu aku perasan, bila dah kat umah ni dorang asik main berdua jer, Alya & Amir ni dah jadik rapat aku tengok. Kalau aku marah sikit Alya nnti Amir cepat2 backing kakak dia & buat muka nak nangis sbb sedih kakak kena marah. Hehe. Tapi kalau time berebut barang, mmg huru hara la satu rumah ni dengar dorang bergaduh. Tak sah la kalau satu hari dorang tak bergaduh. Puncanya selalu berebut mainan & berebut nak amik barang yg kita suruh (ni pon leh gaduh).
No comments:
Post a Comment