Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, October 28, 2013

Birthday card

Saya dah 29 tahun !!. Peace!!! Alhamdulillah dpt besday card dr hasben n anak2.. sayang sangat kat semua ...

Wednesday, October 9, 2013

Rambang

dah beberapa malam tido aku umpama princess yang sedang beradu..hahaha. amir ni mcm tau2 jer aku mmg keletihan 2 minggu ni -almaklumlah kena ulang alik ke opis naik komuter (penat diri!!).. budak 2 org tu sangat sweet tau bila boleh tido dgn lena waktu malam.. cuma adalah beberapa kali amir terbabas bangun gak sbb nak susu. tp after kekenyangan terus tergolek tido dalam cot dia.. erm, tanjat I dgn perubahan yang sweet tu..no more tepuk2 bontot lagi nk tidokan dia.. gud boy!! hopefully akan berkekalan la sampai ke alam dewasa...hehe..

Alya plak mcm biasa. once dia dah tido, mmg dia akan statik jer sampai ke pagi. maksud statik aku tu just mata jer la terpejam, tapi aksi berputar seluruh katil tetap hado.. hahaha. mmg ber skill betul anak aku tido..cuma sesekali jer la dia terbangun nak nyusu, tp sejak 2-3 hari ni bila aku ckp ngn dia "tangan ibu sakit, sakit sangat" sambil bunyik ngeluh2 sikit , terus dia tak jadik nak nyusu sambil baring. (aku tak tau ape motip aku sebut tangan setiap kali dia nak nyusu, mcm takde kena mengena je..hehe).

utk 2 minggu ni seronok betul bila 2 beradik tu tak yah gi nursery sbb mak tok & atok dia jaga kat rumah. amir tu kemain tau, dah makin manja plak ngan atok dia. mana atok dia pergi, dia follow. siap tarik2 kain pelekat nak soh dukung. boleh plak dia buat "derk" ngan aku kadang2 tu. mcm semalam, after balik kerja, aku panggil2 la amir. tp dia boleh bolayan aku. pandang aku sekejap pastu sengih2 ngan atuk dia.. sedih I. bila aku nak dukung dia boleh plak peluk kuat2 atuk dia.. tp sombong amir takkan berpanjangan la, malam2 nak tido aku jugeekkk yang dia carik..hahaha

insyaallah esok en hasben akan pulang ke pangkuan kami. erm seronoknya after 2 minggu tak jumpa. mesti alya gembira. selalu dok tanya " ayah mane? " " mane ayah.." & selalu jugak aku akan bgtahu yang ayah dia kerja. cian dia. sudah kerinduan yang sangat la tuh.. sabar yer alya sikit lagi jam kita boleh jumpa sama itu ayah...






Alya berkaftan. Mcm dah dewasa


Rajin anak aku membaca


Monday, October 7, 2013

Amir 10 bulan

alhamdulillah sudah 10 bulan anak bujang aku. tak sangka lagi 2 bulan nak setaun..huhu. mak long dia pon belum sempat bertentang mata ngn si kenit ni.. insyallah bulan 1 next year , jumpa nnti dah berjalan berlari si amir tu. progress amir utk 10 bulan ni sangat progressing. tak bole leka sesaat pon. kejenya nak meniti & memanjat tangga. kuss semangat. jatuh terlentang, tertiarap tu dah lali dah. hopefully dia OK..

berat tak berapa menaik skg ni. tp nak mendukung dia lebih sejam tu haku rasa sesak napas gak la..huhu. sekarang kemain suka kalau org ajak bertatih. kegembiraan yg sangat lah. kekadang tu, bila dia dah berpaut berdiri, dengan gembira sambil sengih2 dia leh lepas tangan. agak2 mcm dah lama tu, mesti dia tersengih2 tgk kita & maybe dia rasa macam hebat sgt la tuh...hehehe..kelaka jer aku tgk .

gigi amir amazingly dah ade 6 batang. cepat sungguh gigi amir tumbuh. 4 batang gigi atas & 2 batang gigi bawah. yang 4 batang atas tu pon baru je aku perasan weekend lepas. boleh tak? hehe. patutlah lately ni amir suka sangat dok mengasah gigi dia kat badan org. sakit giler kot. perangai berebut barang dgn kakak dia pon dah semakin menjadi2. sian jugak aku tgk alya tu bile kena hempap ngn adik dia yg gagah perkasa tu..hehe. tp still alya tak kisah kena hempuk dgn adik dia..sikit2 nak cium amir..kejap2 nak cium amir..



Wednesday, October 2, 2013

wean off

so far masih belum berjaya wean off si kakak alya sofea. buat masa ni alya dah nak masuk 2 tahun setengah lagi beberapa hari. huhu. apsal belum wean off? senang citer sbb ibu tak kuat, anak pon still tak mau stop. dushhh!! secara psikologi rasa nya aku dah try buat. selalu sangat aku bgtahu dia " alya pas ni minum susu botol k, adik jer minum susu ibu .." or kalau secara direct aku akan ckp " alya, tek tek utk adik tau.." macam biasa reaksi alya bila aku cakap mcm tu, dia akan angguk sambil sengih2. tapi kalau masa tu dia tgh no mood mmg amukan la jawabnya dari dia.. hehe

kadang2 aku susah hati jugak bila alya asik nak memerap jer. makan memilih. pulak tu, susu botol berejam nak ngabiskan.. itu pon bukannye habis pon..huhu. tp tetap jugak gigih haku membancuh susu tepong dgn harapan susu tu akan habis walaupun aku tau percentage nak abis tak sampai 50%. I_____I. ntahlah maybe disbbkan aku ada dekat dgn dia kot dia kurang accept susu formula. sbb utk 2 minggu ni sepanjang hasben training, mak ayah aku yang jaga alya kat rumah. bila aku tanya daily routine dia, mak aku report ok jer dia minum susu botol. leh jer abis. huhu. siap mak aku suggest utk stopkan terus bagi susu badan kat alya.. sobs sobss huwarghh, tetibe aku plak yang sedey.

memanglah kalau ikutkan, dia dah patut stop pon menyusu badan. lagi parah bile weekend atau bila aku ade dekat dgn dia, dia akan rasa tak perlu makan / minum apa2 sbb SUSU IBU KAN ADA.... mcm2 suggestion mak aku bagi utk stopkan alya dari nyusu. alahh, sebenarnya kalau aku kuat dari dulu aku dah buat, caranya mmg aku dah tau. tp mental aku ni masih lagi goyah. huhu. sbb bagi aku bila alya resah senang je nak hilangkan resah dia, terus breastfeed. bila dia nangis, terus breastfeed. bila dia susah nak tido, bagi breastfeed. yes, dgn breadtfeed la hilang semua masalah..honestly sangat tepat kaedah tu. tp sangat memakan diri sendiri sbb dah manjadi kebiasaan bagi alya..

so, after berpikir panjang & demi utk memberi keutamaan pada amir, aku dah amik keputusan utk try STOP menyusu kan alya secara SLOWLY after hasben training. tp still dgn cara yang sangat polite iaitu TAKKAN OFFER kalau dia tak mintak, kalau dia mintak aku akan try LENGAHKAN permintaan tu ( harap aku kuat). 2 cara ni je la yang aku nak follow buat masa ni. kaedah letak nescafe/ asam jawa/ garam or lain2 tu rasa macam tak sampai hati pulak nak buat.. semoga aku tabah..!!!