Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, March 25, 2013

amir & susu :)

Jumaat last week, aku work form home jer. tp anak2 harusla dihantar ke nursery. hehe. antara sbb lain aku bekerja dr rumah jgk adalah disbbkan utk mengemas umah & membasuh baju.. kelas kan? nak kemas umah pon nak kena amik off to ofis :P..  so kalau la anak2 berada di umah, mungkin kerja2 mengemas rumah boleh la dibuat tapi agak sememeh la kot...

alhamdulillah, aku sangat puas hati ari jumaat tu bile bilik alya tu dah berlangsir (tak de la togel jer). sambil mengemas sambil membalas email.. kul 1 dah selesai semua & sedia utk memasak utk makan tgh.. dalam kul 2 masa tgh lunch tetiba aku dapat sms dr cikgu nursery alya & amir. cikgu bagitahu susu amir dah botol terakhir utk hari tu..ooo hooii kelam kabut aku bile dgr cikgu camtuh.. padahal aku dah bwk 6 botol ke nursery tuh. nasib baik aku mmg ada kat umah & kul 3 terus amik dorang balik kerumah.

alhamdulillah, production utk 1st session hari ni


latest stock ebm. berterabur tak bersusun..huhu


ayah bersama anak2 nyer :)


boboi boy...


ade hati kakak yang comel lote nak angkat adik yek...

so pagi ni, bekalan ebm amir aku dah tambah lagi 2 botol & menjadikan semuanya 8 botol x 3oz. hopefully mencukupi utk amir... setakat ni, aku masih lagi mengepam susu di ofis. selalunya aku aku buat 3 sesi (9pg, 12 tgh, 3 ptg).. malam plak aku akan direct feed jer. memandangkan ade 2 budak kenit penghisap susu segar kat umah, rasanya mcm tak perlu aku nak mengepam kat umah. tp kadang2 bocor juga la malam2 tu kalau amir & alya lenaaaa tidur malam tu..huhu.

hari ni kerja2 renovate umah akan dijalankan. so mak & ayah mertua akan tinggal kat umah ktrg sepanjang kerja2 renovate tu utk tlg tengok-tengokkan & monitor kerja renovation tu. tp budak kecik 2 org tu still aku hantar ke nursery macam biasa sbb sian plak kalau nak tinggalkan dkt mak ayah utk dorg jagakan..




Thursday, March 21, 2013

bebelan..

Amir skg dah 3 bulan setengah. sudah sangat2 manja. pantang la nengok xde org dekat dgn dia, kemain menangis melalak. huhu. pusing badan mengiring sudah pro tp tang nak tolakkan badan sampai tertiarap belum lagi... aku & hasben setia menanti saat2 tu...hehe.. tp tak kisah la dik, lambat or cepat ktrg terima. Lain baby lain perkembangan nya. masa alya dulu, dia mula meniarap masa 4 bulan. sangat teruja ktrg time tu siap bertepuk tangan sambil bg kata ransangan lagi kat dia...biasala, anak pertama. excited dia lain sikit.. hehe...

berat terkini amir adalah 7kg.. smlm gigih aku menimbang after balik keje.. hehe.. susu bekalan ke nursery jugak utk minggu ni slalunya akan habis 6 botol..so, terpaksalah aku mempulun utk mengumpulkan stok2 EBM supaya bekalan utk amir sentiasa cukup sampai dia 2 tahun..AMIN...

cara tidur amir pulak dah berubah. .. skg ni dia dah tanak berbuai. kalau masukkan jugak dalam buai, bersedialah dgn amukan yang maha dasyat dari dia.. slalunya utk tido kan amir , aku akan peluk & tepuk2 dia sambil tangan dia dok genggam jari2 kita.. alhamdulillah, sepanjang bekerja ni amir akan tido sebelum kol 10. Mmg ktrg gembira dgn perubahan cara tido ni tapi tak taulah kalau akan berubah lagi pas ni.

Alya plak, lagi beberapa hari lagi akan masuk 2 taun. Rasa mcm nak buat celebration tp x sure lagi. Masa 1st birthday dulu pon, ktrg just makan2 kat Pizza jer. teringin plak nak buat party utk dia. tp disbbkn halangan masa rasa mcm x sempat jer. nak cerita jugak sejak kebelakangn ni alya dah susah sgt nak pakai baju & seluar.. dia lagi suka x berbaju & boleh rileks jer takde pakai ape2 kecuali pampers sambil duduk dalam aircond.. aduyaiii tak sejuk ke kakak oii??..... geram pon ade jugak kadang2.. menyusu badan direct pon banyak kali jugak skg ni.. direct OK.takde nyer nak pakai botol.. tanak kalah dgn adik.. kdg2 sajer jer, bila dia tengok adik tgh menyusu, dia pon akan dtg kat kita ngendeng2 utk menyusu sekali... huhu

Insyaallah isnin minggu depan, kerja pembaikan & renovate umah akan dijalankan. kalau ikut perancangan dgn kontarktor, kerja2 tu akan memakan masa 2 minggu utk siap. utk renovation kali ni, ktrg akan tukar piping & tukar segala tiles lantai & dinding utk tiga2 toilet & gantikan ke tiles yang lebih kesat & cantik..hehe. utk toilet bawah, ktrg akan tukar ke toilet duduk, tambah sinki, tukar tiles lantai & dinding. Utk toilet master bedroom, tukar tiles lantai & dinding & upah utk pasangkan water heater. Toilet ketiga plak, cuma tukar tiles lantai & dinding jer. . pastu ktrg pon akan usik sikit bilik bawah, tp just buat wiring utk pasang kipas siling. sian plak tetamu yang berpanas sbb kena pakai kipas berdiri.Then ktrg upah jugak kontarktor utk repair sinki dapur sbb bocor dia yang sangat teruk & melampau la.. kdg2 ilang mood nak memasak sbb dok pikir nak kena basuh segala pinggan mangkuk dalam toilet.

apalagi yek nak crita.. erm satu benda yang aku sangat risau di kala ini iaitu AKU KUAT makan... Risauuu..sampai ramai betul opismate dok tegur aku pasal benda ni.. siap ada yang buat andaian aku tengah preggy lg..huhu....

saja nak tempek... pic ni beberapa hr sebelum kelahiran alya..now dah nak 2 taun anak dara tu


amir yang tanak berbuai ..i Loike!!



sayanggggg kakak..



nak geget peha bole? hehe

Friday, March 15, 2013

Sama tak dikala mereka di hari ke-4 ?

Alya Sofea @ 07042011


Amir Safwan @ 091212


perbezaan sket: muka alya nampak soft sikit berbanding amir.. kulit dia pon lebih cerah dari amir.. amir pulak masih lagi merah time ni...

3 Month Amir & Alya yang dah nak masuk 2 taun

Isnin last week, kami anak beranak ke klinik utk jab kan amir 3 bln...alololo, cian dia...masa kena cucuk tu terperanjat & menangis sket sbb tekejut kena cucuk.. huhu, sblm tu elok je dok kat menimbang sambil tido..hehe.

Ok, utk 3 bulan ni, berat amir adalah 6.5kg. naik sikit ajer. takpe2, as long as dia sihat, x meragam & aktif, tak ade yg perlu dirisaukan.. :P. Buat masa ni, amir still minum 15 oz di nursery sepanjang jam 8am-7pm. Setiap hari aku still bekalkan 6 botol x3oz ebm dah slalunya akan habis 5 botol jer..

Alya plak macam biasa kurang minum susu sampai cikgu2 kat nursery complaint psl dia.. bebudak lain dah habis sebotol susu, tp alya plak minum sikit jer.. tp bila cikgu bgtahu yang alya kuat makan, takde la aku nak risau sgt kalau dia kurang minum susu, asalkan dia makan & minum air putih secukupnya tu dah memadai. Skg alya dah mula dapat menyesuaikan diri kat nursery, cuma kadang2 jer dia akan menangis sket pagi2 bila kena hantar , tapi bile ptg elok plak dia main dgn kawan2 & tgk tivi ramai2.. hehe.. moment yang paling aku suka adalah time nak mengambil dorang dari nursery, terjerit2 & melompat2 dia bila tgk ktrg dah sampai. bising mulut dia "alya balik...alya balik...alya balik"....hehehehe..

Malam2 nak tidokan dorang adalah sangat mencabar aku rasa. lagi mencabar kalau hari bekerja & nak2 lagi time tu aku letih & sngat mengantuk. Tersenguk2 aku menidokan amir dalam buai. after amir dah lena tido, kakak dia plak nak kena tidokan. kaedah nak tidokan alya msih sama mcm dulu, mengempeng!!!.... huhuhu...

Tengah2 malam, mcm biasa, amir akan bangun setiap 3 jam utk menyusu.. kekadang setiap 2 jam.. bila amir dah start berbunyi tgh2 malam tu, mmg aku akan cepat2 angkat dia utk susukan sambil duduk sbb takut kakak dia terjaga sama kalau amir menangis.. oh yer, amir masih lg menyusu sambil duduk ... huwaa!!! ntah bila dia akan suka meyusu sambil berbaring.... after amir dah puas menyusu, cepat2 aku letakkan balik kat tempat tido sambil tepok2 soh dia tido semula...buat masa ni mmg takde masalah utk tidokan dia semula...:)


moody.. tetibe dia moody masa nak makan sini..hehe


mari kita prektis kekuatan tangan yer dik..


hai semua...




-------------------------------------------------------------------------------------------------------