Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, February 15, 2013

Alya Sofea @ 22 month

Dah lama tak bercerita pasal perkembangan si kakak Alya sejak dah ade baby baru ni. hehe.. okla entry kali ni nak cerita plak perihal si anak kesayangan hamba yang makin manja tu.

tika & saat ni, alya dah pon berusia 22 bln.. erm, lagi 2 bln utk completekan misi penyusuan utk dia. :). Semoga proses wean off nnti tak kan ade drama sebabak lg spt di hari kelahiran amir safwan. drama sebabak? apakah ituu? hehe....

cerita drama sebabak tu mcm ni...ptg sebelum amir dilahirkan tu aku dah kena admit kat wad disbbkan bukaan dah pon 4cm. kesian alya sbb kalau ptg je mesti ada aktiviti wajib dia utk tido sambil mengempeng.. so disbbkan aku dah ditahan kat wad, adalah menjadi tugas hasben utk menidokan alya waktu ptg tu. & hasilnya alya mmg tertido tp berserta linangan air mata & sedu sedannya... huhu..

selama 3 hari 2 malam aku x dpt menyusukan alya disebabkan still stay kat hospital & menemankan amir. after discharge dr hospital, aku ingat dia dah slowly nak wean off kot sbb dah biasa tido tanpa menyoyot.. tapiii, ish2...makin menjadi2 dia punya keinginan nak menyusu tu. kalah demand adik dia. tp time amir lahir, aku dah rasa nak menceraikan susu alya & tak nak bagi dia menyusu bila dia mintak.. apalagi, terjadila drama sebabak dua babak pd satu malam. sian dia, bukan je tertido sampai menangis, tp siap muntah2 skali disbbkn asik menangis, tanak makan & minum. bukan alya je yang menangis kesedihan, aku pon skali join skaki dalam drama tuh..huhu...so sejak dr situ, aku dah tanamkan niat nak continue je breastfeed alya sampai dia 2 taun.

skrg ni, kdg2 aku dah mula tanderm nursing alya & amir. memula kekok jgk, tp lama2 mcm seronok plak tgh telatah dorang especially alya. sambil menyusu tu mesti tangan dia dok mengusik adik dia..hehe. suka sgt tau dok picit kaki & betis amir.. pastu usap2 perut & muka adik dia..

alya jugak dah makin petah bercakap. suka mengajuk ckp org , dah mengenal banyak benda & dah boleh buat beberapa perkataan.. kdg2 ade la jgk terkeluar jgk bahasa jerman dia tuh..hehe..slalu kuar bahasa jerman bila dia tgh berlakon baca buku & buat2 baca bende tu kuat2 sambil selak2 page by page...hehe

berangan pon dah kemain lagi. sume benda yang dia pegang dia akan buat jadik telepon bimbit & letak kat telinga sambil becakap seolah2 tgh berborak ngn kawan dia.. ayat dia, sama je la mcm ni...." helllo...aa...aaa.. ok, bai " kdg2 akan terkeluar jgk la word2, " hello, aaa..aa.. nenek, ayah, kucing...." & ape2 jela yg dia rasa nak ckp & tau some word yang dia tau .. hehe tergelak aku tengok gelagat dia ni..

dia pon mmg suka meniru apa yang kita buat.. nnti dia akan amik doll dia. dia bedak2 kan, pastu amik wipes, dia cuci kat bontot , pastu ckp.." yak" & terus pakai kan pampers... hehe...kdg2, dia siap breastfeed lagi doll tu ataupun dia akan amik botol kosong yg yg berputing & susukan dia..hehe..

ok, tu je la dulu..nnti smabung crita pasal perkembangan dia...

Thursday, February 14, 2013

rutin

kali ni rutin harian aku adalah sangat lain kalau nak compare dr dulu. kalau dulu masa selepas kawen & belum lagi melahirkan alya, byk sgt masa2 terluang di spend bersama hasben, mcm tgk tv, tgk movie, masak sama2, makan semeja sama2, borak2, jln2 naik moto, pergi shopping, bercuti sakan dll. then lepas jer lahirkan alya, life ktrg terus bertukar 360 darjah especially waktu alya masih lagi baby (newborn- 6 month). Waktu2 macam ni nak bersenang lenang utk tgk tv bersama hasben adalah jarang2 skali. waktu2 aku byk dihabiskan bersama alya. nak tido, kena tidokan dia dlm bilik smbil menyusu. nak tinggal kan dia selepas dia tido pon risau sbb kalau terjaga jer mesti dia akan menangis sbb tau yg dia tido tanpa berteman. so, at the end, time alya tido adalah bersamaan dgn time aku tido. waktu alya dr kecik hinggalah ke umur setaun 8 bln (sebelum adik dia lahir), masa tido dia adalah pukul 9-10 malam. Alhamdulillah, sgt teratur berkat dr usaha ktrg train dia tido around that time since dia kecik lagi. so kalau aku tido kol 9 mlm, mmg sangatlah kesian kat hasben yg terpaksa tgk tv sensorang mlm2..hehe. & slalu jgkla menjadi tugas aku mengejutkan hasben tgh2 mlm tu utk suruh dia tido dalam bilik sbb dia akan tertido keseorangan kat dpn tv.. huhu..

bila alya dah boleh bergolek, & merangkak, alhamdulillah, life ktrg dah dah bertambah ceria. time2 ni dia dah boleh ketawa bergembira & boleh join sekali aktivity ktrg suami isteri. seronok sgt bile dapat keluar berjalan bertiga, makan angin & libatkan alya dlm setiap aktiviti ktrg. hehe.

kali ni, life aku skg adalah sama spt ketika selepas alya lahir. terkejar2 dgn masa utk uruskan amir & alya after balik kerja & kdg2 x sempat nak mandi malam pon..huhu. tp syukur jugak dgn kehidupan skg after menggunakan motor sbg kenderaan utk ke kerja. tak perlu bangun kan anak2  pagi2 buta utk ke nursery. kalau dulu, seawal jam 630 kena kejutkan alya bangun sbb ktrg mmg akan keluar rumah dalam kul 630..kasihannn....

tp kesian jgk kalau dfikirkan pasal budak2 tuh.. terpaksa duduk di nursery samapi kul 6ptg.. kalaulah diberi pilihan, mmg aku nak jer berhenti kerja & jaga anak2 sendiri.. :(  slalu doa & tawakal semoga allah lindungi dorang berdua & boleh accept segala perubahan dr masa ke semasa...

kosong

sy susah hati :(  . Nak senyum pon rasa susah hari ni. Kesan dr susah hati ni, production susu sedikit menurun.. huhu.. sedih.. Saya perlukan seseorang utk luahkan perasaan.


wajah2 kesayangan hamba..huhu

Thursday, February 7, 2013

tido berbuai

tido buai ni elok ke tak? pada aku, tido berbuai utk baby ni takla seteruk mana. Selain dapat menyenangkan org yang menjaga baby, berbuai ni jgk dapat membuatkan baby tu tido dgn tenang. So, insyallah bila tido baby ni lena & cukup, once dia bangun je dia akan ceria & tak la meragam tak tentu pasal.

macam aku, utk amir mmg aku tidur berbuaikan dia bile dia susah sgt nak lelap. tp bila dia dah lelap, terus cepat2 angkat & bedungkan letak atas katil. Berbuaikan amir pon tak perlu la nak hayun kuat2.. cukuplah sekadar buai sikit2 sambil tepuk2 & nyanyi2 utk dodoikan dia. Alhamdulillah, amir ni bila baca je zikir munajat, nyanyi sikit2 senang je tertidur. :). cuma kadang2 je la dia ade sedikit susah tido bile dah puas sgt berjaga sebelumnya.

ni gaya bila dah tido lena. selagi tangan x berkepak cmtuh maksudnya tido dia belum betul2 lena..


moh la dik kt berpindah ke katil plak... :)

sebenarnya antara reason aku bagi amir tido sambil berbuai ni jugak adalah sbb si kakak dia. biasalah, budak setaun lebih yang tengah melasak. Sekejap2 dia akan bising menjerit2, pastu kdg2 tu dia akan datang kat adik dia sambil pegang2 pipi adik dia, cium, cubit dsb.. huhu.. x pasal2 la si adik yang dah lena tu terbangun & menangis la bile tido dia terganggu.. so buai ni la jalan penyelamat utk tido kan amir dgn lena.. :)

macam malam semalam, alhamdulillah mmg takde masalah utk amir tido malam. balik je amik dorang dr nursery aku terus susukan amir & main2 dgn dia sebelum masukkan dia dalam buai. Sbbnya masa tu dah nak maghrib & aku perlu kemas brg2 dr kerja & makan mlm smbil suapkan alya dan jugak solat maghrib. 2 jam kendian amir akan terjaga utk menyusu & boleh tido balik dgn senang .

Agak2 dlm kul 10 mcm tu kuarkan dia dlm buai utk susukan dia semula sebelum baringkan dia kat bwh utk tido malam sama2 dgn ktrg kat bwh. Alhamdulillah, sangat menyenangkan. bila anak kecik x meragam, dapatla jugak kt spend masa dgn anak yang besar.. so, bila anak kecik selesa, anak besar pon akan gembira. hehehe.

cuma 1 je masalah utk anak yg tidur berbuai ni. utk travel je la yang rumit sket. Setakat balik kampung insyaallah bolehla diusahakan dgn bawa buaian tu sendiri atau pon just spare je kain & spring. tp kalau tetibe berhajat nak melancong ke tempat2 jauh & bermalam kat hotel atau tempat2 yang jarang kt bermalam mmg ade sedikit masalahnya. So utk menyelesaikan masalah tu, sonang ajer.. jgn la travel lg ke tempat2 yg jauh sementara baby masih lagi kecik..hehe.



rajin kakak yer dodoikan adik


yeay!!! sudah puas tido!!!

Wednesday, February 6, 2013

2 month amir

hari ni  merupakan hari pertama bekerja selepas 60 hari cuti berpantang. huhu. liat giler nak baca email satu persatu & jalan penyelesaiannya adalah mark je as read semua email tu. hehe.

pagi tadi ada rasa sebak sikit masa nak hantar anak2 ke nursery. Alya kemain melalak2 nak ikut ktrg & tanak stay kat situ. Amir plak dia diam jer masa pengasuh tu pangku dia. huhu. sedih la... kalo teringat jer mesti rasa nak balik cepat2 nak amik budak2 tuh.

hari isnin hari tu ktrg ke klinik utk amik injection amir 2 bln. Risau jgk kalo2 dia demam dgn injection tu sbb nurse tu bgtahu normally utk injection 2 bln baby akan demam. Tp alhamdulillah, amir x demam & dia sihat walafiat. Perkembangan amir buat masa ni amat baik. Kepala dia dah kuat dan kdg2 tu boleh tido mengiring sendiri. hehe. Berat terkini amir 6.3kg (naik 1.6kg dr bln lepas).

cara tidur amir ni totally berbeza dari kakak dia. kalau si kakak tido je mesti nak mengempeng, atau asal je menyusu sambil baring dia akan terlena, tapi yang si amir ni plak menyusu sambil baring tanak apatah lagi soh mengempeng. so utk tidurkan dia mesti berbuai2 kan sket dia tu. huhu. pola tidur dia pon still tak teratur lagi, banyak berjaga malam dari siang.