Bulan sept yg agak bizi, agak kelam kabut & sedikit memenatkan. Alhamdulillah, kunci rumah Bangi ktrg dah terima 1 sept hari tu. notis utk keluar rumah puchong dah di inform ke owner & insyallah bulan 10 kami sekeluarga akan mula menjadi penduduk Bangi sehingga ke masa yang x dapat dikenal pasti...hehehe. So dalam masa sebulan ni la ktrg memulun mencarik kontraktor utk buat minor renovation & insyallah dalam minggu ni kerja2 mengecat umah, membetulkan parkir serta tiles & buat semula bilik bawah akan bermula. Semoga semua urusan boleh diselesaikan seperti yang dah dijadualkan.. :)
Selain sibuk menguruskan rumah baru kat Bangi, urusan lain yang sama penting jgk adalah mencarik Movers. hehe.. dgn keadaan aku yg tgh sarat ni & alya yang dah semakin nakal memunggah & 'mengemas', rasanya mcm x berdaya plak utk menguruskan aktivity mempacking barang yang super duper banyak tu.. so apalagi, meng goggle la kami laki binik mencarik movers yang paling murah & berbaloi last week. after dapat 4 quotation dr 4 movers, kami sepakat utk memilih service dari Global Van Lines company. so segala urusan mempacking, memunggah , mengangkat & menyusun semula barang ke rumah baru bakal dibereskan oleh diorang. :)
Insyaallah jika ikut perancangan, renovation rumah akan memakan masa 2 minggu. so expected dalam hujung bulan urusan movers plak akan mengambil alih sejurus selepas kerja renovation & membasuh rumah selesai.. ermm, serius tak sabar rasanyer nak tunggu saat2 tuh. oh yer, sofa jugak dah direquest di kedai utk penukaran fabrik & sarung..hehe. walaupun bukan sofa baru, tp tetap la terasa baru dgn penukaran tu. dah tak sanggup nak menghadap serbuk2 itam dari pvc sofa yg byk berterabur kat rumah. Even dalam toilet & atas katil pon boleh jumpa serbuk2 hitam tu..hihi... letih!!
Bulan ni jugak, mak, ayah & adik akan menunaikan ibadat Haji. Semoga urusan mereka semua akan dipermudahkan & mendapat Haji Mabrur. AMIN. Akak plak 17 hb ni akan fly ke UK utk menyambung pengajian ke peringkat Master. Pengajian selama setahun & insyallah akan tamat bulan 10 tahun hadapan. Semoga jugak urusan akak di sana akan dipermudahkan & dapat berjumpa jodoh yang secocok..hehehe....
Adik baby plak skg ni dah memasuki bulan ke-6. Alhamdulillah, setelah beberapa bulan berat yang menurun akibat kurang selera makan, kini berat aku menaik sebanyak 2.1 kg dalam masa sebulan..hehe. mana taknyer selera syawal. Asyik makan makanan yang sedap, kuih raya & kerepek2.. Baby juga alhamdulillah sihat walafiat. Berat & panjang adalah normal bg janin seusianyer.
Si kakak baby plak, semakin lama semakin banyak akal. Dahla makin manja. huhu. kekadang tu asyik nak berdukung jer. kekadang jugak suka menangis x tentu pasal. cthnye, kalau dia nampak 1 barang tu, dia akan merengek2..."nakk...nakkk...", bile dah dibg barang tu, nangis plak tanak. pastu die beralih plak ke barang lain dgn sama peel nyer. pening kepala ktrg dikerjakan si kakak baby tu. Tp, buat la apa2 pon alya, still sayang aku & hasben kat alya x pernah menurun, malah semakin menebal & menebal. :)
No comments:
Post a Comment