Khas buat suami ku, Fairudin bin Borhan.
Happy anniversary yang ke-2 abg!!!!!...terima kasih kerana sudi utk menjadi pendamping saya selama ini, menjadi bahu utk saya tumpang menangis (sob sob), menjadi imam kepada keluarga & menjadi hero kepada saya & anak anak.. :) walaupun usia perkahwinan yang boleh diumpamakan sperti anak yang baru bertatih, doa & harapan saya semoga kita berdua akan terus saling percaya menpercayai antara satu sama lain dalam membina keluarga yang semakin bercambah & mencambah ini..
Alhamdulillah, masuk tahun ke dua perkahwinan, anak yang sulung kita dah pun berusia setahun sebulan & Insha Allah adiknya pula bakal melihat dunia tahun ini jugak. Betul la seperti yang orang tua-tua ckp, kahwin itu ada rezekinya. walaupun rezeki itu tak dapat dilihat dgn mata kasar, tp cukuplah kalau kita tak pernah merasa kehidupan terlalu sempit after kita berkahwin. Dgn mempuyai anak di usia perkahwinan yang muda, merasai utk makan minum yang cukup, mempunyai tempat berteduh yang sangat selesa malah berpeluang utk bercuti ke sana sini dgn duit yang ada, syukur sangat saya dgn kehidupan yang kita dah lalui sepanjang 2 tahun ni.
Walaupun kehidupan kita as suami isteri ni ade jugak pasang surutnya, dimana kita pernah melalui fasa2 yang gembira, fasa sedih, fasa kecewa, marah dsb. Tapi biasa la, dgn adenya fasa2 tu semua la yang dapat mematangkan kita dari hari ke hari. & dari situ la jugak kita dapat mengenali dgn lebih mendalam diri masing2 & cuba utk memperbaiki kelemahan sendiri. :)
Akhir sekali, sebagai penutup, saya dedikasikan serangkap pantun khas buat suamiku, Fairudin:
Selamat ulangtahun perkahwinan kedua,
Buat suami ku Fairudin bin Borhan,
Doaku agar kita dekat sentiasa,
kerna tak sanggup bila berjauhahan.
No comments:
Post a Comment