Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, October 13, 2014

Upah ker rewards?

Aku & hasben kalau nak sesuatu from Alya, buat masa ni ktrg akan umpan dulu dia dgn rewards. contoh nya masa nak ceraikan susu dgn Alya. Dugaan dia Ya Allah mmg kuat. Masa tu kalau kita puji dia melambung2 pon masih tak berjaya. So at last, ktrg try umpan dia dgn "hadiah". So satu malam tu, ckp dgn dia baik2 "Alya..susu ibu utk adik yer, alya minum susu botol k! Nanti kalau Alya dah tak minum susu ibu, ibu & ayah bagi hadiah"... Be it org dewasa pon kalau kita sebut je hadiah, siapa yang tak suka kan? So, Alhamdulillah agak berkesan dgn cara tu. Tak kisah la hadiah tu besar atau kecik but kalau sesuatu yg mmg boleh buat dia happy dah kira misi berjaya la .. hehe.. Kita dapat sesuatu yg kita nak dari dia, and dia pon akan dapat sesuatu after berjaya buat misi yg kita suruh :)

Masa awal2 dia berjaya tak berpampers pon, ktrg pon ada jugak bagi hadiah sempena "kejayaan" dia. Bgtau dgn dia siap2 "ni hadiah sbb alya dah big girl, tak pakai pampers". Aku rasa perlu jugak kita bgtahu sebab2 kita bagi dia "hadiah' tu so that dia akan tahu kalau dia boleh buat benda yg elok, bagus dia akan dapat rewards yang best.. tu pon boleh jadi part of dia punya pembelajaran la jugak..

Baru2 nih, hasben ada buat deal jugak dgn Alya utk bagi Amir tak berputing. Disebabkan Amir masih lagi tak paham apa2, hasben deal "kalau Amir dah tak pakai puting lagi, Alya leh dpt belon Spongebob & Amir pon dapat hadiah gak".. terpaksa ktrg gunakan jugak Alya dalam kes ni sbb asal aku sorokkan puting Amir, ade jer yg nnti backup adik dia soh pulangkan puting tu kat adik dia balik.huhu. Tp skg tidak lagi!!!! hehe.. .kalau Amir dok tercarik2 puting dia je skg nih, nnti adalah sore2 yg support aku & hasben "Amir, puting amir dah takde... cikgu dah amik".. atau  "amir takyah puting lagi lah"...hehhe.. gittew!!! Pandai kan Alya.. nak belon Spongebob lettew...

Sometimes, aku rasa seronok jugak kalau kita guna cara nih. Berjaya buat sesuatu = dapat rewards. Tapi bukan semua benda la kita boleh bagi upah nih.. Utk sesuatu benda yang aku rasa agak susah & mencabar, bolehla kalau nak dipraktikkan dgn cara nih. Maybe bila dia dah besar nnti dia boleh realize yang dgn buat sesuatu yg sungguh2, besar ganjarannya yang dia akan dapat...

Sekian.eh tetibe..

Thursday, October 9, 2014

Antenal check up for 4 month

Amir & Alya skg ni suka bikin hati aku panas membara... fuh fuh fuh kalau kat opis rasa rindu dendam jer ngn budak2 tu, tak saba nak balik umah nak gomol2 dorang, tapiii bila sampai jer nursery & once masuk jer dalam kete, erm luluh hati aku ni.. terpekik2 sbb bergaduh2..huhu. kat sekolah kemain sweet, tak de gaduh2, bestfren to each other, time tido kakak yg tepuk2 adik, tapi keluar je nursery, terus jadi tak berapa nak geng..  tak boleh la ade yang lebih sikit, kang menjerit2 bergaduh sampai berjurai2 air mata...aduiiiihai.

Erm, risau plak kalau si adik baby ni lahir nnti.. dah kalau masing2 buat perangai ntah2 aku & bapak dia plak yg nanti merajuk masuk bilik..hehe..  kadang2 tuh, aku & hasben yg kena tenang2 kan hati & ingatkan to each other yang masa dorang kecik jer ktrg penat sikit...bila dah besar kang okla tu....huhu

Amir skg ni ya rabbi, kerjanye mmg tak berenti. waktu rest dia just utk tido jer. kejap2 kang kuar masuk bilik 2-3 kali, pastu kang kejap2 panjat kerusi buat aksi terjunan bebas 3-4 kali, nampak plak kakak tgh buat kaler2 terus lari kat kakak rampas kaler,.. huhu . aku & hasben urut dada jer la dgn budak kenit tuh. kalau kita tegah dia kemain tersengih2 la macam kerang busuk..huhu

Ade satu hari tu ktrg gi dinner kat Secret Recipe Bangi. Lepas je pintu masuk budak dorang tu saling bertukar2 selipar. Yg Amir tetiba tanak pakai selipar dia & mintak tukar ngan kakak. so, depan2 pintu la dorang buat projek tuh. saba jer la aku nengokkan. dah settle tukar selipar, berebut plak kerusi nak duduk. erm tengok tuh tak sampai pon 5 minit dalam kedai dah kecoh2 tau...  :) so tanak citer ape jadi masa tgh makan, masa nak balik sbb boleh buat pening kepala kalau teringat...hehe

OK, tukar topik ke adik baby ni plak. Minggu ni dah masuk bulan ke4 pregnancy. Macam cepat jer rasa masa berlalu tup2 perut dah mula maju kedepan.. backpain pon dah mula gak terasa. Tapi masih lagi bole tido lena, cuma bila nak bangun dari katil atau kerusi jela dah macam nenek tua sket..hehehe..kena urut2 sikit pinggang tu baru rasa selesa.

Morning sickness Alhamdullilah dah beransur hilang. Isnin baru2 buat monthly checkup mcm biasa. Ini kali segerombolan masuk bilik doktor nak tgk baby..hehe. Pelik alya tgk baby dalam perut, so asik la dok menanya "Mana Baby? mana baby? " hehe. doktor pon dok tergelak2.. Amir plak bebas melompat2 keriangan sbb tak paham apa2 lagi..

Result checkup hari tu Ok, semuanya normal. alhamdulillah :)
Berat mak baby: 53.5kg (naik 1.5kg dr bln lepas)
HB: 12.4
Berat baby: 151g
Urine test/ BP : Normal


Thursday, September 25, 2014

Citer baru2 nih

hari ni rindu betul aku dgn dak Alya & Amir. Asyik dok belek jer gambo dorang tu dalam gallery fon since pagi. sian amir, smlm macam dedar2 sikit badan dia sejak pagi selasa. so, berangkut la aku dgn budak dorang tu masuk opis kejap smlm sementara aku setelkan sikit keje. ingat kan nak stay opis sampai ptg, tp tghari tu rasa mcm panas balik badan amir so terpaksa la kemas cepat2 barang & sambung kerja kat umah. sampai umah, melepak terus amir 2 jam depan TV. hari ni pagi2 demam amir dah kebah sikit. tp still aku bekalkan ubat & pesan kat cikgu utk bagi amir waktu tghari... hopefully demam dia dah betul2 kebah

last 2 weeks plak, alya suspected HFMD. tp alhamdulillah kena yg mild jer & dalam masa 3 hari dia recover. no wonder la masa awal2 kena mmg katup betul mulut dia bile soh minum susu. asik merengek2 sakit mulut jer. so, bila cek mulut tu dah ade spot2 lepuh dalam mulut dia. so, after letak krim dalam mulut, dia dah getting better & ceria semula..hehe


Abis sepah mainan dlm opis




Kemain perut amir tuh. Hehe

Friday, September 5, 2014

Checkup for 3rd baby @ 11week

Alhamdulillah, dah bukak buku pregnancy kat klinik dkt dgn umah ptg td.. Actually tak plan pon nak buat check up. Pergi klinik sbb nak amik krim rashes alya & krim tangan amir. Tp disbbkan nampak mcm best plak kat klinik tuh, terus tanya pndangn hasben pasal bukak buku pregnancy...dia pon ok ajer. So after tanya kat kaunter samada dah bole bukak buku & dia ckp start minggu ke 10 dah bole, terus decide nak go on & buat checkup every month kat sini jer.

Td masa check up aku sorang je masuk jumpa doktor. Hasben teman amir & alya main toys kat luar. Kemain seronok bdk 2 org tuh bila nampak toys yg mcm2 jenis dlm klinik. Alhamdulillah, baby aktif. Sudah mula bergerak2 waktu scan td cuma aku jer blom rasa. Kejap2 wave tangan, kejap2 bergolek2... Kalo ikut perkiraan kalendar, baby dah 11 weeks tp masa scan almost 12 weeks. Alhamdulillah harap baby sihat & sempurna. Edd insyaallah 25/3/15. Same month dgn besday hasben...senang celebrate aje skali nnti.. Hehe.. Result Urine jugak ok ,x de masalah. Riso jugak kot2 kena kencing kotor ker sbb kurang minum air. Tp alhamdulillah semuanya ok. Td kena jugak amik darah utk check HB & hepatitis. Result akan dpt dlm ms 3 hari...Hopefully semuanya normal..

Dah nak masuk bulan ke 3 pregnancy ni, mabuk masih lg x hilang..masih lg x boleh nak hadap air putih sejuk. Kalo dulu air sejuk ajer yg aku suka minum, sekarang ermm sadisss.. So disbbkn tuh aku jd kurang minum air. Bole la jugak nak masuk air suam tu tp mcm x best sgt nk minum jadi terus malas nk minum.. Huhu.. Makan plak, aku agak ok. Kalau kat opis mengunyah jer la kerja aku.. Hehee..kalo x kunyah terus nk muntah..

Penerimaan alya & amir nk dpt baby baru? Of coz la alya hepiiii.. Asik nak tgk baby dlm perut je. Erm x ajak plak dia masuk dlm bilik doc td sbb dia sibuk main. Maybe next time leh masuk ramai2...bila tanya dia prefer adik perempuan ke lelaki, dia pon still x sure..kdg2 nak adik laki..kdg2 nak adik perempuan..hehe. Amir plak? masih lg x paham apa2... Makin aku tunjuk perut ade baby kat dia, makin galak plak dia duduk atas perut aku.hishh...skg sudah makin manja manja manja mengada mengada mengada...amir kalo x nmpk aku, dia ok. Sgt behave. Boleh bawak diri. Tp once nmpak je ibu dia nih, terus jadi lembik.. Nak diri x pon boleh.. Huhu.. Anak la anak...

Wednesday, July 23, 2014

Persiapan Syawal

Assalamualaikum. Pagi2 dah rasa takde mood bila baca status dalam Facebook pasal Gaza & Syria. Serius tak dpt nak bayangkan kalau aku berada kat sana. Honestly, bila dah bekeluarga & ada anak2, benda yang paling menjadi keutamaan aku adalah famili & anak2. So, bila hari2 tgk anak2 kecil, atau famili terbunuh disbbakan kekejaman org2 Yahudi & sekutunya aku pon turut rasa sakit. Kagum tgk semangat dorang & betapa Redhanya bila terpaksa berhadapan dgn situasi kehilangan org2 tersayang. Tapi aku yakin bila semuanya yang Syahid Insyallah dijanjikan Syurga oleh Allah. Alhamdulillah, mereka hilang penderitaan di dunia malah Syurga yang menanti mereka...Amin..

So, bila bangun pagi dapat tengok muka orang2 tersayang ada kat sekelilling aku, rasa sangat2 bersyukur. Semoga bumi kita berada dalam RahmatNya & dilindungi dari anasir2 jahat. Amin Amin Amin.......

Ok. Hari ni actually nak sembang2 lagi setelah menyepi 2-3 hari. Alhamdulillah kita dah pon memasuki penghujung2 Ramadhan hari ni. Sedih nak tinggalkan Ramadhan & doa sangat semoga amalan aku yang tak seberapa ni diterima Allah. Persiapan raya pulak agak sederhana jer utk kitorang. Baju Raya utk aku & hasben masih lagi recycle baju2 yang dah mmg sedia ada dalam "gobok".. hehe. Anak2 jer la yang meriah dgn baju2 baru. Actually, baju tu pon ktrg beli sbb nak replace baju2 yang dah tak muat. So alang2,  kita jadikan baju2 yang baru tu as baju raya... :D

Kuih raya pon aku dah settle kan awal2. Dah siap list kan utk bagi family & family mertua dah dah selamat pun sampai kat umah Ayer Keroh, Special delivery from akak.. hehe. Utk FIL, insyallah aku akan bawak masa blk Gadek nanti..tak banyak pon tapi cukuplah utk buat buah tangan utk dorang. Duit Raya plak aku plan nak masukkan dalam Sampul malam ni. Dah lama Alya request nak masukkan duit dalam sampul tp memandangkan duit baru jer dapat semalam, so mari kita projek malam ni yer Alya... So, malam ni tugas memantau Amir aku serahkan pada ayah dia...hehe..

Tahun ni merupakan tahun ke 4 Alya merasai suasana Raya. So, dia punya excited tu mmg lebih sikit. Hari2 tanya " Bila nak raye??? " .."Ibu nak pergi beraya sampai malam...." hehe. Bila tengok iklan raya & makanan2 raya pulak " Alya nak makan tuuuu..... nak rayaaaa".... hihi. kemain excited lagi. Yang si Amir pulak, masih takde lagi perasaan utk Raya. Maybe tahun depan baru dia akan dapat feel mcm kakak dia..

Apapun, dalam kita excited nak menyambut Syawal ni, janganlah kita lupa tentang saudara seislam kita yang berada di Gaza/Syria & mangsa2 MH370 & MH 17. Semoga ktrg pon tak leka & dapat menyambut Syawal dgn perasaan bersyukur & sentiasa di bawah rahmat Allah.. AMIN...

Friday, July 18, 2014

Ramadhan kali ini

Sedih bangun2 pagi terbaca pasal insiden MH17. Semoga mangsa terkorban yang beragama Islam ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin....

Pagi tadi aku terbangun awal utk bersahur memandangkan semalam sebelum pukul 10 aku dah selamat tidur.. Pukul 4 pagi bangun tido , duduk dulu bertafakur atas katil 5 minit. Tetiba Amir pon terbangun sama & terus aku susukan dia nak bagi dia tidur semula. After Amir tidur & buat ape2 yang patut, aku turun bawah utk prepare makanan sahur. Elok je aku jejak kaki kat dapur dengar Amir menangis dalam bilik.. erm, so naik balik bilik & bawak sekali Amir turun. Nasib baik dia cergas je pagi tadi. Main2 sendiri, tolak bakul, main pinggan & takde nangis2 waktu ktrg bersahur...

After siap bersahur, ktrg semua naik atas. Cadangnya nak turun bawah semula nak mengemas after amir tido. Tapi mmg tak dapatla sebab Amir naik jer atas terus aktif memunggah segala bagai mainan dia. huhu.
Aku pulak sambil dia main2, baring2 jer dpn TV. Tapi entah camne, boleh pulak aku tertido & sedar2 je dah kul 630. Amir pulak sama2 jugak tertido kat belakang aku sambil pegang mainan dia...hehe

Masuk hari ni, mmg banyak kali Amir bangun sekali waktu ktrg bersahur. Tapi kitrg OK jer sbb dia takdelah mengacau sgt pon time ktrg makan. Alya pulak, baru sekali dia terbangun tp tertido balik dalam buaian waktu ktrg makan. hehe

Insyaallah puasa tahun ni, kalau mampu aku akan try utk berpuasa penuh.. :) Alhamdulillah Amir bakal bergelar abg tahun depan insyallah.. Rezeki bulan Ramadhan dan ktrg tak tolak & terima dgn hati terbuka. Lagipon kalau ikut perkiraan tahun, beza amir dengan adik dia akan jadi 3 tahun. Semoga dia boleh menjadi abang yang baik. Alya pulak dah ternyata jadi kakak yang baik sbb mmg nampak sangat dia sayang dengan adik dia.

Wednesday, July 9, 2014

Cerita Amir










Geram aku tengok gamba amir waktu kecik2. Gebu, montok, sedap kena peluk. Tapi sekarang pon masih gebu. Memang asik kena gomol jer la ngn ktrg. Alya pon suka peluk2 adik dia. Tp biasalah, budak2 tengah lasak, memang tak suka langsung kena peluk, meraung2 soh lepaskan sbb rimas..hehe..

Amir now dah setahun setengah. Sangat lasak, aktif & susah nak tengok dia duduk diam. Ade jer aktiviti dia.. hehe. Nak tengok rumah dalam keadaan aman & kemas, tunggu waktu Amir tido. Even dia just tido sekali jer waktu siang, still aku bersyukur sangat sbbnya dia boleh tido 2-3 jam time siang. Time ni la aku boleh buat kerja2 rumah yg tertangguh. Tp once celik jer mata, bersiap sedialah semula dgn rumah yang macam tongkang pecah. Tido malam amir pulak selalunya around kul 9.30 malam. Pandai dah skg ni ajak masuk bilik nak ajak tido. So, standby je la aku waktu2 tu. Nak layan movies mmg tak sempat.  Jadi selalunya aku akan record je movies yang best & layan citer tu time Amir & Alya tgh aktif menyelongkar rumah.. so, waktu tu, mulut aku jer bising marah dorang menyepah umah tapi mata tetap ke TV..hehe

Kat rumah, favorite Amir jugak adalah membuli kakak dia. Kadang2 kakak baik jer, tengah main doll , main buku, tp amir boleh redah je kat Alya & terus rampas mainan..huhu. sian aku tgk alya. Amir ni pon jenis yang tak makan saman sgt. kita tegur dia tp dia boleh buat derk jer. yg lagi geram tu boleh pulak dia tersengih2 mcm kerang busuk. Baling2 mainan pon champion jugeeekk. Kalau mainan dia kat hall atas tu boleh sesuka hati jer baling2 ke bawah la, baling kat TV atau baling2 kat kakak dia. erm sabar je la...

Selera makan Amir dari dulu mmg tak de masalah. Sekarang ni dah boleh makan pedas sikit sbb dia suka join makanan org besar. Selalunya sebelum aku makan, aku akan feed dulu Alya & Amir. Once dia dah kenyang baru ktrg pulak makan. Tp time aku makan pon, amir sibuk jugak menyelit beriba. Pastu menggelupur macam lapa bebenor. So, sambil aku makan kena la jugak menyuap dia sekali..

Amir skg dah boleh sebut sikit2 word. Nak mintak apa2 pon sometimes kita dah boleh paham. Kita bagi arahan pon dia dah boleh ikut. Gud dik!.. tp aku sedih sikitsbb nak sebut ibu masih lagi tak lepas2.. yang keluar dari mulut dia selalunya... "maaa........ " atau  "mamaaaaaaa"... atau "abuuuuuuuu".... huhu